TERKINI :

Saturday, April 18, 2015

PAS perlukan PRESIDEN yang BARU sebelum menghadapi PRU ke-14 nanti..!!!


Dari Blog : Sysss..!!

 

PAS PERLUKAN PRESIDEN YANG BAHARU UNTUK MEMACU KEMENANGAN DALAM PRU KE-14 BERSAMA PAKATAN RAKYAT!!!

PAS perlukan PRESIDEN yang BAHARU dalam pemilihan parti pada tahun ini sebelum menghadapi PRU ke-14!!!! PAS perlukan Presiden yang boleh menyatukan semua ahli PAS, penyokong PAS dan menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jika PAS ingin menggantikan umno untuk memerintah Malaysia dan menguasai Putrajaya !!!!

PAS memerlukan seorang Presiden yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti Almarhum Ustaz Dato’ Hj Fadzil Noor yang sangat kasih pada ahli-ahli PAS, sentiasa meraikan perbedaan pendapat ahli-ahli PAS melalui musyawarah tanpa perlu mem”barua”kan ahli PAS sendiri atau menghalau ahli yang berbeda pendapat keluar dari PAS, mempunyai sikap berlapang dada dalam menerima kritikan dan teguran samada dari ahli PAS mahupun rakan-rakan, mendengar pandangan dan nasihat AJK Kerja PAS Pusat dalam membuat sesuatu keputusan, berusaha dengan gigih untuk mengukuhkan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan Barisan Alternatif (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) atas titik persamaan yang diperjuangkan bersama untuk menegakkan keadilan dan kebenaran seterusnya istiqomah dalam perjuangan menentang rejim umno/bn yang korup dan rasuah !!!

Tan Sri Khalid Dedahkan sebab pertemuan dengan Haji Hadi di Jakarta...


Angin tak ada.. ribut pun tak ada.. tiba-tiba tersebar cerita kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menjadi Menteri Besar Selangor semula dalam jangka masa terdekat..

Ini kerana kononnya satu pertemuan bagi membincangkan perkara itu telah diadakan antara beliau dan juga Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi di Jakarta, Indonesia.

Ianya bermula bila sekeping gambar yang telah dimuat naik di Twitter Abdul Khalid sendiri yang memaparkan pertemuan beliau bersama-sama Abdul Hadi, Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri di Jakarta.

Bagi mengukuhkan cerita disebar pula berita kononnya lima ADUN PKR akan meninggalkan PKR bagi menjayakan misi menabalkan semula Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar..

Tapi.. orang kata kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang.. dalam hal ini kita anggaplah pohon itu bergoyang kerana ada monyet atau beruk di atasnya yang menggoyangkannya..

Kenapa rakyat hilang hormat kepada Ilmuan seperti Ustaz, Ulamak & Doktor

Antara penyakit yg ada pada org berilmu ialah, suatu perkara yang dilakukan oleh pihak lain dianggap salah. Apabila mereka melakukannya pelbagai hujjah yang diberi. Apabila Org awam melihat tidak konsistennya org berilmu itu terhadap apa yang diucapkan, maka terhakislah kepercayaan kepada individu tersebut.
Sebagai contoh. Doktor marah org minum minuman manis tapi doktor minum manis takpa. Pemimpin disuruh berjimat tapi pemimpin mewah takpa. Ustaz menyuruh org membuat keputusan secara syura tapi dia buat keputusan veto takpa. Ini adalah antara penyebab org semakin hilang hormat terhadap mana2 ilmuan.
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Awasilah tingkah laku kita semua, kerana hari ini org awam semakin cerdik menilai.

Hadi anggap biasa tak bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat dalam membuat keputusan RUU Persendirian

Hadi: Perkara biasa tak bincang RUU persendirian

 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak menjadi masalah untuk mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian berkaitan pelaksanaan hudud tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan kepimpinan PAS.

“Ini perkara biasa. Saya pun pernah kemukakan usul sama pada tahun 96… (masa itu) tak bawa dalam mesyuarat (PAS) pun” kata presiden PAS dalam satu sidang media di MPAJ hari ini.

