TERKINI :

Thursday, April 9, 2015

Ada orang kesah kau kenal Altantuya atau tidak, yang orang nak tahu siapa arah bunuh Altantuya..?



NAJIB kata dia dah bersumpah tak kenal Altantunya.

++ Persoalannya sekarang:
1. Siapa yang arah Sirul & Azilah bunuh Altantuya
2. Kenapa Razak Baginda boleh bebas (tempat terakhir sblm Altantunya dibunuh)
3. Kenapa adik Najib berjumpa dengan saksi (PI Bala) untuk tukar pengakuan.
4. Bagaimana bom C4 tentera boleh berada di tangan PDRM.
5. Kemana wang komisen Scorpene
6. Siapa padam kemasukan Altantunya dlm Malaysia.
7. Selebihnya.........Korang tambah sendiri...

Najib kena main dah perli sekupang dua ja kat page Astro Awani bila selesai bersiaran di TV3

"Datuk Seri Najib Razak akan letak jawatan Jun ini...!!”

Oleh Mohsin Abdullah


"Datuk Seri Najib Razak akan letak jawatan Jun ini.”

Mungkin anda juga ada dengar khabar angin itu.

Dan oleh sebab "serangan" Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib yang jelas semakin hari semakin berbisa, ramai yang bertanya adakah ramalan dan spekulasi akan jadi kenyataan? Khabar angin jadi realiti?


Rasanya tidak jika dalil ini diambil kira. Melepaskan jawatan "dengan rela" akan dilihat umum sebagai Najib mengakui beliau benar-benar "lemah, pincang, silap" dan melakukan pelbagai "kebobrokan" seperti yang didedahkan Dr Mahathir.

Tidak mungkin Najib mahu "mengaku bersalah". Tidak kiralah sama ada apa yang Dr Mahathir cakap itu benar atau sebaliknya. Lantas beliau tidak akan berganjak. Kekal presiden Umno sekali gus perdana menteri.

Sumber Umno bersetuju Najib akan "stay put”. Dan sumber berkenaan mengetengahkan dalil tersendiri.

JKKK buat kenduri kesyukuran sambut GST 6%

Rencana: Ibn Abdullah al Awab

GST dah mai

http://2.bp.blogspot.com/-xUrVrjy0828/T-48-MxmKzI/AAAAAAAAErA/_sKdCG-Gk1Q/s1600/P6281635.JPG
Sebagaiman janji dan ikrar, azam dan kesunggohan untuk membalas jasa dan budi baik rakyat jelata khususnya rakyat marhean di Felda, di kampong pendalaman, nelayan tradisional. Diatas sokongan dan dokongan mereka memangkah dan mengundi calun-calun umNO(baru)bN, makanya andalah telah bertanggongjwab dan wajib memikul tanggongjawab sepenuh kerana anda telah melanjut dan meneruskan umNO(baru)bN dan legasi mereka untuk terus memerentah.

Pemegang amanah rakyat yang anda nobatkan mereka terus menjadi penguasa di Putrajaya, sesunggohnya mereka pasti akan tidoq tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, berterbangan diangkasa raya dengan jet perdana tak akan selesa seadanya. Sekiranya penguasa Putrakaya PM1Malaysia YAB DS Najib TAR dan bini ke2nya YBMulia WPN DS Dr Hajjah Rosmah Mansor rambut gerbang sanggoi melentang, tidak pantas lakukan sesuatu untuk membalas jasa bakti rakyat marhean.

Hari ini, detik dinanti ditunggu, makanya dengan besar hati dengan besar perasaan dan besar sanggoi makanya transformasi bijaksana PM1Malaysia YABDS Najib TAR untuk melepas dan keluarkan rakyat jelata dari kepompong kepayahandan penderitaan susah hidup yang dialamai sejak merdeka. Jesteru itu, denga niat dan lafaz yang mulia hari ini RAKYAT NEGARA MENDAPAT LABA DAN NIKMAT PERDANA MEGA GST 6%. Bertujuan keluarkan taraf hidup dan kehidupan rakyat marhean dari miskin kepada taraf berpendapatan tinggi dan setinggi-tinginya keranamu GST 6 %.

Umno dominan masih perlu PAS jadi teman?

Oleh Nazri Noor

Politik Malaysia adalah Umno. Dan Umno adalah politik Malaysia."

