TERKINI :

Friday, April 10, 2015

Orang kuat Mahathir pulak cuit bab 1MDB....

Tindakan menubuhkan 1MDB tidak betul dan tidak perlu - Tun Daim Zainuddin


KUALA LUMPUR: Bekas penasihat kewangan negara, Tun Daim Zainuddin berkata tindakan kerajaan menubuhkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak betul dan tidak perlu.

Menurutnya, sebagai kerajaan mereka tidak perlu terlibat dalam perniagaan dan sebaliknya fokus kepada pemerintahan sahaja.

"Tidak betul, tidak perlu pun. Prinsip kerajaan tidak perlu buat bisnes. Kerajaan perlu wujud persekitaran bisnes untuk peluang pekerjaan dan kutipan cukai.

"Hendak terbabit bisnes pasal apa? Kerajaan sepatutnya memerintah sahaja," katanya dalam satu temubual ekslusif di Malaysia Gazette.

Menurut beliau, penglibatan kerajaan dalam perniagaan hanya akan mencetuskan masalah kerana katanya kerajaan tidak pandai berniaga.

Malah, katanya keadaan menjadi lebih teruk apabila Perdana Menteri sendiri yang menjadi penasihat dan juga pengerusi dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Kematian tiga sahabat satu tragedi peribadi - Najib


http://1.bp.blogspot.com/-QgMpLulVYKg/U8x1VxNfvKI/AAAAAAAAtWQ/OEeJsOXe-_A/s1600/najib+razak+mh17.jpg
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian sahabat rapatnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan dua orang pegawai kanannya Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Mohd Po'ad Jelani, baru-baru ini sebagai satu tragedi peribadi.

Walaupun bersedih, perdana menteri berkata kematian mereka telah mendorongnya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Kehilangan mereka itu menguatkan iltizam saya untuk menjalankan tugas-tugas saya memimpin negara dengan sebaik mungkin untuk mencapai segala impian, segala cita-cita dan wawasan negara," kata beliau semasa wawancara dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, yang disiarkan malam tadi.

Beliau berkata ketiga-tiga arwah telah banyak memberi sumbangan serta telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

"Dalam konteks pentadbiran negara, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai kapasiti di dalam dan luar negara.

UMNO simpan RUU Marang untuk dijadikan peluru memecah belahkan PR..!!

KENAPA RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MARANG TIDAK DILULUSKAN BACAAN PADA SIDANG INI?

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/hadi%20awang%20konvensyen%20PR.jpg
RUU Persendirian Marang boleh saja diluluskan untuk dibacakan dan dibahaskan untuk sesi berakhir hari ini kerana ianya adalah kuasa budibicara Speaker Dewan atas keizinan Kerajaan.

Bagi Umno, isu RUU Persendirian Marang ini boleh digunakan untuk menambahkan kekalutan dalam Pakatan Rakyat. Bagi Umno, RUU Persendirian Marang ini boleh memecahkan Pakatan Rakyat. Jauh lebih dari itu, bagi Umno, RUU Persendirian Marang ini boleh memecahkan PAS.

Mengambilkira Muktamar Pemilihan PAS akan diadakan pada awal bulan Jun 2015, maka strategi tidak membenarkan RUU Persendirian Marang dibacakan dan dibahaskan pada sidang ini adalah senjata paling sempoi bagi Umno meneruskan polemik di dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Senarai nama MP yang "PONTENG" sewaktu POTA tempohari..!!

petikan Blog Syssss..!!

 
 
Senarai nama MP yang "PONTENG" sewaktu POTA tempohari..!!
Sila KLIK SINI untuk melihat alasan mereka...!!

1MDB : Tragedi atau sandiwara?

OLEH LESLIE LOPEZ, THE EDGE REVIEW

1Malaysia Development Bhd terus menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai dakwaan seperti rasuah, salah urus dana awam yang meluas, salah laku politik yang serius dan urusan korporat tidak telus. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.
1Malaysia Development Bhd terus menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai dakwaan seperti rasuah, salah urus dana awam yang meluas, salah laku politik yang serius dan urusan korporat tidak telus. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.

Eksperimen pelaburan kerajaan Malaysia, melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kini bertukar menjadi ranjau politik dan kewangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri kabinetnya.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dana yang sarat hutang itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai dakwaan seperti rasuah, salah urus dana awam yang meluas, salah laku politik yang serius dan urusan korporat tidak telus.

