Nafi PM keluar kenyataan mengenai hudud

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud.
 
Perkara itu dijelaskan melalui laman Twitter 'Msia PM Press Office' @PMOMalaysia.
 
"Pejabat PM ingin menafikan bahawa PM @NajibRazak telah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini", katanya.
 
Menurutnya, paparan kenyataan kononnya oleh Najib yang tersebar dalam aplikasi 'Whatsapp' dan media sosial mengenai perkara itu adalah palsu. - Bernama