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/umno%20pas%202.jpg
Satu ungkapan yang tidak ada siapa berani dapat nafikan. Umno sememangnya layak dinobatkan sebagai sebuah parti yang dominan. Bukan setakat jaguh kampung, tetapi setanding, malah berdiri lebih tinggi daripada parti kontemporari seperti Golkar (Indonesia), Kongress (India) dan seumpamanya.

Bayangkan, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 pada 2004, Umno yang muncul dengan 109 kerusi, membolot 49.8% daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat. Untuk memerintah negara ketika itu, Umno cuma perlukan seorang ahli Parlimen yang lompat, menjadikan kerusi Umno 110, angka yang layak untuk majoriti mudah, dan seterusnya layak memerintah bersendirian. Tanpa perlu bantuan sesiapa.

Begitulah dominannya Umno. Golkar dan Kongres pun tidak pernah terbayang mendapat laluan semudah itu untuk memerintah di negara mereka..

PRU12 dan PRU13 : Umno lawan Pakatan Rakyat (PR)

Pada PRU12 (2008), Umno secara bersendirian muncul sebagai juara keseluruhan dengan membolot 79 kerusi, berbanding 82 untuk PR. Ditolak 2 kerusi dari Sabah dan Sarawak, kerusi PR di Semenanjung ialah 80, sama banyak dengan kerusi Umno yang 79 itu.

Maksudnya, kejutan arus tsunami Semenanjung yang dibawa PR itu cuma mampu dipatahkan Umno secara bersendirian, tanpa perlu mengharapkan orang lain.

Tak mustahil BN 'takluk' Permatang Pauh

Sinar Harian
8 April 2015

PRK Permatang Pauh
KUALA LUMPUR - BN perlu meletakkan calon yang berkredibiliti tinggi jika serius untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 7 Mei ini.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali yakin kerusi Permatang Pauh tidak akan terus kekal menjadi milik parti pembangkang sekiranya BN meletakkan calon yang mampu menambat hati rakyat.

"Saya yakin BN mampu merampas kembali kerusi Permatang Pauh dengan calon yang mempunyai kredibiliti tinggi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 7 Mei depan sebagai hari mengundi sementara hari penamaan calon ialah pada 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei bagi PRK Permatang Pauh.

Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Politik wang musuh nombor 1 negara, kata menteri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low bercakap mengenai amalan rasuah dalam institusi kerajaan ketika ditemubual di pejabatnya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 April, 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low bercakap mengenai amalan rasuah dalam institusi kerajaan ketika ditemubual di pejabatnya, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 April, 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkongsi wawasan beliau mewujudkan Malaysia lebih baik sempena genap 2 tahun tempoh perkhidmatannya Mei ini dalam satu temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Dalam laporan terakhir daripada 3 bahagian ini, Low bercakap mengenai politik wang sebagai “kryptonite” Malaysia, memberi amaran jika amalan rasuah tidak dihapuskan dalam institusi kerajaan, negara tidak akan makmur.

Hakikat yang rasuah merupakan satu masalah dalam banyak situasi di Malaysia tidak dapat dinafikan, tetapi bagi menteri yang bertanggungjawab dalam soal Tadbir Urus, Integriti dan Hak Asasi Manusia Low, politik wang kekal sebagai penghalang terbesar dalam usaha menjadikan kerajaan lebih telus dan terbuka.

Benarkah Ahli PAS mahukan perubahan..???

Oleh A Shukur Harun

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2014/09/muktamar_pemuda_PAS.jpg
Tidak syak lagi daripada keputusan awal pemilihan di beberapa mesyuarat agung PAS kawasan seperti di Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Kelantan dan beberapa negeri lagi menunjukkan isyarat kalangan akar umbi PAS mahukan perubahan pucuk pimpinan peringkat tinggi.

Walaupun hanya baru beberapa kawasan mengadakan mesyuarat agungnya hingga setakat minggu lalu dan tidak boleh diramalkan lebih daripada keputusan yang ada, tetapi sudah ada sedikit gerakan perubahan pemikiran perwakilan PAS yang bermesyuarat agung itu.

Ertinya, mereka mahukan perubahan pucuk pimpinan peringkat tinggi yang mampu mendepani cabaran masa depan yang demikian sengit.

Ini kerana suasana masa lalu sangat jauh berbeza dengan masa kini, lebih-lebih lagi masa depan.

