TERKINI :

Thursday, April 2, 2015

Aduan GST : Ahmad Maslan berbohong lagi kata aduan cuma 800 sahaja tapi sebenarnya 23,000

Menteri: 23,000 aduan mengenai GST semalam

Kerajaan nampaknya memperolehi laporan yang bercanggah mengenai jumlah aduan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.

Ini bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bahawa terdapat hanya 800 aduan mengenai GST semalam.

Daripada 23,871 aduan yang telah dibuat melalui MyKira GST semalam, 8,618 aduan adalah mengenai harga di luar margin (keuntungan yang boleh diterima), kata Hasan kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Hasan telah membangunkan aplikasi MyKira GST bagi membolehkan pengguna menyemak harga lebih 10,000 barangan.

Apabila MENTERI BN lembek tengkok dengan Syarikat Telekomunikasi bab GST


Macamana menteri ni? Pagi bunyi macam tegas sangat sekali cair dengan ayat-ayat manis telco??? Banyak sangat sandiwara pemimpin-pemimpin UMNO BN ni...

Dr. Mahathir silap.. sebenarnya masih ada satu kaum yang percaya Najib bulat-bulat..

Malaysiakini hari ini melaporkan yang Tun Dr. Mahathir mengatakan sudah tidak ada lagi kaum yang percaya kepada Presiden UMNO sedia ada yang juga Perdana Menteri, Najib..

Laporannya... BN akan kalah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamed.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.

“Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar bahawa Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Datuk Seri Najib memimpin Umno hingga PRU 14,” tulis Mahathir (kiri) di blognya hari ini.

Katanya lagi apabila Umno kalah, kepimpinan parti itu akan dikutuk dan ditolak oleh bangsa Melayu dan ia tidak akan dapat dipulihkan semula.

Ini bukan kali pertama Mahathir memberi amaran keras itu.

Pada 13 Mac lalu, perdana menteri 22 tahun itu meramalkan kontroversi sekitar isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya depan.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata pemberian wang percuma menimbul kemarahan orang Melayu dengan “mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina”.

Masa Untuk Tun M, Ku Li, Pak Lah dan Musa Hitam Bersatu

Shahbudin Husin,

http://2.bp.blogspot.com/-lSzk1xddlps/UFNvcNGepmI/AAAAAAAAAKk/gmY03VytHV0/s1600/bersatu.PNG
Sekembalinya daripada luar negara semalam kerana menjalani rawatan mata di Jepun dan tidak menghadiri majlis kenduri kahwin anak perempuan Najib Razak yang gilang-gemilang dan super mewah, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk meneruskan serangannya kepada Perdana Menteri yang sudah sekian lama ditarik balik sokongannya.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Tun Mahathir mengatakan BN akan kalah dalam pilihanraya akan datang selagi dipimpin oleh Najib kerana ketika ini semua kaum menolak kepimpinannya.

Tun Mahathir juga membangkitkan mengenai siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya, mengenai hutang 1MDB serta pembelian jet baru yang katanya "untuk kegunaan Datuk Seri dan Datin Seri."

Serangan Tun Mahathir kali ini adalah yang paling keras berbanding sebeluknya dan menyeluruh menyentuh pelbagai aspek yang menjadi punca utama penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN yang dipimpin oleh Najib.

PasMa optimis pakatan pembangkang baru akan dibentuk kukuhkan PR

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


KEPALA BATAS - Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yakin pakatan pembangkang yang baru akan dibentuk dalam masa terdekat demi mengukuhkan sokongan majoriti rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim berkata, pakatan pembangkang yang baru ini akan mengukuhkan masa depan Pakatan Rakyat, yang kini didakwa sedang berdepan krisis perbezaan pendapat yang runcing antara PAS, DAP dan PKR.

Malah, katanya lagi, PAS sendiri kian sedar mengenai untung memperkukuh Pakatan Rakyat di negeri ini belakangan ini, sungguhpun ada usaha pemimpin tertentu mahu mengheret parti masa depan itu bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"Apabila saya kata Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Dato' Mohd. Salleh Man menguruskan RM92 juta dana zakat, iaitu peruntukan terbesar yang lebih besar daripada peruntukan seorang exco Kerajaan Negeri, semakin ramai ahli serta pemimpin PAS percaya bahawa parti lebih rugi jika bersendirian di luar Pakatan Rakyat.

