TERKINI :

Wednesday, April 1, 2015

FATWA GST : Majlis Fatwa kata HARUS, mai NAJIB hari nie kata HALAL teruih...!!!



Apabila artikal ANWAR di SINAR dijadikan MODAL cerita bab GST


Apa hangpa nampak dari TAJUK & CERITA artikal ini....

Apa yang dilihat ianya ayat tak habis dimana ANWAR tak pertikai GST tuu tapi KESEDIAN NEGARA untuk melaksanakannya yang dipertikaikan.... bayangkan kerajaan BOROS berbelanja, KETIRISAN tak diatasi dan JANJI2 yang tak di tepati belambak tersusun.... Habis nak percaya macamana kerja buat kerajaan nie...

Cuba bayangkan jika hasil cukai ini dipulangkan sewajarnya dimana fasilitis spt jalan raya yang elok, highway tol murah, pengangkutan awam yg efision.....sudah pasti tak ada pertikaian punya...

Ini yang ANWAR katakan...bukannya bila menang nak buat GST.... perbaiki dahulu system yang sudah jahanam nie...baru buat GST

Apabila Mydin kencing menteri bab #GST

Menteri Kena Tipu Kaw2 Dengan MYDIN - Ini Bukti MYDIN Tidak Serap GST - Menteri Kantoi Malu.  

Baru lagi hari tue menteri kau puji Mydin melambung. Sampai terawang-awang MYDIN kena puji bagai dengan menteri kau tue.

Ini kenyataan menteri kau ;




Meminta agar peniaga meniru cara MYDIN meniaga. Nak dipendekkan cerita, timbalan menteri kewangan II, Ahmad Maslan pun siap buat kempen mempromosikan MYDIN sempena pelaksanaan GST.

Tengok ;



Paper, tv, media, pengguna semua dok puji MYDIN.

Aku baca berita tersebut dengan penuh pandangan syak wasangka negatif lagi jahat.

Pasal apa aku tak percaya? Pasal apa aku fikir berita2 berkenaan mislead dan mengarut?

Ini kerana aku berfikir begini.

Patutlah tak bagi upload gambaq menikah anak depa, kek saja pun tinggi hapus kepala..!!!


DENGAR WAHAI RAKYAT M'SIA SEKALIAN...

Ibu Malaysia nak bagi tips berjimat cermat...

p/s: PATUTLA.. najib tak bagi buat siaran LIVE majlis perkahwinan gilang gemilang anak mereka untuk tontonan rakyat jelata. Rupa2nya majlisnya hanya bersederhana sahaja.. Wasatiyyah la katakan..

Last2 rakyat kena bayar GST.. kan kan kan.. [SUMBER]

Hallo MP Langkawi, selama nie tak ada GST pun... tak ada rakyat yang mampus pun..!!!

Rakyat mampus tanpa GST – Kata YB Langkawi 
Kata Rakyat - Dato Ir Nawawi Ahmad…Hello, selama ini tak ‘mampus’ pun tanpa GST!

“Tak mau bayar GST, pi dok bulan.”

nawawi-ahmad
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Ir. Nawawi Ahmad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan rakyat Malaysia yang tidak puas hati dan enggan membayar Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) supaya pindah dan tinggal di bulan.

“Tak mau bayar cukai pi dok di bulan. (tidak mahu bayar cukai pergi duduk di bulan ) Memang kerajaan hidup atas cukai rakyat termasuk Kelantan,” tulis Nawawi kepada seseorang yang menggunakan nama Ridz Black seperti dilaporkan dalam blog omakkau.blogspot.

Blog itu turut menyiarkan perbualan Nawawi yang menjawab pertanyaan dan komen- komen mengenai GST di Facebook.

Bila baca komen di fb NAJIB status bab GST, terasa macam rakyat Malaysia dah jadi pembangkang semua

 

Kata kad prabayar tak kena GST, nie yg 7E dok charge apahal!!?

Kad prabayar sepatutnya tak kena GST

SHAH ALAM - Walaupun perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula hari ini belum sampai 24 jam, namun telah banyak reaksi negatif mengenainya telah diluahkan menerusi laman-laman sosial.

Ini termasuk rasa tidak berpuas hati pengguna dengan tindakan pengusaha syarikat telekomunikasi yang mengenakan GST terhadap kad prabayar walaupun ia sepatutnya dikecualikan GST.

Antara komen-komen di laman Facebook ialah  "aku beli top up RM10 kena tambah lagi 60 sen menyusahkan aku.

" Aku baru sahaja topup.. Memang kena GST... kata seorang pengguna Facebook.

Sementara itu seorang Timbalan Menteri Kewangan dalam twitternya berkata, berlaku salah faham di antara syarikat telco dengan kerajaan.

"Surat kastam telah dihantar kepada syarikat telco tentang top-up prabayar sebelum ini. Tindakan susulan akan segera diambil agar diikuti arahan harganya", tulisnya.

