TERKINI :

Wednesday, April 8, 2015

Mahathir VS Najib : Sudah Bertemu Tapi Masih ‘Menyerang’?

KUALA LUMPUR: Walaupun dikatakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersemuka secara ‘one-to-one’ bagi menjelaskan pelbagai isu dan kritikan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu terhadap pentadbiran kerajaan namun Mahathir dilihat masih tidak berpuas hati dengan Najib.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir berkata, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya Shaariibuu terjawab.

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan kerana timbul banyak syak wasangka dalam kalangan masyarakat.

Beliau juga kecewa kerana Najib dilihat sebagai pemimpin yang “bersih” untuk menggantikan perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau seterusnya membangkitkan lagi mengenai dakwaan Sirul berhubung arahan bagi membunuh wanita berkenaan.

Najib masih membisu, enggan jawab apa Mahathir perkatakan

Najib tetap enggan jawab Mahathir

Seminggu sudah berlalu namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus mengunci mulut atas serangan yang dilancarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wartawan Malaysiakini cuba meminta Najib menjawab perkara yang dibangkitkan itu dalam satu majlis dihadiri perdana menteri hari ini.

Wartawan mendekati Najib ketika beliau sedang meninggalkan majlis berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik mendengar pemberita menyebut nama “Mahathir”, Najib mengangkat tangan sebagai isyarat bahawa beliau tidak akan melayan soalan tersebut.

Polis yang mengawalnya juga bertindak mengheret pemberita agar menjauhi Najib.

Seorang lagi anggota keselamatan Najib turut menuding jari ke arah pemberita sebagai isyarat agar tidak mengajukan soalan lanjut.

Gesaan agar Najib menjawab pertanyaan Mahathir antara lainnya disuarakan oleh anggota jemaah menterinya sendiri, Khairy Jamaluddin yang berkata perdana menteri bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu.

Tuan Ibrahim Tuan Man suruh Tok Ucin Ceroii tutup akaun hantunya..!!

Tuan Ibrahim minta laman Facebook hantu tutup akaun

 https://yt3.ggpht.com/-14DjuHbb6M8/AAAAAAAAAAI/AAAAAAAAAAA/qvZ-X1D0h1Y/s900-c-k-no/photo.jpg
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tulisan dalam Facebook Tuc Tok Usin Ceroi itu mengakibatkan banyak 'hati yang pecah', ramai ahli PAS yang menaruh buruk sangka sesama sendiri dan keluarga yang rosak perhubungan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2015.

Khuatir dengan kesan yang timbul akibat wujudnya apa yang digelar Facebook hantu, seorang lagi pemimpin kanan PAS hari ini tampil ke depan mendesak laman sosial yang tidak dikenali siapa tuannya itu ditutup, kerana ia hanya memecah belahkan ahli parti.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menamakan dengan khusus laman Facebook milik Tuc Tok Usin Ceroi yang katanya merosakkan hubungan sesama ahli PAS dan mengajak orang ramai mendekati dosa dengan membuka ruang fitnah dan keraguan di kalangan mereka.

"Anda cuba membeza-bezakan di antara sesama ahli PAS," katanya yang mencadangkan pemilik laman itu agar menutup akaunnya menjelang muktamar tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung Jun ini.

Katanya, tulisan dalam Facebook Tuc Tok Usin Ceroi itu mengakibatkan banyak 'hati yang pecah', ramai ahli PAS yang menaruh buruk sangka sesama sendiri dan keluarga yang rosak perhubungan mereka.

Ku Li pulak "bersedia" nak bersatu dengan Mahathir

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, isu membabitkan beliau menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, sebagaimana cadangan seorang bekas menteri, tidak timbul memandangkan ia suatu perkara yang berbeza. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2015.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, isu membabitkan beliau menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, sebagaimana cadangan seorang bekas menteri, tidak timbul memandangkan ia suatu perkara yang berbeza. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2015.

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan kesudian untuk "bekerjasama" dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, serta sesiapa sahaja dalam memperjuangkan sesuatu perkara.