GST - Apabila Tan Sri Annuar Musa kena ayat BODO

Komen slh sorg dlm FB Tan sri nua muso ~~


Tan Sri menatey apo kalu tokleh nk belo rakyat? Wat kejadoh apo dale Parlimen puok2 MP nih kalu xleh nk bahas usul di Parlimen? Tgk feedback rakyat la gilo.! Dale paper, dale facebook, twitter, email kpd putrajaya.. Feedback 99% tok setuju GST di implement lagi buat waktu ni. Menatey apo puok mung nih? Tan Sri/ Dato Seri/ Tun/Dato Datin tuh pangkat kah blako, hakikat puok mung nih manusio bodo jah.! 

UMNO sdiri pun ramai ahli miskin papo kedano.! Puok mung majoriti dale Parlimen, tapi xleh nk bahas usul nih. Tgk jurang antara pendapatan & perbelanjaan la dlu gilo.!! Gaji minima RM3.60 paling rendoh di dunio dale ranking negaro2 laksana GST. Duk kiro nga UK Australia, demo tu takpo la GST 10% sbb gaji minima dio AUD$15 per hour. Bersamaan RM45-50 sejam kijo! Bukey RM3.60 serupo hok Tan Sri bakul sapoh buat perbandingan tuh.! Otok ado otok? Ko takdok? Maah la kurey ajar nih. Puok2 mung nih tggu mapuh belako baru aman Malaysia. Nati puok mung mati,aku nk gi tabur duit atah kubur.. Tggu.!

Mohon Tan Sri baco pah komen deh. Nk komen kure ajar jgk pun takpo mugo aku hok start dulu..

Tan Sri nk kecek pasal ekonomi ko pasal gapo2 ko dipersilakan. Ambo laye belako. Nk tgk jgk otok Tan Sri ni balance ko dok antara logik dan tak logik. Ado otok bakali, cumo tak balance jah dok? Gilo taksub UMNO telajok sapa nasib rakyat Ketereh di perjudikan. Tan Sri dale parlimen mewakili rakyat Kok Lanas Ketereh Kadok, malah Kelate amnya. Tan Sri tokleh ko bangun buwi ucapan n bahas usul GST dgn fakta bahawasanya rakyat Kelate ramai miskin.! Tv suratkhabar pun oyak sokmo rakyat Kelate miskin. Pahtu? Babi apo gi sokong GSt nyo gilo?

MP negeri lain tu biarlah mugo bodo sokmo. Harap ko PR jah bangkang, puok2 UMNO pun keno bangkang jgk bendo2 zalim gini.

Page fb BN mula post bab "resepi GST" nak cover bila meggie pun kena GST



Parti Islam baru akan muncul bersama PR, jika PAS keluar...

'Ya, parti Islam baru jika PAS keluar Pakatan'

 
  NGO pro-Pakatan Rakyat, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sedang membuat kajian berhubung menubuhkan satu parti baru sekiranya PAS keluar daripada gabungan pembangkang.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, parti yang mungkin akan ditubuhkan itu lebih cenderung ke arah ‘parti Islam’ bagi mengisi kekosongan PAS dalam pakatan.

“Banyak desakan untuk kita jadi parti politik dalam keadaan sekarang ini, jadi saya buat keputusan untuk buat kajian.

“Tapi (menubuhkan parti) ini bergantung dengan Pakatan Rakyat, bukan kita akan berdiri sendiri.

“Dan kita akan jadi sebahagian daripada komponen Pakatan barulah wujud parti politik,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jelasnya lagi, keputusan mewujudkan parti itu bagaimanapun bergantung dengan perkembangan hubungan Pakatan.

Berkemungkinan parti itu akan ditubuhkan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14, jika perlu, tambah  Phahrolrazi (atas).

