TERKINI :

Thursday, April 16, 2015

Gaji minima masih gagal dilaksana..tup tup gaji Ahlo Parlimen yang naiknya..!

KUALA LUMPUR : Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertikaikan kerajaan yang sehingga kini masih gagal menyelaraskan gaji pekerja sedangkan pada waktu yang sama gaji Ahli Parlimen naik.

Setiausaha PSM Cawangan Seremban S. Tinagaran berkata, Majlis Perundingan Gaji Negara yang ditubuhkan untuk menyelaraskan gaji minima pekerja mengikut kos sara hidup telah gagal memainkan peranannya.

“Dalam senario politik di mana gaji kebanyakan wakil rakyat dan penggubal undang-undang dinaikkan, tetapi gaji minima pekerja yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara diperlekeh dan diabaikan.

“Kerajaan dan Majlis Perundingan Gaji Negara masih berdolak dalih dan tidak tegas dalam menaikkan gaji minima,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PSM pada Khamis.

Tambahnya, walaupun gaji minima telah dilaksanakan pada 2013 dengan jumlah RM900 bagi Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak tetapi perlu dikaji semula dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikkan harga barangan. FMT

Dr M perli Najib lagi katanya Pak Lah tidur pun dapat 140 kerusi..!

Dr M: Pak Lah tidur pun dapat 140 kerusi

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan prestasi lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun mempunyai masalah berkaitan tidur.

Mahathir, perdana menteri keempat, berkata Abdullah walaupun begitu memastikan BN mendapat 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Sedangkan, kata Mahathir lagi, BN bawah pentadbiran Najib pula hanya mendapat 133 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut rakaman wawancara disiarkan Perak Today, Mahathir juga berkata prestasi lebih buruk berlaku walaupun kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mahathir membangkitkan terdapat masyarakat Cina memberitahunya bahawa tindakan itu rasuah kerana diberikan ketika hampir pilihan raya.

Beliau yang memainkan peranan aktif memastikan kejatuhan Abdullah kini beralih arah kepada Najib selepas memberi amaran BN akan kalah dalam pilihan raya dengan pentadbiran sedia ada.

Sembang bab JAM pun pimpinan BN Kantoi..!!!


Dengan Hanya Satu Pendedahan.. Pemimpin BN Kantoi. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba mengelak daripada pertanyaan pemberita berhubung jam tangan dipakainya seperti didedahkan badan anti-jenayah MyWatch baru-baru ini.

Zahid mempertahankan tindakannya memakai jam "mahal" dengan berkata beliau merupakan seorang ahli korporat sebelum menyertai politik.

"Sebelum saya menyertai politik, saya seorang ahli korporat. Kenapa perlu mengawasi semua itu (jam tangan yang dipakai oleh ahli politik)?" soal Zahid kepada pemberita di Serdang, Selangor hari ini.

Sebelum memulakan sidang media, beliau segera berkata, "Kena tutup ni (jam tangan)" sambil menutup jam tangannya dengan baju dan berkata: "Pasal Casio pun nak kecoh."

Sebelum ini, pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan mendedahkan jam tangan mewah yang dipakai ahli politik dan dimuat naik dalam laman Facebooknya.

"Kemelut Mahathir-Najib" : Menunggu Penjelasan atau pertandingan 'menang-kalah'


Kemelut politik yang berlaku kini sudah berada di dua persimpangan – antara mencari kebenaran, menunggu penjelasan dan mencari sokongan. Dan kadang-kadang hasrat awal yang semata-mata untuk minta penjelasan sudah ‘tenggelam’ dan telah timbul semacam satu ‘perjuangan’ mencari sokongan untuk menentukan ‘menang-kalah’.

Bagi aku rakyat Malaysia agak malang kerana ‘dipergunakan’. Ahli UMNO dari semua peringkat ‘digembelingkan’ untuk memberikan sokongan kepada DS Najib dalam menghadapi ‘serangan’ dari Tun Mahathir. Dan ‘berduyun-duyunlah’ ahli UMNO dari semua peringkat dan bahagian menyatakan sokongan kepada pemimpin mereka.

Tetapi jikalau ahli dan pemimpin UMNO itu sanggup merenungkan sejenak rasionalnya mereka memberikan sokongan kepada DS Najib, pastinya mereka akan kebingungan dan merasa agak ‘termalu’ kerana memberikan sokongan membabi-buta. Dan aku yakin bahawa DS Najib tidak pula menagih simpati dan meminta diberikan sokongan. Kemungkinan ‘juak-juak’ yang ‘mengipas’ DS Najib sahaja yang bersungguh-sungguh mencari sokongan yang berkenaan.

