TERKINI :

Friday, April 3, 2015

BEKAS wartawan hiburan, Juwie atau nama sebenar, Abdul Jalil Salleh meninggal dunia


BEKAS wartawan hiburan, Juwie atau nama sebenar, Abdul Jalil Salleh.

KUALA LUMPUR : Kolumnis hiburan BH, Juwie, 62, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, terdahulu dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan HUKM pertengahan Mac lalu dan menjalani rawatan penyakit berkenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kesihatannya tidak stabil.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan jenazah akan dikebumikan di sebelah pusara ibunya di Selayang, dekat sini esok.

Juwie memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada tahun 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984.

Semasa di Utusan Malaysia beliau terkenal apabila mengendalikan ruangan hiburan iaitu Auw! Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Allahyarham kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Editor Majalah Mangga pada tahun 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.

Perghh Hebat Sungguh Ombak GST nie..sampai masuk jamban pun dia balon..


Syukur Alhamdulillah....nak cari kerajaan yang terbaik macam nie kat mana lagik...jika tidak di bumi MALAYSIA yang aman damai nie...

Amanat TG Nik Aziz Kepada Nik Amar untuk berbaik dengan Umno, mana satu betul..????

Ini apa di katakan oleh BERITA HARIAN...



Ini pula penafian oleh NIK AMAR



dan ini video ucapan NIK AMAR

Video apa yang NIK AMAR katakan yang pesanan dari TOK GURU NIK AZIZ supaya berbaik dengan UMNO....Anda dengarlah sendiri VIDEO ini kemudian anda buatlah kesimpulan sendiri.....----------------------------Ceramah Penjelasan Isu Hudud di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK)Kredit video: KelantanTV.myVideo penuh: https://www.youtube.com/watch?v=QYUU2g-iIhY

Posted by KedahLanie on Friday, 3 April 2015
Ini video full : KLIK SINI

Mungkinkah Dr M kritik lagi Najib esok?

Semua mata akan tertumpu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad apabila bekas perdana menteri itu muncul di khalayak ramai buat pertamanya esok selepas membuat kritikan yang pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Dr Mahathir dijadual menghadiri sesi khas dengan para pelajar di Cyberjaya bagi membincangkan isu kepimpinan di mana pemimpin veteran Umno itu mungkin membuatkan lagi kritikan pedas terhadap Najib.
 
Acara esok dianjurkan oleh WYSJ (What Youth Should Know), yang dipengerusikan oleh Lawrence Low Kah Guan, yang juga ketua biro pendidikan Pemuda MCA Selangor.
 
Siri kepimpinan global anjuran WYSK yang ada kaitan dengan MCA itu, membariskan Dr Mahathir yang tidak dapat hadir pada persidangannya Sabtu lalu - hari yang sama dengan perkahwinan anak perempuan Najib.
 

Najib Mesti Bangkit Melawan!!

Shahbudin Husin, 

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/graphic_mahathir_vs_najib_montage_heza_050215-01.jpg
Apa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang sekarang ialah respon dan jawapan daripada Perdana Menteri, Najib Razak terhadap serangan bertali arus yang kian hari kian keras yang dilontarkan oleh Tun Mahathir Mohamad kepadanya.

Secara normal dan manusiawinya, Najib tidak boleh lagi sekadar berdiam diri dan mengunci mulutnya terhadap semua perkara yang dibangkitkan oleh Mahathir kerana isu-isu yang dibangkitkan itu memang ditujukan kepada dirinya.

Berbanding sebelum ini di mana bekas Perdana Menteri itu hanya membangkitkan isu-isu berkaitan kelemahan kepimpinan, ekonomi, hubungan kaum dan lain-lain, tetapi akhir-akhir ini jelas sekali serangan itu ditujukan betul-betul tepat ditujukan ke dahi Najib.

