TERKINI :

Wednesday, April 15, 2015

Kelantan kena hantar semula notis pindaan Akta 355 ke parlimen

Kelantan perlu hantar semula notis Pindaan Akta 355, kata Mohd Amar

Beliau berkata, ini berikutan usul berkenaan tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lepas selepas bersidang selama 20 hari.

"Setiap kali penggal persidangan Parlimen (berakhir), usul (yang tidak sempat dibentangkan dan dibahaskan) kena dimasukkan (hantar notis) balik... kena beri notis 14 hari sebelum hendak bentang (sebarang usul).

"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan serahkan notis bagi membentangkan usul berkenaan selepas Parlimen mengeluarkan notis kepada anggota Parlimen untuk persidangan Dewan Rakyat yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim, Kota Baru hari ini.

Mukhriz terus ditekan untuk nyatakan sokongan pada PM

Laman pro-Umno gesa Mukhriz 'bijak politik'

Ketika bapanya terus-menerus melepaskan kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak, bahang terus memuncak dirasai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz.

Terbaru, sebuah laman sesawang Umno menegaskan Mukhriz tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali menyatakan sokongan padu kepada perdana menteri atau Umno Kedah bakal berdepan perebutan kuasa.

Sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah dan menteri besar, MyKMU.net berkata Mukhriz wajib berada di belakang presiden parti dan perdana menteri.

"Mukhriz tidak boleh memberikan pandangan peribadi. Dia mewakili semua ahli Umno Kedah. Justeru tidak wajar untuk beliau memberi tumpuan kepada pendirian peribadi," lapor laman sesawang itu.

Mengenai persoalan dibangkitkan Dr Mahathir Mohamad mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata MyKMU, Mukhriz boleh mendapatkan penjelasan lengkap daripada kerajaan pusat.

Menurut penulis laporan itu, adalah lebih baik untuk Mukhriz bersikap ‘bijak politik’ demi kepentingan rakyat.

"Perkara yang hanya berfaktakan hearsay (cakap-cakap) tentang 1MDB dan kes jenayah Sirul Azhar, apatah lagi terbit dari mulut pembangkang seperti Rafizi (Ramli) dan Mahfuz (Omar), rasanya tidak perlu dipercayai sangat," katanya.

Bagaimanapun, kata penulis itu, jika Mukhriz mahu menyokong bapanya dan mengutamakan kepentingan peribadi, beliau perlu sedar terhadap kesan negatif yang akan ditanggung Umno, terutama di Kedah.

"Saya yakin beliau sedar tentang kesan-kesan yang terpaksa dihadapi. Selain kesan peribadi yang perlu Mukhriz terima, kesan lain seperti meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan menteri besar juga perlu dihadapi.

Siapa yang rugi? Selain Mukhriz sendiri, warga Umno dan rakyat Kedah juga rugi kehilangan ikon harapan, bukan?" katanya.

Petronas nafi potong gaji, berhentikan pekerja

Syarikat pengeluar minyak negara, Petronas menafikan bahawa syarikat itu memotong gaji dan memberhentikan kakitangannya bagi menghadapi kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.

Laporan Reuters, memetik kenyataan ketua eksekutif Petronas, Wan Zulkiflee Wan Ariffin menyebut laporan media yang mendakwa demikian adalah tidak benar.

“Itu laporan salah. Tiada potongan gaji dan langkah memberhentikan kakitangan Petronas,” kata Wan Zulkiflee seperti dipetik dalam laporan Reuters.

Beliau merujuk kepada satu laporan SunBiz bahawa satu anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd akan mengurangkan gaji kakitangan sebanyak 20 peratus ekoran kejatuhan harga minyak.

Laporan SunBiz itu berdasarkan satu memo dalaman Petronas Carigali yang didakwa menyebut bahawa pengurangan gaji itu akan berkuatkuasa pada 1 Mei.

Laporan itu timbul susulan kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa kerajaan negeri Sabah akan mengambil alih operasi cari gali telaga minyak di Sandakan.

Musa dalam ucapan di DUN Sabah, Isnin lalu berkata, ia bagi meraih keuntungan lebih besar kepada negeri tersebut.

