TERKINI :

Tuesday, April 7, 2015

Adun Pembangkang Kedah pun 2x5 ja dengan Adun BN, mai bab naik gaji depa semua pakat sokong

DUN Kedah lulus usul penambahbaikan gaji dan elaun Adun

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini meluluskan usul penambahbaikan gaji dan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) sebanyak 50% dan menteri besar sebanyak 25%.

Usul itu turut termasuk kenaikan pencen kira-kira 51 bekas Adun, bekas menteri besar, bekas speaker DUN, bekas timbalan speaker DUN dan bekas Exco.

Usul tersebut diluluskan selepas dipersetujui oleh Adun Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika menggulung perbahasan pada sidang DUN, berkata usul tersebut akan dibawa kepada pengerusi dan ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk diperkenankan dan akan dibawa semula ke persidangan DUN akan datang.

Penyokong Tun M kecam Lokman Adam

LOKMAN ADAM KOTORKAN IMEJ JASA.

ASKM,

Setelah membaca penulisan Sdr Lokman Adam Penal Pemikir JASA, berhubung kecamannya terhadap Tun Dr. Mahathir, saya berpandangan, penulisan ini tidak membawa apa apa keuntungan dan faedah kepda Kepimpinan Perdana Menteri, dirinya sendiri, mahupun JASA.

Hampir 90% komen yang saya baca samaada melalui Facebook atau ruangan blog beliau, rata rata menghentam beliau, JASA, KP JASA dan menambahkan kebencian pembaca kepada PM Najib.

Penulisan Sdr Lokman bukan sahaja tidak ada pengisian fakta yang jelas malah mengelirukan pembaca dengan andaian andaian kosong yang cuba menaibkan Tun M sebagai pemimpin yang berimejkan Nepotisme dan pengamal politik Dinasti Keturunan.

Sebelum Saya pergi lebih jauh membongkar rahsia peribadi dan politik anda lebih mendalam, eloklah berhenti mempamirkan diri anda selaku Jemuan politik dan penggilap Apple yang bodoh. Penulisan anda sebenarnya telah mencemarkan Imej JASA ketahap yang rendah dan memalukan.

Sesungguhnya penulisan LA gagal menunjukkan beliau seorang Pemikir yang cerdik. Andaian beliau bahawa penyokong dan peminat Tun Mahathir menganggap Tun seolah seorang NABI yang maksum tanpa boleh ditegur, merupakan satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan. Lokman Adam menulis umpama manusia yang dirasuk iblis dan ini boleh merosak dan menjahanamkan imej JASA

Anda juga telah gagal menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan oleh Tun M terhadap PM Najib. Tugas anda sebenarnya menjawab dan bukan mengeji, menuduh serta membuat andaian BODOH.

Sikap rakus dan tamak anda kepada harta, pangkat dan harta menyebabkan anda bersifat sedimikian.

Saya selaku Mantan Penal PEMIKIR JASA kecewa dengan tahaf pemikiran dan penulisan seorang rakan Pemikir yang begitu cenderung untuk mengejar jawatan tertinggi JASA tetapi tidak mempunyai tahaf keilmuan dan kebiadapan penulisan yang Tinggi.

Jika Sdr Lokman tidak puas Hati dengan penulisan ini, Sdr Lokman boleh berdepan dan berhujjah dengan Saya pada bila bila masa.

Salam.

Syed Saifuddin Harman.
Mantan Penal Pemikir JASA.

Sirul: Mahfuz minta IGP hentikan lawak jenaka



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menghentikan segala 'lawak jenaka' dan menjalankan tugas secara adil, profesional, amanah dan berprinsip.

Beliau berkata, Khalid perlu berhenti berlagak seolah-olah beliau seorang ahli politik Umno yang hanya bertugas untuk menjaga kepentingan Umno dan Barisan Nasional(BN).