Setiausaha Agung PAS sedang menanti Tuc Usin Ceroi

Tuc Usin Ceroi boleh hubungi saya - Mustafa

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Siasatan mengalu-alukan kesudian Tuc Usin Ceroi untuk tampil memberi kenyataan aduan terhadap audio klip yang disebarkan di facebooknya dan tuduhan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Usin Ceroi ke Pejabat Agung PAS secepat mungkin," ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa dalam kenyataan ringkas.

Mustafa berkata, Tuc Usin Ceroi boleh menghubungi beliau secara terus atau Khairul Faizi, selaku Penolong Setiausaha Agung dan setiausaha jawatankuasa siasatan bagi menentukan masa yang sesuai untuk menghadirkan diri.

Mahathir pulak bertanya "Siapa bunuh Altantuya?"

Mahathir: Siapa arah bunuh Altantuya?

Bekas pertanda menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Najib kena "bom" lagi dengan Tun M hari ini...

'Saya bukan nyanyuk, tapi terpaksa dedah'

Susulan serangan kerasnya pada Datuk Seri Najib Razak hari ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa bertindak demikian “demi bangsa dan negara”.

Katanya, beliau terpaksa menulis blog berhubung perkara itu memandangkan ramai ahli dan pemimpin Umno yang setia secara buta tuli kepada pemimpin.

“Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya,” katanya.

“Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini. ”

Mahathir juga menegaskan beliau masih belum nyanyuk walaupun sudah berusia 90 tahun.

“Sesiapa yang berkata saya nyanyuk sebenarnya menipu diri,” katanya.

“Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.”

Syarikat Telekomunikasi buat tak hairan arahan kerajaan jangan cas GST pada kad top-up mereka

Siasat syarikat telekomunikasi
Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

Putrajaya: Siasatan akan dilakukan bagi melihat alasan syarikat telekomunikasi menaikkan harga kad tambah nilai prabayar selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang heboh diperkatakan, hari ini.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T Subromaniam berkata, sepatutnya tiada perubahan harga bagi kad tambah nilai itu.

Katanya, sebelum GST berkuatkuasa hari ini, cukai perkhidmatan terhadap kad tambah nilai itu adalah pada kadar enam peratus.

"Justeru, apabila GST ini dilaksanakan, sepatutnya tiada perubahan harga. Sebagai contoh, jika sebelum ini nilai tambah berharga RM10, ia dianggap termasuk dengan cukai perkhidmatan.

"Kita juga sudah memberi surat kepada syarikat telekomunikasi di mana apabila beralih kepada GST, kena kekalkan harga. Misalnya, jika harga RM10 tetap dengan harga itu kerana kadar cukai adalah sama cuma nama saja berbeza iaitu cukai perkhidmatan kepada GST," katanya pada sidang media mengenai GST di sini, hari ini.

MYDIN pula perjelas mengapa resit masih papar GST

 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.374720.1427785952!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg
KUALA LUMPUR: Resit-resit pembayaran di Pasaraya Besar Mydin yang memaparkan perkataan “Total sales excluding GST” dan “Total sales including GST” hanya menunjukkan bahawa pasaraya itu telah mematuhi tanggungjawabnya seperti yang diperuntukkan dalam aspek perundangan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Amer Ali Mydin yang dihubungi Astro AWANI berkata, “penting untuk kita faham yang Mydin sememangnya bersungguh-sungguh dengan kempen tidak naik harga dan anda sebenarnya membayar harga yang sama pada 31 Mac untuk sesuatu barang selepas 1 April."

Katanya lagi, perkara penting yang perlu difahami oleh pengguna ialah Mydin merupakan syarikat pasaraya terbesar di negara ini yang tidak mempunyai hasrat untuk menipu orang ramai.

Beliau juga berkata, jikalau sesuatu barang di tag harga atau resit tertera huruf “Z” bermakna barang tersebut ialah ‘zero-rated’ (kadar sifar GST) dan sekiranya tertera huruf “S” bermaksud barang tersebut dikenakan enam peratus cukai GST.

“Namun, kos enam peratus itu akan diserap oleh syarikat kami,” jelas beliau lagi.

