TERKINI :

Tuesday, March 31, 2015

Sempena GST esok.. Mukhriz bayangkan naikkan gaji Adun

Kedah bayangkan naikkan gaji Adun

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan akan mengikuti jejak beberapa negeri lain yang menaikkan gaji asas Adun mereka baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, isu mengenai semakan semula gaji asas Adun Kedah dibincangkan dalam mesyuarat exco sebelum ini dan akan dibahaskan juga dalam persidangan Dun bulan depan.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk disemak semula (kadar gaji asas) anggota dewan di Kedah. Kita akui bahawa kadar gaji asas Adun Kedah adalah antara terendah. Kita mungkin tidak boleh mengelaknya," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Kedah, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menutup secara rasmi persidangan tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah di sini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Negeri Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim dan Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Mukhriz bagaimanapun berkata, jika semakan semula gaji asas Adun Kedah itu dipersetujui, ia akan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri dan tidak menyamai kadar kenaikan sebagaimana di negeri-negeri yang lebih berkemampuan.

“Ia tidak akan menyamai kadar gaji asas yang dinikmati oleh Adun di negeri-negeri seperti Johor, Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Mukhriz berkata, kenaikan kadar gaji asas Adun Kedah itu adalah perlu berikutan bebanan kerja dan tanggungjawab yang dipikul mereka pada ketika ini amat berat.

Selain itu, katanya kenaikan gaji asas itu juga mampu mengelak Adun tersebut daripada terjebak dengan usaha menambah pendapatan menggunakan unsur yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya meminta Mukhriz menimbangkan cadangan Mubarak Kedah supaya gaji Adun negeri itu dinaikkan kerana ia turut akan memberi kesan terhadap kadar pencen yang diterima oleh anggotanya.

Abdul Rahman, yang ditemui pemberita selepas itu berkata, pada ketika ini kadar pencen penuh yang diterima oleh bekas Adun Kedah yang berkhidmat lebih 72 bulan adalah RM2,000 sebulan.

“Kadar pencen penuh itu berdasarkan kepada gaji bulanan yang diterima mereka ketika menjawat jawatan sebagai Adun iaitu sebanyak RM4,000 sebulan dan RM6,000 sebulan untuk Adun yang turut menjadi anggota Exco negeri,” katanya.

Mubarak Kedah katanya, mencadangkan supaya gaji asas Adun Kedah dinaikkan kepada RM8,000 sebulan, bagi membolehkan bekas wakil rakyat di negeri itu menerima pencen bulanan sebanyak RM4,000. - Bernama

Harga bahan api kekal untuk April

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian itu ketika dihubungi Bernama.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6.0 peratus.

GST akan dilaksanakan mulai esok.

Apabila SINAR HARIAN buat tajuk mengelirukan kata PAS BENTANG HUDUD

TAJUK MUKA DEPAN SINAR HARIAN AMAT MENGELIRUKAN MASYARAKAT DAN BOLEH MENIMBULKAN KEGELISAHAN.

Muka Depan Sinar Harian hari ini 31/03/2015 menyiarkan tajuk "PERLAKSANAAN HUDUD - BENTANG SEBELUM 9 APRIL" manakala kenyataan kecil bertulis "Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelaskan beliau akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di Parlimen".

Tajuk dan kenyataan tersebut amatlah tidak tepat malah mengelirukan masyarakat. Untuk makluman semua, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bukan draf pelaksanaan hukum hudud.

Perlu difahami bahawa yang hendak dibawa dan dibahaskan di Parlimen bukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2015 Kelantan tetapi usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965. Sekarang Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 hanya memberikan kuasa menghukum kepada Mahkamah Syariah seluruh Malaysia untuk menghukum tidak lebih 3 tahun penjara, tidak lebih RM5,000 denda dan tidak lebih 6 kali sebatang.

Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS membawa usul untuk meminda peruntukkan tersebut dengan memberikan kuasa menghukum kepada Mahkamah Syariah bukan sahaja di Kelantan, malah di seluruh negara dengan hukuman mengikut syariat Islam.

Jika usul tersebut diterima dan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 dipinda seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, maka seluruh Mahkamah Syariah di Malaysia mempunyai kuasa menghukum yang sama mengikut syarak.

Dengan pindaan perluasan kuasa Mahkamah Syariah tersebut, Mahkamah Syariah seluruh Malaysia boleh mengamalkan undang-undang jenayah Islam secara menyeluruh tetapi tertakluk kepada peruntukkan enakmen-enakmen negeri-negeri masing-masing.

Dalam pada itu masih ada sekatan atau halangan lain yang perlu diselesaikan secara berhemah. Tajuk muka depan Sinar Harian tidak membantu mententeramkan hati masyarakat, malah boleh menimbulkan lebih banyak polemik dan persepsi negatif.

ZULHAZMI SHARIFF
31/03/2015
Batu Caves.

GST: Ada kemungkinan PR ambil alih kerajaan selepas PRU14 - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan mengambil alih pentadbiran negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal risiko kenaikan harga barang susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 1 April nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata cabaran paling besar buat BN adalah untuk mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

“Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

“Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun,” ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

Selain itu Ibrahim turut berkata polemik cukai GST ketika ini menjadikan masyarakat semakin keliru sama ada ia memberi kebaikan atau tidak apabila ia dilaksanakan nanti.

“Masyarakat akan membuat perbandingan yang mana lebih baik, sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST. Namun, apa-pun yang terjadi selepas perlaksanaan GST ini, rakyat harus mendapat hasilnya.”

