TERKINI :

Saturday, April 4, 2015

IGP kata Sirul terdesak, cabarnya dedahkan semua...jadi tunggu apa lagi Sirul dedah siapa suruh bunuh Altantuya

Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan Sirul Azhar Umar bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan semuanya.

Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu kenyataan malam ini, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu, sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan itu.

Katanya, daripada apa yang telah dikumpulkan, Sirul tidak menawarkan petunjuk baru yang boleh melepaskannya daripada jenayah tersebut.

Oleh itu, kata Khalid, pihaknya mengalu-alukan cabaran Sirul untuk membuat pendedahan sekiranya dia ada apa-apa mengenainya.

Dr M: Muhyiddin boleh jadi PM, tapi saya tak pasti...

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, tetapi beliau enggan mengesahkan sokongan kepadanya.

Dr Mahathir berkata beliau telah "hilang kepercayaan" selepas dua penggantinya tidak sepertimana yang diharapkannya.

"Anda tahu, saya telah hilang kepercayaan pada orang. Sebelum mereka dilantik, mereka adalah orang yang paling bersih di dunia," katanya sambil menambah bahawa apabila mendapatkan kuasa, mereka berkelakuan tidak baik.

"Jadi, saya tak tahu," keluh Dr Mahathir ketika ditanya pendapat beliau mengenai Muhyiddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Terdahulu, Mahathir menggesa Najib berundur dan berkata mengikut prosedur, calon seterusnya untuk jawatan tersebut adalah Muhyiddin.

"Itu terpulang kepada parti untuk putuskan. Ada orang yang agak layak tetapi jika anda ikut perlembagaan parti, orang yang paling layak adalah timbalan," katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.

Sirul sangkal polis M'sia ambil keterangannya



Sirul Azhar Umar menyangkal kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata beliau telah menghantar orang ke Australia untuk bertemu dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini pada jam 2.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 masa Australia), Sirul berkata dia sukar tidur berikutan kenyataan IGP itu semalam, yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Sirul (kiri) mendakwa bahawa tidak ada pegawai atau anggota polis yang bertemu dengannya di Australia.

IGP dilaporkan oleh Bernama semalam sebagai berkata polis telah bertemu Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

Laporan Bernama itu memetik IGP sebagai berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaru yang dibangkitkan Sirul dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan.

Zahid Hamidi sahkah yang Jamaludin Jarjis antara mangsa berada dalam helikopter | AL FATIHAH

http://www.teraju.gov.my/web/wp-content/uploads/2014/11/jj.jpg
SEMENYIH: Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara mangsa yang berada di dalam helikopter yang terhempas di sini petang tadi.

Perkara ini disahkan Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Helikopter awam itu dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada jam 4.55 petang tadi dipercayai ketika hujan dan angin kencang.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Apakah Sirul 'Senjata Sebenar' Mahathir Menjatuhkan Najib?

Shahbudin Husin,


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu.

Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa.

Sebagai makluman, ketika didakwa melakukan pembunuhan Altantuya, Sirul adalah salah seorang pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tiada sesiapa tahu atau sedar bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Tun Mahathir sebelum ini. Ia tidak pernah disebut di mana-mana atau didedahkan oleh sesiapa, termasuk ketika perbicaraan di mahkamah.

Dengan pendedahan Tun Mahathir ini bukan saja menunjukkan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan berganjak sedikit pun daripada apa yang yang telah dimulakannya, bahkan meneruskan dengan maklumat-maklumat baru yang lebih menarik lagi.

Kesemua mayat nahas helikopter sudah ditemui


helikopter  
Serpihan helikopter terbabit nahas.

SEMENYIH - Keenam-enam mayat terlibat insiden membabitkan sebuah helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih kira-kira 4.55 petang tadi, sudah ditemui.

Mayat akan dibawa ke Hospital Kajang.

Difahamkan, helikopter malang itu membawa Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: 

MP Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis disyaki terhempas helikopter, nasib belum di katahui

Bahagian helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi. Sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. – Gambar pembaca The Malaysian Insider, 4 April, 2015.
Bahagian helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi. Sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. – Gambar pembaca The Malaysian Insider, 4 April, 2015.

Sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang ini dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengatakan tiga mayat sudah dijumpai.