Semalam MP Shah Alam Khalid Samad mendakwa Hadi Awang membelakangi saf kepimpinan parti itu berhubung pembentangan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat tanpa berbincang dengan pemimpin PAS lain.

Menurut Khalid, Setiausaha Agung Mustafa Ali dan dia sendiri langsung tidak mengetahuinya sebelum Abdul Hadi mengemukakan RUU Persendirian itu.

Hadi turut menegaskan bahawa Kelantan mempunyai hak untuk berunding dengan kerajaan pusat mengenai pelaksanaan Hudud.

Sudah Tiba masanya Najib berundur


Telah banyak kali Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak diminta berundur, atas pelbagai alasan sejak beliau menjawat jawatan perdana menteri pada 2009.

Kalau diperhatikan sejak 2009, kesilapan-kesilapan Najib semakin hari semakin besar, dan isu pembunuhan Altantuya yang ditimbulkan ramai orang dan akhirnya oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan skandal syarikat 1MDB ialah kemuncaknya.

Kematian seorang rakyat asing yang mempunyai kaitan dengan satu pembelian aset pertahanan negara dan pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab dengan sempurna berhubung urus niaga 1MDB merosakkan lagi imej Perdana Menteri Najib.

Apa yang dipersoalkan oleh Mahathir dalam blognya, dan respons kepada “sesi menjawab” Najib ming gu lalu memperlihatkan masalah yang dihadapi beliau: “Rakyat tidak tanya. Tetapi ramai tanya saya. Saya tak dapat jawab.

Saya tanya orang yang boleh ja wab. “Banyaklah lagi soalan saya yang tidak dijawab. Sebaliknya, tindakan saya ini kononnya kerana jambatan bengkok tidak dibina.

Laporan kejadian tembak di PENDANG & KUALA KEDAH siang tadi.

Ini info kami terima dari Rakan FB :


"SHELL PENDANG BERLAKU TEMBAK MENEMBAK SEBENTAR TADI ANTARA ANGGOTA (UTK) DENGAN PENJENAYAH,PENJENAYAH 3 ORG DPT MELARIKAN DIRI MEGGUNAKAN KERETA ORG AWAM.KERETA PESONA.SEORNG DRPD PENJENAYAH CEDERA KNA TEMBAK."

Manakala dari pihak PDRM :

Tiga penyamun kereta mewah diburu

Alor Setar: Tiga lelaki berusia 20-an, ahli sindiket samun kereta mewah diburu polis selepas melarikan diri dalam kejadian tembak-menembak di sebuah stesen minyak di Kuala Kedah, 11.54 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman mengekori suspek sehingga ke stesen minyak itu dan cuba menahan mereka namun penjenayah terbabit mengundur kereta Honda City dinaiki menyebabkan beberapa das tembakan dilepaskan.

Menurutnya, suspek melarikan diri sebelum bertindak mencuri sebuah kereta Proton Persona di sebuah stesen minyak di Pendang.

"Suspek meninggalkan kereta Honda City di stesen minyak itu dan beredar sebelum mencuri sebuah lagi kereta di kawasan Juru, Pulau Pinang beberapa jam selepas itu.

Menyahut seruan menteri untuk bercucuk tanam sempena #GST


Rakyat Malaysia, sinsinglah seluar dan lengan baju anda dan pikul cangkul anda, kerana Putrajaya mahu anda mula bertani untuk mencari nafkah semasa kenaikan kos sara hidup.

menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob yang membentuk trio menteri cakap-tanpa-berfikir, bersama-sama dengan rakan-rakan Kabinetnya Ahmad Maslan dan Hasan Malek.

Beliau baru-baru ini dilaporkan menggesa rakyat Malaysia untuk "kembali bercucuk tanam untuk menampung keperluan mereka sendiri."

"Usaha menanam makanan anda sendiri bukan sahaja akan mengurangkan perbelanjaan harian, tetapi juga boleh menambah pendapatan jika hasil tambahan ini boleh dijual," beliau dipetik sebagai berkata.

Bravo, Ismail. Rakyat Malaysia sepatutnya sudah menjangkakannya.

Walaupun ianya kedengaran "menarik", adakah ianya praktikal?

