TERKINI :

Sunday, April 19, 2015

Guruh Petir Hanya Sementara , Langit Cerah Kembali



Yang duk bergegar mcm langit nak runtuh cuma di media eksklusif mereka sahaja. Hakikatnya orang ramai sudah mula faham dan tahu apa cerita. Ahli2 lagilah mula faham.

Peranan kita menerangkan apa yg kabur. Mematahkan fitnah. Mengajak pengukuhan. Nak bela rakyat, parti kita tak boleh lagi disibukkan dgn karenah kacau bilau dlm saf kepimpinan.

Peranan ahli dan perwakilan kembali membulatkan mereka.

Yang bermata satu, mungkin kerana deria yg tak sihat, gagal melihat menggunakan kedua2 belah mata agar pertimbangan lebih saksama dan seimbang. Mereka kena direhatkan sehingga kembali sembuh.

Tahniah kpd yg sudah selesai. Yang masih belum, kita jayakan pengukuhan.

Amal Jamaie Kerja Berpasukan.

Perwakilan mesti tentukan yg punya karakter semangat berpasukan dan tahu prinsip asas disiplin berada dalam pasukan.

Jangan pula penyakit ala UMNO berjangkit kpd perwakilan.

Hadi boleh menang, tapi PAS bakal alami luka yang dalam

Muktamar tahunan PAS pada Jun ini akan menyaksikan pertandingan dalam semua jawatan daripada presiden hingga ahli jawatankuasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 April, 2015.
Muktamar tahunan PAS pada Jun ini akan menyaksikan pertandingan dalam semua jawatan daripada presiden hingga ahli jawatankuasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 April, 2015.

Kedudukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini tampak lebih kukuh berbanding sebelum ini, dan walaupun berdepan krisis dalaman parti, beliau terus menerima pencalonan bagi bertanding untuk mempertahankan kerusinya pada pemilihan akan datang.

Menjelang tarikh akhir mesyuarat agung PAS peringkat kawasan di seluruh negara 21 April ini, Hadi mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan presiden walaupun buat pertama kali dalam sejarah, dua pencabar jawatan itu layak bertanding dalam muktamar PAS ke-61 Jun ini.

Mereka ialah Naib Presiden Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden Ahmad Awang yang masing-masing mendapat sekurang-kurangnya 8 dan 3 pencalonan setakat ini.

Pada masa sama, seorang lagi naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang masih belum mendapat pencalonan kedua untuk melayakkan beliau turut bertanding jawatan presiden, menerima pencalonan bertanding kerusi timbalan presiden, mencabar penyandangnya Mohamad Sabu.

Azmin : PKR tak cadang tarik kenyataan bab tidak sokong RUU Kelantan

 
PKR tidak bercadang menarik balik kenyataannya terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu Hudud, walaupun PAS Permatang Pauh meletakkan syarat itu untuk bekerjasama pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu.
  
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata beliau sudah banyak kali mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS dan mereka komited membantu jentera PKR pada pilihan raya kecil itu.
  
"Tidak timbul soal tarik balik (kenyataan) di sini kerana Yang Dipertua (PAS) kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, hadir sendiri untuk pelancaran jentera PKR," katanya kepada pemberita selepas program minum petang bersama-sama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bukit Mertajam, hari ini.
  
Beliau ditanya mengenai sokongan PAS dan laporan bahawa parti itu tidak akan membantu kempen PKR pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh jika PKR tidak menarik balik kenyataan terhadap Abdul Hadi berhubung isu Hudud.

Ahli UMNO dipersimpangan, antara sayangkan UMNO atau sayangkan DS Najib..?


Ahli UMNO di seluruh negara kini sudah betul-betul berada di persimpangan. Mereka terpaksa membuat keputusan dan perhitungan yang cukup kritikal. Mereka bukan diperlukan membuat pilihan samada ‘telan mati emak atau luah mati bapak’ tetapi sebenarnya mereka terpaksa memiilih berdasarkan kepentingan peribadi dan menerusan hidup supaya ‘periuk nasi tidak dimasukki pasir’. Mereka bukan lagi terpaksa membuat pilihan kerana perjuangan tetapi merdasarkan kepentingan ‘perut’ walaupun tidak semua yang bersikap demikian.