Portal Suara TV melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat enam penumpang termasuk orang kenamaan (VIP) seperti Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias turut berada dalam helikopter tersebut.

Helikopter itu dikatakan terbang ke Subang dari Kuantan.

Bernama melaporkan jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang tadi.

Rakyat Kena Kecoh : Sepatutnya GST nie harga barang di tolak SST baru di tambah dengan GST..!!

Contoh pengiraan harga barang di kenakan GST
Siaran Media : Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR , 3 APRIL 2015- Penerangan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menerusi ketuanya, Jamawi Jaafar melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang dilihat kucar kacir dan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan meskipun setelah dua tahun perancangan pelaksanaannya dibincang dan persedian pelaksaannya dibuat oleh pihak kerajaan.

“Saya amat sedih kerana sejak hari pertama penguatkuasaan, terlalu banyak isu yang timbul dari segi pelaksanaannya. Semua pihak yang terlibat seperti KPDNKK dan Kastam seakan-akan tidak bersedia dan sistem yang digunakan tidak seragam menyebabkan ramai peniaga yang mengambil kesempatan. Pada mulanya rakyat dijanjikan dalam setiap ceramah penerangan Tolak SST dan baru tambah GST dalam penentuan harga barang dan perkhidmatan berkenaan. Tetapi ketika pelaksanaannya, kita mendapat maklumat terutamanya kedai kedai di luarbandar harga barangan asal masih dicampur dengan SST dan ditambah dengan GST sekaligus menjadikan harga semakin mahal dan terpaksa ditanggung oleh rakyat.”

Saya juga mendapat keluhan dan suara hati orang kampung yang kecewa dgn keadaan peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati dgn menyalahkan kerajaan kononnya ianya semua berpunca daripada GST.

PAS laksanakan hudud Allah, bukan hudud politik

Oleh RAYUSA


HINGAR-BINGAR hukum hudud berterusan tanpa (akan) ada kesudahan.Sejak dari menjadi impian PAS untuk melaksanakannya dan ditentang oleh Umno hinggalah parti tua rasuah itu kini menyokong pelaksanaan kanun tersebut di Kelantan.

Namun begitu, ketika Umno bersetuju, rakan komponen PAS dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) pula menentang.

Pada 19 Mac lalu, Dun Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hukum hudud, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 Adun, iaitu 31 daripada PAS, 12 Umno dan seorang KeADILan yang hadir ketika enakmen tersebut diluluskan.

Ternyata tiada Adun DAP dalam Dun Kelantan. Walau bagaimanapun, DAP yang beria-ia menentang pelaksanaan hudud.

Justeru, PAS Kelantan hairan dengan perlakuan DAP berterusan menghalang usaha mereka melaksanakan hudud di negeri tersebut, padahal perkara itu tidak melibatkan golongan bukan Islam. Malah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, usaha itu dijalankan berdasarkan kerangka undangundang dan demokrasi, melalui Parlimen.

OKZ13 : Bukan sekadar beri kenyataan, tetapi bantulah mereka - Mat Sabu



SEJAK disumbat ke penjara Kajang pada 18 Mac lalu ada yang mengatakan nasib 13 Orang Kena Zalim (OKZ) yang juga peserta demonstrasi membantah rampasan kuasa Perak, ramai pihak yang umpamakan mereka ini sebagai wira yang tidak didendangkan. Namun sebalik penderitaan mereka ditahan, terdapat 13 keluarga yang mereka tinggalkan sementara duduk di tirai besi yang terpaksa menanggung beban berikutan ketiadaan mereka.

Apakah nasib mereka ini dipedulikan oleh parti-parti politik khususnya Pakatan Rakyat? Menjawab persoalan itu, Wartawan Kanan Harakah ROY RASUL menemubual Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pada 23 Mac lalu untuk mengupas isu itu.

WARTAWAN: Sekarang ini nasib tiga belas pejuang pasca rampasan kuasa Perak pada Februari 2009 ditahan di penjara Kajang, Selangor. Bagaimana saudara melihat perkembangan ini?

MOHAMAD SABU: PAS akan terus membuat program-program untuk membela tiga belas yang dipenjarakan itu. Mereka itu orang yang pertahankan perlembagaan dan pejuang demokrasi. Mereka ini seolaholah ‘dizalimi’ Kerajaan BN.