Maka itu pimpinan yang akan dipilih dalam Muktamar PAS Jun depan mestilah pimpinan yang mampu menggerakkan PAS sebagai parti politik Islam yang bersifat kontemporari, mampu berubah, tanpa mengorbankan asas perjuangan Islamnya.

Pota jelmaan ISA, lulus tergesa-gesa apabila mp pakatan rakyat ponteng

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar kesal apabila parlimen meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) secara terburu-buru, 12 jam selepas dibahaskan.

Beliau berkata, Pota merupakan satu undang-undang yang perlu penilaian dan penelitian yang terperinci.

"Apa salahnya jika ruangan yang lebih banyak dan tempoh yang lebih panjang diberikan supaya ahli-ahli parlimen dapat berbahas dengan mendalam berkaitan dengan pelbagai perkara kontroversi dalam rang undang-undang tersebut.

Ada juga permintaan supaya rang undang-undang ini dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan untuk ditelitikan satu per satu seksyen supaya tidak berlaku sebarang kecacatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

SAH !!!! GST lebih zalim daripada PACAT & LINTAH


Sah walau bejela bedepa, pembela PM1Malaysia DS Najib TAR,membela dan mempertahankan PM1Malaysia @ Menteri Kewangan Negara yang bijaksana itu dengan segala hujah dan contoh. Samada contoh Pandir dan hujah Wak Dogol yang dinyatakan oleh beberapa menteri cak ayam dan cap lembu kondo. Selagi mereka terus memberi penerangan, yang wujudnya adalah rakyat sangsi dan geli geleman mendengar hujah-hujah merapu dari menteri. apalagi dalam keadaan terdesak bila diasak, mereka lantas menjadi Mufti lalu mengeluarkan fatwa. Kalur dibuatnya.

Rakyat marhean 52% majoriti termasoklah sebahagian penyokong kerajaan minoriti 47% umNO(baru)bN. Rakyat pasti dan tetap tidak percaya kepada GST 6% dan falsafah GST 6% yang didendangkan hampir 2 tahun di RTM dan semua canel Media Prima yangmana peranan GST 6% ini membela rakyat dan memberi kesenangan dan kemakmarun kepada rakyat bila GST 6% dilaksanakan.

Bantahan rakyat marhean mula dari Kuah Pulau Langkawi dan sampailah ke kaki Kucing di Sarawak, termasok bantahan keras dan penolakkan total GST 6% oleh mantan-mantan PM dan mantan-manta Menteri kewangan yang berwibawa dahulu juga dikalangan mereka adalah pakar ekonomi. Namun semua bantahan dan kelohan rakyat jelata ditolak buta oleh Menteri Kewangan yang bijaksana @ PM1Malaysia Presiden umNO(baru), Pengerusi bN.

Logik Kit Siang lawan logik Dr Mahathir

Oleh Timmy Say

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/12/lim-kit-siang_mahathir_300.jpg
Umum mengetahui lawan Umno ialah PAS di majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Semenanjung.Jika Umno kalah, biasanya yang menang ialah PAS. Kalau PAS kalah pula, yang menang pula ialah Umno.

Sekarang, ada 2 telahan masa depan yang amat berbeza dikemukakan 2 tokoh veteran politik negara yang bertembung dekad lamanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – 2 April:

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib Razak. Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulihkan semula.”

Bagi Dr Mahathir, Najib menjadi isu terbesar BN. Jika Najib terus menjadi PM, BN mungkin akan tumbang pada PRU14. Antara isu yang tidak disenangi Dr Mahathir ialah kebisuan Najib, 1MDB, GST dan BR1M.

RUU Persendirian MP Marang sesi akan datang

MUHAMMAD FAIZAL | 09 April 2015.

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian atau 'Private Bill' Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kanun Jenayah) (Pindaan) 2015 akan dibawa pada sesi parlimen akan datang.

Perkara itu diumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, pagi ini.

Sesi parlimen yang akan berakhir pada hari ini hanya akan membentangkan RUU dari Menteri Dalam Negeri membabitkan RUU Hasutan (Pindaan) 2015 serta usul yang dibawa Menteri Kewangan.

Presiden PAS sebelum ini mengemukakan RUU Persendirian setelah Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) 2 1993 pada 19 Mac lalu. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Siapa menang; regu Dr Mahathir-Ku Li atau Najib-Umnonya?