"Pemerintahan BN dan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menghitung hari sahaja lagi sebelum tumbang di dalam pilihan raya yang akan datang.

"Kuasa yang ada pada Ketua Polis Negara tidak akan mampu untuk menghalang suara rakyat," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikai kenyataan Khalid yang menyatakan bahawa pihaknya telah menghantar pegawai ke Australia untuk merekodkan keterangan Koperal Sirul Azhar Umar.

Katanya, apa yang diperkatakan oleh Khalid itu satu pembohongan, malah perkara itu turut dinafikan oleh Sirul sendiri.

Altantuya – kaitan yang terputus


Peguam Americk Sidhu berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.
Peguam Americk Sidhu berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.

Pertama kali dalam tempoh 34 tahun, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Persoalan yang diutarakan rasional. Ia soalan yang sama diajukan kebanyakan rakyat Malaysia sejak 8 tahun lalu.

Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketua polis yang kita cintai pada masa ini menunjukkan reaksi sebaliknya cuba mengelak isu itu dengan menghabiskan masanya memeriksa mesej Twitter di media sosial.

"Khalid Twitter" mempunyai keberanian mengancam sesiapa yang membawa isu 'motif' pembunuhan kejam wanita warga asing tidak berdosa itu di tangan dua komando Malaysia yang terlatih.

Zaman saya ‘hilang wang negara’ tak seburuk Najib, kata Dr Mahathir


 Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan kehilangan wang negara semasa zaman pemerintahannya yang dikatakan bersebab dan diketahui bagaimana oleh rakyat, tidak seperti skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad membandingkan kehilangan wang negara semasa zaman pemerintahannya yang dikatakan bersebab dan diketahui bagaimana oleh rakyat, tidak seperti skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kehilangan wang negara semasa era pemerintahannya, namun menjelaskan ia tidak seteruk yang berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mendakwa kerajaan kehilangan berbilion ringgit.

Bekas perdana menteri itu turut mempertahankan keputusan pelaburan negara ketika 22 tahun era pemerintahannya dan mendakwa skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Kementerian Kewangan lebih teruk kerana ia melibatkan hutang RM42 bilion.

“Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara, tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang,” katanya menerusi blog peribadinya chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir turut mengambil peluang menjelaskan skandal kewangan ketika zaman pemerintahannnya seperti Perwaja Steel, Bank Bumiputera dan Maminco.

Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul - Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu.

Katanya adalah tidak adil jika Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.

“Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

“Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

“Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul (Azhar Umar) dan rakannya (Azilah Hadri),” katanya menerusi blog chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya Shaariibuu terjawab.

Buta ka apa EXCO AGAMA Kedah nie, ada patut dia kata Kedah tak ada Syiah

Tiada sebaran fahaman Wahabi
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

 Mohd Rawi Abd Hamid
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah komited mengekang penyebaran fahaman yang menyimpang dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Exco Agamanya, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, ia termasuk sebarang aktiviti berkaitan fahaman Syiah dan Wahabi.

“Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sentiasa menjalankan pemantauan dan mendapati fahaman Wahabi tidak diamal atau disebarkan di negeri ini.

“Malah setakat ini, Jaik tidak menerima sebarang laporan atau aduan mana-mana pihak berkaitan fahaman itu,” katanya ketika menjawab soalan lisan oleh Ahmad Yahya (Pas-Alor Mengkudu) mengenai penyebaran fahaman Wahabi di Kedah pada sidang Dun, hari ini.

Mahathir: Najib lebih teruk dari Pak Lah

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tahap populariti penggantinya, Datuk Seri Najib Razak kini merosot ke paras paling teruk.

Malah, prestasi Najib juga lebih buruk daripada perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir juga percaya bahawa BN mungkin akan tewas dalam pilihan raya umum selepas ini memandangkan Sabah dan Sarawak bukan lagi “undi selamat” buat parti itu.