Oleh itu kita akan buat program terutamanya untuk keluarga mereka yang terseksa akibat didakwa dan ditahan di penjara. Ingin saya tegaskan sekali lagi, mereka itu pejuang demokrasi bukan militan. Mereka pertahankan perlembagaan Malaysia dan demokrasi serta keputusan rakyat Perak.

Apakah Sirul 'senjata sebenar' Mahathir jatuhkan Najib?

SHAHBUDIN HUSIN | 04 April 2015.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu.

Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa.

Sebagai makluman, ketika didakwa melakukan pembunuhan Altantuya, Sirul adalah salah seorang pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tiada sesiapa tahu atau sedar bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Tun Mahathir sebelum ini. Ia tidak pernah disebut di mana-mana atau didedahkan oleh sesiapa, termasuk ketika perbicaraan di mahkamah.

Dengan pendedahan Tun Mahathir ini bukan saja menunjukkan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan berganjak sedikit pun daripada apa yang yang telah dimulakannya, bahkan meneruskan dengan maklumat-maklumat baru yang lebih menarik lagi.

Tun M kritik Najib, apa kata Mukhriz?

 BASHIR ISHAK | 04 April 2015.


ALOR SETAR: Ekoran kritikan terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak PAS Kedah mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir menyatakan pendirian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan diadakan pada 6 April nanti.

Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, seluruh rakyat Malaysia sedang menyaksikan kesungguhan Mahathir mengkritik Najib secara lebih tegas, agresif dan berani apabila menyentuh pelbagai isu yang menyelubungi senario politik negara seperti isu pembunuhan Altantuya, pembelian kapal selam, skandal 1MDB, pembaziran wang negara, pembelian jet peribadi, kekayaan luar biasa keluarga Najib dan kegagalan dasar pentadbirannya.

"Sebelum ini Tun juga pernah menempelak usaha Najib melaksanakan GST yang sekarang sedang menekan rakyat.

SUK Kedah nafi Yang di-Pertuan Agong gering


Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
 
ALOR SETAR - Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali menafikan khabar angin yang disebarkan pihak tertentu kononnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang gering.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau melahirkan rasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Tuanku telah gering dan rebah di istana.

"Saya merasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil telah menyebarkan fitnah bahawa Yang di-Pertuan Agong telah gering kerana rebah di istana.

Mahathir calon BN di Permatang Pauh?

 ILUSI JUMAAT                                                                                                                                  
 
PRK Permatang Pauh 
 
Seorang pimpinan Umno peringkat negeri mencadangkan kepada partinya supaya tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan itu sekiranya Umno atau BN tidak mempunyai calon yang berwibawa. Pandangan pemimpin Umno itu disokong oleh akhbar PB, yang menjadi lidah rasmi parti nasionalis itu.
Mahathir calon BN P Pauh?
Alasan pemimpin Umno itu tidak mahu BN meletakkan calon kerana tidak yakin parti itu boleh menang. Pengundi Permatang Pauh seramai 70,000 katanya berbeza dengan pengundi lain kerana mereka tidak melihat kepada isu pembangunan tetapi lebih berkesan dengan simpati terhadap nasib Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Apa yang dimaksudkan oleh pemimpin Umno itu, bahawa pengundi Permatang Pauh akan mempercayai bahawa Anwar tidak bersalah sebaliknya bekas TPM itu dianiaya dan dizalimi. Kerana itu pilihan raya kecil Permatang Pauh itu tidak akan dimenangi selagi isu Anwar dimainkan.

Apabila pemimpin Umno itu mencadangkan supaya seorang calon berwibawa dan luar biasa diletakkan, berfikiran mungkin dengan cara itu kerusi Permatang Pauh yang dimiliki Anwar sejak tahun 1982 itu akan terlucut.

GST jalan singkat atasi krisis kewangan


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Pelaksanaan GST didakwa ada kaitan dengan krisis kewangan negara yang semakin meruncing.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan itu dilihat seolah-olah antara jalan singkat untuk menampung pendapatan wang negara yang kian merosot.

Menurutnya, pihaknya kesal apabila rakyat menjadi mangsa akibat kegagalan kerajaan BN mentadbir secara berhemah.

“PR sudah menentang pelaksanaan GST ini sejak mula ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, namun ia tetap dilaksanakan. Adakah kerana negara sedang mengalami krisis kewangan yang parah?,” katanya.