Tun Mahathir sudah berkali-kali menyatakan (meramalkan) sekiranya DS Najib tidak mengundur diri dari jawatan yang disandangnya Barisan Nasional akan kalah dalam PRU ke 14 yang akan datang. Walaupun ini hanya merupakan ramalan tetapi yang meramalkan ialah Tun Mahathir, tokoh yang berjaya menempuh beberapa kali PRU dan menang. Kenyataannya bukan semata-mata untuk ‘sedap mulut’ tetapi berdasarkan fakta yang konkrit yang sentiasa berada dalam ‘simpanan’nya mungkin.

Seingat aku belum pernah lagi Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan yang sekeras itu kepada Pak Lah. Dan Pak Lah telah berundur sebelum Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah Pak Lah sedar bahawa beliau tidak mahu dipersalahkan sekiranya BN kalah teruk dalam PRU dibawah pengawasannya. Pak Lah tidak mahu namanya tercatat dalam sejarah sebagai Perdana Menteri yang membawa kepada kehancuran kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Penjelasan Azmin : PKR tidak sesekali tolak Hudud kerana ia Hukum Allah.

PKR tak tentang hudud, cuma tak setuju PAS pinggir Pakatan

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap semasa di sidang media selepas pelancaran Rumah Selangorku, Rimbayu di Telok Panglima Garang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 22 Mac, 2015.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bercakap semasa di sidang media selepas pelancaran Rumah Selangorku, Rimbayu di Telok Panglima Garang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 22 Mac, 2015. 

Mohamed Azmin Ali hari ini menyelar kenyataan yang mengatakan PKR menentang pelaksanaan hukum hudud, mengatakan ia hukum Allah yang tidak boleh dipertikaikan.

Timbalan Presiden PKR itu berkata PKR tidak menentang hudud tetapi tidak bersetuju dengan prinsip PAS yang melanggar prinsip Pakatan Rakyat (PR) dalam membentangkan pindaan kepada enakmen jenayah Syariah Kelantan.

"Kita (PKR) tidak menentang hukum Allah. Kena berhati-hati (membuat kenyataan). Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh menentang hukum Allah yang ada dalam Al-Quran.

"Cuma, mekanisme yang dibawa PAS itu tidak menghormati prinsip dan semangat PR. Itu sahaja," katanya diminta mengulas kenyataan PKR semalam mengatakan ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Kenapa sampai ke Jakarta bincang hal Selangor, sindir Hadi

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjumpaan itu bukan rahsia cuma kebetulan semasa bertemu dengan ulama Indonesia, Khalid juga merupakan rakan kepada ulama itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 April, 2015.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjumpaan itu bukan rahsia cuma kebetulan semasa bertemu dengan ulama Indonesia, Khalid juga merupakan rakan kepada ulama itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 April, 2015.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan spekulasi pertemuannya dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Jakarta, Indonesia bagi membantu menteri besar yang disingkir PKR itu mendapatkan kembali kedudukannya di Selangor.

Presiden PAS itu sebaliknya berkata, perjumpaan itu bukan rahsia cuma kebetulan semasa bertemu dengan ulama Indonesia, Khalid juga merupakan rakan kepada ulama itu.

Katanya, perkara itu dimanipulasikan pihak tertentu apabila gambarnya bersama Khalid dirakamkan dan tersebar.

"Khalid adalah rakan kepada ulama Indonesia. Kebetulan jumpa. Tetapi gambar keluar pula. Biasalah... nak lakukan surat khabar," katanya semasa merasmikan mesyuarat PAS kawasan Kajang, hari ini.

Kata dua PAS Permatang Pauh kepada PKR, Sokong RUU berkaitan Hudud kami sokong anda

YDP Pas Kawasan Permatang Pauh Tuan Hj Omar b Hassan Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 April, 2015.

PAS Kawasan Permatang Pauh hari ini bertegas menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen kawasan itu.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua itu bagi tempoh hingga hari penamaan calon, 25 April ini, sambil menuntut PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu itu.