“Pencapaiannya lebih buruk daripada Abdullah, tewas lebih teruk di Selangor di mana beliau mengetuai Umno.

“Sangat banyak skandal menghurunginya sekarang. Popularitinya lebih rendah berbanding ketika beliau mengetuai BN pada 2013,"  katanya.

EKJS: RUU persendirian nombor 24, PAS yakin BN sokong

MUHAMMAD FAIZAL | 07 April 2015.


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yakin Barisan Nasional (BN) akan memberi sokongan penuh kepada Rang Undang-Undang persendirian (Private Bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 (EKJS2).

Beliau mengatakan bahawa berkata, jika BN bersangguh menyokong Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 yang menahan orang tanpa bicara pasti menyokong EKJS2 yang dilihat adil kepada semua.

"Saya yakin semua parti komponen di dalam BN sama ada MCA, MIC mahupun parti-parti dari Sabah dan Sarawak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang di bawa oleh Presiden PAS.

"Mustahil mereka tidak menyokong kerana Pota yang jelas menekankan rakyat atau tertuduh diberi sokongan, EKJS2 lebih sempurna dan adil tidak diberi sokongan," katanya di lobi parlimen.

Nahas Heli - "Penumpang Gadis Misteri" di kenal pasti

 Nahas Heli : Foto Mendiang Pilot Dengan ‘Penumpang Misteri’


KAJANG: Identiti mangsa keenam berstatus “Tidak Diketahui” yang maut dalam nahas helikopter Dauphin AS365 N2 sudah dikenal pasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.

Wanita berusia 25 tahun berasal dari Kyrgystan itu dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.

Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti Lim Kok Wing dan sekali lagi menukar pengajian di Kolej SEGI di ibu negara.

Mai bab penaik GAJI semua pakat SOKONG... baguih la hangpa jadi ADUN kat KEDAH nie.....!!

oleh AnakKedah007

Macam sial aja ADUN kat Kedah sekarang ini.... sebaut sahaja bab kenaikan gaji... semua akan sokong sebulat suara... cubalah pikaiq bab usul yg nampak baguh untuk dilaksanakan dan baguih untuk rakyat.....

cuba buat USUL PERUNTUKAN UNTUK SEMUA DUN.... dimana setiap tahun KERAJAAN NEGERI peruntukan wang untuk perbelanjaan setiap DUN macamana KERAJAAN PUSAT dok bagi kat AHLI YB BN....PARLIMEN sebanyak RM1juta & ADUN RM500K sethaun....

Jadi apa kata KERAJAAN NEGERI pulak cadangkan bagi kepada semua wakil rakyat tak kira BN atau PR setahun RM25 ribu sempena kenaikan yg dicadangkan keada setiap ADUN KEDAH 50% iaitu RM2 seorang....

Maka dengan duit ini diharap semua ADUN akan berbelanja untuk program kemasyarakatan dan menghulurkan bantuan serta sumbangan untuk masyarakat di kwsn DUN mereka.....

Siapa Aidana Baizieva Masih Lagi Misteri, Gambar Di Media Sosial Dipercayai Bukan Wajah Sebenar..!!

Shahbudin Husin,


Siapakah sebenarnya wanita misteri yang dipercayai bernama Aidana Baizieva yang turut terbunuh dalam tragedi nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu?

Apakah itu nama sebenarnya atau yang terbunuh itu mempunyai nama yang lain?

Dalam nahas itu, enam penumpang yang terdiri daripada Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin, Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Huat Seang, seorang ahli perniagaan, juruterbang bernama Clifford, pegawai polis yang dikenali Razakan dan seorang wanita yang belum dipastikan identitinya, telah terbunuh.

Semua orang tertanya-tanya siapakah sebenarnya wanita itu dan bagaimana beliau boleh berada diatas helikopter yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada menghadiri kenduri kahwin anak Najib di Pekan, Pahang itu?

