TERKINI :

Monday, April 13, 2015

Menjawab penulisan Hafiz Ahmad berkenaan perangai politik buruk presiden PAS

Bacaan buruk Hafiz Ahmad terhadap tindakan politik presiden PAS
Oleh Abdul Muntaqim

SUMBER : KLIK SINI
Membaca hujahan Hafiz Ahmad (selepas ini dibahasakan sebagai penulis) terhadap beberapa tindakan politik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sangat mengecewakan. Kebanyakan isu yang dibangkitkan adalah isu-isu lama yang sebenarnya sudah selesai.

Kalaulah penulis lebih rajin untuk membaca tulisan-tulisan dan mendengar ucapan presiden, serta membuat penilaian yang adil, sudah tentu sikap dan pandangan penulis tidak sedemikian.

Diulang-ulang oleh penulis dan mereka yang sependapat dengannya tentang kepimpinan ulama dalam PAS tidak boleh dikritik. Saya tidak melihat ada rasionalnya dalam penulisan beliau. Lihat sajalah dalam portal berita, blog dan laman-laman sosial tentang banyaknya kritikan dan teguran yang dilemparkan terutamanya kepada presiden.

Dalam muktamar PAS saban tahun, kritikan oleh perwakilan kepada pimpinan termasuk presiden menjadi perkara rutin. Tidak pernah menjadi kepercayaan ahli PAS presiden adalah maksum. Bahkan tidak ada yang pernah menyanjung presiden PAS dengan menyatakannya sebagai “anugerah Tuhan untuk memimpin rakyat Malaysia”!

Najib anugerah tuhan untuk Pakatan, Hadi anugerah tuhan untuk Umno

Oleh Riesya H


Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah dua insan istimewa dan banyak persamaan.Najib ialah presiden parti. Sama seperti Hadi. Kedua mereka berdepan dengan polemik yang kronik, iaitu berdepan dengan turun takhta.

Hadi berisiko dilucutkan jawatan melalui proses demokrasi pemilihan, manakala Najib berisiko dilucutkan jawatan secara “coup d’etat”.

Kedua-dua mereka adalah anugerah Tuhan di bumi Malaysia tercinta ini. Najib adalah anugerah untuk Pakatan Rakyat (PR), manakala Hadi adalah anugerah untuk Barisan Nasional (BN), dan Umno secara langsung.

Langkah manis jika Pas tidak bertanding PRK Rompin ‪

http://mk-cdn.mkini.net/826/a06172508c5217cf4b5216d4d793a4fc.jpg
KUANTAN - Ia adalah 'langkah manis' jika Pas memutuskan tidak bertanding dalam PRK Parlimen Rompin, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan berkata, Umno mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Jika Pas tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh Pas).

"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti. Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi Parlimen,” kata Adnan pada sidang akhbar selepas melancarkan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di sini hari ini.

Mahathir 'smash' lagi Najib.. nie soal nak gantung anak orang..!!

Tak tuduh Najib, ini soal nak gantung anak orang, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kebiasaannya seseorang anggota polis atau tentera tidak akan menembak mati melainkan mengikut arahan, merujuk kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang dihukum gantung kerana bersalah membunuh warga Mongolia itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 April, 2015.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kebiasaannya seseorang anggota polis atau tentera tidak akan menembak mati melainkan mengikut arahan, merujuk kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang dihukum gantung kerana bersalah membunuh warga Mongolia itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 April, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membunuh Altantuya Shaariibuu, tetapi cuma mahu tahu siapa dalang yang bertanggungjawab mengarahkannya.

Katanya, kebiasaannya seseorang anggota polis atau tentera tidak akan menembak mati melainkan mengikut arahan, merujuk kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang dihukum gantung kerana bersalah membunuh warga Mongolia itu.

"Berkenaan Altantuya, saya hanya bertanya siapa yang memberi arahan kepada Sirul yang dikena hukum bunuh.

