TERKINI :

Sunday, March 29, 2015

Rakyat harus bangkit sendiri

Oleh Suhaimi A.

Orang Melayu dahulu pernah menyebut “durian dengan mentimum, menggolek rosak, kena golek binasa”.

Pepatah tersebut membawa erti orang yang tidak berkuasa itu tidak harus melawan orang berkuasa kerana sama ada betul atau salah, akhirnya akan menanggung kerugian.


Ini adalah dakyah lapok supaya orang Melayu ketika itu tidak bangkit melawan penindasan aparat dan penguasa kepada rakyat biasa.

Itu hakikat sebenar. Fikiran orang Melayu sudah lama disebatikan dengan hal sebegini supaya terus lemah dan berharap.

Padan muka PAS ditipu hidup hidup oleh Umno!

Oleh Ng Kee Seng


PAS kurang cerdas kerana kali ini mahu bergabung dengan Umno melaksana hukum hudud.Parti Islam itu ditendang BN pada 1978 selepas Umno mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu. PAS pernah bersama Umno selama 4 tahun sebelum dihina sebegitu.

Dan semasa memerintah Terengganu sambil mengekalkan kuasa di Kelantan, Umno tidak memberinya hak royalti minyak.


Tidakkah presiden PAS yang mesra Umno Datuk Seri Abdul Hadi Awang belajar daripada gabungan lampaunya bersama Umno?

Mujur juga bagi rakyat Malaysia, kerana PKR dan DAP tidak mudah termakan tipu helah yang dipasang Umno.

Dalam episod hudud ini, PAS telah sekali lagi ditikam belakang oleh Umno.

Adakah ia memeranjatkan? PAS seringkali terpedaya namun sering sahaja berhelah dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Komen emosi di laman sosial tidak bantu perjelas hudud

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mac, 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mac, 2015. 

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyuarakan kebimbangan terhadap reaksi dan komen berkenaan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 terutamanya yang dimuat naik di laman media sosial.

Beliau berkata, kebanyakan pengguna laman media sosial tidak menitikberatkan soal etika ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Mereka bukan pakar dan cara penulisan yang penuh dengan emosi," katanya, memetik ancaman terbaharu terhadap wartawan radio BFM Aisyah Tajuddin sebagai contoh.

Berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan enakmen berkenaan lebih seminggu lalu, stesen radio itu memuat naik video klip BFM Projek Dialog BFMKupas, membangkitkan persoalan mengenai hudud dan membandingkannya dengan isu keperluan harian.

Polis serbu pejabat PKR, rampas komputer

Polis menyerbu ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, dipercayai bagi mengambil barangberkaitan perhimpunan Kita Lawan bagi menolak Perdana Meteri Datuk Seri Najib Razak di ibu negara semalam.

Menurut maklumat daripada biro komunikasi PKR, enam anggota polis terlibat dalam serbuan itu yang datang bersama setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli.

Turut hadir peguam Rafizi, Manivanan Gowin.

Menurut biro itu lagi, polis memecah pintu pejabat Rafizi dan merampas empat buah komputer, satu surat pekeliling berkaitan perhimpunan itu dan satu kenyataan media.

Penerangan tak cukup sebab itu ramai tak faham apa PAS sedang buatkan sekarang nie

EKJS : Bukan Islam tak sokong kerana belum faham


IPOH: Cadangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) melalui Bill Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen disifatkan sebagai sangat cantik.

Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, disebabkan masa tidak mengizinkan maka ia tidak dapat disampaikan untuk dikaji oleh semua pihak.

Beliau yakin, jika cadangan berkenaan EKJS itu berjaya disampaikan 100 peratus, semua pihak bukan sahaja Pakatan Rakyat malah tidak mustahil MCA dan Gerakan yang kuat menentang pun akan menerimanya.

Katanya, tugas PAS adalah mencari jalan agar agenda yang dibawa oleh Ustaz Hadi boleh difahami oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS nak bawa pindaan itu ke parlimen, kita memerlukan sokongan sekurang-kurangnya daripada ahli parlimen yang beragama Islam.

"Ahli Parlimen beragama Islam itu termasuklah daripada DAP dan PKR. Jadi, saya berpendapat jalan memberikan penerangan adalah lebih baik untuk kejayaan pindaan yang dicadangkan.
"Saya tak reti nak bergaduh macam orang lain, saya mempertahankan dengan cara saya, iaitu supaya agenda Presiden PAS itu berjaya, orang yang tidak faham dan tidak menyokong bukan kerana dia menentang tetapi kerana dia belum faham," katanya.

Ngapa Erdogan tidak dulukan hudud?

Subky Latif,  


SEBAGAIMANA saya tidak mahu mengatakan Islam PAS lebih baik daripada Islam Umno, maka saya mengelak daripada mengatakan bahawa Islam Malaysia ini lebih baik daripada Islam Turki.