Bujet perubatan Universiti Malaya dipotong sebanyak RM120juta..tapi bujet Jet boleh pulak..!!!

Jet peribadi lebih penting dari perkhidmatan kesihatan rakyat, soal PKR

 Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, dengan kenaikan kos sara hidup, persoalan yang menghantui rakyat ketika ini ialah, adakah kerajaan lebih mementingkan kemewahan pemimpin daripada kualiti hidup rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2015.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, dengan kenaikan kos sara hidup, persoalan yang menghantui rakyat ketika ini ialah, adakah kerajaan lebih mementingkan kemewahan pemimpin daripada kualiti hidup rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2015.

Di manakah keutamaan kerajaan – jet mewah untuk pemimpin atau perkhidmatan kesihatan untuk rakyat, soal PKR, susulan laporan yang Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengalami potongan bajet sebanyak RM120 juta tahun ini.

Mempertikaikan tindakan kerajaan terhadap perkhidmatan yang penting bagi negara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, dengan kenaikan kos sara hidup, persoalan yang menghantui rakyat ketika ini ialah, adakah kerajaan lebih mementingkan kemewahan pemimpin daripada kualiti hidup rakyat.

"Sementara kerajaan gah berbelanja membeli jet mewah untuk kegunaan perdana menteri dengan harga RM465 juta, tidak termasuk kos ubah suai sebanyak RM28 juta, kita dikejutkan dengan laporan pemotongan belanjawan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebanyak RM120 juta," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan mengurangkan belanjawan bagi salah satu perkhidmatan yang paling penting di dalam negara. Di manakah keutamaan kerajaan?

UMNO Kedah Menyokong Penuh YAB PM, YAB MB dan hormati Tun Dr Mahathir



Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Dr Mahathir gesa singkir Najib untuk selamatkan Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dengan penyingkiran perdana menteri pilihan raya umum akan datang boleh dimenangi. – Gambar file The Malaysian Insider, 18 April, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dengan penyingkiran perdana menteri pilihan raya umum akan datang boleh dimenangi. – Gambar file The Malaysian Insider, 18 April, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Umno menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengulangi niatnya untuk menyelamatkan Umno daripada kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia merupakan 2 daripada "pilihan" yang diberikan bekas perdana menteri itu kepada Umno, susulan kritikan beliau kepada Najib selama ini.

"Kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini.

"Sama ada kamu singkirkan perdana menteri yang gagal dan akan memimpin Umno untuk tewas dalam PRU akan datang.

"Atau kamu ambil peluang yang jika beliau disingkirkan, kita mungkin mampu selamatkan Umno," katanya pada sidang media selepas forum jenayah perang di Kuala Lumpur hari ini.

PAS : Nampaknya apa yang berlaku sekarang sudah diberi tahu sebelum PRU13 lagi..!!!

Nampaknya apa yang berlaku dalam PAS nie dah di kesan sebelum PRU13 lagi dimana sewaktu diadakan post moterm namun dilihat macam tak ada tindakan untuk mengatasinya...

Sekarang dalam tahun 2015 dan akan datang muktamar yang baru perkara itu sudah semakin menjadi reality dimana rakyat seperti menolak kerja buat PAS dimana ia semakin terhakis sedikit demi sedikit...

Lihatlah VIDEO dibawah ini...

berdasarkan kajian yang telah dilakukan.....dan lihatlah penerimaan rakyat malaysia kpd PAS..namun demikian semua buat...

Posted by KedahLanie on Friday, 17 April 2015

6 minggu perang saraf PAS leburkan siapa?

 
Kira-kira enam minggu sebelum pemilihan PAS Jun ini, perang saraf antara kumpulan pro-Pakatan Rakyat dan pro-ulama dalam parti Islam itu dilihat semakin sengit.

Dikatakan antara persaingan paling sengit dalam sejarah pemilihan PAS selepas ketegangan 80-an, muktamar kali ini turut menyaksikan kewibawaan presiden dipertikaikan secara terbuka oleh anggotanya.

Perang saraf yang dulu membenih di media sosial, kini dilihat melebar melalui risalah kecaman yang diedarkan secara fizikal.