"Jika bersetuju (dengan syarat yang diberikan) maka kami PAS Kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini. "Pendirian ini adalah keputusan yang dibuat dan disepakati dalam mesyuarat agung PAS kawasan kali ke-38 hari ini.
"Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

'Saya maafkan Najib isu jambatan bengkok, bukan 1MDB' - Tun M

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani | Kemas kini: April 18, 2015


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kegagalan projek jambatan bengkok, sebaliknya mahu Najib menjawab isu berhubung kehilangan wang akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya menulis berkenaan 1MDB, tetapi orang cakap 'Oh, dia tidak gembira bukan sebab 1MDB, tetapi sebab jambatan bengkok.'

"Saya tidak suruh singkirkan Perdana Menteri sebab dia terlalu takut dengan Singapura untuk bina jambatan bengkok.

"Saya simpati dengan dia (Najib) sebab dia terlalu lemah dan tidak mampu membina jambatan.

"Itu saya maafkan dia, tapi bila duit hilang dan tidak boleh jelaskan di mana duit itu, saya rasa kamu (Najib) tidak kompeten untuk jadi Perdana Menteri," katanya pada sidang media selepas 'Forum Antarabangsa: Menjenayahkan Perang, Menjana Keamanan' anjuran Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

PAS Johor mula calon Husam

Oleh Subky Latif


PAS Johor nampaknya amat demokratis dan peka de ngan kehendak perlembagaan par ti. Belum sempat kawasankawasan PAS mengadakan muktamar, pesuruhjaya mengumumkan pentadbiran PAS negeri itu me ngambil sikap terbuka, membebaskan kawasan-kawasan membuat pilihan mencalonkan presiden.

Tidak terikat dengan desakan ulama mengekalkan presiden yang ada atau bebas dari tafsir kepimpinan ulama itu tidak presiden dan timbalannya mesti ulama sekalipun dua kali berturut-turut sebelum ini pesuruhjayanya adalah ulama, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Dr Mahfodz Mohamed.

Dan apabila muktamar kawasan tiba, satu kawasan dari di Johor mencalonkan presiden lain daripada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagaimana yang kencang digembur oleh orang di luar PAS dan setengah dari orang PAS.

Perkembangan di Johor itu boleh menarik perhatian kerana negeri itu ada membuat sejarah, menolak percubaan Ustaz Hassan Shukri mempertahankan jawatan timbalan presiden. Masa itu Ustaz Hassan sudah dua kali jadi timbalan presiden.

Dari BR1M ia datang, kepada GST ia dikembalikan

Oleh ANIS NAZRI


Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dilaksanakan telah pun di Malaysia. Cukai yang diperkenalkan kerajaan bermula 1 April itu menimbulkan pelbagai pendebatan hebat, sama ada di Dewan Rakyat, kedai kopi, pejabat, di merata ceruk rantau di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Malah, perdebatan mengenai cukai kontroversi itu juga membabitkan anak muda, yang kononnya dahulu tidak menghiraukan soal dana dan kewangan negara. Namun, kadar enam peratus GST yang dikenakan kerajaan kepada rakyat tanpa memilih bulu, akhirnya turut menjentik rasa sebilangan anak muda yang mungkin terasa apabila kad tambah nilai telefon pintar turut dikenakan GST.

Biarpun sudah genap seminggu dilaksanakan (ketika rencana ini ditulis), isu GST masih mengasak minda rakyat yang cukup merasai impak yang dilalui mereka apabila keluar membeli barangan keperluan seharian. Malah, jika ingin minum teh tarik di kedai mamak sekalipun, mereka pasti merasai kesan dari GST yang dikatakan kerajaan tidak membebankan rakyat.

Mungkin pemimpin negara, menteri-menteri, usahawanusahawan berasakan setelah seminggu GST diperkenalkan, tiada lagi laporan yang mengatakan ada di kalangan rakyat yang dijumpai mati kelaparan. Mungkin juga ada yang beranggapan reaksi amarah rakyat hanya sekadar tahi-tahi ayam, yang akhirnya akan sejuk sendiri.