Cuma saya boleh kata, kita terutama di Kelantan lebih lebai dan lebih ramai lebai daripada Turki. Justeru lebatnya lebai itu Kelantan beriya-iya mahu hudud dilaksana lambat laun. Tidaklah kurang inginnya orang Turki untuk kembali kepada pemerintahan Islam, tetapi suasana yang ada Presiden Recep Tayyip Erdogan tidak mendahulukan hudud dalam mengembalikan Islam kepada masyarakat dan pemerintahan.

Kekebalan Kemal Ataturk dan ajaran sekularisma dalam perlembagaannya jauh mengatasi kekebalan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Tiada siapa sedar akan ulang tahun kemangkatan sekalian duli, akan tetapi pada minit dan jam ulang tahun kematian Ataturk kena berdiri seminit, yang berjalan kaki berhenti seminit, yang memandu motokar membunyikan hon seminit. Cuma anak saya semasa belajar di Turki apabila datang waktu itu dia masuk ke bilik air. Berbunyi saja semboyan, dia pun kencing.

Di Malaysia sesiapa yang memperleceh Raja kena akta hasutan saja. Jika ada yang dikira menderhaka kepada ajaran kemalisma nescaya datang malaikat maut kepadanya.

Umno lebih sayang komponen daripada hudud?


Mahfuz Omar
Mahfuz Omar


SHAH ALAM - 'Adakah Umno lebih sayangkan rakan parti komponen BN yang menentang pelaksanaan hudud di Kelantan itu berbanding syariat Islam itu sendiri?' Demikian soalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.
 
Beliau turut mempertikaikan keberanian Umno untuk mempertahankan Islam susulan sehingga kini kerajaan masih berdolak-dalik mengenai pendirian terhadap hudud.
 
"Apabila melihatkan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN untuk menyatakan pendirian berkenaan hudud ini, maka jelaslah bahawa sokongan yang Umno berikan pada sidang Dun Kelantan baru-baru ini tidak lebih daripada sekadar sandiwara, hipokrasi dan lakonan demi meraih sokongan politik sahaja.
 
"Adakah Umno masih punya keberanian untuk mempertahankan Islam atau lebih risau akan kepentingan kuasa? Adakah Umno lebih sayangkan rakan parti komponen BN yang menentang pelaksanaan hudud di Kelantan itu berbanding hukum hudud itu sendiri?," katanya dalam satu kenyataan semalam. Read More>>

Khalid Samad bebas, polis gagal dapat perintah reman


Polis gagal mendapatkan perintah reman untuk terus menahan anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan dua lagi mahasiswa yang ditahan susulan perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur semalam.

Justeru, ketiga-tiga mereka akan dibebaskan, kata peguam Latheefa Koya.

Polis yang 'hasut' benci kerajaan - Naib Presiden PAS


Tindakan polis terus menerus menahan pemimpin pembangkang ibarat "menghasut" rakyat supaya lebih bencikan kerajaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kecaman itu dibuat susulan penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa parti itu Khalid Samad, susulan perhimpunan Kita Lawan semalam.

"Bahkan ia sebenarnya satu tindakan yang 'menghasut' rakyat untuk lebih benci kepada kerajaan.

"PAS menggesa kerajaan menghentikan tangkapan dan membebaskan semua tahanan dengan segera," katanya.

Dalam kenyataan ringkasnya, Tuan Ibrahim menasihatkan supaya kerajaan mendengar bantahan disuarakan termasuk dalam isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu depan.

"Kerajaan sepatutnya mendengar dan bukan melarang bantahan rakyat terhadap GST dan akta zalim kerana bebanan ekonomi yang rakyat tanggung akan membawa derita kepada kehidupan mereka," katanya.

Hudud: DAP bukan penghalang besar tapi UMNO/BN


Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi

KUANTAN - Pemuda Pas Pusat berkata, DAP bukan halangan untuk Pas melaksanakan hudud, sebaliknya halangan utama parti Islam itu adalah Umno dan BN.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, persoalannya adakah Umno selaku Kerajaan Persekutuan bersedia melaksanakan hukum itu apabila ia diluluskan kerajaan Kelantan.

"Kita bimbang halangan daripada Umno kerana tidak luluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (hukum hudud) walaupun ia diluluskan 20 tahun lalu.

"Ini yang kita takut sebenarnya, jika dibandingkan desakan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan itu di Kelantan biarpun ia hanya melibatkan orang Islam," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kuantan di Tanjung Lumpur, semalam.

"DAP dan PKR harus hormati apa yang diperjuangkan Pas kerana dasar ini telah lama dimulakan. Malah kita sedaya-upaya menjaga kepentingan Islam walaupun perkara ini (hudud) sepatutnya dimulakan lebih awal oleh Umno.

"Jika Umno memperjuangkan Islam, saya percaya hudud telah lama diwujudkan, namun sehingga sekarang Umno tidak melaksanakan tanggungjawab itu sejak mengambil alih negara ini," katanya.

Muhammad Khalil berkata, bagaimanapun beliau yakin Pas menggunakan saluran demokrasi yang betul dan berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera di Kelantan.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan, beliau tidak menolak kemungkinan negeri lain akan mencontohinya.

