TERKINI :

Friday, April 17, 2015

Naib Presiden UMNO pulak kenen Mukhriz bab sokongan pada PM

Isu Umno Kedah tidak libat parti secara keseluruhan, kata Zahid

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang berlaku itu bukanlah permasalahan dan pendirian Umno negeri dan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang berlaku itu bukanlah permasalahan dan pendirian Umno negeri dan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan isu sokongan Umno Kedah dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melibatkan Badan Perhubungan Umno negeri itu secara keseluruhan.

Sambil menasihatkan isu itu perlu diselesaikan segera, Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata apa yang berlaku itu bukanlah permasalahan dan pendirian Umno negeri dan parti.

"Ia cuma pendirian peribadi seseorang pemimpin. Saya tidak fikir kita harus jamakkan permasalahan seseorang itu dengan sesebuah organisasi.

"Pada hemat saya, tidak ada pilihan melainkan menyelesaikan masalah ini kalau mahu melihat parti dan kerajaan diberi kesinambungan dalam pemilihan yang akan dilakukan oleh rakyat keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang di Butterworth hari ini.

Orang pertikai percaturan politik, bukan kapasiti beliau sebagai Ulamak

Petikan dari Sysss..!!

Pertikaian caturan politik Haji Hadi atas kapasiti beliau sebagai pemimpin bukan atas kapasiti beliau sebagai Ulamak..
Dalam islam tiada Ghibah ke atas pemimpin, dalam islam pemimpin boleh dikritik.. pemimpin bukannya maksum, kalau tak mahu dikritik jgn jadi pemimpin..
Saidina Umar r.a, Uthman r.a dan Muawiyah r.a antara manusia yg dijamin syurga oleh Allah juga dikritik oleh hamba rakyat corak politik, kepimpinan dan amanah mereka terhadap rakyat dan negara..
Apakah Haji Hadi maqamnya lebih tinggi dari para sahabat nabi sehingga tidak boleh dikritik? Umar, Ustman dan Muawiyah sendiri tidak pernah berkata mereka yg mengkritik Khalifah akan masuk neraka..

Berkatkah tindakan yang dilakukan puak UG untuk mengejar "JEBON" & "PARASIT"..??

ULASAN GB
 

Saya tidak dapat untuk tidak bersetuju dengan tulisan Ahli Parlimen Shah Alam. Artikal KLIK SINI.

Nampaknya mereka yang menamakan diri mereka pro-ulama (baca: pro-UMNO) rupa-rupanya menggunakan istilah-istilah yang pernah satu ketika dipopularkan oleh Hassan Ali dan Zulkifli Noordin apabila melabelkan golongan progresif dalam PAS dengan istilah-istilah Anwarinas, Parasit, Libaral, Jebon dan seumpamanya.

Pergilah ke facebook-facebook kumpulan UG - label-label itulah yang akan anda temui.

Seperti yang GB ungkapkan berkali-kali, perbuatan-perbuatan mereka itu seperti mendapat restu dari pimpinan PAS PUsat terutama Presiden dan Setiausaha Agungnya. Tiada sebarang tindakan dan kenyataan dikeluarkan untuk menghentikan perbuatan mereka itu. Jika ada pun kenyataan ialah dari Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta "facebooker hantu" seperti Tok Usin Ceroi, ElHaraki dan Keli Laut untuk menutup akaun-akaun mereka. Walaupun arahan itu dikeluarkan dan damage has been done, namun tiada tanda-tanda permintaan itu dipatuhi, malah wujud pula lebih ramai geng UG ini menggunakan nama seperti Nur Muhammad, Nurul Islam, Nurul Mohamad Yusof dan lain-lain.

Tujuan mereka untuk mempengaruhi ahli PAS supaya menyokong Haji Hadi sebagai presiden dan menolah kumpulan progresif dari saf kepimpinan PAS Pusat menjelang pemilhan nanti.