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

http://mk-cdn.mkini.net/877/a90d853e947ffb33c5e488f7512f30c9.jpg
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia yang bersara sejak Oktober 2003, masih berbisa. Menghimbau rentetan sejarah politik negara, hanya Tun Razak saja yang tidak digugat beliau.

Benar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menyelamatkan beliau dalam pertarungan sengit pemilihan parti pada 1987. Benar, Najib yang juga ketua Pemuda Umno ketika itu, menukar sokongan dari lawan atau pesaing Dr Mahathir sekali gus menyelamatkan beliau dengan kemenangan tipis. Pesaingnya ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Umum masih ingat, Umno berpecah akibat pertarungan bersejarah itu.

Gelagat orang politik adalah persis dikatakan Henry Kissinger; ‘America has no permanent friends or enemies, only interest’. Nah, meskipun penulis kurang senang dengan ‘maxim’ atau kaedah politik ini, namun itulah ‘hakikatnya’ dalam politik; ‘musuh mahupun kawan bukan untuk selama-lamanya, yang kekal adalah kepentingan’.

Dr Mahathir yang mempertingkatkan serangan di Facebooknya mutakhir ini diramal berpotensi menumbangkan Najib. Beregu dengan Ku Li, seluruh warga Umno, khas ‘warlords’nya, tidak lagi boleh buat pekak kepada asakan kedua-dua tokoh veteran parti Melayu terbesar di negara ini.

Di DUN Kedah YB naik GAJI, di parlimen MP naik gaji, rakyat dalam negara kena GST 6%

Seksyen 3 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 akan dipinda menaikkan elaun bulanan Ahli Dewan Negara di perenggan (a) daripada RM6,112.79 kepada RM7,000 manakala elaun bulanan Ahli Dewan Rakyat di perenggan (b) dinaikkan daripada RM6,508.59 kepada RM11,000.

Kami mohon menyokong.....

Jamil Khir kata Najib komitmen nak buat Hudud, tapi mintak bentang RUU tak kata apa pulak..

K'jaan nyatakan komitmen untuk hudud

 
Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Perkara itu, katanya, termasuk memperluas bidang kuasa mahkamah syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah dan menyemak semula kedudukan hakim mahkamah syariah.

Beliau juga berkata, penubuhan jawatankuasa teknikal undang-undang jenayah syariah di peringkat persekutuan bertujuan memastikan pelaksananya dapat dilaksana dengan teratur dan selaras dengan perlembagaan.

"Dalam masa yang sama, negeri perlu beri perhatian terhadap undang-undang syariah yang komprehensif agar dapat memenuhi prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman," katanya.

Peruncit dah malas jual topup prepaid, untung baru 1% nak kena tanggung GST 6%

Peruncit tak sanggup lagi jual kad prabayar

Para peruncit kini lebih rela untuk tidak menjual kad tambah nilai prabayar daripada bertikam lidah dengan para pembeli.

Tindakan itu juga mengelak mereka menanggung kerugian daripada jualan kad tambah nilai itu, sebaik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa bulan ini.

Tinjauan Malaysiakini mendapati, para pekedai ini tidak layak mendaftar bagi mengenakan cukai GST kerana pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun seperti disyaratkan.

Namun, mereka terpaksa menanggung cukai tambahan enam peratus dari pengedar kad prabayar tersebut jika ingin menjualnya.

“Kita peniaga kecil tidak daftar GST, (kita) tak boleh kenakan GST kepada pelanggan, tapi barang yang kita ambil (dari pengedar) kena GST,” kata seorang pengusaha kedai runcit, Shamsuddin Moidutty (kiri).

Shamsuddin, 55, beliau sebelum ini terpaksa bertikam lidah dengan pelanggan kedainya di Bukit Taman Angkasa, Kerinchi apabila beliau menjual dengan harga baru yang dikenakan GST.

Seorang lagi peniaga, Amin Mohd Saman berkata, beliau hanya mendapat untung satu peratus daripada jualan kad prabayar bernilai RM10 semasa GST belum berkuatkuasa.

“Kalau dah kena GST, saya tanggung cukai orang dan jual kad prabayar ini tidak ada untung langsung.

“Kalau pelanggan tidak beli kad prabayar pun saya tidak rugi, saya malas hendak bergaduh dengan pelanggan jadi saya suruh saja beli di (kedai serbaneka),” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...