"Saya tidak tuduh Najib. Biasanya anggota polis atau tentera tidak tembak mati sesiapa melainkan diserang atau di arah.

"Ini soal nyawa manusia. Kalau salah, bunuhlah Sirul. Tetapi kalau menjalankan tugas, menurut perintah tidak adillah jika Sirul dibunuh," katanya dalam blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Permatang Pauh Bakal Dijadikan Modal Untuk Perlekeh Mahathir

Berbanding di Rompin, pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dilihat amat penting dan bakal menentukan perjalanan seterusnya fasa politik negara, terutama yang melibatkan masa depan Najib.

Pentingnya Permatang Pauh kepada Najib, UMNO dan BN sehingga SPR sendiri menentukan hari pengundiannya ialah pada 7 Mei iaitu dua hari selepas pengundian di Rompin pada 5 Mei.

Keadaan ini terlihat pelik kerana pewartaan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebenarnya ialah pada 16 Mac apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen yang dikemukakan oleh keluarga Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu sedangkan nahas helikopter yang menyebabkan kematian Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis ialah pada 4 April.

Secara logik, berdasarkan hukum akal, mengikut tertib dan kebiasaan, tentulah pilihanraya kecil Permatang Pauh sepatutnya diadakan terlebih dahulu berbanding Rompin.

Lebih-lebih lagi SPR juga mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh pilihanraya Permatang Pauh adalah pada 8 April manakala mesyuarat untuk menentukan tarikh Rompin pula ialah pada 10 April.

Akhirnya Mukhriz bersuara, siap kata Ahmad Lebai Sudin gopoh..!

Sokong Najib, Mukhriz kata tunggu 24 April

KUBANG PASU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin sebagai terlalu ghairah dalam mengeluarkan kenyataan yang memintanya supaya meletak jawatan.

Beliau berkata, Ahmad sepatutnya menunggu sehingga kenyataan rasmi dibuat oleh Umno Kedah pada 24 April depan tentang sokongan terhadap perdana menteri selepas satu mesyuarat oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri di ibu negara.

"Kami telah bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Kedah.

"Nampaknya Ahmad Lebai (Sudin) agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Integrity Global Champions di sini hari ini.

Semalam, Adun Bukit Lada itu meminta Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya gagal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

'Mukhriz tersepit antara bapa dan bos'

Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Mungkin itulah dilema Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz ketika bapanya Tun Mahathir Mohamad menyerang keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seorang wakil rakyat BN di Kedah memberitahu berkata, selepas pertemuan khas dengan pemimpin-pemimpin penting parti itu di Alor Setar semalam, Mukhriz dilihat "serba salah dan tersepit”.

Katanya, ia membuatkan Mukhriz "berhati-hati" mengeluarkan kenyataan demi menghormati Najib selaku orang nombor satu kerajaan dan bapanya, tokoh Umno paling berpengaruh.

“Beliau perlu mengeluarkan kenyataan dalam situasi menang-menang, ambil pandangan semua pihak supaya perdana menteri tak terasa, Tun (Dr Mahathir) pun tak terasa.

"Kenyataan itu yang menjadi satu keputusan yang konsensus, bukan keputusan seorang diri. Di Kedah ini, sensitif sikit kerana Dr M ada pengikut yang ramai. Salah sebut (sikit, penyokong) Dr M akan terasa.

"Bukan mudah, banyak sudut kena fikir termasuk kesan dalam pilihan raya kecil nanti," kata wakil rakyat itu yang enggan namanya disebut ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin sebelum ini menggesa Mukhriz meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Najib ketika berdepan asakan Mahatahir.

Mesyuarat 24 April

Mahathir sejak awal bulan ini mempergiat asakan terhadap kepimpinan Najib dengan membangkitkan pelbagai isu kontroversi, antaranya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Ahmad dilapor membuat gesaan itu selepas pertemuan Mukhriz dengan beberapa pemimpin termasuk wakil rakyat dan ketua bahagian Umno di kediaman rasmi menteri besar semalam.