Kedah Aman Makmur | Sg. Petani : Apabila YB, ADUN, JKKK, JKM, Pej ZAKAT.... MATI.. maka inilah nasib RAKYAT..!!!

‪#‎PerluBantuan‬



Assalamualaikum dan Salam sejahtera sahabat2 SEMUA..

Marilah sama2 kita membantu Puan Azizah seorang ibu tunggal yang hidup sebatang kara bersama 4 anaknya yang masih bersekolah.. Beliau hanya memerlukan bantuan untuk membina rumah dan bekalan dapur...Puan Azizah sudah meminta bantuan bulanan zakat dan masih dalam proses..Beliau sekarang telah menerima bantuan dari JKM..

Sedih tak terkata apabila melihat rumah yang bukan seperti rumah ini..Rumah dibina bukan atas tanah sendiri tapi rezab kerajaan yang dibina mengguankan keringatnya sebagai tempat berteduh bersama anak2 yang masih kecil..Marilah sama2 kita bantu beliau seikhlas mungkin walaupun RM1..

Adik beliau Azlina Muhammad pun boleh sekadar menolong serba sedikit kerana bukan dari golongan berkemampuan juga...

Selepas Siti Nurhaliza Dan Rozita Che Wan, NGO Diterajui Abang Muhyiddin Juga Sokong Mahathir

 Shahbudin Husin,

Dalam pertembungan yang sedang berlaku antara Tun Mahathir dengan Najib Razak, ramai yang tertanya-tanya apakah pendirian Pemikir atau Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia mengenainya.

Pertanyaan itu timbul kerana Pemikir dianggotai oleh beberapa tokoh berpengaruh daripada kalangan bekas Menteri, Ahli Parlimen, pegawai tinggi kerajaan serta tokoh penting dalam masyarakat.

Antara mereka yang menganggotai Pemikir ialah Sabbaruddin Chik, Azmi Khalid, Aziz Shamsuddin, Osu Sukam, Drs Suleimah Mohamad dan ramai lagi. Bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan juga menganggotai NGO itu.

Lebih menarik ialah Presiden Pemikir adalah Aziz Yassin, bekas Ahli Parlimen Muar yang juga abang kepada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Selain itu, NGO ini juga difahamkan kerap mengadakan pertemuan dan bertukar-tukar fikiran dengan Tun Mahathir dengan kali terakhir mereka mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu ialah pada 8 April lalu.

Tiada sebab saya letak jawatan MB, kata Mukhriz

 Datuk Mukhriz Mahathir ditemani bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad ketika majlis angkat sumpah sebagai menteri besar Kedah pada 2013. – Gambar fail, 16 April, 2015.
Datuk Mukhriz Mahathir ditemani bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad ketika majlis angkat sumpah sebagai menteri besar Kedah pada 2013. – Gambar fail, 16 April, 2015.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata tiada sebab baginya meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah kerana kedudukan merupakan amanah yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa tiada sebab untuk saya melepaskan jawatan ini," katanya seperti dilaporkan Mstar Online.

"Tidak ada masalah besar yang memerlukan saya untuk berbuat demikian."

Mukhriz, anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulas khabar angin yang tersebar di Internet kononnya beliau akan berundur 24 April ini.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, sebelum ini didesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin supaya meletak jawatan sekiranya enggan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib.

USTAZ AHMAD AWANG bersedia mencabar penyandang Presiden PAS

oleh Mohd Shubihi


Dikhabarkan bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Ahmad Awang sudah nyatakan kesediaan mencabar penyandang presiden, TGHH pd muktamar akan datang.

Aku yang masih bergelar ahli parti amat teruja akan kesediaan UAA dan mengharapkan perlawanan itu akan berlangsung di atas padang yg sama rata dan dalam suasana harmoni.

Aku jugak mengharapkan agar tak akan ada pihak yg mendakwa alim dan faqeh dgn ilmu agama tercari-cari dalil dan nas al-quran ataupun hadis nabi bgi tujuan menghalang perlawanan berlangsung.

Semoga sesi pemilihan parti islam PAS nanti akan berlangsung dgn suasana harmoni dan tanpa anasir booo spt muktamar sebelumnya..

teratak ilmu permaipura
16/4/2015 - 16.30

Apabila media arus perdana gelapkan sokongan artis seperti Siti Nurhaliza kepada Tun M..!!

Zam: Bodohkah semua pengarang akhbar?