Katanya, kerajaan negeri tidak mahu terlalu bergantung harap kepada pencarian ekuiti semata-mata.

Kenyataan itu berhubung tuntutan agar kerajaan negeri mendapat bayaran royalti lebih besar dari Petronas ekoran penemuan 16 telaga minyak baru .

"Bukan saja kami (kerajaan negeri) minta penambahan royalti (minyak) tetapi juga minta Marginal Field di Sandakan yang telah diluluskan oleh Petronas.

“Kami mahu ambil alihnya," tegas musa.

Petronas yang menyumbang kepada hasil minyak dan gas negara terpaksa mengurangkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan dalam negaranya tahun ini.

Syarikat itu menerbitkan bon dan sukuk pada Mac untuk memungut modal berjumlah US$17 bilion.

Wang persaraan atau wang nak bagi anak cucu pesara?

FAUZIAH AROF | 15 April 2015 1:20 AM


“TUNGGU 60 tahun baru boleh keluar duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Aku keliru ni... KWSP sebenarnya urus wang untuk simpanan persaraan atau simpanan untuk anak cucu?”

Itu antara komen yang saya baca dalam media sosial apabila keluar berita tentang cadangan KWSP untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada usia persaraan 60 tahun, Sabtu lepas.

Walaupun setakat ini cadangan itu masih kekal sebagai cadangan kerana perlu dibawa ke Kabinet untuk di­bincangkan sama ada boleh dilaksanakan atau tidak, tetapi cadangan berkenaan telah banyak membuatkan orang ramai marah.

Bagaikan tidak kena pada waktunya, cadangan itu di­suarakan ketika orang ramai masih terpinga-pinga dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula pada 1 April lalu yang sistemnya dikatakan baik tetapi diambil kesempatan oleh peniaga untuk menaikkan harga barangan.

Betapa tidak, sehingga kini ramai tertanya-tanya barang mana yang turun harga kerana sebelum ini dikatakan akan ada penurunan harga barang tertentu apabila GST dilaksanakan.

PAS Tak Perlu Lagi Undi Bukan Islam?


Undi bukan Islam tidak penting? 
Oleh A Shukur Harun

Ramai yang berkongsi kerunsingan dan menyertai kebimbangan bekas pemimpin PAS, Ustaz Haji Ahmad Awang apabila beliau berkata, “ramai yang sedih melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat. Sama ada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang mengentahui.”

Menurut Ahmad Awang, kata-kata seperti “PAS mampu bersendirian”, “Putrajaya bukan matlamat kami”, “Sokongan bukan Islam tidak penting” dan sebagainya adalah sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu.

Ungkapan seperti ini bermunculan ketika tercetusnya krisis berat dalam PAS sendiri sekarang ini, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar Tahunan PAS bulan Jun depan.

Menurut pendapat saya, pandangan PAS mampu bersendirian sementara sokongan bukan Melayu tidak penting adalah kata-kata yang menggambarkan betapa naifnya bacaan politik mereka ini, yang sama sekali tidak berasaskan realiti politik yang ada.

Bahkan pandangan begini membahayakan kelansungan masa depan PAS lebih-lebih lagi apabila golongan ini berkata, “Putrajaya bukan matlamat kami”.


Pandangan seperti ini bukan saja aneh, tetapi juga membayangkan pemikiran paranoid, kecelaruan, bahkan kedangkalan politik.

Buku Kecam pemimpin Pas adalah perbuatan syaitan

Oleh Mohd Sayuti Omar,


ULASAN TENGAHARI                                                                                    

Dalamface book riuh randah dengan kemunculan sebuah risalah yang mengecam dan mengutuk beberapa orang pemimpin Pas. Antara pemimpin Pas yang menjadi serangan dan kutukan risalah tanpa penanggungjawab berkenaan ialah Mohamad Sabu, Dr Mohd Hatta Ramli, Nizar Jamaluddin, Hanipa Maidin dan Phahrorazli Mohd Zawawi. Mungkin ada beberapa nama lain lagi?