Mengulas perkara itu, sumber dalaman Umno Kedah berkata mereka hanya akan memuktamadkan pendirian terhadap kepimpinan Najib pada 24 April ini selepas maklum balas semua pihak.

Ia akan diperhalusi dalam pertemuan yang dirancang di Kuala Lumpur bagi mencari kesepakatan semua pihak.

Sumber memberitahu, tarikh itu dipilih, memandangkan kini ramai pihak sibuk dengan urusan masing-masing, termasuk berada di luar negara.

Sementara itu, wakil rakyat Umno yang hadir dalam pertemuan semalam juga berkata Mukhriz "tidak pernah sebut tidak menyokong PM" dalam pertemuan semalam.

Beliau juga menegaskan kenyataan Mukhriz dalam jalis itu hanya kenyataan peribadi.

"Kalau kata ada keputusan (selepas pertemuan itu) ia adalah bersifat separuh masak. Keputusan konsensus pada 24 April. Keputusan perlu dibuat bersama-sama dan tertib.

“Bukan senang jadi anak Tun Dr Mahathir," katanya.

DS Najib patut hayati nasihat Tun Daim

DS NAJIB HARUS HAYATI NASIHAT TUN DAIM


Kata Tun Daim, bekas Menteri Kewangan Malaysia,

“Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah…..Kalau depan dia taat setia kepada pemimpin tetapi sampai satu ketika apabila panik, mereka mendesak. Itu cara Umno….Macam Tunku Abdul Rahman, Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila sampai masanya, baru mereka ambil tindakan….Mungkin Umno masih yakin tetapi tidak senang hati sebab-sebab keadaan sekarang. Itulah yang kita takut terlambat," katanya. (Malaysiakini 10 April 2015)

Tun Daim dikenali sebagai seorang yang ‘pendiam’ dan sentiasa ‘diam’ dan tidak bercakap banyak. Dan apabila Tun Daim sudah bersuara bermakna sudah ada ‘sesuatu’ yang sedang ‘berlegar’ yang mana ramai antara kita yang tidak tahu apa yang sedang berlegar itu. Hanya segelintir rakan-rakan dan sahabatnya sahaja yang dapat ‘menicum’ apa yang sedang diperkatakan mengenai politik tanah air kini.

Ayat terakhir dalam kenyataan di atas yang berbunyi,’…Itulah yang kita takut terlambat” mempunyai implikasi (yang terselindung) yang memberikan erti yang cukup bermakna. Seolah-olah Tun Daim menyarankan sesuatu tindakan yang drastik yang perlu diambil oleh DS Najib untuk mengelakkan keadaan-keadaan sepertimana yang dialami oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tun Daim telah memberikan bayangan tentang keadaan ‘nasib’ yang menimpa ke atas kedua-dua orang pemimpin itu.

Permatang Pauh riuh kembali - PAS, DAP & PKR bersatu hadapi BN

Oleh Abd Shukur Harun


PAS telah mempastikan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ikrar paling tegas telah diberikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dan Ketua Pemuda PAS Suhaizat Kaiat.

Inilah komitmen PAS yang menghantar isyarat jelas bahawa Pakatan Rakyat akan terus kukuh, sebagai jawapan tegas kepada pihak yang cuba menimbulkan keraguan akan kerjasama PAS di Permatang Pauh, konon disebabkan krisis dalam Pakatan Rakyat.

Perpaduan Pakatan menghadapi PRK Permatang Pauh ini tentu sekali akan mengecewakan parti lawan – Umno/BN, kerana perpecahan yang diharapkannya itu tidak berlaku.

Dengan itu PRK Permatang Pauh ini dijangka akan menyaksikan sekali lagi pertarungan sengit antara calon Pakatan Rakyat dengan Umno/BN. Adapun kehadiran calon bebas nanti, jika ada, hanya akan memeriahkan suasana pilihan raya kecil itu.