Mahfuz yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen Pas berkata, tindakan itu ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus, kerana kerajaan meminta rakyat berhemah dan berubah sikap dalam berbelanja sebaliknya kerajaan tidak memberikan contoh terbaik dalam membelanjakan wang rakyat yang diamanahkan.

Pemulihan Empangan Pedu tambah kawasan sawah padi - Exco

empangan pedu  
Sejumlah RM60 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu. - Foto Bernama

KUALA NERANG - Projek pemulihan Empangan Pedu bernilai RM60 juta bakal menyaksikan kira-kira 2,500 hektar sawah padi tambahan dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Kedah dan Perlis.

Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, projek yang dijangka siap September tahun ini akan membantu Mada memasukkan kawasan sawah padi yang sebelum ini bukan di bawah kelolaannya.
  
Beliau berkata, empangan yang beroperasi sejak 1969 sering mengalami beberapa masalah seperti injap empangan tidak berfungsi sepenuhnya yang melambatkan proses penyaluran air ke kawasan sawah padi.
  
"Sebenarnya kita tak mahu tunggu lama untuk selenggara peralatan mekanikal yang lama. Selain kos yang bakal meningkat kita bimbang penyaluran air ke sawah tidak mengikut jadual akibat kerosakan mekanikal.
  

Penduduk dakwa kontraktor projek jalan Gurun ke Pulau Bunting ceroboh tanah mereka


Dakwa kontraktor ceroboh tanah  
Mohd Azam (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama sebahagian penduduk

YAN – Penduduk yang terlibat dengan projek pembinaan jalan sambungan dari Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Gurun ke Pulau Bunting, di sini, mendakwa tanah mereka diceroboh kontraktor sebelum proses pengambilan tanah selesai.

Perkara itu disahkan Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat pada pertemuan bersama penduduk di Sedaka, di sini, semalam.

Menurutnya, pencerobohan tanah adalah perkara serius dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera.

“Penduduk memaklumkan lebih lima tanah mereka diceroboh kontraktor berkenaan sebelum proses pengambilan tanah selesai.

“Saya difahamkan, kemasukan kontraktor ke kawasan itu adalah untuk membina sistem perparitan,” katanya kepada Sinar Harian.

Waspada kumpulan tipu GST


GST baru

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menasihatkan peniaga-peniaga kecil di Lembah Klang supaya berwaspada dengan kumpulan menyamar sebagai pihak berkuasa, yang cuba menipu mereka berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, beberapa peniaga yang mengadu mengenai penipuan itu, mendakwa kumpulan berkenaan memeriksa akaun mereka dan menyatakan mereka mengenakan GST berlebihan terhadap pelanggan.

Menurutnya ada juga peniaga, yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka untuk GST yang dilaksanakan pada 1 April lepas, ditipu oleh kumpulan itu.

"Peniaga dipaksa membayar sejumlah wang sebagai dorongan tidak mengemukakan laporan kepada kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Penangan Ali Setan: Impak dakwah Azmil Mustapha


Azmil Mustapha
FILEM Ali Setan yang diterbitkan pada 1986 benar-benar melonjakkan nama Azmil Mustapha dalam bidang lakonan.

Biarpun Azmil mula dikenali melalui filem Mekanik arahan Othman Hafsham, tidak dinafikan namanya mula meniti di bibir peminat selepas membintangi filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin itu.

Bahkan, wataknya sebagai Ali iaitu siswa paling nakal di sebuah universiti di utara tanah air berjaya mencipta fenomenanya tersendiri sehingga ke hari ini, walaupun sudah hampir 30 tahun berlalu.

Masakan tidak, dek kenakalannya mengusik Asmidar lakonan Fauziah Ahmad Daud, bukan sahaja telah membuatkan nama Azmil semakin tenggelam kerana lebih dikenali sebagai Ali Setan, malah filem itu juga telah melayakkannya memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-6 pada 1986.

Tidak menganggapnya sebagai beban, Azmil yang kini sudah berhijrah sebaliknya mengakui populariti Ali Setan adalah tarikan utama kepada dirinya ketika berdakwah.

Pemilik nama sebenar Mohd Azmil Mustapha ini memberitahu, watak Ali Setan menyebabkannya lebih dikenali berbanding dengan nama Ustaz Azmil.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...