Tidak pasti bila ia mula disebarkan dan berpusat di mana. Ia mula tersebar sejak minggu lalu. Katanya teruk juga kecaman dalam risalah berkenaan. Pemimpin Pas itu digelar sebagai "parasit". Kemarahan risalah berkenaan kepada pemimpin Pas itu ialah kononnya mereka hendak menjatuhkan presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Sepanjang sejarah Pas lebih 60 tahun dan berhadapan dengan beberapa kali pertandingan merebut jawatan, belum ada risalah seumpama itu diterbit atau disebarkan sebagai bahan kempen. Apa yang berlaku itu adalah satu fenomena baru yang ditetaskan oleh generasi baru kini. Sejauh manakah ia memberi keuntungan kepada perjuangan agama dibawa Pas, walhaualam.

Tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab ke atas penerbitan risalah berkenaan kerana ia tidak dinyatakan identitinya. Bolehlah disifatkan ia diterbitkan oleh jembalang dan mereka yang memusuhi Pas yang menjadi gunting dalam lipatan. Saya tidak fikir ia adalah kerja orang yang mencintai perjuangan Pas dan juga mencintai Abdul Hadi Awang sendiri. Sebagai seorang ulama besar Abdul Hadi sama sekali tidak merestui kegiatan seperti itu.

Ditembak polis, wanita menang kes RM300K

 
Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan RM300,000 dibayar kepada seorang ibu yang menjadi mangsa kes tembakan pada 2010.

Panel tiga anggota diketuai oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memerintahkan bahawa Mahkamah Rayuan tidak patut mengganggu keputusan di mahkamah lebih rendah.

“Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam undang-undang dan fakta-faktanya,” kata Abang Iskandar.

Mahkamah sekali gus menolak rayuan polis dan kerajaan dalam kes wanita bernama Norizan Salleh itu.

Hakim lain termasuk, P Nalini dan Dr Prasad Sandosham Abraham.

Mereka juga mengarahkan polis dan kerajaan membayar kos RM10,000 kepada Norizan.

Adakah Mukhriz jadi 'tebusan' politik Najib?

 
Selepas berdepan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, nampaknya penyokong Datuk Seri Najib Razak bertindak balas.

Dalam perkembangan terbaru, penyokong perdana menteri itu menyasarkan serangan mereka kepada anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz.

Sebelum itu ada bayangan bahawa Najib akan menyerang balas ketika dia ditemu bual stesen televisyen TV3 pada Khamis lalu.

Perdana menteri mendakwa kemarahan Mahathir berpunca daripada keengganan kerajaan meneruskan projek jambatan bengkok yang dibatalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Sebelum dan selepas temubual itu disiarkan, beberapa pemimpin Umno tampil menyatakan sokongan mereka kepada presiden mereka seperti yang banyak disiarkan media arus perdana setiap hari.

Malah, timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi turut menyuarakan sokongannya kepada Najib.

Selepas menunjukkan kawalan beliau pada Umno, jentera Najib secara rasmi menyerang balas dengan menyasarkan Mukhriz yang kini berkhidmat sebagai menteri besar Kedah.

Pelik, masuk pilihanraya tapi Putrajaya bukan matlamat


Ramai yang berkongsi kerunsingan dan menyertai kebimbangan bekas pemimpin PAS, Ustaz Haji Ahmad Awang apabila beliau berkata, “ramai yang sedih melihat gelagat beberapa pimpinan PAS yang menunjukkan sikap tidak menghargai dan bersyukur atas kewujudan Pakatan Rakyat." "Sama ada mereka mempunyai wawasan masa depan politik yang begitu terbantut atau agenda tersendiri yang masih belum didedahkan hanya Allah yang mengentahui.” 

Menurut Ahmad Awang, kata-kata seperti “PAS mampu bersendirian”, “Putrajaya bukan matlamat kami”, “Sokongan bukan Islam tidak penting” dan sebagainya adalah sangat bercanggah dengan wawasan pimpinan terdahulu. Ungkapan seperti ini bermunculan ketika tercetusnya krisis berat dalam PAS sendiri sekarang ini, lebih-lebih lagi menjelang Muktamar Tahunan PAS bulan Jun depan. 

Menurut pendapat saya, pandangan PAS mampu bersendirian sementara sokongan bukan Melayu tidak penting adalah kata-kata yang menggambarkan betapa naifnya bacaan politik mereka ini, yang sama sekali tidak berasaskan realiti politik yang ada. Bahkan pandangan begini membahayakan kelansungan masa depan PAS lebih-lebih lagi apabila golongan ini berkata, “Putrajaya bukan matlamat kami”. 