Rafizi teruja disaman Najib, Rosmah

 Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, bukan beliau sahaja teruja mempertahankan kenyataannya malah peguamnya juga turut memberi reaksi sama dan ia disifatkan sebagai satu peluang dinantikan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, bukan beliau sahaja teruja mempertahankan kenyataannya malah peguamnya juga turut memberi reaksi sama dan ia disifatkan sebagai satu peluang dinantikan rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengatakan teruja selepas menerima surat saman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan yang bertajuk “Kenapa kita pertahankan subsidi minyak”.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, bukan beliau sahaja teruja mempertahankan kenyataannya malah peguamnya juga turut memberi reaksi sama dan ia disifatkan sebagai satu peluang dinantikan rakyat Malaysia.

"Peguam saya turut teruja untuk menyoal balas (cross examine) Najib dan Datin Rosmah di mahkamah nanti, seperti mana seluruh rakyat Malaysia ternanti-nantikan saat itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang dokumen mengenai saman tersebut.

"Saya belum mendapat apa-apa dokumen atau pengesahan mengenai saman tersebut, namun saya yakin ia lanjutan dari surat tuntutan (demand letter) yang dihantar kepada saya pada 4 Disember 2014 yang lepas," katanya sambil turut menyertakan surat tuntutan dan jawapan peguamnya.

Akhirnya Menteri akui hutang 1MDB membebankan

Menteri akui hutang 1MDB membebankan, Putrajaya henti segala pinjaman baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bercakap di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa'anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,17 April, 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar bercakap di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa'anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,17 April, 2015.

Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal dalam membeli aset tetapi gagal menjana aliran tunai yang menyebabkan ia tidak mampan.

Wahid berkata 1MDB berkembang dengan membuat pinjaman daripada bank atau pasaran modal yang digunakan untuk membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga menyebabkan hutangnya meningkat kepada RM42 bilion setakat Mac 2014.

"Jadi anda boleh bayangkan bebanan hutang yang tinggi, ia sebenarnya sangat tinggi dan ini sukar," katanya pada forum anjuran Akademi Kapten Hussein di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

Menjawab soalan orang ramai, Wahid berkata selagi aset yang dibeli itu tidak dapat menghasilkan aliran tunai, maka selagi itu 1MDB tidak akan mampan.

Mufti Wilayah gesa Putrajaya kecualikan GST kepada orang Islam


Mufti Wilayah Persekutuan berkata orang Islam di Malaysia sepatutnya dikcualikan GST kerana mereka sudah membayar zakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.
Mufti Wilayah Persekutuan berkata orang Islam di Malaysia sepatutnya dikcualikan GST kerana mereka sudah membayar zakat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 April, 2015.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad menggesa Putrajaya mengecualikan warganegara beragama Islam daripada membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana mereka sudah melunaskan zakat berdasarkan agama Islam.

Cadangan itu dibuat Zulkifli menerusi laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan semalam di samping menggesa Putrajaya mengurangkan kadar GST sedia ada.

"Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.

"Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri."

Kenyataan sama turut diterbitkan laman rasmi mufti Wilayah Persekutuan dalam kolum “Bayan Linnas”.

Antara Kisah Pimpinan Pakai Vellfire dan Mengkritik Hudud Kelantan




SPEKTRUM Siri 2 - Ust Wan Ji - Penegakan Hukuman Syariah, Hak Asasi Manusia Dan Liberalisma Sosial

Mukhriz mungkin jadi mangsa pertama serangan Mahathir

Oleh Aziz Bari

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.191878.1376445517!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
Jelas terdapat banyak perkara yang boleh diperkatakan tentang kritikan-kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak. Tetapi saya akan mengehadkan diri saya kepada beberapa isu-isu yang mempunyai kepentingan perlembagaan.

Pertamanya, serangan itu bukan hanya kritikan terhadap seorang pemimpin parti tetapi yang lebih penting, ia adalah mengenai sebuah kerajaan yang dasar-dasarnya sedang dikecam.

Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui pandangan menteri-menteri mengenai BR1M dan 1MDB, sebahagian daripada dasar-dasar ini telah dikecam Mahathir dan juga penyokong-penyokong beliau, seperti Daim Zainuddin.