Ada orang sudah mula tertarik dengan sikap Ustaz Ahmad Awang

Oleh Ahli Perihatin


Saya mula tertarik dengan sikap Ustaz Ahmad Awang adalah bagaimana dia menanggani krisis di Negeri Perak dulu. Kalau bukan kerana dia awal awal lagi PAS sudah menjadi sebahagian dari UMNO-BARU. Ketika itu sudah pasti nama PAS akan berubah kepada PAS-BARU.

Kenyataan Dato' bahawa krisis dalam PAS kini bukan kecil tetapi semakin membara ada lah benar. Kalau benar PAS masih berlandaskan Al-Qur'an dan Al-Hadis sudah pasti perbuatan mencetak buku dan "T"-shirt untuk memburuk kan sebahagian para pemimpin tidak akan berlaku.

Sebelum ini semasa muktamar di Negeri Johor perbuatan 50 orang pemuda yang bertindak keluar dari dewan semasa saudara Mat Sabu sedang berucap merupakan satu tindakan yang biadab.

Begitu juga dengan perbuatan menghinzir buta seorang peserta yang membaca "DOA LAKNAT" yang di tuju khas kepada para pemimpin yang tidak berkenan di hati nya juga merupakan satu perbuat yang "SIAL dan MALANG" buat PAS.

Geng buat lesen murah tampil menjelaskan program mereka bukan menipu..!!

Nafi tipu, tampil perjelas situasi

Nafi tipu, tampil perjelas situasi
KANGAR - Dana CSR Kifayah Korporat Untuk Amal semalam tampil membuat kenyataan bahawa pihaknya tidak pernah menipu orang ramai untuk membiayai kursus memandu  menerusi Program Pemandu Prihatin di sekitar negeri ini.

Pengarahnya Hussin Mahamud berkata pihaknya berasa kecewa dengan penyebaran maklumat mengenai rancangan awal tarikh dan lokasi program tersebut di Perlis.

“Ia menyebabkan orang ramai berkumpul di dewan seperti di Simpang Empat Selasa (14 April)  baru-baru ini namun tarikh itu sebenarnya hanya perancangan yang belum diputuskan oleh Persatuan Solidariti Nasional (Persona).

“Saya sangat kecewa dengan penyebaran melalui media sosial tersebut kerana ia memberi kesan buruk kepada sekretariat CSR sedangkan program itu akan berlangsung dalam tempoh yang akan ditentukan nanti,” katanya.

Fadzil Noor dan zaman gemilang PAS

Oleh: Faisal Tehrani

Fadzil Noor dan zaman gemilang PAS
Ada seorang Pemuda PAS bertanya kepadaku, mengapakah aku kelihatannya rimas dengan Abdul Hadi Awang, memandangkan Hadi banyak membela Syiah dalam kuliah-kuliahnya. Aku menjawab, “Kerana dia meruntuhkan apa yang dibina arwah ustaz Fadzil.”

Sebagai orang muda yang tidak pernah merasai kenikmatan menemui dan belajar daripada arwah Fadzil Noor, dia memang terpinga-pinga. Dia tidak pernah bertemu Ustaz Fadzil.

Untuk penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah ‘Akidah dan Perjuangan’ oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor (13 Mac 1937 – 23 Jun 2002) yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda PAS adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca.

Almarhum Ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama terkenal di Kedah asal Patani.

Profil Calon-calon Presiden PAS 2015 | Hadi Awang, Ahmad Awang & Husam Musa


SUMBER

PAS Kwsn P.Pauh mufarakah arahan PAS Pusat untuk adakan kerjasama PAS/PKR dalam PRK


Akhirnya ternoktah bahawa Pas kwsn Permatang Pauh melanggar arahan PAS pimpinan supaya memberikan sokongan dan kerjasama pada PRK akan datang nanti...

Ini jelas daripada kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh YDP PAS Kwsn Permatang Pauh.

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH.

Berhubung hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PAS Kawasan P.Pauh menegaskan dua perkara berikut:-

1. Menuntut PKR menarik balik kenyataannya yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud dan meminta maaf secara terbuka.