Dengaq kata BN nak calonkan calon Permatang Pauh yang ada bau-bau bacang dengan PAS..!!

Siapa pulak Calon BN untuk PRK Permatang Pauh ni??

Nampaknya sekali lagi UMNO/BN mengulangi strategi yang menurut mereka terbukti berkesan di Permatang Pauh..

Menurut sumber yang boleh dipercayai sebelum Muhyiddin turun ke Permatang Pauh, tiga nama telah disenaraikan sebagai Calon BN untuk PRK P044.

Mereka ialah Hasan Mohammad, Norsafri Said dan seorang lagi ialah bekas calon BN di kerusi itu sendiri dalam PRU yang lalu iaitu Dr. Mazlan Ismail.

Ketua Bahagian UMNO Datuk Zaidi tak ada namanya.. dia cuma menjadikan dirinya sebagai umpan di laman Facebook untuk mengalihkan sasaran serangan..

Ramai yang tertipu dengan strategi itu.. kalau tak percaya lihat dalam laman Facebook Datuk atau Cikgu Zaidi sendiri.

Setelah Muhyiddin turun tinggal dua nama saja.. satu dah digugurkan, dipercayai nama kaum kerabat Cikgu Zaidi, Norsafri Said digugurkan..

Dengan gugurnya nama Norsafri Said tu isu kronisma berjaya dihilangkan dalam isu calon dari BN itu..

Aduhai SPRM dengaq ke sembang pijak tanah pun tak rapat aihh...???

SPRM: Takut apa, Rosmah pun kami siasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa mereka bukan harimau tanpa taring untuk menyiasat sesuatu perkara tanpa takut dan pilih kasih.

Bagi membuktikan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed mendedahkan bahawa mereka menyiasat dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Abu Kassim (kiri) berkata beliau secara peribadi mengarahkan pegawainya memulakan siasatan sejam selepas laporan dibuat pada SPRM pada 2011.

Dua jam kemudian, ketua SPRM itu menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta isterinya membawa cincin yang diperkatakan itu.

Pada hari berikutnya, pegawai SPRM menghubungi Jabatan Kastam dan mendapat pengesahan bahawa cincin itu dihantar balik ke New York.

Sebagai menteri kewangan, Najib patut ‘memimpin melalui tauladan’

Oleh Alyaa Alhadjri


Konsep kepimpinan melalui tauladan jelas tidak diamalkan oleh pegawai daripada Kementerian Kewangan dalam menangani isu salah guna wang rakyat.

Atau pun mereka benar-benar mengikuti konsep tersebut, dengan mengambil kesempatan daripada “taudalan” yang ditunjuk Perdana Menteri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, dalam tidak mempedulikan kebertanggungjawaban dalam mengurus dan membelanjakan dana awam.

Akhbar The Malay Mail pada 12 April lalu melaporkan kerisauan yang dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Nur Jazlan Mohamed, berhubung kegagalan Kementerian Penerangan untuk mematuhi peraturannya sendiri yang di bawah Arahan Perbendaharaan 304(B).

Nur Jazlan sehingga berkata, jawatankuasa parlimen dwipartisan itu lebih baik “ditamatkan kewujudannya” jika peranannya tidak diambil serius oleh kerajaan.

Di bawah Arahan Perbendaharaan 304(B), kementerian kewangan sepatutnya melaporkan kepada PAC jika melaksanakan apa-apa syor yang dikemukakan jawatankuasa itu.

Namun, Nur Jazlan berkata, amat sedikit maklumat tentang apa-apa tindakan yang diambil terhadap jabatan kerajaan atau agensi yang menggunakan wang rakyat secara meragukan.

Ehh...Najib Dah Menang Ke Lawan Mahathir Sampai Dijulang Ni?

Shahbudin Husin, 

Tidak cukup dengan menzahirkan sokongan penuh, menjerit slogan "Lawan Tetap Lawan" dan menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita", Pemuda UMNO bertindak lebih ke depan dalam kemelut politik yang sedang berlaku sekarang dengan bertindak menjulang Perdana Menteri, Najib Razak.