Lebih penting lagi, pengundi mempunyai hak untuk mengetahui pendirian menteri-menteri dalam isu-isu ini. Ini adalah rasional doktrin perlembagaan; tanggungjawab bersama ahli-ahli Kabinet.

Isu-isu lain seperti kebebasan bersuara atau sama ada dasar-dasar ini baik atau sebaliknya adalah tidak relevan. Ini kerana apabila seseorang ahli parlimen menerima jawatan menteri, beliau terikat dengan doktrin ini. Tanpa doktrin ini, adalah sukar untuk membuat kerajaan semasa bertanggungjawab atas tindakannya.

Siapa yang tidak mahu Hudud?

Oleh Subky Latif


KETIKA saya bermukim tiga bulan di England mulia Ramadan lalu saya mengikuti kempen Scotland hendak berpisah dari Britain. Itulah masa dan peluang terbaik bagi propemisah keluar dari Britain.

Tidak pernah ada peluang seperti itu. Itulah waktu paling cemas bagi kesatuan United Kingdom.

Keputusan pungutan suara tidak memihak kepada pemisah. Tidak diketahui bila pula ada lagi peluang terbaik seperti itu? Allah saja yang tahu.

Balik ke tanah air saya berada di tengah masyarakat kencang mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Hudud itu sudah la diperjuangkan oleh PAS sejak ia ditubuhkan tahun 1951. Tetapi tidak pernah ada peluang terbaik melaksanakannya seperti suku pertama tahun 2015 ini. Sebabnya tiba-tiba Umno berminat hendak menyokongnya kalau PAS mengambil langkah positif.

Tidak pernah Umno ada minat seperti itu sebelumnya.

Kerajaan PAS Kelantan pun mengambil langkah pro aktif membentang pindaan enakmen kanun jenayah syariah 2 yang 25 tahun terpendam tidak dapat dilaksanakan.

Sekalian Adun BN Kelantan menyokong rang pindaan itu.

Maka bertanya seorang pro-hudud pada saya. Siapa lagi yang menentang hudud dan mengapa mereka menentang sedang ia mengenai ibadat orang Islam saja?

Antara Jambatan Bengkok Dan Hati Bengkok

Shahbudin Husin, 

http://mk-cdn.mkini.net/882/ebe5517968c361448c82ec57bc6b080e.jpg
Tindakan Perdana Menteri, Najib Razak mengungkit semula isu pembinaan Jambatan Bengkok bagi memperlekeh dan cuba memberi gambaran seolah-olah Tun Mahathir Mahathir ada sesuatu kepentingan lain di sebalik mengkritik dan menyerangnya, akhirnya menikam dirinya sendiri.

Dalam temubual dengan TV3 baru-baru ini, Najib berkata, selain tidak bersetuju dengan BR1M, Tun Mahathir juga sebenarnya tidak puas hati kerana beliau enggan meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok itu bagi menggantikan Tambak Johor.

Dalam reaksinya mengenai perkara itu, Tun Mahathir berkata, Najib sebenarnya pernah berjanji kepadanya untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi akhirnya mungkir janji setelah memperoleh kuasa.

Kata beliau, kemahuannya terhadap pembinaan jambatan itu bukan bersifat peribadi atau berkaitan kontrak, tetapi demi masa depan negara serta kepentingan rakyat dan negeri Johor.

Tambah Tun Mahathir lagi, beliau juga pernah membangkitkan perkara itu kemudiannya, tetapi Najib memberi alasan bahawa terdapat perjanjian yang memerlukan persetujuan Singapura jika ingin membina jambatan itu.

Antara kelakuan GENG USTAZ yang menjadikan PAS semakin jahanam..!!!

TEPOK DADA TANYA KELAKU USTAZ YANG DOK ADA..!!!!