Dalam tulisan di blognya beberapa minggu sebelum ini, Mahathir membangkitkan mengenai anak tiri Najib, Riza Aziz yang diragui kekayaannya sehingga mampu menerbitkan filem di Hollywood dan membeli unit kondo mewah di New York.

Beliau juga mahu tahu sama ada kekayaan itu ada kaitan dengan 1MDB kerana Jho Low yang merupakan kenalan rapat Riza Aziz, sering dikaitkan dengan pelaburan syarikat yang menjadi anak emas kepada Najib itu.

Pakatan Rakyat perlu kembali kepada agenda pembelaan rakyat


Sejak Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), Malaysia berhadapan dengan masalah yang bertimpa-timpa. Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak di Putrajaya gagal memimpin masyarakat dan negara mengharungi cabaran-cabaran ini, malah kadang kala merumitkan lagi keadaan. Sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan seolah-olah Malaysia terumbang-ambing tanpa hala tuju apabila pimpinan politik tidak memberi bimbingan dan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah masyarakat.

Masalah-masalah yang datang bertimpa ini bermula dengan api perkauman yang dimainkan oleh sesetengah pihak selepas PRU13. Keadaan ekonomi suram yang menekan rakyat diburukkan lagi dengan skandal kewangan seperti 1MDB dan pembaziran seperti pembelian jet baru. Rakyat Malaysia juga diuji dengan bencana banjir yang melibatkan ratusan ribu rakyat di seluruh negara. Minggu ini, rakyat Malaysia terus ditekan apabila mula menanggung beban percukaian GST yang tidak sewajarnya dilaksanakan.

Kedua-dua gabungan politik iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional juga berdepan dengan masalah dalaman akibat perbezaan pendapatan dan perselisihan kepimpinan.

RM79j cari MH370, masih lagi misteri


 
Sudah genap setahun peristiwa kehilangan MH370 pada 8 Mac 2014 yang lalu. Sehingga hari ini, seluruh dunia masih dalam kekeliruan dan kegelapan dalam isu yang menjadi misteri zaman moden.

Pelik sungguh, tiada siapa yang boleh memberi jawapan untuk pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kehilangan ini.

Keluarga mangsa masih tidak tenteram kerana kekecewaan terhadap kerajaan yang gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan. Malah, terdapat juga unsur-unsur yang sengaja disembunyikan.

Kerajaan juga gagal menjawab banyak soalan-soalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat. Selagi soalan-soalan ini tidak dijawab secara telus dan bertanggungjawab, perkara ini akan menghantui kerajaan BN.

Saya telah bertanya satu soalan lisan berhubuung dengan peristiwa kehilangan MH370 pada 1 April 2015 di Dewan Rakyat. Soalan saya meminta menteri pengangkutan menyatakan sama ada misi mencari pesawat masih diteruskan.

Adakah harga barangan GST ketika ini di campor sekali dengan cukai SST..??

Kami nak highlight satu ISU disini.. dimana bukan bab TOPUP tapi bab harga SST & GST....Bab topup tu sah dah kena kencing kepala semua dengan menteri bengong nie...tak ada sykt pun masuk mahkamah tapi dia sendiri yg lembek tengkok dan janji 3 bln lagi baru seattle...taik dia...kami disini nak sembang bab harga GST & SST.... kita tahu dulu cukai SST kena 12% dan segala barangan yg di jual sudah dicukaikan.... jadi bila dilaksanakan GST yg 6% maka... harga yg sepatutnya di kenakan 6% ialah harga yg sudah di tolak dengan rate SST 12% kemudian baru kita darab balik dengan rate GST yg 6%....Cth : AYAQ MINERAL harga RM10.00 ( Yg sudah dikenakan cukai SST)Sepatutnya RM10.00 x 12% = 1.20 senJadi harga asas ialah RM10.00 - RM1.20 = RM8.80senHarga asas nie yg di darab dengan GST jadi harga GST > RM8.80 x 6% = RM0.52> RM8.80 + RM0.52 = RM9.32Inilah harga sebenar selepas GSTTapi sekarang cuba lihat bagaimana peniaga sedang melaksanakan GST... dimana mereka mendarab GST yg 6% dengan harga barang lama yg mana sudah pun dikenakan SST 12%....Mana menteri.. mana YB.... takan anda tak nampak penipuan ini...>> More : KedahLanie>> Kata-Kata Hikmah <3

Posted by KedahLanie on Friday, 3 April 2015

Pemuda MCA sahkan BN TOLAK HUDUD..!!!