Aksi itu diperlihatkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pemuda UMNO seluruh negara di PWTC semalam bagi menjelaskan pelbagai isu seperti 1MDB, Altantuya dan sebagainya yang menjadi asas serangan bertali arus oleh Tun Mahathir.

Tetapi menjulang Najib selepas pertemuan itu menimbulkan lebih banyak persoalan daripada sekadar bertujuan menunjukkan sokongan.

Perlukah Pemuda UMNO berlebih-lebihan sehingga ke peringkat menjulang Najib?

Najib hakikatnya tidak boleh dijulang sebab beliau tidak menang sebarang pertandingan dan belum juga menang dalam pertembungannya dengan Tun Mahathir.

Apakah tujuan Pemuda UMNO berbuat demikian sebagai suatu provokasi agar Tun Mahathir terus menyerang Najib lagi?

Sg Petani : Ibu bapa, guru berhimpun desak pengetua diambil tindakan segera


13 April 2015 1:36 AM

SEBAHAGIAN daripada ibu bapa dan waris pelajar mengadakan perbincangan
SEBAHAGIAN daripada ibu bapa dan waris pelajar mengadakan perbincangan

SUNGAI PETANI 12 April – Tidak tahan dengan sikap pengetua yang didakwa bersifat perkauman, baran serta mencadangkan penukaran guru sesuka hatinya, lebih 40 ibu bapa, guru serta pelajar salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini berhimpun bagi mendesak beliau diambil tindakan secara serta merta.

Himpunan yang mulanya di­rancang di hadapan sekolah tersebut, bagaimanapun berlangsung secara baik menerusi pertemuan bersama wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda setelah dipujuk oleh seorang pegawai PPD.

Dalam pertemuan tersebut, kesemua yang hadir jelas menampakkan rasa tidak puas hati kerana bimbang dengan nasib para pelajar di situ yang didakwa menjalani pembelajaran dalam keadaan tidak selesa.

Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, Makbul Ilahi Hashim yang menjadi wakil kepada kumpulan itu, beliau sebelum ini didatangi oleh lebih 40 guru di sekolah berkenaan yang mahu tindakan serta merta diambil ke terhadap guru berkenaan.

Ada perundingan antara Dr M dengan Anwar?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke rumah bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim, (Pak Brahim) untuk menziarahi jenazah Pak Brahim tidak ramai diperkatakan orang. Mungkin orang menganggap pemergian itu biasa sahaja, dan satu kebetulan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi alasan kedatangan Mahathir itu kerana bekas PM itu kenalan lama bapa mertuanya. Tidak ada keterangan lanjut dari itu. Apakah sebelum ini Mahathir ada menziarahi Pak Brahim atas hubungan disebut Wan Azizah itu?

Di rumah Pak Brahim itu, Mahathir hanya berada sekejap sahaja, tetapi isterinya mengambil sedikit masa untuk berbicara dengan Wan Azizah. Apakah Siti Hasmah ada membawa mesej atau pesan tertentu daripada suaminya untuk suami Wan Azizah?

Manakala Zahid pula sempat khatam surah Yassin untuk disedekahkan kepada roh Pak Brahim. Body language yang ditunjukkan Zahid menerusi foto yang diambil menampak akan ketidakselesaan menteri KDN itu.

Kedatangan Mahathir dan Zahid lebih awal daripada ketibaan Anwar dari penjara Sungai Buloh. Mungkin sudah dirancang demikian rupa untuk tidak bertembung dan berlaku insiden dramatik. Mahathir sejak memecat Anwar pada 3 September 1998 tidak pernah bertemu dengan Anwar dari dekat.

GST hadiah BN buat rakyat

Oleh AZAMIN AMIN

http://4.bp.blogspot.com/-Yi7MO6TTHn0/Um37JVhC0dI/AAAAAAAApOw/ZvTPWenDxQs/s1600/GST+3.jpg
KETIKA ini, semua sedang membelek harga. Lihatlah di mana-mana, sini sana bercerita. Tidak kurang yang menggelang kepala.Ada yang tidak dapat menahan, melepaskan geram di depan kauter bayaran. Bukan rekaan, semua babak ada di depan.