Aidana dipercayai berasal dari Krysgtan, sebuah negara di Asia Tengah, beragama Islam dan masih bujang. Beliau juga dikatakan baru kebih kurang setahun berada di negara ini. Mayatnya masih berada di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur dan belum dituntut oleh warisnya.

Respond Guan Eng selepas dengar taklimat bab pindaan Enakmen Pentadbir Mahkamah Syariah P/Pinang..!!

Penarafan Mahkamah Syariah perlu pinda enakmen, kata Ketua Hakim Syarie P.Pinang
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


GEORGE TOWN - Enakmen Pentadbir Mahkamah Syariah sedia ada perlu dipinda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang demi penarafan institusi berkenaan pada lima peringkat mahkamah di negeri ini.

Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang Y.A.A. Datuk Abdul Halim Abu Hassan berkata demikian semasa mengadakan kunjungan hormat dekat pejabat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Wong Hong Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (LA) Azliza Sulaiman serta anggota Jabatan Kehakiman Syarie Pulau Pinang turut menyertai pertemuan tertutup tersebut.

Menurut Abdul Walid, Putrajaya mensyorkan Mahkamah Tengah Syariah diwujudkan di antara peringkat Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah.

Tambah beliau, Majlis Rayuan Persekutuan di bawah Majlis Raja-Raja Malaysia turut diwujudkan di Putrajaya sahaja, di atas peringkat Mahkamah Rayuan Syariah Pulau Pinang sedia ada.

TOK PA dah setaraf akai putar alam AHMAD MASLAN & HASAN MALEK dah..!!

oleh AnakKedah007

Satu lagi kenyataan kelakar dikeluarkan menteri kabinet. Tahniah Tok Pa, anda sudah setaraf Ahmad Maslan dan Hasan Malek. Kalau nak bg statement auta, puak2 ni mmg kelaka. Aduhai... 
Bukan tak bangga ngan kereta Malaysia tp jangan lah sama kualiti dengn kereta BMW.. Baik je cakap setaraf ngn Ferarri ker Lamboghini ke..
Dah gila ke Tok Pa ni?? Kah kaah kaaaah.. Gelak pecah perut beb.... Perbandingan yang tak masuk akal... Otak menteri menteri kat Malaysia semakin pandai...
Dalam satu kenyataan balas BMW telah mengakui jenama itu yang setanding dgn Proton.. Bukan Proton yang setanding dgn BMW.. Satu sindiran tajam dr BMW untuk Tok Pa.. Kah kaah kaaaah..

Kes Sirul: IGP hina Dr M, kata PAS

Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar cuba menghina negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan bahawa polis sudah menemui banduan Sirul Azhar Umar di Australia.

Mahfuz berkata, Sirul sendiri menafikan kenyataan Khalid bahawa pegawai polis Malaysia ditahan untuk merekodkan kenyataan Sirul di Australia.

Katanya, perkara itu disahkan sendiri oleh peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin.

Dengan kenyataan Sirul ini, menimbulkan pertanyaan kenapa Ketua Polis Negara telah berbohong dalam keadaan beliau tahu bahawa Sirul pada bila-bila masa berkeupayaan untuk menafikan pembohongan tersebut?

“Adakah ini antara tanda-tanda betapa Tan Sri Khalid sudah tidak layak untuk terus memegang jawatan nombor 1 dalam PDRM...?,” soalnya.

Beliau seterusnya mengaitkan tindakan Khalid yang tangkas mengarahkan pasukannya menahan MP atas ucapan dalam perbahasan Parlimen dan kenyataan di Twitter.

Mahfuz dengan sinis menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai “siri lawak jenaka”.

'Dr M pun ada benda tak jawab sampai sekarang'


Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap tidak patut bertindak mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

Ahli Jawatankuasa Biro Perangan Umno Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, Dr Mahathir turut mempunyai beberapa persoalan yang masih belum dijawab sehingga kini ketika zaman pentadbirannya.