Bermula hari ini, Malaysia menjadi negara kelapan dalam kalangan 10 negara Asean yang melaksanakan GST.

GST berkadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus yang diguna pakai selama ini, merupakan kadar terendah dalam kalangan negara Asean.

Anak Fadzil Noor seru tolak tokoh PAS 'api' isu hudud

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/06/peguam.jpg
Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sebaliknya, Muhammad Faiz menyarankan supaya perwakilan PAS memilih pemimpin parti itu yang "mahu meneruskan legasi" allahyarham ayahandanya dan berjaya menempatkan diri dalam arus perdana politik negara.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung, Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.

"Ini pemimpin dalam PAS yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam PAS yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarkat.

"Seperti yang disebutkan oleh YB Liew Chin Tong, kenapa kita tidak meneruskan perjuangan Fadzil Noor. Jadi, marilah menyokong pemimpin PAS yang mahu meneruskan peruangan Fadzil Nor. (Ada) ramai," kata Muhammad Faiz sebagai ahli panel dalam sebuah forum hudud malam tadi.

Gambar pertemuan Mursyidul Am PAS dan menteri BN pula disebar..!!

Pemuda PAS S'gor: Apa niat Nga Kor Ming?


Pemuda PAS Selangor mempersoal niat MP Taiping Nga Kor Ming menayangkan poster mursyidul am PAS, Datuk Haron Din bersama menteri Umno di laman Facebook.

Ketua pergerakan itu, Syarhan Humaizi Halim berkata poster itu dimuatkan sejak petang Sabtu lalu dengan nada yang didakwa menghina ulama PAS itu.

“Pada kami tindakan Nga Kor Ming ini mempunyai niat yang tidak baik,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Gombak.

Poster yang tersebar menunjukkan Haron sedang berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jami Khir Baharom dan Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Gambar itu dimuatkan dengan tulisan: “PAS Haron Din tekun berbincang dengan Menteri Umno. Ahli-ahli PAS perlu buat pilihan bijak”.

Permohonan Anwar ditolak, Permatang Pah akan diadakan pilihanraya

Pengampunan ditolak, Anwar hilang kelayakan.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ketua Pengarah Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Parlimen.

Ini berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen Anwar untuk dibebaskan daripada hukuman selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan tersebut dalam kamarnya yang dihadiri peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjit Singh yang mewakili KDN dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.

[PANAS] Kubur TG Nik Aziz kena pagar!

Pagar kubur arwah Tok Guru hanya sementara

KOTA BHARU - Pembinaan pagar besi di pusara bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  di Pulau Melaka di sini, menjadi viral dan menimbulkan persoalan orang ramai.

Bagaimanapun ia dijelaskan oleh anak Allahyarham, Nik Abduh yang menyatakan pembinaan pagar itu  dilakukan oleh penduduk kampung dan murid ayahandanya tanpa pengetahuan pihak keluarga.

“Tujuannya baik untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu jahil dan rosak hati, yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan ‘berkat’ yang hakikatnya adalah ‘sesat’,” katanya dalam laman Facebooknya, semalam.

Namun katanya, pihak keluarga tidak setuju binaan tersebut dan sepakat diletakkan status ‘sementara’ bagi elak perkara negatif berulang.

“Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat. Insya-ALLAH, kubur Almarhum ayahanda akan kekal dengan sunnah nabawiyah tanpa binaan selain batu nisan,” katanya.

Dikatakan, terdapat segelintir individu mengambil tanah di pusara itu untuk dijadikan azimat dan menimbulkan rasa kurang senang keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Akhirnya dengan terlaksananya GST.. Kicap lemak manis dan mee segera pun naik harganya...

Aduhai kicap lemak manis, mi segera pun naik harga

BELEK punya belek resit, hati mula panas... ish kenapa mahal sangat ni? Bila tengok, barang yang dibeli tak sampai separuh troli pun! Tapi itu bukan fenomena baharu.

Harga barangan keperluan di pasaran, jika tidak pandai pilih memang 'menjerut' leher pengguna...

Bermula esok, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ramai yang kata hampir kesemua barangan keperluan asas akan naik harga.

Jom teliti buku 'Panduan Harga Pengguna' yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum beli.

Jangan tidak tahu, jika anda teliti buku ini, barangan yang anda fikir mungkin dinaikkan harga tetapi bila semak, rupa-rupanya jangkaan itu meleset.

Sama juga halnya dengan barangan yang anda fikirkan, ia tidak mungkin dikenakan GST tetapi barang itulah rupanya yang dikenakan cukai. Jadi hati-hati dan semak dahulu sebelum beli. Jadilah pengguna yang bijak.

Di sini kami senaraikan antara barangan yang turun, naik dan tiada penurunan harga untuk panduan kita bersama kita membeli barangan keperluan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...