Tapi itu sedikit cubit pun tidak mencairkan atau mengertak kerajaan yang konon tegas dengan pendirian sama seperti tema, rakyat didahulukan.

Bantahan dibalas dengan tangkapan. Tidak sedikit pun menjadi kuman bahkan kerajaan Barisan Nasional yang menang di Persekutuan, tetap pertahan ‘good and service tax’ (GST) untuk kemudahan dan keuntungan buat rakyat di masa depan.

Seperti ‘pekak badak’, segala rintihan hanya dibakul sampahkan.

Tidak cukup dengan itu, mempromosi di dalam iklan, GST untuk kebaikan.

Sesekali membuat ugutan dan ancaman, kerajaan akan rugi dan kurang pendapatan.

Siapalah, rakyat marhaen yang keluh kesah mahu diberi perhatian.

Tiap kali dasar kerajaan yang dilaksanakan tanpa mengendah rungutan, akhirnya rakyat yang menanggung beban. Rakyat yang telah membuat pilihan, kononnya BN menjaga kebajikan.

Pelarasan Deposit Bekalan Air SADA: Kerajaan Negeri atasi kelemahan dengan memeras pengguna.

Kenyataan Akhbar


Pelarasan Deposit Bekalan Air SADA: Kerajaan Negeri atasi kelemahan dengan memeras pengguna.

Sada adalah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah, ditubuhkan pada 1 Januari 2010, sebagai syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) selaras dengan kehendak Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Pengkopratan JBA dengan menubuhkan SADA antara lain bertujuan menjaga kepentingan rakyat Negeri Kedah supaya mendapat bekalan air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan dan World Health Organisation (WHO) pada kadar yang lebih murah berbanding negeri-negeri lain.

1. Hutang

Setelah berlaku kenaikan tarif air di Kedah pada Oktober 2010 akibat bebanan hutang bekalan air kepada pusat sebanyak RM1.7 bilion tinggalan kerajaan BN sebelum 2008 yang perlu dibayar, rakyat Kedah kini terpaksa membayar pula pelarasan deposit sehingga antara RM50-RM70 setiap akaun. Apakah rasional pelarasan deposit Sada ini?

2. Apakah Rasional Menaikkan kadar Deposit?

Jika kenaikan tarif pada 1 Oktober 2010 dipaksa ke atas rakyat Kedah melalui pewartaan kadar baru oleh Kabinet Kerajaan Persekutuan (Warta Kerajaan Persekutuan Jilid 54, No. 20, bertarikh 1 Oktober 2010, P.U. (A) 332 di bawah Tajuk Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi melaksanakan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 84(2)(a) dan 179 (i) Akta 655), apakah sandaran bagi Kerajaan Negeri Kedah sekarang menaikkan kadar deposit bekalan air? Adakah satu warta baru oleh kerajaan pusat untuk mewajarkannya?

Dengan GST mula membebankan rakyat, adakah rakyat masih tak serik pangkah UMNO BN

Tak tahulah kalau rakyat masih belum serik
Oleh Zulkifli Yahaya


“RAKYAT perlu sedar bahawa apabila Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan maka Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sejak tahun 1972 dan 1975 akan dimansuhkan.

Ini bermakna pengguna hanya perlu bayar cukai pada kadar 6 peratus bagi barangan dan perkhidmatan tertentu mengikut kadar penggunaannya di bawah sistem GST, berbanding 16 peratus bagi SST. Perubahan sistem ini dijangka akan mengurangkan harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran.”

Itu yang kerajaan canangkan ke seluruh pelosok negara sebelum pelaksanaan GST pada 1 April 2015. Malah Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Maslan dengan penuh keyakinan berkali-kali menerangkan umumnya rakyat Malaysia akan nikmati penurunan harga barangan dan perhidmatan selepas pelaksanaan GST.

Tanggal 1 April 2015, media sosial diviralkan dengan resit belian rakyat Malaysia berbelanja dan terkena GST.

Tiada penurunan. Masingmasing memaparkan imej resit GST dengan penuh sinis terhadap kerajaan BN. Sumpah seranah yang dihamburkan usah dikira banyaknya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...