Sukar cari kad tambah nilai  
Sebuah kedai di Jitra meletakkan tanda kad tambah nilai telefon yang tidak dijual dengan alasan ketiadaan stok.

JITRA - Rata-rata orang ramai, dekat sini mengeluh sukar mendapatkan kad tambah nilai telefon apabila peniaga di sekitar Kubang Pasu tidak menjual isian prabayar tersebut dengan alasan kehabisan stok.

Walau bagaimanapun tinjauan Sinar Harian ke beberapa buah kedai telekomunikasi mendapati, alasan sebenar peniaga tidak menjual kad tambah nilai itu disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Tan, 40-an berkata, dia mempunyai stok kad tambah nilai tersebut tetapi enggan menjualnya kerana terpaksa menanggung kerugian.

"Saya beli stok kad tambah nilai prabayar dengan harga yang dikenakan cukai, kemudian kami sebagai peruncit tidak dibenarkan menjual dengan mengenakan GST kepada orang ramai.