TERKINI :

Monday, April 6, 2015

Rafidah Aziz pula 'serang' GST


Apabila wanita yang digelar Wanita Besi Malaysia dalam politik berkata beliau keliru tentang sesuatu, lebih dengar betul-betul.

Lebih-lebih lagi apabila beliau terkenal dengan kebijaksanaan.

Jadi jika bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Rafidah Aziz keliru tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), apatah lagi golongan awam?
Rafidah, dengan gaya tanpa ada kekangan beliau, bercakap tentang GST apabila beliau dilaporkan berkata kebergantungan kerajaan dengan penggunaan kartun, papan iklan dan jargon teknikal seperti “berkadar sifar” untuk menjelaskan tentang cukai kepenggunaan menyeluruh beberapa tahun ini telah membuatkan pengguna Malaysia, termasuk dirinya, lebih keliru dengan sistem percukaian.

Beiau berkata kerajaan seharusnya tidak menggunakan jargon dalam menjelaskan apa itu GST kepada pengguna.

Rafidah berkata kerajaan seharusnya menerbitkan senarai barang yang dikecualikan dari cukai di setiap surat khabar dalam negara dengeran kadar segera kerana ianya akan membantu pengguna bersiap sedia untuk cukai kepenggunaan menyeluruh ini.

Apa Kata Jika Mahathir Sendiri Membuat Laporan Polis Terhadap Najib?

oleh Shahbudin Husin,

http://i2.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/03/Mahathir_najib_300.jpg?resize=600%2C340
Serangan terbuka Tun Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sudah boleh dikira berada di tahap yang tidak boleh dipulihkan lagi. Beliau sudah dianggap "berkerat rotan, berpatah arang" dan "putus saudara" dengan Najib.

Bermula dengan serangan terhadap aspek kepimpinan, Tun Mahathir kini benar-benar menyerang sasaran yang melibatkan peribadi dan maruah Najib, terutama berkaitan pembunuhan Altantuya, 1MDB dan kekayaan keluarganya.

Mahathir juga bukan lagi mahukan apa-apa jawapan dan penjelasan daripada Najib. Beliau sudah menunggu untuk sekian lama menanti jawapan daripada Najib tetapi tiada apa-apa yang diperolehinya. Perjumpaan senyap juga sudah tertutup, kata Tun Mahathir.

Ketika beliau menulis surat menegur dan mengumumkan penarikan balik sokongannya, bukan jawapan atau penjelasan yang dibalas Najib, sebaliknya beliau menghantar seseorang menemui Tun Mahathir agar menarik balik isi hati yang diluahkan melalui surat itu.

Ia jelas menunjukkan bahawa Najib tidak mahu memberi penjelasan dan tidak juga mahu berubah. Pendiriannya ialah Tun Mahathirlah yang harus berundur dan menarik balik suratnya.

Putrajaya perabih RM848,000 untuk bayar TV Al-Hijrah sempena siar sambutan ulang tahun

Perbadanan Putrajaya bayar RM848,000 kepada media siar sambutan ulang tahun
OLEH DIYANA IBRAHIM

 Perbadanan Putrajaya didapati membayar RM848,000 kepada sebuah stesen TV dan melanggar peraturan perolehan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 April, 2015.
Perbadanan Putrajaya didapati membayar RM848,000 kepada sebuah stesen TV dan melanggar peraturan perolehan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 April, 2015.

Perbadanan Putrajaya (PPJ) membayar sejumlah RM848,000 kepada sebuah syarikat media sebagai rakan penyiar rasmi sempena sambutan ulang tahun ketiga mereka pada 5 November 2012, menurut laporan Ketua Audit Negara 2014.

Siri pertama laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini menyatakan lantikan terus syarikat media berkenaan tidak mematuhi keadah perolehan yang ditetapkan.

"Semakan lanjut mendapati surat setuju terima juga tidak dikeluarkan bagi pelantikan terus syarikat tersebut sebagai rakan penyiar," dedah laporan tersebut.

Menurut laporan audit itu, kos perolehan melebihi RM500,000 hendaklah dilaksanakan secara tender.

Selain itu, PPJ turut memberikan hak penyiaran eksklusif konsert kepada syarikat media tersebu‎t yang tidak dinamakan.

Siapa 'wanita misteri' Kyrgystan dalam heli?

 
Spekulasi muncul kenapa terdapat seorang warganegara Kyrgystan dalam helikopter yang terhempas di Semenyih dan mengorbankan enam orang pada Sabtu.