Beli TOPUP kat M2U kena GST.... syukur alhamdulillah...!!!

sahaja aku sedekah GST ini kepada KERAJAAN MALAYSIA kerana ALLAH swt

'Saya manusia biasa': Pemangku Pengarah Kastam KL mohon maaf atas kekecohan bertanya soalan GST minggu lalu


KELANA JAYA: Pemangku Pengarah Jabatan Kastam Diraja Kuala Lumpur, Abd Gani Othman hari ini memohon maaf kepada orang ramai yang dikasari ketika berlaku kekecohan semasa penyerahan memorandum membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada Kastam pada 23 Mac lalu, di Kompleks Kastam Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan hari ini apabila ditanya wakil Gabungan Bantah Cukai GST, Nashita Md Noor yang meluahkan rasa kekecewaan terhadap layanan pihak Kastam kepada mereka yang menghantar memorandum membantah GST pada minggu lalu.

"Ribuan kemaafan untuk perkara itu. Saya hanya manusia biasa. Saya juga melakukan kesalahan," jelas Gani kepada wakil-wakil gabungan Bantah GST di hadapan pintu masuk Kompleks Kastam Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau juga memberi cadangan agar diadakan satu pertemuan antara pihak Kastam bersama gabungan itu untuk membuat penjelasan mengenai GST.

"Kebarangkalian mungkin ada di antara kamu memahami GST namun ada di antara kamu juga mungkin keliru. Kami mahu mengadakan satu pertemuan bersama anda untuk memberi penjelasan mengenai GST secara keseluruhan. Bukan hari ini, nanti kita berhubung," ujar beliau.

Aman makmur sungguh aih negeriku, sampai rumah pun tak dak api dan ayaq

Rumah tiada bekalan elektrik, air

Rumah tiada bekalan elektrik, air  
Ahmad Fitri yang mempunyai anak OKU mengharapkan bantuan bagi membiayai pemasangan bekalan elektrik dan air di rumahnya.

POKOK SENA - Sepasang suami isteri dari Kampung Bukit, Mukim Telaga Mas di sini, merayu pihak berkenaan untuk membantu membekalkan elektrik dan air ke kediaman mereka.

Pasangan, Ahmad Fitri Mohd, 38, dan Zuraidah Bakar, 36, hanya bergantung bekalan elektrik dari rumah saudara terdekat dengan menyambung kabel dari kediaman itu.

Ahmad Fitri berkata, dia tidak mampu membuat pendawaian elektrik ke rumahnya akibat kekangan wang yang dihadapi.

Menurutnya, pendapatan sebanyak RM900 sebagai penyembelih ayam di pasar Bukit Pinang hanya cukup untuk menanggung isteri dan tiga anaknya yang masih bersekolah.

7 Eleven mohon maaf sebab jual surat habaq dikenakan GST, topup prabayar apa cerita..?

7-Eleven mohon maaf kesilapan GST

7-Eleven
SHAH ALAM - Rangkaian kedai runcit 24 jam, 7-Eleven memohon maaf kerana kesilapan mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap penjualan akhbar di kedai tersebut bermula pagi tadi.

Menulis di Facebook hari ini, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan dan pihaknya tidak berniat untuk berbuat demikian.

“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.

“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” katanya.

7-Eleven berkata, kesilapan tersebut telah diperbaiki dan pihaknya menegaskan 7-Eleven sentiasa menyokong pelaksanaan GST.

Mukhriz : Airport Kulim tumpu perkhidmatan kargo untuk fasa pertama

Fasa pertama KXP tumpu perkhidmatan kargo

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
KULIM - Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat, akan dimulakan dengan perkhidmatan kargo bagi fasa pertama.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata hasil pungutan data daripada pelabur dan syarikat di Kedah dan di luar, termasuk Pulau Pinang, mendapati mereka memerlukan perkhimatan kargo untuk urusan perniagaan.

Beliau berkata dengan pembinaan KXP yang lebih berfokus kepada perkhidmatan kargo, ia tidak akan menggangu operasi Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Ia akan bermula sebagai lapangan terbang kargo. Kita merancang KXP untuk perkhidmatan kargo untuk menampung kekurangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...