Coq Kria, 
Meluat Ustaz Jual Agama Untuk Beli Vellfire
SUMBER : KLIK SINI

Selepas Jebon, Parasit Pula?


oleh Khalid Samad

Baru-baru ini satu gambar pamplet yang bertajuk “Siapakah perosak sebenar PAS?” tersebar melalui media sosial WhatsApp. Di bawah tajuk itu tercatit pula takrif perkataan ‘parasit’. Di dalam pamplet tersebut disenaraikan pula 8 pimpinan PAS yang digelarkan sebagai ‘parasit’ dengan urutan ranking tertentu.


Calon PKR di PERMATANG PAUH - Boleh tak pilih yang lain selain dari WAN AZIZAH..!!

PRK PERMATANG PAUH - PILIHLAH CALON BUKAN ATAS FAKTOR DIUGUT 


Khabarnya, Ketua Penerangan Pas kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad sebagai berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil Permatang Pauh. 

Aku tak pasti sumber berita yang dikatakan dari sebuah akhbar, maka setakat ini aku sangsi dengan berita berkenaan. Cuma, aku secara peribadinya lebih suka jika calon PKR di Permatang Pauh itu adalah calon yang lebih bertenaga, muda dan agresif agar kesinambungan perjuangan tokoh reformasi DS Anwar Ibrahim itu dapat diteruskan. 

Bezanya, aku tidak sebut menolak jika calon itu nanti dari keluarga DS Anwar kerana sudah ditakdikan Azizah, Nurul dan kini Nuha serta Hana dilihat mewarisi perjuangan Anwar. Andainya terpilih juga di kalangan mereka, aku pasti itu adalah pilihan parti dan harapan besar aku tentunya pilihan itu juga adalah pilihan akar umbi di Permatang Pauh. 

Ahmad Lebai Sudin angkat "GENG UMNO BUKIT LADA" libas Mukhriz semula..!!


Kelmarin berlangsung sidang media daripada wakil kepada 69 buah Cawangan Umno di dalam kawasan DUN Bukit Lada di Pejabat ADUN Bukit Lada,Pokok Sena.

Berikut adalah kenyataan media yg dibacakan oleh Dato Haji Mohd Ismail Ketua UMNO Cawangan Hujung Bendang selaku wakil kepada mereka yg hadir ke sidang media tersebut.


1. Kami terdiri daripada Ketua UMNO Cawangan-Cawangan, JKKK, Setiausaha UMNO Cawangan, Setiausaha JKKK, Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Ketua Wanita Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan dalam DUN Bukit Lada serta sekitar DUN Bukit Pinang dan DUN Derga berdiri teguh di belakang Presiden UMNO yg juga merangkap Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

2.Kami juga menyokong penuh kenyataan ADUN Bukit Lada seperti yg disiarkan di dalam akhbar dan media sosial baru-baru ini di atas dasar prinsip organisasi sesuatu parti , bukan atas dasar sokongan yg melulu.

Isu Banjir Kelantan - Rumah PPR dibiar kosong, mangsa banjir tidur di khemah

ASLANI M | 16 April 2015.

GUA MUSANG: Biar pun kerajaan negeri menjelaskan tujuh lokasi disediakan bagi menempatkan semula mangsa-mangsa banjir, namun Umno masih menganggap tiada tanah bagi membina rumah kekal.

Umno membayangkan terpaksa membeli tanah milik persendirian bagi membina rumah kekal mangsa banjir.

Sebaliknya projek perumahan rakyat (PPR) setinggi lima tingkat di bandar baru yang lebih setahun disiapkan masih belum berpenghuni sehingga sekarang.

Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad berkata sekiranya Umno benar-benar mahu membantu banjir yang tiada lot sendiri, sepatutnya ditempatkan mereka sementara di PPR.

Katanya, projek tersebut sudah lama siap namun masih lagi tidak berpenghuni.

“Sekarang Umno menjaja kerajaan negeri tidak memberi kerjasama menyediakan tapak kepada mangsa banjir. PPR boleh digunakan sementara bagi menempatkan mangsa banjir yang mendiami khemah di Bandar Utama.

GST: Menteri boleh daftar peserta Maharaja Lawak

HARAKAHDAILY | 16 April 2015.


Merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek bahawa rakyat sudah memahami dan boleh menerima pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak dua minggu lalu.