Ahli Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun berkata, isu membabitkan beliau menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, sebagaimana cadangan seorang bekas menteri, tidak timbul memandangkan ia suatu perkara yang berbeza.

"Bekerjasama dengan Dr Mahathir dan siapa-siapa pun, tidak ada masalah. Tetapi untuk soal perdana menteri, itu soal lain, tidak boleh campur," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Datuk Zaid Ibrahim dalam tulisannya di blognya hari ini mencadangkan Tengku Razaleigh, lebih dikenali sebagai Ku Li, sebagai calon terbaik memegang tampuk pemerintahan negara menggantikan Najib.

Bekas menteri yang bertanggungjawab hal ehwal undang-undang itu turut meminta Dr Mahathir memberi sokongan kepada Ku Li dan melupakan persengketaan lama.

Jawapan berkenaan kereta BMW yang didedahkan Rafizi sudah ada..ini dia penjelasannya..!!!

 

Jika dah kedatangan tak ada itu dah kira memonteng lah tuu...tak payah spin sana spin sini..!!!

Tak Kira la, pkr ke, dap ke, pas ke, klo takhadir, letak jawatan..keutamaan mp ialah di parlimen, Bukan program parti..lagi satu, jika tak sanggup tido kt dewan kul 2 pagi, jgn terima amanah parti.....bukan percuma kerja anda, dibayar gaji...



sekarang dah pakat dok bagi alasan itu alasan ini...terimalah hakikat yg ko orang dah ponteng..... jadi tak payah spin ke orang lain itu ini..... tepok dada tanya imam sendiri..... jika kita salah tak payah nak menuding orang itu salah orang ini pun salah....

hakikatnya ko orang semua salah....sebab ponteng dewan.....

Coq Kria,
MP Pokok Ketapang
SUMBER : KLIK SINI

[VIDEO] HUDUD: Menurut Perlembagaan Malaysia & Realiti Masyarakat Majmuk



Calon PRK Permatang Pauh seloknya bukan Nurul Nuha

oleh Mohd Sayuti Omar,


PANDANGAN                                                                                                         

Nurul Nuha Anwar
Akhirnya pilihan raya kecil untuk kerusi parlimen Permatang Pauh terpaksa diadakan juga. Walaupun ada usaha untuk mengelakkan pilihan raya diadakan dengan memohon pengampunan bagi Anwar Ibrahim, tetapi ia tidak berhasil apabila jemaah pengampunan telah menolak permohonan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 7 Mei sebagai hari mengundi manakala 25 April 2015 sebagai hari penamaan calon. Dengan berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh ini bermakna dua kali ia diadakan setelah wakilnya disandang Anwar hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dipenjara.

Apakah sekiranya untuk 10 tahun nanti ditakdirkan Anwar bertanding lagi di Permatang Pauh, proses yang sama akan berulang. Kalau terjadi begitu, cukuplah bagi Anwar, beliau tidak payah menjadi perdana menteri tetapi sejarah yang dicetak di Permatang Pauh itu sudah meletakkan dia dalam talian sejarah yang hebat.

Kata Proton Setanding BMW Tapi yang Kerajaan Beli ialah Kereta BMW Baru

Proton Setanding BMW Tapi Kerajaan Beli Kereta BMW Baru - Kronologi Bagaimana Kerajaan Kantoi & Kenapa Kereta Baru Dibeli.

Pagi tadi viral beberapa gambar kereta-kereta baru yang dibeli oleh kerajaan. Kereta-kereta berkenaan ialah dari model BMW 7 Series.

Berikut adalah apa yang dikemaskini oleh Rafizi pada pagi tadi.

Kerajaan bercakap tentang penjimatan. Tetapi kerajaan sendiri didapati membeli kereta baru. Mungkin itu apa yang ingin cuba disampaikan oleh Rafizi. Apatah lagi baru-baru ini menteri MITI, Mustafa Mohammed siap buat kenyataan terbuka lagi bahawanya Proton kini sudah setanding BMW sehingga menjadi bahan lawak di 9gags. 
 