"Bodohkah semua ketua pengarang akhbar sehingga tidak nampak nilai berita ini?" bentak bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Beliau berkata demikian dalam blognya ketika mengulas tindakan media arus perdana menggelapkan berita sokongan diberi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan pelakon Rozita Che Wan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zainuddin yang lebih dikenali dengan nama Zam berkata, mungkin pengarang akhbar menganggap Siti Nurhaliza (bawah) sebagai "berbahaya" sehingga mereka enggan menjadikan kenyataan penyanyi popular itu sebagai berita dalam media masing-masing.

"Jika tidak berbahaya, masakan semua akhbar diminta membenamkan berita ini," katanya.

Bagaimanapun, kata Zam, harus diingat berjuta-juta orang sudah membaca kenyataan dua selebriti berkenaan melalui media sosial.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu juga berkata, sokongan Siti Nurhaliza lebih daripada mencukupi untuk menutup ribuan sokongan lain yang diberi seluruh bahagian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Suara Siti Nurhaliza berada di hati pencintanya dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit.

"Sokongan dalam pilihanraya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik," katanya.

Menurut Zam, mungkin wajah selebriti terbabit yang digelarnya "artis rakyat" kini digeruni kerana suara dan wajah mereka berada di lubuk hati orang ramai.

Zahid tak nafi miliki jam tangan mewah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa, jam tangan mewah yang diperagakannya sebelum ini diperolehi semasa terlibat dalam dunia korporat.

Oleh itu, soal jam tangan mahal itu tidak sepatutnya diperbesar-besarkan, kata bekas pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd itu

"Maksud saya, kenapa perlu kita memantau (jam tangan milik ahli politik)?," soal beliau dalam satu majlis di Serdang hari ini.

"Sebelum saya menyertai politik, saya seorang ahli korporat," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenainya.

Terdahulu, Zahid awal-awal lagi sudah bertanya kepada pemberita sama ada isu mengenai jam tangannya akan dibangkitkan.

Zahid merujuk kepada dakwaan Ketua NGO antijenayah MyWatch R Sri Sanjeevan bahawa MP Bagan Datoh itu dan beberapa ahli politik ternama memiliki jam tangan mewah.

Sanjeevan mendakwa bahawa beberapa keping gambar menunjukkan Zahid memiliki jam tangan Richard Mille yang dianggarkan bernilai RM293,000 dan jam IWC, didakwa berharga RM180,000.

Ahmad Zahid tidak menafikan bahawa beliau memiliki jam tersebut, namun mendakwa isu tersebut hanya melibatkan jam jenama Casio.

Ahmad Zahid seterusnya berusaha melindungi jam yang dipakainya daripada dirakam lensa kamera.

"Saya nak tutup (jam saya)," katanya sewaktu mengambil tempat duduk dan menarik lengan kemeja menutup jam tangannya.

"Pasal Casio pun hendak kecoh," kata lagi.

Casio merupakan satu jenama jam yang dianggap bukan dari kategori mewah.

Pas berikan sokongan siapa sahaja calon PKR di Permatang Pauh

Pas sokong siapa sahaja calon PKR

SHAH ALAM – Pas menyerahkan kepada rakannya PKR untuk menentukan calon sesuai bagi PRK Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei depan.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi Pas, mereka akan menyokong siapa sahaja calon yang diletakkan oleh PKR.

“Mesyuarat Pas Pusat juga telah sepakat menyerahkan (pemilihan calon) kepada PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Permatang Pauh, mewakili parti itu atau seb aliknya.

Terdahulu, memetik dalam satu laporan media, Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon PRK Permatang Pauh.

Mengulas lanjut kata Tuan Ibrahim, tidak timbul isu bantahan daripada Pas kerana ternyata kerusi tersebut sebelum ini milik PKR.

"Pas akan tetap turun membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh nanti," katanya.

Bersabarlah DS Nizar... Hukum Kebenaran & Keadilan Akan Tetap Berjalan...

oleh Greenboc


Usaha terancang singkirkan Nizar?

IPOH - Satu kenyataan bertulis yang tersebar di laman sosial semalam dikaitkan dengan agenda terancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin selaku Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kampar.

Timbalan YDP Pas Kawasan Kampar, Anuar Morat berkata, perkara itu hanya diketahui ketika mesyuarat agung tahunan kali ke-27 berlangsung kelmarin.

“Saya hanya dapat tahu pun selepas dimaklumkan oleh seorang rakan yang turut sama berada dalam mesyuarat tersebut.