Ahmad Awang sedia timbang untuk masuk gelanggang tanding Presiden PAS

Terima cukup pencalonan, Ahmad sedia timbang lawan Hadi

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sedia menimbangkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS selepas mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan itu.

Namun, beliau masih enggan membuat keputusan waktu ini kerana katanya masa masih panjang dan tidak perlu terburu-buru.

"Kita lihat juga berapa calon yang lain. Ini kerana, yang banyak mendapat pencalonan sekarang ialah Datuk Husam (Musa)," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.

Katanya, pencalonan yang banyak untuk melawan penyandang jawatan ini membayangkan kecenderungan ahli PAS membuat perubahan di pucuk pimpinan parti.

"Kita lihat kecenderungan hendakkan perubahan pucuk pimpinan sudah jelas," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Hishammuddin pulak terjah Mukhriz...

Hisham: Mukhriz gagal jika Umno Kedah berpecah

Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan gagal sebagai menteri besar jika Umno Kedah berpecah, kata naib presiden parti itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Ini tanggungjawabnya sebagai menteri besar untuk memastikan Umno Kedah tidak berpecah,” katanya.

“Tiada seorang pun dapat lari daripada tanggungjawab... jika beliau gagal bermakna beliau gagal sebagai pemimpin,” kata Hishammuddin dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas gesaan supaya Mukhriz meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib kini sedang diasak hebat bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri keempat, dalam pelbagai isu – daripada pembunuhan Altantuya Shaariibuu kepada 1Malaysia Developement Bhd.

Aktiviti keluar makan luar mampu menyiksa poket anda di kala GST

Oleh Candy Jiang


Selepas hampir dua minggu GST terlaksana, ramai rakyat Malaysia kini telah menerima kehadiran cukai yang menjengkelkan itu.

Ada yang menyimpan perasaan jengkel tahap tertinggi mereka kepada kerajaan kerana melaksanakan cukai ke atas kita semua, namun ada juga yang memandang kepada perkara positif, dengan menyatakan beberapa perniagaan telah menyerap kesan GST.

Foto hidangan ringkas dengan nasi, ayam gorang, nuget kentang dan sayuran telah dikongsi seorang pengguna Facebook di laman komuniti tertutup Jerantut, sebagai contoh. Makanan dengan segelas air teh ais bernilai RM5, kata coretan tersebut.

Ia diterima baik sementara seorang pembahas berkata bukan mudah mencari juadah sebegitu di KL, kerana seketul ayam goreng mencecah harga RM5!

Adakah Mahathir akan tinggal berjiran dengan Anwar dipenjara Kajang..?

Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

“Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Berikutan ikrar Zahid bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, Lip Eng hari ini membuat laporan terhadap Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lip Eng (kanan) membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada tengah hari berkaitan dakwaan Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lip Eng juga mendakwa Najib mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno 2010.

Tuan Ibrahim Tuan Man minta Tok Usin Ceroi tutup akaun FBnya

Facebook Tuc Tok Usin Ceroi diminta tutup akaun FBnya
Oleh ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pemilik akaun laman sosial Facebook Tuc Tok Usin Ceroi (TUC) menutup akaun facebooknya kerana laman itu dianggap tidak menguntungkan jemaah, malah hanya mendatangkan keburukan kepada jemaah.

Malah, permintaan itu juga bukan sekadar ditujukan kepada Tuc Tok Usin Ceroi, tetapi juga kepada manamana pemilik akaun yang melakukan perkara sama seperti TUC.


Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, sebelum ini beberapa kali teguran telah dilakukan agar ‘posting-posting’ yang berbaur fitnah, serta tidak sah tidak terus disebarkan hingga mendatangkan kesan negatif kepada parti.

“Sebelum ini sudah banyak kali teguran dibuat, tapi ia masih berterusan.

Atas rasa tanggungjawab, saya mohon agar akaun itu ditutup kerana ia hanya mendatangkan keburukan dan tidak menguntungkan jemaah.