Kempen sifar GST produk wanita selepas ‘jenaka’ di Parlimen

OLEH ISTA KYRA SHARMUGAM

 Produk kebersihan wanita yang menjadi bahan jenaka di Parlimen baru-baru ini mencetuskan petisyen yang menggesa produk tersebut disenaraikan dalam barangan dikecualikan GST. – Gambar dari meninmenstruation.wordpress.com, 28 Mac, 2015.
Produk kebersihan wanita yang menjadi bahan jenaka di Parlimen baru-baru ini mencetuskan petisyen yang menggesa produk tersebut disenaraikan dalam barangan dikecualikan GST. – Gambar dari meninmenstruation.wordpress.com, 28 Mac, 2015.

Apabila Kamelia Shamsuddin, 29, membaca artikel tentang Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang menimbulkan gelak tawa di Parlimen apabila membangkitkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas produk tuala wanita, ia menimbulkan kemarahan.

Ibu kepada seorang anak dari Kajang, Selangor itu berang dengan sikap kurang ajar ahli Parlimen itu dalam mengendalikan kebimbangan yang terkesan kepada separuh wanita.

Dia membuat keputusan terpulang kepada dirinya untuk lebih lantang tentang isu tersebut selepas berbincang dengan suaminya Huzaifah Aman, 32, dan kawan baiknya S Kasthuri, 29, dan memulakan petisyen atas talian melalui Change.org untuk menghalang kerajaan daripada mencukaikan wanita kerana datang bulan.

Petisyen itu mendapat lebih 5,000 penyokong dalam masa 5 hari.

Kamelia juga membuka halaman Facebook "No GST for being Women" (Tiada GST kerana menjadi wanita) yang mendapat lebih 3,000 "like" tidak berapa lama selepas dilancarkan.

Pas bincang status dalam PR Isnin


Dr Mujahid Yusof Rawa  
Dr Mujahid Yusof Rawa

GEORGETOWN -  DAP tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang memburukkan imej dan martabat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, DAP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat Isnin.

Beliau menyifatkan kenyataan DAP yang menempelak Abdul Hadi Awang sebagai satu tindakan yang menyedihkan kerana beliau diumpamakan bapa kepada semua ahli Pas.

"Kita akan bermesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa hadapan dalam pakatan pembangkang pada Isnin ini susulan tindakan DAP Sarawak  memutuskan hubungan dalam PR.

"Mesyuarat itu juga akan membincangkan sikap pimpinan DAP yang menentang Presiden Pas (Abdul Hadi)," katanya kepada media hari ini.

Penagih baharu meningkat sebanyak 40 peratus dalam negara


SUHAIMI ABDULLAH (dua dari kiri) melihat kawasan yang perlu dibersihkan
SUHAIMI ABDULLAH (dua dari kiri) melihat kawasan yang perlu dibersihkan selepas pelancaran Program Jernihkan Kuala Kedah di Kampung Ulu, Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 25 Mac - Bilangan penagih dadah baharu yang terdiri daripada mereka yang berusia bawah 30 tahun didapati meningkat sebanyak 40 peratus pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Suhaimi Abdullah berkata, trend penyalahgunaan dadah lebih melibatkan golongan muda dan pihak­nya mendapati perkara itu amat membimbangkan.

“Secara keseluruhannya pada tahun lalu terdapat sebanyak 21,200 penagih di seluruh negara dan 200 daripadanya adalah golo­ngan penagih baharu yang merupakan golongan muda.

“Perkara ini amat serius dan AADK serta agensi lain akan terus menjalankan pelbagai program seperti program pencegahan, pe­nguatkuasaan dan juga rawatan untuk memastikan gejala ini dapat dibendung,” katanya.

Seorang maut, 
MPV langgar kerbau terlepas masuk lebuhraya

Seorang maut, empat cedera kereta langgar kerbau


kemalangan

ALOR SETAR - Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas kereta dinaiki lima sahabat itu melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan di Km22.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superitendan Abd Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian 3.30 pagi itu, Muhamad Amirul Abdul, 19, yang berasal dari Kuala Nerang mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kereta itu.
Pemandu kereta itu dan seorang lagi penumpang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan manakala dua lagi penumpang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

TERKINI : Khalid Samad ditangkap polis jam 3.20pagi tadi bawah akta hasutan

Dulu PAS ganti Umno, kini PAS jadi Umno

Terkini :



PAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak dijadikan banner menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata itu berasal selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya 2008.

Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai ‘penggantinya’.

Namun ulama PAS tidak menerima teguran itu dan ‘doa’ PAS ganti Umno terus berkumandang selama lima tahun. Pada 2014, doa itu mula dimakbulkan. PAS sedikit demi sedikit mengambil perangai buruk Umno.

Pada era Reformasi 1998, PAS sering memperkatakan mengenai kediktatoran Mahathir dalam Umno. Mahathir mahu berkuasa sehingga mati. Jawatan Presiden Umno tidak boleh diganti walau betapa lemahnya kepimpinan presiden atau betapa tidak terurusnya parti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...