Beliau membuat kesimpulan mudah itu hanya sekadar berpandukan statistik kementerian yang menunjukkan pengurangan dari segi bilangan aduan pengguna yang diterima.

Saya berasa amat hairan atas kenyataan Menteri ini kerana ia tidak ubah seperti syok sendiri dan menafikan realiti beban berat yang ditanggung oleh rakyat.

Adakah dengan kurangnya aduan itu bermakna rakyat sudah faham dan terima GST?

Setiap hari kita boleh membaca di akhbar, portal berita dan laman media sosial berkenaan keluhan dan aduan rakyat berkenaan pelaksanaan GST ini telah membebankan mereka.

Iklan promosi GST yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui siaran televisyen, radio dan papan tanda besar itu hanyalah seperti kata pepatah “indah khabar dari rupa”.

Jikalau dahulu barang keperluan harian dan makanan yang dibeli itu pada harga tertentu, namun setelah GST harga yang perlu dibayar meningkat naik.

Mukhriz jadi mangsa amukan penyokong Najib

M FAQIH | 17 April 2015.


KINI tercetus lagi politik keluarga bagi mempertahankan hegemoni politik. Datuk Seri Hishammuddin Hussein tampil mempertahankan sepupunya, Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir tertekan antara jawatan Menteri Besar dan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Lim Kit Siang beriring dengan anaknya Lim GuaN Eng mahu berkerat rotan dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Begitu juga Gobind Singh Deo masih lagi meneruskan agenda mendiang Karpal Singh “menyergah” Kanun Jenayah Syariah yang diusahakan kerajaan Kelantan.

Inilah sebahagian episod politik keluarga di Malaysia. Namun paling menarik minat ramai sekarang dramatikal antara Najib dan Dr Mahathir.

Tidak semena-mena Mukhriz menjadi mangsa amukan penyokong Najib.

'Terpulang jika Pas mahu langgar integriti'‎

NIZAM ZAIN

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/PRESIDEN_PAS_HADIAWANG_130914_TMIAFIF_003.jpg
SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bebas daripada sebarang tindakan tatatertib daripada Majlis Pimpinan PR kerana gabungan parti pembangkang itu masih tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Demikian kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook sambil mengakui pihaknya sukar untuk mengenakan tindakan disebabkan kerjasama politik itu tidak memperuntukkan sebarang artikel atau Perlembagaan parti untuk mengikat mana-mana parti komponen dan pemimpin utama mereka.

“Majlis Pimpinan PR kita bukannya ada satu artikel atau ‎bukannya ada satu parti, kita tidak mempunyai status yang formal. PR dibentuk bukannya di atas satu pertubuhan yang berdaftar kerana kita belum mendapat pendaftaran daripada ROS‎ lagi.

“Jadi dia (perbuatan melanggari keputusan bersama) tidak boleh bertindak mengikut Perlembagaan atau undang-undang dalam PR atau kerjasama itu,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Kerajaan Negeri Kelantan menghantar semula notis untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan kuasa mahkamah syariah dibentangkan pada persidangan akan datang.

Pemuda, Puteri dan Wanita Umno berdiri teguh belakang Mukhriz

Mukhriz tak perlu beri apa-apa kenyataan
Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Kedah telah meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir supaya tidak membuat sebarang kenyataan tentang pendirian Umno Negeri terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April ini.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, permintaan ketiga-tiga sayap Umno negeri itu telah disuarakan oleh mereka kepada Mukhriz dalam satu pertemuan hari ini.
   
"Kami tidak mahu menteri besar berada dalam keadaan yang sukar kerana semua sedia maklum hubungannya dengan Tun Dr Mahathir dan mahukan beliau memberi tumpuan 100 peratus untuk usaha memperkukuh parti dan mentadbir negeri.

"Kami juga bimbang jika kenyataan (Mukhriz) pada 24 April itu akan diputar belit oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Kedah, hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, ketiga-tiga pergerakan Umno itu di Kedah berdiri teguh dan menyokong kepimpinan Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah serta Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...