Serangan bertali arus terhadap 1MDB – termasuk pendedahan awam mengenai e-mel sulit yang menonjolkan transaksi tidak telus dalam pelaburan yang amat meragukan – bukan sahaja datang daripada pembangkang di negara ini, tetapi juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang baru-baru secara terbuka menggesa peletakan jawatan Najib.

Hudud - Presiden PAS ingatkan DAP supaya jangan nanti orang anggap mereka anti Islam

DAP tidak wakili semua bukan Islam tentang hudud, kata Hadi

 Ada dalam kalangan orang bukan Islam tidak bersama dengan DAP dan mereka menemuinya sambil memberikan respons yang sangat positif dalam hal itu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.
Ada dalam kalangan orang bukan Islam tidak bersama dengan DAP dan mereka menemuinya sambil memberikan respons yang sangat positif dalam hal itu, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP tidak mewakili semua bukan Islam menentang Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) kerana masih ramai yang memberi maklum balas positif berkaitan hudud.

Ada dalam kalangan orang bukan Islam tidak bersama dengan DAP dan mereka menemuinya sambil memberikan respons yang sangat positif dalam hal itu, katanya.

"Antaranya, ada yang membuat penyelidikan peringkat PhD (doktor falsafah) tentang politik di Malaysia. Mereka ini datang juga jumpa saya dan menimbulkan isu ini.

Gagal urus belanja negara, rakyat jadi mangsa GST zalim

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 10 April 2015.


Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Video | Akta Hasutan ini senjata penjajah yang digunakan kerajaan BN

Perbahasan saya menentang Akta Hasutan semalam. Saya tanyakan Menteri: Akta Hasutan ini senjata penjajah dan sudah ada...

Posted by Rafizi Ramli on Thursday, 9 April 2015

5 Adun Pas Perk bebas tindakan parti atas tidak mengenakan pakaian istiadat sewaktu Sidang DUN

Lima Adun Pas bebas 
 Laporan Sinar Harian semalam.

IPOH - Pas Perak tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap lima wakil rakyat parti itu yang tidak mengenakan pakaian istiadat pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri, 31 Mac lalu.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, perkara itu jelas selepas pihaknya mendapati pakaian serba hitam yang dipakai ke semua wakil rakyat terbabit tidak melanggar sebarang kod etika  berpakaian ketika menghadiri Persidangan Dewan Negeri.

“Tiada sebarang peruntukan dalam kod etika berpakaian yang menyatakan memakai baju Melayu serba hitam adalah salah dan melanggar peraturan dewan.

“Ingin saya tegaskan, pakaian hitam yang dipakai kelima-lima mereka itu juga telah dipersetujui ketika mesyuarat antara Adun PR sebelum ini,” katanya.

Pak Lah pula muncul pertahan Najib dalam isu Altantuya

Pak Lah pertahan Najib tak terlibat kes Altantuya

Abdullah  
Tun Abdullah Ahmad Badawi

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes Altantuya Shaariibuu, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, hasil siasatan rapi dan terperinci Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu semasa beliau menjadi perdana menteri, mengesahkan Najib tidak terlibat langsung dalam kes itu.   

"Antara perkara yang dilaporkan kepada saya semasa saya menjawat jawatan Perdana Menteri adalah hasil siasatan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.   

"Hasil siasatan rapi dan terperinci yang dibuat oleh PDRM dalam kes yang disampaikan kepada saya pada waktu itu mengesahkan bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat langsung dalam kes tersebut."
  
Kenyataan dua perenggan itu dikeluarkan pejabat Abdullah di Putrajaya. - Bernama

Jawapan Tak Memuaskan, Perlu Diadakan Forum Khas "Live" Antara Mahathir Dan Najib

oleh Shahbudin Husin,


Semua orang mempunyai harapan yang tinggi terhadap temubual Najib Razak melalui televisyen malam tadi yang sejak awal dikatakan akan menjawab segala kritikan terhadapnya, terutama daripada Tun Mahathir Mohamad.

Ramai mengimpikan dapat tidur lena selepas mendengar penjelasannya itu memandangkan Perdana Menteri sudah berdiam diri terlalu lama tanpa jawapan terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Namun, semuanya hampa dan terus membuatkan lebih banyak tanda tanya bermain-main ramai orang.

Hanya beberapa saat selepas program itu bermula, sudah ramai yang mula kecewa apabila mendapati ianya bukanlah program secara langsung, sebaliknya adalah rakaman saja.

Ramai yang hilang "stim" kerana rata-rata mengharapkan ianya program siaran langsung yang boleh menampakkan kewibawaan dan ketelusan Perdana Menteri dalam memberikan jawapannya.