'PM tak perlu kalut, BN sudah tolak hudud'

 
Pemuda MCA mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lambat mengumumkan pendirian mengenai rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan terhadap pelaksanaan hudud.

Ketua Pemudanya Wong Sin Woon berkata oleh kerana BN sudah menolak pelaksanaan hudud di Kelantan, tiada sebab bagi Najib selaku pengerusi parti itu, tergesa-gesa mengumumkan pendiriannya.

"BN telah pun memutuskan untuk menolak hudud dan ia telah pun dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Adakah ada badan lain lebih tinggi daripada ini?

"Kenapa PM mesti segera mengeluarkan kenyataan? BN sudah pun mengumumkan bahawa parti itu menolak hudud," katanya kepada pemberita sewaktu ditanya mengenai perkara itu.

Projek ZIPY BN Kedah masih dalam mimpi...

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


SERONOK mengkritik dalam situasi belum berkuasa. Begitulah BN sewaktu jadi pembangkang di Kedah mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kerana kegagalan memulakan projek Sungai Limau Hidrocarbon Hub (SULIHH) sewaktu pentadbirannya. SULIHH bukan projek yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan.

Ia adalah sinambungan dari projek Zon Industry Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulai oleh kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Mahdzir Khalid pada 2007. Projek itu membabitkan pembinaan kilang penapisan minyak bagi memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Beza SULIHH dan ZIPY cuma pada nama, biasalah penjenamaan semula setelah bertukar kerajaan. Bezanya juga ialah projek ZIPY memakan korban tanah penduduk yang banyak di daratan manakala SULIHH mengalihkannya ke laut, supaya terselamat tanah penduduk kampung dan juga tanah sawah padi yang terbaik di Kedah.

Hakikatnya bukan mudah untuk melaksanakan projek gergasi bernilai RM36 bilion yang dimulakan oleh pihak lain yang memerlukan komitmen dan kemampuan pelabur. Ia juga memerlukan kerjasama dari kerajaan pusat.

Malangnya kedua-duanya tidak membantu, lebih-lebih lagi pelabur yang bermasalah.

Sempena GST syarikat kenderaan FORD menurunkan harga kereta mereka murah gila tahap gila babi punya..!!

WOWW!!!.. Memang GST buatkan harga kenderaan murah giler.. Mana ada negara2 di dunia yang lain buat mcm M'sia camni. Bukan calang-calang murahnya..

TANPA GST tak dapatlah rakyat nak merasa harga kenderaan diskaun semurah RM1.60. Terima kasih BN like emoticon.. Bercukur lah....



Tiada Pasma di sisi PAS

Oleh Subky Latif


RIBUT menggantikan Pre siden PAS dari Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan seorang yang lain dipercayai reda dan mungkin berakhir berikut pemilihan mursyidul am baru dan tiada timbul calon yang hendak di ketengahkan.

Maka masalah yang tinggal bagi PAS ialah sekalian ahli-ahli dan juga mungkin antara pimpinan nya yang membentuk Pasma dan yang cenderung kepadanya.

Baik Pasma itu ada dorongan politik atau sekadar NGO yang lebih pro-Pakatan Rakyat dari PAS, ia adalah badan yang rata-rata disertai oleh orang PAS saja. Tiada Umno, tiada gejala PKR dan tiada DAP yang menyertainya. Ia semata-mata oleh ahli dan penyokong PAS.