Sehubungan itu menurutnya, tidak sepatutnya Dr Mahathir melakukan tindakan menggesa Najib menjawab tuduhan terhadap kepimpinannya seolah-olah menggambarkan kepimpinan Najib lemah .

“Kritikan Dr Mahathir tidak boleh diterima seratus peratus. Kalau hendak kira, masa Dr Mahathir perintah dulu ada beberapa isu seperti Petronas dan KWSP tidak dijawab sampai sekarang.

“Jadi, biarlah Dr Mahathir dengan cara dia tetapi saya rasa tiada siapa setuju dengan cara beliau terhadap Najib itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Ahli Parlimen PONTENG semasa UNDIAN meluluskan POTA | BN 84 - PR 64

 
 

Jawatan Kosong : Kedah kurang imam, 158 orang diperlukan


Mohd Rawi Abd Hamid  
Mohd Rawi
ALOR SETAR - Terdapat 158 kekosongan jawatan imam direkodkan di seluruh Kedah setakat Mac 2015.
 
Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, kekosongan tertinggi ialah daerah Kuala Muda sebanyak 29 jawatan, diikuti Kota Setar (27) dan Kubang Pasu (21).
 
“Kekosongan itu perlu diisi melibatkan 568 masjid di seluruh Kedah. Kekosongan bilal pula 318 jawatan manakala siak 226 kekosongan,” katanya ketika menjawab pertanyaan bertulis Ahmad Yahya (Pas-Alor Mengkudu).
 
Menurutnya, antara kekangan yang menyebabkan kekosongan itu tidak dapat diisi ialah ketiadaan calon yang memohon walaupun iklan perjawatan dikeluarkan.
 
 “Sebab lain termasuk anak kariah tidak bersetuju dengan calon yang dicadangkan selain calon terbabit gagal dalam ujian bertulis dan lisan,” katanya.

Dari ZIPY jadi SULIHH, mai lanie tukaq pulak YAN ENERGY.....tapi hasilnya...????

Yan Energy akan ganti Zipy

Ku Abd Rahman Ku Ismail  
Ku Abd Rahman Ku Ismail

ALOR SETAR - Projek Zon Industri Petroleum Yan (Zipy) akan digantikan dengan Yan Energy berikutan wujud kekangan syarikat induk, Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh) untuk melaksanakannya.
 
Exco Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, pelaburan membabitkan AS$10 bilion (RM32.7 bilion) itu akan diambil alih oleh pihak swasta lain.
 
“Untuk mempercepatkan pelaksanaan projek ini, kita kemukakan cadangan baharu dengan wujudkan Yan Energy menggantikan Zipy diterajui Merapoh yang berdepan masalah kewangan.
 
"Mereka bukan menarik diri tetapi kita perlu lakukan sesuatu untuk merealisasikan projek yang dirancang sejak 2007 ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit), mengenai status kemajuan projek Zipy.

BN menang KEDAH senang YB Kenyang : Adun Kedah naik gaji 50 peratus


Adun Kedah naik gaji 50 peratus  
Ku Abd Rahman pada sidang media semalam.

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mencadangkan kenaikan gaji dan elaun semua Adun sebanyak 50 peratus bermula 1 Januari 2016.

Perkara itu dibentangkan Exco Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail pada Sidang Dun Kedah di sini, semalam.

Beliau berkata, kenaikan itu turut melibatkan Speaker Dun, Timbalan Speaker Dun dan exco kerajaan negeri yang kadarnya kini disifatkan terlalu rendah.

Manakala gaji dan elaun Menteri Besar Kedah pula dicadangkan kenaikan 25 peratus iaitu dari RM14,175.15 kepada RM17,718.95 sebulan.

“Saya buat rujukan dengan negeri lain yang sudah pun buat semakan dan penambahbaikan terhadap elaun dan gaji Adun masing-masing.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...