Aidana Baizieva, salah seorang penumpang dalam helikopter itu, tetapi tidak seperti pihak lain, identitinya masih misteri setakat ini.

Mayatnya telah dikenal pasti hari ini oleh seorang wanita, dipercayai anggota keluarga, yang enggan bercakap kepada media.

Seorang pegawai kedutaan Kyrgystan mengesahkan kerakyatan Aidana dan memberitahu mStar bahawa dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya setahun.

Maklumat lain, daripada laporan The Malaysian Insider, menyebut Aidina masih bujang.

Aidana dikenal pasti oleh Kementerian Pengangkutan pada Sabut malam sebagai pembantu operasi helikopter.

Kami bantah idea nak naik gaji ADUN 50% n MB 25%, dengan GST nie baik naik 100%

Kerajaan Kedah cadang naikkan gaji ADUN 50 peratus, MB 25 peratus

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah bercadang menaikkan gaji dan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Speaker, Timbalan Speaker dan anggota Exco sebanyak 50 peratus manakala Menteri Besar naik 25 peratus mulai 1 Jan tahun depan.

Usul cadangan penambahbaikan gaji dan elaun itu dibentang oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

"Walaupun cadangan itu jika diluluskan dewan akan menyaksikan kenaikan gaji sebanyak 50 peratus bagi semua, tetapi Menteri Besar di atas permintaannya sendiri hanya mahukan kenaikan sebanyak 25 peratus sahaja," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darulaman hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu jika diluluskan oleh DUN bakal menyaksikan gaji ADUN dinaikkan sebanyak 50 peratus daripada RM4,112 sebulan yang dinikmati ketika ini kepada RM6,169 sebulan mulai tahun depan.

Sementara bagi Menteri Besar akan menyaksikan gajinya dinaikkan kepada RM17,718 sebulan daripada RM14,175 sebulan ketika ini, kata Dr Ku Abdul Rahman. - BERNAMA

Tolak Najib, Kadir tuding jari pada Rosmah

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.

Kadir, yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani.

“Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar,” tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

“Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.

“Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

“Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar,” katanya dalam tulisan di blog.

Pakat dok nasihat Mahathir supaya berhemah kritik Najib

Kritik Najib: Dr M dinasihat lebih berhemah

Najib Mahathir

KUALA TERENGGANU – [KEMASKINI] Meja rundingan lebih baik daripada mempersoalkan dan mengkritik sesama sendiri secara terbuka.

Ahli Dewan Negara, Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui blognya boleh memberi kesan negatif sekiranya tindakan menegur dilakukan secara tidak berhemah.

Menurutnya, kedua-duanya mempunyai pengaruh tersendiri dan tindakan Dr Mahathir mendedahkan secara terbuka seolah-olah berlaku kelemahan dalam kepimpinan Najib tidak menunjukkan kematangan apatah lagi beliau sebagai tokoh negarawan sepatutnya perlu bertindak lebih berhemah dalam memberi teguran.

“Sebaik-baik cara adalah perundingan, kalau tidak, tidak selesai masalah. Ia bukan beri kebaikan malah sebaliknya.

"Nasihat menasihati bukannya melalui media, Twitter, Facebook, blog dan sebagainya. Keadaan ini akan membuatkan rakyat keliru,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Kelantan bertindak mengikut demokrasi

Oleh ZHARUDIN NARUDIN

http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2014/12/Hudud-Kelantan-Copy-650x400.jpg
SAYA merasa bersyukur dan gembira kerana Rang Undang-Undang Jenayah Syariah ll telah berjaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Biarpun kritikan dan komen sinis sesetengah pihak terhadap rang undang-undang tersebut terpampang di media arus perdana dan alam maya, kerajaan Kelantan tetap teguh membentangkannya.

Sejauh mana undangundang ini akan memberi kesan positif dalam institusi masyarakat dalam negeri itu tidak boleh ditafsir pada saat ini. Ini akan dibuktikan apabilanya ia dilaksanakan kelak.

Ia adalah perkara normal bagi sesuatu proposal yang baru. Ini juga satu proses demokrasi yang dijulang tinggi di negara ini. Apabila hak bersuara tiada, dipenjara, di anaktirikan pembahagian hasil negara (seperti negeri Sarawak), dinafikan hak (seperti royalti minyak negeri Kelantan), hak kewanitaan dalam institusi masyarakat, hak beragama dalam masyarakat majmuk dan lain-lain lagi yang saya anggap perkara kecil kesan ketidakadilan undang-undang sedia ada dianggap tidak demokratik, di negara ini, maka kenapa isu perlaksanaan undangundang jenayah syariah ini khas untuk orang Islam sahaja tidak dianggap suatu proses demokrasi?