2. Jika PKR bersetuju dengan perkara di atas, maka kami PAS Kawasan P.Pauh akan meneruskan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh ini.

Pendirian ini adalah keputusan yang telah disepakati dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan P.Pauh kali ke-38 yang bersidang pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

HJ OMAR BIN HASSAN
YDP PAS Kawasan P.Pauh
Sesi 2015-2017

19 April 2015

Awas suara Gunung Semanggol, Hadi

 
Gunung Semanggol di Kerian, Perak, menyimpan sejarah perjuangan 'radikal' Islam terawal di Malaysia.

Pada Mac 1948 Hizbul Muslimin atau Parti Orang Muslimin Malaya ditubuhkan oleh seorang guru pondok Abu Bakar al-Baqir dengan seruan antipenjajah British.

Digelar “suara dari gunung”, Hizbul Muslimin menakutkan penjajah sehingga parti Islam pertama ditubuhkan itu menjadi parti Islam pertama diharamkan di Malaya.

Ketika Hizbul Muslimin ditubuhkan, tokoh ulama PAS Ahmad Awang berumur 12 tahun.

Kini, di usia emas 79 tahun, Ahmad disebut-sebut sebagai alternatif terbaik untuk membawa suara 'radikal' dalam kepimpinan PAS yang diterajui Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kini layak mencabar Hadi setelah melepasi pencalonan minimum daripada dua kawasan PAS.

Mukhriz bagi jaminan supaya jangan risau UMNO Kedah

Jangan risau Umno Kedah

Mukhriz Mahathir  
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perpaduan dan kesepakatan Umno Kedah berada pada tahap yang paling tinggi pada masa ini.
 
Justeru itu, katanya situasi politik Umno Kedah bukanlah suatu keadaan yang getir dan tidak perlu dibimbangkan.
 
"...kita tidak langsung mengalami satu keadaan getir. Janganlah merasa risau, bimbang dan seriau dengan keadaan semasa, ia akan berlalu. Apa pun, biarlah pemimpin teratas menguruskannya.
 
"Kita tetap bukan sekadar menyokong, tetapi melalui jentera parti yang paling setia dan kuat kepada parti," katanya ketika berucap merasmikan Skuad Annur anjuran Biro Agama Wanita Umno negeri di sini, hari ini.
 
Mukhriz turut memuji Wanita Umno negeri yang dilihat sentiasa memupuk kasih sayang ketika situasi politik sekarang yang diasak dengan kebencian dan kemarahan. 
 

Dr M tak kerjasama pembangkang lawan Najib

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan bekerjasama dengan Lim Kit Siang atau mana-mana pemimpin pembangkang untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak bekerja dengan siapa untuk menurunkan Najib, sudah tentu tidak bersama pembangkang. Masalah saya ialah dengan Umno sendiri," katanya ketika ditemui pemberita di satu forum anti peperangan di ibu negara.

Dalam kenyataanya semalam, Lim berkata beliau sedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir untuk 'menyelematkan Malaysia, sebagai bekas perdana menteri untuk melawan Najib "demi kebaikan."

TPM: Dr M tidak keseorangan nyata kebenaran

 
Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata berpendiran tegas dan menyatakan kebenaran adalah sikap bekas perdana menteri itu, khususnya apabila beliau bercakap menentang kuasa besar barat dalam memerangi peperangan.

"Menyatakan kebenaran dan berpendirian tegas... ini adalah sikap beliau sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

"Kamu tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin sewaktu memulakan ucapannya dalam satu forum anti peperangan di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir turut hadir dalam majlis itu dan duduk bersebelahan dengan timbalan perdana menteri.

S/U Politik Hadi Salahkan "Geng Mulut Celupar"

Geng mulut celopar dalam PAS dipersalahkan, lapor akhbar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sentiasa menyatakan pendiriannya untuk bersama Pakatan Rakyat, kata setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 April, 2015.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sentiasa menyatakan pendiriannya untuk bersama Pakatan Rakyat, kata setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 April, 2015.