Jadi kenapa tak beli Proton aje untuk kegunaan mereka. Kenapa mesti beli BMW pula. Tak logik langsung sanggup beli kereta import dari kereta nasional andai benar kualiti kereta nasional setimpal dengan kereta import BMW. Betul tak?

KAH KAH KAH

Dan, selepas beberapa ketika, selepas Rafizi mengesahkan maklumat yang dia terima, ini pula yang dia kemaskini di facebook rasminya.

Alhamdulillah...susu formula bayi harganya naik sempena GST

'Hasrat berzuriat tergendala kerana GST'

 
Perbelanjaan membesarkan anak lebih membebankan pasangan muda selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata anggota Parlimen Kulai.

Wakil rakyat muda 34 tahun itu mendakwa kerajaan tidak mengawal selia harga barang-barang keperluan untuk membesarkan anak-anak seperti susu dan lampin bayi.

“Walaupun susu formula sepatutnya berkadar sifar (GST) tetapi semua harga di pelbagai pasar raya naik.

“Menurut buku panduan, banyak barang sepatutnya lebih murah tetapi masalah besarnya apabila panduan ini tidak berguna langsung,” tambah ibu muda kepada dua orang anak itu.

Dalam keadaan sekarang ini, kata Teo, Malaysia sekarang mempunyai ramai pasangan muda yang terpaksa berdepan belanja mahal membesarkan anak-anak.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Teo berkata panduan kerajaan menyebut bahawa harga barangan seperti susu tepung sepatutnya turun sekurang-kurangnya dua peratus.

Umno cari Islam selepas masa depan gelap

ASLANI M | 07 April 2015.

KETEREH: Umno dianggap mulai mengubah rentak dengan menyokong Kanun Jenayah Syariah (KJS) bagi mengelakkan parti terbabit terus malap.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata Umno terpaksa mengubah hala perjuangan setelah menyedari laluan di hadapan mereka gelap tanpa Islam.

“Parti itu sekarang terpaksa menonjolkan mereka juga hendak kepada Islam dengan memberi sokongan kepada KJS di Kelantan.

“Langkah tersebut dianggap sebagai terpaksa memandangkan Umno sekarang

berdepan dengan pelbagai masalah dalaman, isu 1MDB, Altantuya, GST dan pelbagai lagi.

“Kesan GST paling dirasai rakyat sekarang di mana ramai gelisah kerana barangan keperluan harian semakin mahal,” katanya pada ceramah penerangan KJS di Kedai Peringat malam tadi.

Pota kini dikenali sebagai 'Akta Larut Malam'

KUALA LUMPUR: Tindakan BN meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) di larut malam seolah-olah memaksa rakyat untuk menerimanya tanpa bantahan.

"Selepas ini, rakyat pula bakal dipaksa menerima cadangan pemindaan Akta Hasutan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, perkara yang paling dikecam di dalam kedua-dua akta itu ialah peruntukan untuk penahanan tanpa bicara bagi Pota dan penahanan si tertuduh tanpa jaminan, elemen yang menyebabkan rakyat membenci dan menuntut ISA dimansuhkan selama ini.

Menurutnya, dengan keadaan Perdana Menteri dan BN makin goyah ekoran serangan Dr Mahathir, skandal 1MDB, GST dan sebagainya, ini menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan BN memperkenalkan ISA dalam bentuk Pota dan pemindaan Akta Hasutan yang dicadang dalam keadaan yang sebegitu tergesa-gesa.

"Apakah semua ini untuk kerajaan BN mengekalkan kuasa kerana menyedari ia sudah kehilangan populariti di kalangan rakyat?" tanya beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Mahathir Dah Jawab, Najib Bila Lagi?

Shahbudin Husin,


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi pukulan lagi kepada Najib Razak. Kali ini beliau tidak saja meneruskan kritikan dan persoalan untuk segera dijawab malah sambil itu menjawab pelbagai serangan yang mula dilemparkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai beberapa skandal yang melibatkan kerugian wang di era pemerintahannya.

Katanya, memang ada berlaku kehilangan wang semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tetapi semuanya diketahui ke mana perginya.