PAS sudah membuat keputusan, Pasma tidak diterimanya. Bahkan Majlis Syura Ulama telah melarang ahli-ahli dan penyokong PAS menyertainya, malah mendekatinya pun tak usah.

Arahan Majlis Syura itu tidak diendahkan oleh orang yang cenderung kepadanya.

Majlis Syura itu amat mulia kedudukannya di sisi PAS dan adalah tonggak kepada kepimpinan ulama. Sama ada ia berwibawa atau sekadar mendatar, pada PAS ia tempat memberikan kepatuhan. Ia mesti dimuliakan oleh orang-orang PAS.

Fenomena Selepas Banjir Besar Kelantan - Antara realitinya masih ramai tidur dalam khemah..!!


Kami baru pulang dari menziarahi semula daerah-daerah banjir di Kelantan. Sedih melihat begitu ramai mangsa banjir yang masih terkapai-kapai duduk di khemah plastik yang tidak bertingkap.

Dunia sudah melupakan bencana yang 3 bulan lalu menggemparkan negara. Tiada kata untuk kami gambarkan betapa deritanya mereka. Bayangkan 3 bulan tiada hujan dan lumpur banjir dahulu kini menjadi debu yang menyesakkan.

Kami melangkah masuk ke kemah dalam gambar ini sekitar jam 1 tengahari. Ramai penghuni kemah yang ke sekolah menghadiri mesyuarat PIBG.

Ibu muda bersama bayinya berusia 4 bulan dan beberapa warga emas adalah antara yang sempat kami temubual di kemah yang macam ketuhar panasnya ini.

Prepaid Dikenakan GST: Kerajaan Hilang Kawalan Hari Pertama

Ditulis oleh M Arifiriazul B Paijo

http://saifdesign.com/blog/wp-content/uploads/2011/09/topup.jpg
Pemuda PAS Sarawak merasakan kerajaan telah gagal dalam penguatkuasaan kawalan harga sempena GST dengan ‘mengaku kalah’ terhadap syarikat telekomunikasi dengan bersetuju harga dinaikkan 6%, walaupun dikatakan tambahan airline akan dimasukkan.

Kerajaan harus lebih tegas dalam melaksankan apa yang dikata- penguatkuasaan kawalan harga sempena GST. Kerajaan tidak harus mengangkat bendera putih terlalu awal dengan bersetuju tanpa mengenakan apa-apa tindakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat ini.

Syarikat telko ini memanipulasi sistem yang baru ini dan membolehkan mereka ‘memaksa’ pengguna membelanjakan wang mereka lebih berbanding sebelum ini. Bayangkan jika syarikat sebesar ini mampu memanipulasi sistem baru ini tanpa kawalan dan tanpa takut, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat kecil yang pastinya tidak tercapai dengan penguatkuasaan kawalan harga ini.

Duhai PAS, Yang Mana Satu ALLAH akan REDHA???

dari KedahLanie Page

http://2.bp.blogspot.com/-Y6fkC0AbTIU/VOizrNbDMgI/AAAAAAABydY/07s4zxVAQw0/s1600/na.jpg
1) Kita bertegas laksanakan hudud walaupun hakikatnya kita tak ada undi untuk merubah akta yang termaktub dalam parlimen negara....dan dengan melaksanakan hudud itu kita akan jatuh kalah kuasa kita disebabkan kita berpecah dalam kesepakatan...dan dalam masa yang sama kita hilang kuasa keatas kerja dakwah menyebarkan Islam kerana pemerintah mula menekan bila kita hilang kuasa dengan melarang kita masuk masjid, menjalankan program keagamaan dalam erti kata menekan kita seperti mana telah kita lalui dahulu...