Antara dilema Husam...dan perasaan anggota parti yang mencalonkan beliau...

Antara dilema Husam dan derita rakyat
Oleh Muammar Qaddafi


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilaporkan masih berdilema mengenai keputusan beberapa kawasan yang mencalonkan beliau sebagai presiden PAS yang sekali gus meletakkan dirinya sebagai pencabar kepada presiden sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Husam, beliau perlu memikirkan perasaan anggota parti yang mencalonkan beliau sebelum memberi kata putus (sama ada menerima atau menolak pencalonan itu).

Kita percaya walaupun Husam menerima banyak sokongan terutama dari pemimpin dan anggota PAS yang beraliran profesional, namun wujud tekanan dari pimpinan yang beraliran konservatif yang tidak mahu Hadi dicabar.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata beliau masih belum menemui “orang yang layak” untuk mengantikan Hadi sebagai Presiden PAS namun menurut beliau lagi, oleh kerana PAS mengamalkan dasar demokrasi, maka kita benarkan sesiapa bertanding (jawatan presiden).

Khairy tepat, pemimpin tidak boleh terlalu lama berkuasa

Oleh Hazlan Zakaria

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/26635/Khairy%20is%20right,%20too%20long%20in%20power%20leads%20to%20stagnation_1024x576.jpg
Sekiranya ada rejuvenasi, mereka tidak akan menjawat jawatan buat masa yang panjang dan akan memikirkan soal prestasi dan pencapaian,” Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata di Parlimen oleh agensi berita Bernama.

Subjek yang dibincangkan ialah kepimpinan badan sukan, tetapi ahli parlimen Rembau yang dikenali sebagai KJ itu mungkin juga merujuk kepimpinan di dalam Barisan Nasional yang didakwa pengkritik mengalami masalah yang sama.

KJ secara khusus merujuk kepada kepimpinan badan sukan kebangsaan yang didakwa berada di takuk lama lantas menjurus kepada pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 dicadangkan bagi memastikan persatuan sukan di Malaysia mencatat peningkatan.

Pengkritik telah lama berkata sesetengah personaliti di dalam persatuan sukan Malaysia telah memegang jawatan terlalu lama sehingga tiada sebarang perubahan disaksikan samada di dalam memberi pandangan ataupun buah fikiran yang lebih segar.

GST punya pasal peniaga balon double charge, satu GST satu lagi SERVICE CHARGE

GST gagal mansuhkan caj perkhidmatan 10 peratus

GST gagal mansuhkan caj perkhidmatan 10 peratus  
Resit pembelian yang didakwa mengenakan caj perkhidmatan sehingga 10 peratus disalah sebuah restoran terkemuka di Malaysia.

SHAH ALAM - Caj perkhidmatan sehingga 10 peratus masih dikenakan oleh segelintir peniaga kepada pengguna walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan pada 1 April lalu.
 
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani berkata, walaupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuh dan digantikan dengan GST, namun caj itu masih dikutip oleh peniaga.
 
" Saya sendiri terasa beban GST itu, bayangkan ada kedai dan restoran mamak mengenakan caj servis lima peratus dan ditambah pula GST enam peratus menjadikan jumlah cukai 11 peratus.
 
"Kesan GST dan caj servis ini memberi implikasi yang besar kepada kenaikan harga barang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
 

Pakat dok buat cerita spekulasi pulak bab heli jatuh..!!!

Hentikan spekulasi liar tentang helikopter terhempas, kata Zahid 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap individu perlu menghormati mereka yang meninggal dunia di dalam kemalangan itu dan tidak melukakan perasaan keluarga mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 April, 2015.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak, terutamanya pengamal media dalam talian supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tragedi helikopter terhempas semalam.

Beliau berkata, setiap individu perlu menghormati mereka yang meninggal dunia di dalam kemalangan itu dan tidak melukakan perasaan keluarga mereka.

"Saya beritahu mereka, ini soal kematian. Jangan spekulasi atau bawa berita di luar. Harus ada, tidak kira golongan parti, organisasi atau individu...(mereka) harus hormati keluarga jenazah," beliau berkata demikian di sini hari ini ketika ditemui wartawan di luar kediaman Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, seorang daripada enam mangsa kemalangan itu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...