Meniti satu demi satu penjelasan yang diberikan oleh Najib kemudiannya pula, lebih ramai yang kecewa kerana Perdana Menteri sebenarnya tidak menjawab kritikan atau persoalan yang ditujukan terhadapnya, khususnya oleh Tun Mahathir.

Perlukah parlimen bersidang sampai lewat pagi..???


Perlu jika ia soal kecemasan yang memerlukan kesegeraan, tetapi jika ia sekadar Rang Undang-Undang biasa yang masih boleh dibahaskan keesokannya, maka ia tidak perlu.

Begitupun, pagi ini parlimen mencatat sejarah apabila sidangnya tamat pada 4.21 pagi. Lalu, timbul pertanyaan: apakah perlu parlimen bersidang sampai selewat itu? Rang undang-undang apa yang perlu segera diluluskan? Tidak bolehkah diluluskan pada waktu siang hari? Tidak bolehkah jika rang undang-undang masih belum dibahaskan, waktu persidangan ditambah?

Kita hargai usaha Dewan untuk bersidang sampai ke pagi. Tapi persoalannya ialah apa kualitinya jika yang hadir untuk berdebat hanya 19 timbalan menteri, 17 wakil rakyat BN dan 11 wakil pembangkang?

Semoganya selepas ini agenda persidangan parlimen disusun semula dengan lebih baik supaya semua Rang Undang-Undang dapat dibahaskan pada waktu siang dengan melibatkan lebih banyak wakil rakyat, bukannya membahaskannya di kala orang sedang tidur.

Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff,

Akhirnya 'busuk' Mahathir mula didedahkan oleh menteri Najib..!!

MP: Kenyataan menteri bukti SPR diperguna

 
  Dakwaan menteri Umno bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi punca banyak kerusi Melayu menjadi kerusi campuran membuktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah digunakan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, dakwaan Datuk Seri Ismail Sabri membuktikan kerajaan menggunakan SPR, badan bebas dan berkecuali, bagi memanipulasi pilihan raya.

"Kenyataan yang dibuat Ismail membuktikan bahawa SPR merupakan alat politik Umno-BN untuk memastikan mereka kekal berkuasa.

"Tidak hairanlah BN berjaya memenangi 60 peratus kerusi parlimen walaupun hanya mendapat 48 peratus undi popular pada pilihan raya umum yang lalu.

"Ini bermakna bahawa keputusan pilihan raya sekian lama ini sebenarnya tidak sah bukan sahaja dari segi moral, tetapi juga dari segi perundangan," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Zairil (atas) yang juga penolong setiausaha publisiti DAP berkata, kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga menteri pertanian dan industri asas tani itu juga membuktikan penyalahgunaan kuasa lama membarah.

Dewan Rakyat lulus kenaikan gaji ahli Parlimen

http://3.bp.blogspot.com/-WcZiDmHiP2w/VDamVHlmr9I/AAAAAAAA7p8/EzBiXQLJD2s/s1600/shahidan%2Bdan%2Bhasan%2Bterbaru.jpg
Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (gambar, kanan) ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen.

"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Alhamdulillah dari GST 6% ia kutip kepada poket AHLI APRLIMEN ia dikembalikan..!!!


Cukuplah....Rakyat dah tak mampu lagi nak menaja kemewahan anda..!!

PEMIMPIN KOS TINGGI


Mata masih tidak boleh lelap lagi di perantauan. Petang tadi mengantuk sangat dan tidak sabar untuk sampai ke bilik hotel semula untuk tidur. Namun, menunggu dan menonton penjelasan PM dalam slot khas ISU SEMASA BERSAMA PM membuat mata mengantuk menjadi terus tidak boleh lelap. Bukannya hilang mengantuk penyebab tidak boleh tidur tetapi perasaan yang ngeri sehingga takut dibawa masuk dalam mimpi. Lalu, saya coretkan sedikit pemikiran alang-alang PM telah berkali-kali katakan malam ini yang beliau mendengar kritikan.

Penjelasan tentang 1MDB agak generik walaupun pengalihan pandangan untuk dirujuk kes itu kepada audit negara yang juga di bawah kepimpinan beliau. Saya faham perasaan itu. Seperti saya katakan kepada haters saya, jika mahu tahu perkara sebenar sila tanya staff saya (berani ke staff nak cakap yang buruk-buruk?).

Memang sukar menjadi pemimpin yang lahir di atas dulang emas. Mendapat segala kemudahan sebagai anak Perdana Menteri untuk mendapatkan segala yang terbaik tanpa perlu susah payah membuatkan PM kurang sensitif akan nasib rakyat bawahan.