Beliau berkata jika rakyat tidak gembira selepas pelaksanaan GST nanti, ia merupakan risiko yang dihadapi kerajaan BN pada PRU ke-14 nanti.

Lantaran itu, Ibrahim berkata kerajaan harus membuat pertimbangan dengan kadar segera untuk meningkatkan gaji pekerja melalui skim gaji minima bagi mengatasi risiko kos sara hidup tinggi rakyat.

Beliau berkata pihak kerajaan dan masyarakat sebenarnya terlepas pandang terhadap tahap pendapatan gaji di Malaysia yang terlalu rendah.

"Daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, bahagian gaji dari ekonomi di Malaysia hanya satu per tiga atau lebih kurang 30 peratus. 70 peratus yang lain adalah keuntungan atau pendapatan modal.

"Di negara-negara maju pembahagian antara gaji dan keuntungan adalah terbalik iaitu 70 peratus gaji dan 30 peratus keuntungan peniagaan.

"Jelas daripada data ini menunjukkan bahawa ada ketidakadilan dan keseimbangan berlaku dalam negara kita.

Beliau juga berkata Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya mampu menampung perbelanjaan kira-kira RM50 sebulan dan dasar jumlah pendapatan rakyat perlu seiring dengan kos sara hidup yang sedia ada.

"Untuk mengatasi gejala kos sara hidup yang tinggi dengan gaji rendah, PERKASA mendesak kerajaan dengan segera mengkaji semula dan melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima supaya dinaikkan serta-merta pada tahun ini kepada RM1,200 dari tahap sedia ada RM900 sebulan dan seterusnya kepada paras anggaran RM1,700-RM1,800 pada tahun 2020.

"Hanya melalui cara ini apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menaikan tahap nisbah gaji dan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 40% dapat dicapai. Kalau tidak, ianya hanya sekadar retorik,.

Ibrahim berkata lagi dasar ini bukan menguntungkan masyarakat bumiputra malah semua rakyat dan pekerja di negara ini.

Penjelasan Presiden PAS berkenaan "Private Bill" Akta 355 yang di bawa ke parlimen


Private bill

Usaha membawa private bill ke parlimen hanya satu usaha kecil kita. Ia belum lagi ke tahap pelaksanaan hudud secara menyeluruh. Ia hanya satu usaha untuk memperbetulkan kepincangan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Agama-agama lain bebas diamalkan, sedangkan Islam tidak bebas dilaksanakan dengan sekatan seperti yang terkandung di dalam Akta 355 berkait dengan kuasa Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa menjatuhkan hukuman tidak lebih dari 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan sedangkan undang-undang Islam menetapkan 40 ke 80 sebatan bagi kes minum arak, 80 sebatan bagi kes qazaf dan 100 rotan bagi kesalahan zina.

Maka akta ini perlu dipinda bagi memberi laluan kepada sebahagian kecil undang-undang Islam untuk dilaksanakan. Bukan semua undang-undang Islam. Ia perjuangan yang masih panjang kerana untuk melaksanakan undang-undang Islam secara keseluruhannya memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan perkara 76. Ia memerlukan sokongan 2/3 di Dewan Rakyat sedangkan untuk meminda Akta 355 ini hanya memerlukan simple majoriti.

Kita tahu perangai Umno macam mana. Tapi kita tetap mengambil risiko membentangkan private bill ini dengan anggapan parlimen kita masih didominasi oleh ahli-ahli parlimen beragama Islam. Dan kita mengharapkan sokongan dari semua ahli parlimen beragama Islam sama ada dari PAS, Umno dan PKR.

Jika Umno sokong, tak perlulah kita tanya mereka ikhlas atau tak ikhlas. Ikhlas ini kerja Allah, bukan kerja kita. Dan jika mereka menipu dan cuba memperdayakan kita, kita tidak harus gentar kerana kita ada Allah, dan Allah menjanjikan kepada kita: "Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman." (Al-Anfal: 62)

Mesyuarat agung kali ini adalah mesyuarat memilih pimpinan yang baru. Kepimpinan adalah amanah. Mereka adalah nakhoda yang  perlu meneruskan perjuangan ini berpandukan Al-Quran. Justeru pilihlah nakhoda yang pandai baca peta. Jangan pilih nakhoda yang tak tahu baca peta. Dan peta kita adalah Al-Quran

Petikan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau di Darul Hikmah pada 29 Mac 2015 yang dicatat oleh Aris Azlan.

'Tangguh dulu GST, ini masa dahulukan rakyat PM'


GST
MELIHAT rakyat marhaen berpusu-pusu memasuki pasaraya membeli pelbagai barangan keperluan dengan kuantiti yang banyak pada hujung minggu yang lalu menggambarkan kerisauan yang mendalam di kalangan rakyat terhadap GST.
 
Situasi tersebut adalah sama seperti yang disaksikan di stesen minyak pada malam terakhir sebelum harga minyak diumumkan naik pada hari keesokkannya.
 
Fenomena ini menunjukkan rata-rata pembeli merasakan harga barangan akan meningkat selepas 1 April ini.
 
Majoriti negara di dunia ini melaksanakan GST sebagai sumber pendapatan.
 
GST tidak pernah diperlukan selama ini di negara kita kerana negara Malaysia sebenarnya kaya dengan sumber asli.
 
Sejak zaman Pak Lah sehinggalah sekarang, kita mula kedengaran hutang negara menjadi semakin meningkat menghampiri 55 peratus GDP.
 
Kita mula mendengar penyelewengan dan salahguna dana awam yang semakin meruncing setiap tahun di dalam laporan audit tahunan. Read More>>




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...