UMNO Kedah akan mufarakah Mukhriz dalam isu sokong Najib

UMNO Kedah Akan Sokong Najib Tanpa Mukhriz – Ahmad Lebai Sudin

Alor Setar – UMNO Kedah mungkin berpecah sekiranya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mengambil sikap berdiam diri dalam isu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Isu kepercayaan kepimpinan ini timbul apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan beliau telah hilang kepercayaan dan tidak lagi menyokong Perdana Menteri.

Menurut Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, sekiranya keadaan ini berterusan, kepimpinan Umno peringkat bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Kedah, mungkin akan mengadakan satu perjumpaan khas tanpa Mukhriz bagi membincangkan sokongan mereka kepada Najib.

“Sekiranya Mukhriz enggan menyatakan sokongan secara terbuka saya dan Adun-Adun yang lain akan membuat satu kenyataan berasingan bagi menyatakan sokongan tersebut.

“Dalam perjumpaan yang diadakan oleh Menteri Besar pagi tadi, beliau memaklumkan Umno negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 haribulan April ini di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Ahmad, tindakan Mukhriz itu dilihat sengaja ingin melengah-lengahkan untuk menyatakan pendirian sebenar beliau sambil menyifatkan ia terlalu lambat.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan masa perjumpaan tersebut akan diadakan.

Semalam SuaraTV melaporkan gesaan Ahmad Lebai Sudin agar Mukhriz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya tidak lagi menerima kepimpinan Perdana Menteri kerana jawatan Menteri Besar merupakan jawatan lantikan Perdana Menteri.

Sumber : SuaraTV

Rakyat tak setuju MP naik gaji

Ramai tak setuju naik gaji MP

Ramai tak setuju naik gaji MP  

SHAH ALAM - Orang ramai tidak bersetuju dengan kenaikan gaji dan elaun ahli parlimen antara 45 hingga 57 peratus yang diluluskan Dewan Rakyat, kelmarin.

Pekerja swasta, Moha Kamar, 40, berkata, dia tidak bersetuju dengan kenaikan  yang diterima oleh wakil rakyat.

“Saya tidak menidakkan hak seorang wakil rakyat untuk mendapat kenaikan gaji. Namun, kenaikan ini tidak sesuai pada waktu ini.

“Kebanyakan rakyat tidak mendapat kenaikan gaji sedangkan kos sara hidup semakin meningkat hari demi hari. Tetapi, usul kenaikan gaji ahli parlimen pula diluluskan,” katanya.

Menurutnya, persepsi rakyat terhadap wakil rakyat akan bertambah buruk dengan kenaikan gaji itu.

‘Saya ada hak untuk tegur Najib’, kata Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan teguran beliau terhadap kepincangan kepimpinan negara merupakan hak beliau untuk membetulkan keadaan.

Bagaimanapun beliau berkata pihak yang ditegur it juga mempunyai hak sama ada mahu menerima atau menolak teguran dilontarkan itu.

"Kalau dia nak tolak apa-apa (teguran), dia boleh tolak, jika saya rasa dia (Najib) ada melakukan sesuatu yang salah, saya ada hak untuk tegur.

"Saya rasa dia akan menjadi penyebab Umno kalah dalam pilihan raya, percayalah saya," katanya dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas serangan bertali-arus yang dibuatnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir ini termasuk meminta Presiden BN itu menjawab kepada rakyat tentang beberapa persoalan.

Perangai politik buruk presiden PAS

  – Hafiz Ahmad


Saya bersemangat menulis artikel ini setelah saya membaca status Mufti Perlis Dr Maza di Facebook beliau. Beliau kecewa melihat sikap PAS sejak akhir-akhir ini seakan-akan tidak boleh dikritik atas nama kepimpinan ulama.

Demokrasi negara akan hancur jika kepimpinan PAS tidak boleh dipersoalkan malah Dr Maza menyamakan kepimpinan ulama yang tidak dipersoal dalam PAS sama seperti syiah. Jenama kepimpinan ulama dijajakan sebegitu murah ke sana sini semacam produk kecantikan wanita.