Setiausaha politik kepada presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata terdapat segelintir kelompok kepimpinan dalam parti yang dilabelkannya sebagai 'bermulut beruh' (celopar dan mulut lancang), lapor Berita Harian hari ini.

Beliau dilaporkan berkata golongan berkenaan sering mempertikaikan keputusan mesyuarat sama ada menerusi penulisan, percakapan dan membuat kenyataan di luar pandangan parti Islam tersebut.

"Maka timbullah pandangan yang berbeza. Bukan tidak boleh ada perbezaan pandangan, tetapi apabila keputusan dibuat, terimalah ia sebagai keputusan parti untuk dilaksanakan.

"Kecuali kalau kita sebagai ahli parti berasakan kita presiden, nak suruh orang dengar dan terima pendapat kita dan rasa pendapat orang lain tidak betul.

Wakil rakyat desak Putrajaya jawab bila tol Lebuhraya Persekutuan akan dimansuhkan

OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Kenderaan beratur di Plaza Tol Batu Tiga di Lebuhraya Persekutuan untuk membayar tol. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 19 April, 2015.
Kenderaan beratur di Plaza Tol Batu Tiga di Lebuhraya Persekutuan untuk membayar tol. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 19 April, 2015.

Ahli Parlimen dan pemimpin politik menuntut Putrajaya menjelaskan mengapa tol masih dikutip di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), satu daripada lebuh raya terawal yang diswastakan, kerana mereka mendakwa, perjanjian menguruskannya patut berakhir tahun ini.

Mereka mendakwa, terdapat mesej yang bercanggah daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengapa perjanjian konsesi dengan pengendali lebuh raya itu, PLUS Malaysia Berhad, dilanjutkan.

Dalam satu kenyataan, PLUS Malaysia Berhad berkata, FHR2 yang sepajang 16 km ialah sebahagian daripada konsesi Lebuhraya Utara Selatan (NSE) yang disemak semula pada 2011. Perjanjian ini dijadual berakhir pada Disember 2038.

Perjanjian konsesi asal, menurut syarikat itu, sepatutnya berakhir pada 2018.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, lanjutan itu dikemukakan melalui kenyataan yang dibuat pihak pentadbiran sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengatakan ia sedang mengkaji semula semua perjanjian lebuh raya, sama ada untuk menstrukturkan semula tol atau memansuhkannya.

Adakah gandingan Mahathir-Ku Li jadi kenyataan?

HARAKAHDAILY | 19 April 2015.

KUALA LUMPUR: Mungkinkah akhirnya gandingan 'orang lama' iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi kenyataan?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam.

Ini ekoran Umno menamakan Datuk Hasan Ariffin sebagai calon BN bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei depan.

Hasan yang kini pemangku Ketua Umno Rompin adalah bekas Adun Bukit Ibam selama tiga penggal pernah menjadi Timbalan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini.

Bagi Shahbudin pemilihan Hasan, 62, sebagai calon PRK Rompin boleh dianggap mengejutkan kerana kriterianya adalah 'kitar semula'.

"Apakah ini menggambarkan Umno sudah ketandusan calon-calon muda yang berkelayakan atau sudah lupa kepada proses peremajaannya?" tanya beliau

PAS : Ulama, profesional dan aktivis tidak bertembung

 
STATUS keahlian PAS hanyalah 'Ahli PAS'. Kad ahli Presiden PAS tertera 'Ahli PAS' sama dengan kad ahli-ahli PAS yang lain iaitu status 'Ahli PAS'.

PAS tidak membezakan ulama mahupun profesional dan aktivis jauh sekali meminggirkan sebahagian dari sebahagian yang lainnya. Sebaliknya sinergi ulama, profesional dan aktivis adalah satu asas kukuh dalam PAS sejak awal penubuhannya sehingga kini. Tidak sepatutnya berlaku pertembungan antara ulama dan profesional mahupun aktivis.

Pertembungan yang berlaku bukanlah pertembungan antara ulama dan profesional. Sebaliknya pertembungan yang wujud itu adalah dari aliran pemikiran yang bertentangan prinsip dan akar fikirnya serta bercanggah dengan keabsahan manhaj PAS yang didukung.