Dalam kempen terbaru, risalah bertajuk "Siapakah perosak sebenar PAS?" didakwa mula diedarkan sekitar Batu Caves, Selangor, yang menyerang beberapa pemimpin “parasit” parti itu.

Di alam maya, pelbagai media digunakan – daripada Facebook ke WhatsApp – oleh kedua-dua belah pihak berbeza pandangan bagi menobatkan wira masing-masing.

Pemilihan PAS ke-61 akan diadakan pada 4 hingga 6 Jun ini dalam keadaan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin dicabar – keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kepada PAS... Jangan nanti Menang Sorak, Sampai Kampung Tergadai..!!

Oleh abuamar


"salam buat semua pemimpin PAS, 

“Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).” (Al-Anbiyaa' 21:110)

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“mereka Membaguskan perkataan tetapi buruk tingkahnya, mengajak kepada kitab Allah tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikitpun”. (H/R Ahmad (224))

Assalamu`alaikum wrh hbrt,

Kepada TG Hj Hadi Awang,TG Dr Harun Din, Dan mereka yang bergelar dan digelar Ulamak , Dan juga mereka yg bergelar atau digelar pemimpin dalam PAS.

Segala puji hanya bagi Allah yg telah melimpahkan rahmat dan nikmat NYA kpd semua para hamba NYA, samaada mereka itu bersyukur atau kufur. Adapun nikmat dan rahmat terbesar ialah “IMAN DAN ISLAM”

PAS & Hadi... Umpama nakhoda yang terhijab..

Nakhoda yang terhijab
– Abdullah Iskandar


Apa yang berlaku dalam PAS kini amat menyedihkan. Keberantakan yang seperti tiada Abu Bakar memujuk demi mencapai ketenangannya. Tiada Umar mencegah perpecahannya. Tiada Uthman menguruskannya. Tiada Ali merancang solusinya.

Dari bawah, kami melihat nakhoda bertungkus lumus. Bersusah payah ke sana ke sini. Sekejap di Istanbul. Sekejap di Mekah. Mulanya di Eropah. Kemudiannya di Jakarta. Merancang sesuatu. Menyusun perancangan demi ummah. Demi agama. Tetapi bagaimana kapal ini?

Sungguh kami tidak melihat sebarang usaha. Tidak menyaksikan sebarang tindakan konkrit. Yang mampu mencegah keberantakan. Yang boleh menghenti adu domba. Menghapus perlabelan terpilih dan eksklusif. Mensucikan jalan dakwah dan tarbiah daripada noda mempergunakan ayat dan hadis secara salah sehingga memaki ulama sana, memulia ulama sini.

Mukhriz bukan ada jasa pun tawan Kedah, wira sebenarnya ialah Ahmad Bashah jika hangpa nak tau..!!!

Petikan dari blog AnakKedah007

Wan Suhaijie Aupn 
with Othman Abdul and 28 others
Akhir-akhir ini politik Kedah menjadi tumpuan radar politik negara. Sehinggakan nangoi-nangoi daripada luar Kedah pun memandai-mandai buat cerita ceriti tentang politik Kedah. Paling menjengkelkan apabila ada nangoi daripada luar yg mendakwa kejayaan BN Kedah menawan kembali negeri Kedah adalah berkat daripada aura Dato Seri Mukhriz anak kepada Tun Mahathir semata-mata. Itu pandangan yg benar-benar false gila!

Di sebalik kegembiraan menyambut kejayaan merampas kembali bumi Kedah daripada Gerombolan Regim Pas Kedah, ramai yg terlupa hero sebenar atau arkitek sebenar yg bertungkus lumus merencana strategi untuk menawan Kedah kembali. Kalau hgpa nak tau, Dato Paduka Ahmad Bashah la hero/arkitek yg sebenar. Beliau la unsung hero. Wira yg tak didendangkan.

Selepas negeri Kedah berjaya ditawan oleh Pas Kedah pada pru12, Dato Paduka Ahmad Bashah la yg diberi tanggungjawap untuk memikul tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah daripada tangan Dato Seri Shafei Afdhal yg memikul sebentar jawatan tersebut.