“Namun saya yakin surat itu tidak sampai kepada mana-mana ahli Pas cawangan yang mengundi bagi memilih YDP Pas Kawasan Kampar yang baru,” katanya, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, buat masa ini pihaknya masih belum dapat memastikan dalang di sebalik penyebaran kenyataan bertulis tersebut.

Apa Isu Sebenarnya - Tak Suka Dengaq AZAN atau guna SPEAKER AZAN terlalu kuat?

RESPONS KONTROVERSI KRITIK AZAN YANG DIDAKWA GANGGU PRIVASI SEORANG NON-MUSLIM TANJUNG BUNGAH


AZAN

Ada beberapa nas, salah satunya seperti di bawah:

"Kaum muslimin, dahulu ketika datang ke Madinah berkumpul, lalu memperkirakan waktu solat, tanpa ada yang menyerunya. (Sehinggalah) pada suatu hari, mereka berbincang-bincang tentang hal itu. Sebahagian mereka berkata: gunakan saja loceng seperti loceng Nasrani. Dan, sebahagian (lain) menyatakan: gunakan saja terompet seperti terompet Yahudi. Maka, Umar berkata: Tidakkah kalian mengangkat seseorang untuk menyeru solat? Lalu, Rasulullah S.A.W bersabda: Wahai, Bilal. Bangun dan serulah untuk solat.”

[Rujuk hadith riwayat Al-Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al -Adzan, Bab Bad’u Al-Adzan, no. 604; hadith riwayat Muslim, kitab Al-Masajid, Bab Man Ahaqqu Bil Imamah, no. 674]

Umumnya, ulamak berselisih pendapat mengenai status hukum azan.

1. Iman Nawawi: azan dan iqamah untuk solat fardhu  lima waktu adalah berdasarkan syariat dan ijmak yang tiada berselisih pendapat.
2. Albani: wajib, salah jika menganggapnya sekadar sunnah.
3. Ibnu Taimiyyah: fardhu kifayah

Inilah salah satu punca duit Kerajaan BN habis...ada hantu..!!

Setiausaha sulit menteri ditahan SPRM kerana tuntutan palsu RM500,000

 Suspek yang dituduh membuat tuntutan palsu berjumlah setengah juta ringgit dikatakan setiausaha sulit kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 April, 2015.
Suspek yang dituduh membuat tuntutan palsu berjumlah setengah juta ringgit dikatakan setiausaha sulit kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 April, 2015.

Setiausaha sulit seorang menteri Kabinet yang didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000 ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Borneo Post semalam.

Akhbar itu mendakwa suspek berusia 41 tahun itu merupakan setiausaha sulit kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Entulu bagaimanapun menafikan suspek didakwa, dan cuma disiasat.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching semalam untuk ditahan reman sehingga 20 April.

AJK: Kempen kotor cemari pemilihan PAS

Di sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses pemilihan 
parti itu kini dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, malah ia didakwa bukanlan perkara baru.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, kempen kotor dalam pemilihan parti itu bukan lagi rahsia, namun di sebalik pengakuan itu beliau tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.
 
“Cerita label melabel sesama ahli PAS memang sudah lama berlaku. Bukan ketika pemilihan kali ini saja. Sebelum pemilihan pun ini sudah berlaku.
 
“Ada individu dilabel liberal, menolak hudud, sebagai begitu, sebagai begini. Ia memang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
 
Kelmarin, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, mengakui sukar untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden walaupun beliau mendapat pencalonan minimum seperti disyaratkan perlembagaan parti itu.
 
Ahmad yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia antara 1981 hingga 1999 berkata, pemilihan jawatan dalam PAS kali ini dicemari kempen kotor dan amalan berat sebelah.
 

Ahmad Lebai Sudin jawab pasaipa dia tekan Mukhriz

ADUN: Saya tak berniat nak rebut jawatan MB



ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, beliau tidak berniat langsung untuk merebut jawatan menteri besar Kedah, yang kini disandang Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau menangkis dakwaan bahawa seruannya agar Mukhriz meletak jawatan itu mengandungi niat peribadi.

Sebaliknya, kata Ahmad (kanan), seruannya kepada Mukhriz itu dibuat atas prinsip menjaga perpaduan dalam parti.

Katanya beliau tidak mempunyai niat langsung untuk merebut jawatan tersebut memandangkan kuasa melantiknya adalah hak Najib selaku presiden Umno.

"Jawatan MB tu hak perdana menteri. Bukan kita. Itu hak beliau. Kalau saya desak pun, dia kata bukan saya yang jadi MB, (tak jadilah).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...