Wujudnya mereka yang tiada disiplin berjamaah, mengkhianati jamaah dengan membocorkan rahsia, menikam kepimpinan sendiri dari belakang, melunturkan nilai taat dan walak kepada jamaah dan sebagainya.

Pertembungan ini tidak mewakili ulama atau profesional tetapi mewakili pemikiran yang dianutnya.

Tidak timbul Pas boikot Wan Azizah, Kita masih dalam Pakatan Rakyat - Hadi

Tidak timbul Pas boikot Wan Azizah

Abdul Hadi Awang  

AMPANG - "Kita masih dalam Pakatan Rakyat (PR)," demikian jawapan ringkas Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang ketika ditanya adakah Pas akan ‎memboikot sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim dicalonkan pada PRK Permatang Pauh sepertimana yang dinyatakan Pemuda Pas Pulau Pinang (DPP) sebelum ini.

‎Katanya, Pas masih setia dengan PR dan oleh itu tidak timbul isu memboikot Wan Azizah.

"Itu sahaja," katanya enggan mengulas lanjut mengenai isu itu ketika  sidang media selepas menghadiri Kongres Profesional Muslim Semalaysia di Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini hari ini.‎

Baru-baru ini, Pemuda Pas Pulau Pinang mengumumkan tidak akan memberi kerjasama kepada PR untuk berkempen bagi PRK Permatang Pauh akan datang.

Ketua Pemuda Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, ia susulan kegagalan Angkatan Muda Keadilaan Pulau Pinang dan Majlis Eksekutif Pemuda Sosialis DAP yang enggan menarik balik kenyataan berhubung Pas dan hudud secara rasmi.

DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang


Mohamad Sabu 
 
PADANG TERAP - Pas bukan kuda tunggangan atau alat bagi DAP atau PKR kerana kerjasama politik antara komponen itu tidak membawa kerugian kepadanya.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.

“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang,” katanya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini hari ini.

Rompin: Generasi pelapis Umno sukar diberi ruang


ROMPIN: PAS sudah menjangkakan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, Datuk Hasan Arifin dipilih menjadi calon pilihan Umno dan BN dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kali ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini menunjukkan generasi pelapis dalam parti tersebut sukar diberi ruang.

“Memang kita dah jangka Datuk Hassan dipilih dan bagi PAS ini calon kitar semula kerana tiada perkara baru atau wawasan baru,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Hasan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Hasan, 56, merupakan pemangku Ketua Bahagian Umno Rompin dan pernah dilantik Timbalan Menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999 semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam sebelum digugurkan daripada bertanding pada PRU 2004.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, parti itu menawarkan calon berwibawa dan muda kali ini bagi pilihan penduduk Rompin.

“PAS akan umum calon pada 20 haribulan ini dan kita yakin tokoh kita akan mampu bersaing dan kita akan tawar yang terbaik bagi pengundi,” katanya yang juga Pengarah PRK PAS.

Pilihan raya kecil Rompin, yang dijadualkan pada 5 Mei, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Jamaluddin Jarjis pada 4 April dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mendapat 30,040 undi sementara calon PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. -HARAKAHDAILY 18/4/2015

Pemimpin PAS profesional dalam bidang agama


SALMIYAH HARUN|FOTO WAN ZAHARI | 18 April 2015.


Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan ucapan penutup.

KUALA LUMPUR: PAS sebagai sebuah organisasi yang berteraskan Islam digesa terus mengekalkan kepimpinan ulama dalam pemilihan akan datang, demikian menurut Prof Muhammad Khazami Abdullah dari Universiti Malaya.

Katanya, mereka yang memimpin PAS akan menjadikan Islam sebagai prinsip dan dasar di dalam organisasinya.

"Jadi mereka ini adalah profesional dalam bidang agama, untuk memahami gerakan sebuah organisasi yang boleh diperjelaskan dalam konteks semasa.

"Siapa paling berautoriti, dia adalah ulama," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia.

Tambahnya, jika PAS adalah sebuah parti yang bukan berteraskan Islam maka terserah kepada ahli untuk memilih ketua mereka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...