Beza diantara WALA' kepada ALLAH & MANUSIA..!!

Kecuali wala' kepada Allah dan rasul, wala' kepada manusia bukan taat tanpa syarat, bukan cinta membuta-tuli dan bukan tagihan tanpa tukaran.
Wala' kepada manusia punya syarat, imbalan, harga dan tukarannya. Wala' kepada manusia tidak mutlak seperti wala' kepada Allah dan Rasul-Nya.
Syarat, tukaran, imbalan dan harga wala' adalah keboleh percayaan dan kejujuran. Tidak ada wala' tanpa kedua-duanya.
 
Hakikatnya, wala' tidak perlu ditagih dan diminta, apatah lagi untuk dipaksa-paksa. Ia akan hadir bersama kebolehpercayaan dan kejujuran tadi.
Tagihan, mintaan dan paksaan wala' tidak mencetuskan kekuatan tapi melunturkan kewibawaan.
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
SUMBER : KLIK SINI

Permatang Pauh: Wan Azizah lagi..?

Tok Perak


PAS tidak bersetuju sekiranya PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Tidak sahaja Dr Wan, anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ditentang sekiranya dicalonkan.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas bahagian berkenaan, Jamsari Samad parti Islam itu tidak akan membantu kempen sekiranya Presiden PKR itu dicalonkan.

Bagi sesetengah orang Azizah berkebolehan dan telah membuktikan keupayaan untuk menang pada beberapa pilihan raya yang disertai sebelum ini. Beliau dulu pun menang besar ketika bertanding di Permatang Pauh.

Tetapi bagi sesetengah orang lain pula, termasuk dalam kalangan PKR sendiri, ada ramai lagi orang yang juga layak untuk dicalonkan pada kawasan yang dianggap kubu kuat PR itu. Mereka bertanya, kenapa asyik Dr Wan Azizah? Berilah peluang kepada orang lain untuk menjadi YB!

Semua orang tahu PR retak berhubung isu hudud. DAP sudah menyatakan tidak sebulu dengan Pas. Sekiranya PKR mencalonkan isteri Anwar, dan Pas memboikot kempen pada PRK berkenaan, ada kemungkinan pakatan tiga sekawan itu akan menjadi bertambah retak.

DAP Terdesak atau Melayu Mendesak Politik Baru?

Sakmongkol AK47, 


Kelangsungan hayat parti politik atau longevity mereka bergantung kepada kebolehan membaca pola atau trend citarasa. Orang Melayu bersedia menerima politik yang lebih terbuka, yakin pada diri sendiri dan sedia assert pendirian mereka. DAP membaca trends ini dengan teliti dan menawarkan pilihan kepada orang Melayu. Sama ada ianya diterima oleh orang Melayu, orang Melayu lah yang menentukan nya. 

Agaknya, Ibrahim Ali, presiden PERKASA anggap pelajar Melayu dungu dan bodoh. Ini respons saya kepada lapuran keatas Dato Ibrahim Ali yang kata DAP terdesak untuk dapat undi Melayu.

Jawapan ringkas- ada masaalah ke kalau DAP inginkan undi Melayu? Jika DAP boleh beri keyakinan, dan orang Melayu meyakini perjuangan nya, tidak salah untuk sokong DAP. Bukannya DAP ajak Melayu tukar agama dan tukar bangsa. DAP menawarkan pilihan. Sama seperti Perkasa menawarkan pilihan untuk masyarakat.

Ianya tidak mengapa jika Ibrahim Ali dan Perkasa berjumpa dengan pelajar2 Malaysia diluar negara, tapi tak boleh jika DAP pergi berjumpa pelajar Melayu.

Ibrahim Ali dan pemimpin UMNO berbisnes dengan Cina tidak mengapa, tapi pelajar2 hendak ber-bonding dengan DAP tak boleh. Pemimpin UMNO suruh orang Melayu kelahi dengan orang Cina, tapi semua pemimpin Melayu tanpa pengecualian, berbisness dengan kapitalis Cina. UDA dengan Ecoworld untuk bangunkan tanah Pudu jel, 1MDB dengan Jho Low, PM Najib dengan ramai Cina, dan lain2 lagi. Setiap pemimpin UMNO ada bisnes partner cina mereka.