Jenama ini paling kerap digunakan semasa pemilihan PAS yang lepas bertujuan merebut jawatan dalam PAS. Calon yang bertanding cuba sedaya upaya menampakkan diri mereka daripada golongan ulama. Ustaz setaraf guru tajwid pun mengaku mereka golongan ulama. Ustaz yang baru beberapa tahun balik belajar dari Timur Tengah pun tumpang sekaki mengaku mereka golongan Ulama.

Jenama yang semakin dibenci anak muda ini meleret sampai ke krisis menteri besar Selangor. Untuk memperkuatkan lagi jenama usang ini perkataan 'walak' ataupun Bahasa Melayunya adalah taat. Pada saya walak' dalam PAS adalah walak' membabi buta, walak' membawa rebah. Ahli PAS dibasuh otak mereka persis program Biro Tata Negara supaya walak' kepada kepimpinan ulama. Mana-mana ahli atau kepimpinan yang tidak patuh kepada kepimpinan ulama akan dilabel barua Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendokong liberal dan penghina ulama.

Setelah Mukhriz Didesak Letak Jawatan, Apakah Pula Tindakan Drastik Mahathir Selepas Ini?

Shahbudin Husin,


Episod pertembungan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Najib Razak nampaknya semakin sukar ditemui jalan penyelesaian dan titik tengahnya. Najib ingin terus kekal dan tidak mahu mengalah manakala Tun Mahathir pula tetap mahukannya berundur.

Selepas Najib muncul di televisyen untuk menjawab semua kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya, bekas Perdana Menteri itu kemudiannya tampil lagi untuk mempertahankan hujah serangan dan kritikannya.

Nadanya bercakap mengenai 1MDB, Jho Low, Sirul, sokongan terhadap Najib, keyakinan BN dalam pilihanraya akan datang, jelas tidak berganjak sedikit pun daripada sebelumnya.

Bahkan jawapan-jawapan Tun Mahathir, terutama mengenai janji Jambatan Bengkok, lebih memalukan Najib kecuali jika Perdana Menteri dapat membuktikan tidak pernah membuat janji itu.

Begitu juga tuntutan Tun Mahathir agar dibentuk sebuah suruhanjaya yang benar-benar bebas bagi menyiasat segala salah laku dan kecurangan yang didakwanya berleluasa dalam 1MDB, ia sebenarnya adalah cabaran sekali lagi buat Najib.

Kedah terima 234 aduan berkaitan #GST


Kedah terima 234 aduan berkaitan GST  
Abdul Latif (dua, kanan) mendapatkan reaksi daripada pengguna berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Pasaraya Tesco di Alor Setar, hari ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah setakat ini menerima 234 aduan pengguna berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak dilaksanakan 1 April lepas.

Timbalan Pengarahnya, Khalid Tik berkata, daripada keseluruhan aduan itu sebanyak 26 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, kesalahan lain yang dilakukan oleh peniaga membabitkan 19 kes di bawah Akta Kawalan Harga sebanyak 19 kes, Akta Timbang dan Sukat (16 kes) dan masing-masing satu kes mengikut Ata Perihal Dagangan dan Akta Perlindungan Pengguna.

"Jumlah kompaun yang dikeluarkan terhadap 26 peniaga adalah bernilai RM4,500," katanya kepada pemberita semasa melakukan pemantauan GST di sebuah pasar raya di sini bersama-sama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, hari ini.

Liga Perdana : JDT II 1-2 Kedah

Gol perlawanan JDT v Kedah. Keputusan penuh Kedah berjaya menewaskan tuan rumah JDT II dengan jaringan 2-1. Gol Kedah oleh Chidi Edeh (minit ke-5) dan Muhd Farhan Roslan (minit ke-90).

Posted by Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - on Sunday, 12 April 2015




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...