Bekas pemain bola sepak Kedah dipenjara 2 tahun di Singapura

Bekas pemain bola sepak Malaysia dipenjara 2 tahun
9 April 2015 - 7:42PM

Thana (Kiri) Shokri (Kanan)

SINGAPURA: Bekas pemain bola sepak Malaysia, S Thanasegar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan rasuah dan imigresen oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura, hari ini.

Thanasegar, 40, sebelum itu mengaku salah atas empat tuduhan yang dibacakan kepadanya di Mahkamah. Antara tuduhan terhadapnya ialah bersubahat bersama L Selvarajan Letchuman untuk memberi suapan sejumlah wang yang tidak melebihi RM15,000 kepada pengadil, Shokri Nor untuk menetapkan keputusan perlawanan Liga Super antara Lions XII dan Sarawak pada 22 Mei 2012. Lions XII menang perlawanan itu dengan keputusan 3-0.

Selain itu, Thanasegar yang pernah mewakili skuad Kedah pada era 90-an turut mengaku bersalah atas dua tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan Selvarajan dan Shokri untuk melakukan penipuan dalam perjudian di Singapura manakala tuduhan terakhir ialah gagal mengemukakan pasportnya apabila meninggalkan negara itu.

Tun M tidak setuju Najib beri BR1M


Mahathir  
Dr Mahathir Mohamed. - Foto Bernama

SHAH ALAM - ‎Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
 
Menurut Najib perkara ‎itu dinyatakan kepadanya dalam pertemuan antara dua pemimpin itu yang diadakan di rumah Dr Mahathir sendiri. 
 
"Saya sendiri pergi ke rumah beliau untuk bertemu dengannya," katanya.
 
‎Dalam pertemuan itu, Najib turut mendedahkan, terdapat beberapa perkara yang dilakukannya tidak dipersetujui oleh Dr Mahathir.
 
"‎Ada satu, dua perkara beliau tak setuju saya buat. Antaranya BR1M. Beliau juga meminta saya buat jambatan bengkok di Tambak Johor," katanya yang menganggap perbincangan itu satu perbincangan sihat antara dua pemimpin.
 

Sg. Petani : Adik Nur Farisha terus dibantu


Adik Nur Farisha terus dibantu  
Rusmin (kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga adik Nur Farisha di rumah mereka, semalam.

SUNGAI PETANI -  Kesakitan yang ditanggung adik Nur Farisha Mohd Firdaus yang menghidap kanser mata tahap empat mendapat perhatian Sinar Harian yang turut bersimpati ke atas bayi berusia 18 bulan itu.

Pengurus Kanan Operasi Utara, Rusmin Fadzil berkata, Sinar Harian dan Pertubuhan Seiring Bersama Utara (MMD) tampil memberikan sumbangan wang tunai untuk membantu keluarga tersebut.

Menurutnya, MMD merupakan pertubuhan yang berdaftar sering menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama Sinar Harian.

“Kita rasa terpanggil untuk membantu kerana simpati melihat penderitaan yang dialami oleh anak kecil ini,” katanya.

TAZKIRAH JUMAAT | Syukur Alhamdulillah...GST benar-benar meringankan beban rakyat..!!!

GST ringankan beban rakyat?
ABDUL JALIL ALI

GENAP seminggu setelah dilaksanakan di seluruh negara, jiran saya mengakui GST betul-betul meringankan beban rakyat. Dulu dialah yang menentang keras sambil menegaskan cukai tersebut pasti menyusahkan.

Betapa pun kerajaan dalam kempen menerusi media memberitahu matlamat jangka panjang cukai baru ini untuk membantu orang ramai, jiran – juga sebahagian besar jemaah surau saya – tidak percaya cukai barang dan perkhidmatan tidak membebankan.

Hakikatnya baru beberapa hari dilaksanakan sudah terasa beban semakin berkurangan, seperti yang diceritakan oleh orang sebelah rumah saya. 

Begini kisahnya:

Sejak sekian lama menjadi tanggungjawabnya menemani isteri membeli-belah setiap minggu. Dia memilih hari Rabu sebab tidak suka berasak-asak di pasar raya jika membeli pada hujung minggu.

Dia tidak pandai memilih barang, tetapi perlu mengikut isteri untuk menolak troli – sarat dan berat dengan pelbagai keperluan – dan akhirnya melangsaikan pembayaran di kaunter.

Petang itu dia membayar seperti biasa kira-kira RM300. Tetapi ada sedikit yang luar biasa. Sebelum ini dengan RM300, troli penuh dan terasa berat menolaknya ke tempat letak kereta. Kali ini troli tidak penuh, dan tidak berat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...