gas masak
KUALA TERENGGANU - Orang ramai meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui pejabatnya di Terengganu segera menyelesaikan masalah kekurangan bekalan gas memasak di negeri ini yang berlarutan sejak sebulan lalu.

Tinjauan Bernama di beberapa kedai runcit sekitar Kuala Terengganu mendapati tiada bekalan gas memasak dijual sebaliknya pembeli boleh menempah bekalan gas memasak itu dengan meninggalkan tong gas kosong di kedai.
  
Seorang peniaga, Abdullah Ramli, 53, berkata beliau terpaksa meminta pembeli berbuat demikian kerana stok yang diterima tidak mencukupi.
  
"Saya akan menghubungi pembeli sebaik sahaja menerima bekalan gas memasak daripada pengedar dan untuk hari ini sahaja sudah ada enam tong gas kosong yang ditinggalkan di kedai ini sedangkan bekalan gas memasak dijangka hanya sampai pada Sabtu atau Ahad.