Mengenai tindakannya menyerang Najib yang dianggap memberi kelebihan kepada pembangkang, Tun Mahathir bertanya, bagaimana pula dengan Najib sendiri yang akur dengan kehendak pembangkang seperti menghapuskan ISA, mengabaikan DEB dan pernah berhasrat menghapuskan Akta Hasutan?

‘Awak kat mana’, soalan kepada ahli Parlimen Pakatan ketika Pota diluluskan



Pensyarah Universiti Malaya Dr Azmi Sharom mempersoalkan di mana ahli Parlimen Pakatan Rakyat ketika Akta Pencegahan Keganasan diluluskan di Parlimen awal pagi semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2015.

Pensyarah Universiti Malaya Dr Azmi Sharom semalam mempersendakan Pakatan Rakyat (PR) dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membenarkan undang-undang kontroversi Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) diluluskan di Parlimen awal pagi semalam.

Azmi, yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 tahun lepas, sebenarnya marah terhadap pakatan pembangkang itu, yang tewas dengan hanya 19 undi pada persidangan Dewan Rakyat di mana mereka menentang undang-undang baharu itu, yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

"Mari kita berikan tepukan yang gemuruh untuk ahli Parlimen PR yang Tuhan saja tahu di mana mereka, ketika mereka sepatutnya mengundi menentang Pota. Terima kasih banyak.

"Anda di mana? Anda sepatutnya boleh menewaskan undang-undang itu sebab anda pun tahu di mana biasanya rakan BN anda pada jam 2 pagi. Anda sepatutnya berada di sana untuk menewaskan undang-undang itu.

Kes kencing tikus di Baling meningkat

ALOR SETAR - Daerah Baling mencatatkan peningkatan kes jangkitan kencing tikus (Leptospirosis) untuk tempoh 2011 hingga 2014.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, antara penyumbangnya ialah bakteria haiwan liar seperti tikus, monyet, tupai dan anjing.

Beliau berkata, statistik pada 2011 menunjukkan 25 kes berlaku dengan dua kematian. Pada tahun 2012, 36 kes dicatatkan dengan satu kematian.

“Bagaimanapun, untuk 2013 dan 2014, tiada kes kematian dilaporkan berlaku. Tetapi jumlah yang dicatatkan masing-masing 41 dan 115 kes,” katanya ketika menjawab soalan lisan Harun Abdul Aziz (BN-Kupang) mengenai kejadian kencing tikus di daerah Baling pada sidang Dun semalam.

Menurutnya, antara langkah pencegahan yang diambil ialah mengadakan kempen kesedaran, taklimat, pameran dan ceramah.

“Kita menasihati orang ramai misalnya yang mempunyai penyakit diabetes serta daya tahan kurang supaya mengelak mengunjungi tempat rekreasi serta mandi di kolam terbuka.

“Mereka berisiko dijangkiti penyakit kencing tikus. Jika terluka, mereka perlu segera mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Harun dalam soalan tambahan bertanya mengenai usaha mencari penawar penyakit tersebut.

“Penyakit ini secara umumnya berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria. Sekiranya mereka dikesan dijangkiti, maka ubatnya ialah antibiotik.

“Kita memang ada vaksin yang bersesuaian tetapi penggunaannya tidak banyak. Ia hanya tertumpu di kawasan tertentu,” katanya.

Hadi hanya mahu bentang RUU bagi meminda Akta 355

KUALA LUMPUR - Tidak perlu cepat 'melatah' kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya akan membentangkan Rang Undang-undang bagi meminda akta mahkamah syariah, bukan hudud.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, pembentangan tersebut dilakukan untuk dimuat dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

"Rang undang-undang yang akan dibentangkan hari ini hanya melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah yang dirasakan perlu dipertingkatkan.

"Sekarang peruntukan maksimum mahkamah syariah hanya meliputi tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan. Had tersebut perlu dipertingkatkan," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut menyanggah dakwaan bahawa pindaan rang undang-undang tersebut berupaya membuka ruang kepada pelaksanaan hudud.

"Tidak semestinya. Apa yang dilakukan dan diusulkan hanya untuk menambah had hukuman penjara di mahkamah syariah, itu sahaja," katanya lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...