Mukhriz tersepit diantara dua kuasa, silap langkah boleh jatuh

Mukhriz ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa

Datuk Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak perlu diberi tekanan dan paksaan untuk menyatakan pendiriannya berhubung isu sokongan Umno Kedah kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, situasi Mukhriz ketika ini diibaratkan seperti 'ditelan mati emak, diluah mati bapa', menjadikan beliau amat sukar untuk menyatakan pendiriannya.

"Bila kritikan datang daripada bapanya sendiri (Tun Dr Mahathir Mohamad), suatu yang bukan mudah untuk diuruskan, ibaratkan kalau kita dalam keadaan terdesak, antara parti dengan bapa, pucuk pimpinan dengan ayahanda.

"Saya tidak rasa dengan memaksanya akan menjadikan keadaan lebih baik, malahan sebaliknya, saya yakin dia mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan," kata Weea kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon Utara hari ini.

Sg Petani : Kejadian mencuri motor dan merompak.. siap dikelar leher..!!


Dapat dr group wasup...any detail sapa tau..n keadaan mangsa camna..hrp dh selamat operation n cepat sembuh...

"Salam..adik sya tlah disamun dan dikelar di leher di pekan lma sg petani pkul 3am...skrg brada di hsptal n msih mnuggu utk operation..moto dpt dilarikn oleh 2 suspek brbgsa mlayu ..

Jnis: SYM
Wrna: Merah
Plat: KDQ 6940

Kpda ssiapa yg mnjumpai moto ini..sila hbungi sya 0175758091 ayie wocc

Apa2 pn sya ingtkn kpda kwn2 supaya brhati2.."

SUMBER : fb/Penduduk Sungai Petani.. 

P044 : Jawapan kepada Faekah Anak Husin.........

Nasoruddin Shah Mat
18 hrs · Permatang Rawa ·

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2015/04/faekah-husin-selangor-630x359.jpg

Jawapan kepada Faekah Anak Husin

Engko tak usah nak mengajar orang P044 tentang anwar dan wan azizah...kerana p044 sudah lama mengenali anwar dan wan azizah ...lama sebelum engkau jd org besar hasil reformasi anwar dan wan azizah jd presiden dan proksi anwar.

Orang P044 lebih mengenali anwar dan wan azizah sebelum engkau pandai kira duit jutaan lagi

Orang P044 yg jual air tebu tepi jalan pun lebih pandai bercerita tentang anwar lebih petah dari engko yg dpt berjuta hasil gerakan reformasi satu malaysia termasuk orang di p044

Dan akhir sekali..

Orang P044 lebih rela memilih seorang isteri yg menjadi proksi suami demi keuntungan dan kebaikan sejagat dari seorang lelaki yg menjadi proksi pembantu khasnya yg akhirnya mendapat keuntungan berjuta kununya ganti rugi..

Tun M pun dulu dikritik, tapi dia tak layan...

NIZAM ZAIN

Mahathir Mohamad
SHAH ALAM – Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj disifatkan kerap juga menegur dan mengkritik kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal pentadbirannya khususnya ketika berdepan dengan beberapa isu termasuk krisis Perlembagaan, krisis Raja-Raja dan hakim, namun beliau tidak ambil pusing.

Demikian kata Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek sambil menegaskan, walaupun Dr Mahathir menerima teguran itu namun beliau tidak melayan kritikan tersebut.

“Tunku Abdul Rahman biasa tegur Mahathir, dan Mahathir terima sahaja tetapi dia tidak layan walaupun ada orang hendak cabar Mahathir, dia terima saja. Zaman Tunku jadi Perdana Menteri, Mahathir yang tegur walaupun beliau di bawahnya, zaman Tun Razak pun begitu juga, ada orang tegur dia.

“Setiap perdana menteri, ada saja orang tegur, budaya ini baik dan bagus, walaupun teguran itu mendapat sokongan banyak pihak namun ia tidak sampai hendak menjatuhkan,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...