2) Kita tangguh sebentar hudud kerana kita tak ada kuasa dan dalam masa yang sama kita laksanakan mana-mana hukuman yg termampu kita laksanakan di bawah ta'zir....dan dalam masa yang sama juga kita membina dakwah untuk bagi menambahkan rangkaian kuasa...kerana di negeri2 yg kita ada kuasa kita masih mampu menjalankan kerja dakwah dan meneruskan memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak....apabila kita sudah mula memenangi hati rakyat dengan dakwah yg kita lakukan dan kuasa parlimen pun kita sudah majority maka waktu itulah kita laksnakan hukuman allah sepenuhnya termasuk hudud....

Maaf!! janganlah Wan Azizah jadi calon P44, tapi ini dia 2 tokoh hebat kami cadangkan untuk anda buat pilihan


Di atas kertas mungkin DSWA calon terbaik utk mengekalkan kerusi P44 : Permatang Pauh ni.. tapi ketika UMNO di hujung nyawa dan kegawatan politik masakini adalah lebih baik PKR menghantar wakil yg lebih vokal utk bergandingan dgn wakil sedia ada bagi memastikan gegaran yg lebih kuat di dlm dewan rakyat..
Saya ada dua cadangan satu dari PKR dan satu dari PAS... jadi pakat berbincanglah nak angkat yang mana satu..

PAS P/Pinang lebih sayangkan jawatan dalam Kerajaan Negeri dari presiden PAS..!!

Bercakap pada Forum PasMa berjudul 'Ke Mana Sebenarnya Arah Malaysia?', Zolkifly turut menjelaskan bahawa tiada ketetapan rasmi dalam PAS Pulau Pinang untuk pertimbang cadangan memutuskan kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Bagaimanapun, sumber lain memberitahu bahawa Timbalan Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Tuan Haji Mohamad Sabu dalam mesyuarat negeri baru-baru ini menerima desakan supaya mengadakan sidang media tergempar untuk mengumumkan keketapan parti Islam berkenaan untuk memutuskan hubungan dengan pentadbiran Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di negeri ini.

Desakan tersebut, menurut sumber sama, sebagai reaksi pada ketegasan pemimpin tertentu DAP mengisytiharkan untuk memutuskan kerjasama politik dengan peribadi Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sahaja, tetapi mahu terus menguukuhkan Pakatan Rakyat bersama-sama PAS dan DAP.

Kerajaan Kelantan sudah mula buat majlis penerangan perlaksanaan KJS II

Majlis penerangan Hudud dapat sambutan hangat

SELEPAS SUBUH                                                                       

Semalam telah berlangsung penerangan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II (pindaan 2015) bertempat di Pusat Terbiah Islam Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa. Penerangan itu dihadiri beberapa pemimpin tertinggi Pas Kelantan, yang diketuai sendiri oleh MB Ahmad Yaakub.
Ahmad Yaakub: Apa yang penting kita yakin kepada Allah.
Pemimpin lain yang hadir sama Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dr Mohd Fadzli Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau, Mohd Nasarudin Daud, Takiyuddin Hassan selaku Ketua Sekretariat Jawatankuasa Hudud Kelantan, dan Speaker DUN Kelantan Abdullah Yaakub.

Kehadiran dimaklumkan memuaskan. Khabarnya kehadiran malam tadi adalah terbesar setakat ini. Sebelum ini beberapa program dilaksanakan termasuk di Putik ke belakangan ini kurang mendapat sambutan. Namun kehadiran ramai malam tadi khasnya dari kalangan ahli dan penyokong Pas, ia menunjukkan ahli Pas menerima baik Hudud.

Majlis penerangan malam tadi juga sebagai pembukaan kepada majlis penerangan pelaksanaan Hudud yang akan diadakan di seluruh kawasan Pas di Kelantan.

Memandangkan majlis malam tadi mantap dan berkualiti adalah wajar kalau ia juga diperpanjangkan ke luar Kelantan bagi memberi kefahaman mendalam kepada umah Islam dan juga bukan Islam mengenai kewajiban melaksanakan Hudud.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...