TERKINI :

Thursday, March 26, 2015

Isu Hudud - PAS bodoh apabila percayakan UMNO...


nak buat HUDUD nie bukan jenis main bawa macam tu jaa dan lepas tu tanggung jawab kita kira dah selesai walaupun hudud itu dapat dilaksana atau pun tidak sebab bila ALLAH tanya nanti boleh pakat kami dah bawa dah tapi nak buat camna UMNO DAP PKR & MCA GERAKAN MIC tak mau sokong... awat hangpa nak jawab macam tu depan ALLAH...

Habih dimana otak dan akan yang ALLAH berikan untuk hangpa berfikir.... nak jadikan kenyataan sesuatu benda kita lihat dahulu halangan apa ada didepan.... dalam bab hudud halangan utama perlembagaan negera dimana akta 355 kena pinda....

nak pinda yang nie kena bawa keparlimen dan mendapat sokongan dari ahli parlimen.... sekarang kita dah ada sokongan tak lagi....kita pula ada berapa yang betul2 nak sokongnya... dan adakah musuh iaitu UMNO akan sokong pindaan akta 355 nie... ini yang perlu dinilai dan difikirkan....

Bukan main bawa memkhinzir buta tapi kesudahannya pakatan kita huru-hara...dan dipenghujungnya musuh yang tersenyum memperolehi keuntungan dari perpecahan kita....

Coq Kria, 
SUMBER : KLIK SINI

Macam nak kena kencing dengan UMNO BN aja bab HUDUD KELANTAN..lihat video parlimen nie..!!!




Menteri Agama bertikam lidah dengan "JEBON" dalam parlimen bab Hudud Kelantan

Menteri-PAS bertikam lidah, Mahfuz kena keluar

 
  Beberapa anggota parlimen PAS membantah - akibatnya seorang diperintah keluar Dewan Rakyat - selepas seorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.

Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.

Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu.

Isu Lembu korban: Khir Toyo insaf, minta maaf pada Khalid

 
KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, defendan Dr Khir Toyo telah membaca ucapan maaf di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi," ujar bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan

Menurutnya, Khir telah insaf mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang melibatkan pembelian kereta Lexus dan agihan lembu korban yang boleh mencemarkan integriti beliau selaku Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah merekodkan keputusan saya selaku plaintif dan Dr Mohamad Khir Toyo selaku defendan untuk menyelesaikan kes saman fitnah di luar mahkamah seperti yang telah dipersetujui menerusi proses mediasi pada 4 Mac 2015 yang lalu.

Alhamdulillah, defendan Dr Khir Toyo telah membaca ucapan maaf di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi di mana beliau telah insaf mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang melibatkan pembelian kereta Lexus dan agihan lembu korban yang boleh mencemarkan integriti saya selaku Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ramai pemimpin kini tidak bercakap benar..!!


Aku tidak mengatakan semua pemimpin negara sentiasa tidak bercakap betul. Aku tak kata begitu. Tetapi apa yang dapat aku perhatikan semacam sudah ramai yang tidak mahu bercakap betul. Dalam bahasa kasarnya ‘BERBOHONG!’. Dalam bahasa yang agak terhormat ialah,’ tidak bercakap betul’.

Ketika aku di sekolah rendah zaman dulu-dulu, pernah Cikgu Samad berpantun. Katanya,

Siakap, Senohong, Gelama ikan Duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Itulah cara guru-guru zaman dulu mengajar anak muridnya supaya berperangai baik. Melalui pantun, peribahasa, teka-teki, cerita-cerita rakyat dan sebagainya. Dan sampai hari ini masih lagi diingati ajaran guru berkenaan dan ‘dipatuhi’. Akan terbayang wajah Cikgu Samad sekiranya ada ‘hasrat’ untuk berbohong atau menipu. Begitu berkesan sekali ajaran yang disampaikan oleh guru-guru zaman dulu.

Aku terpanggil untuk menyentuh isu ‘berbohong’ ini disebabkan begitu ‘lumrah’ sekali kegiatan berbohong berlaku dikalangan rakyat Malaysia kini. Berbohong dan menipu sudah merupakan kegiatan yang seolah-olah ‘dihalalkan’ dalam kehidupan manusia di Malaysia kini. Dan kegiatan ini dilakukan ‘bermulanya’ daripada tindakan setengah pemimpin yang dilihat suka berbohong dan tidak bercakap betul. Dan nampak semacam tepat kata-kata Cikgu Samad dimana sekiranya selalu bercakap bohong besar kemungkinan akan menjadi ‘pencuri’. Aku tidak dapat pastikan samada boleh dikaitkan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam IMDB.

GST: Adakah kerajaan faham apakah maksud ‘barang keperluan asas’?

Oleh Sonia Ramachandran

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/26161/GST%20Does%20the%20gov%27t%20really%20understand_BAHASA_1024x576.jpg
PETALING JAYA: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan dalam masa beberapa hari lagi. Di saat rakyat sedang membuat persediaan untuk menghadapinya, sedikit jaminan hadir apabila kerajaan menyatakan banyak “barang keperluan asas” yang tidak akan dicukai, dan mereka membuat yang terbaik untuk memastikan rakyat tidak terbeban.

Namun tanggapan kerajaan tentang barang apa yang menjadi “keperluan asas” atau tidak mungkin tidak sama dengan rakyat.

Menurut senarai barangan dicukai dan tidak dicukai yang dikeluarkan Jabatan Kastam pada 2 Januari lalu, barangan yang dikenakan GST termasuk Milo, sabun buku, berus gigi, pencukur dan pisau cukur.

Barang lain yang akan dikenakan GST adalah botol susu, bedak bayi, shampoo bayi, minyak bayi serta tuala wanita.

Turut tidak terlepas adalah lampin kanak-kanak dan dewasa. Begitu juga dengan susu, kecuali susu formula bayi.

Hampir semua kanak-kanak yang besekolah meminum Milo, atau sekurang-kurangnya Horlicks atau Ovaltine, yang tidak terkecuali daripada GST.

Ini adalah minuman lazim rakyat Malaysia di waktu pagi. Kopi dan teh mengandungi susu yang tidak terlepas daripada GST.

Najib jawab sebaris aja jawapan dalam parlimen berkenaan pinjaman 1MDB..!!

PM beri jawapan sebaris soalan pinjaman 1MDB


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak enggan melayan soalan di Dewan Rakyat berhubung butiran mengenai pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dari bank-bank tempatan.

Soalan dari Rafizi Ramli (PKR-Pandan) menuntut butiran, sehingga Januari 2015, serta hasil penemuan audit pematuhan Bank Negara bagi setiap bank.

Bagaimanapun, Najib memberi jawapan bertulis sebaris mengenainya, iaitu sehingga Januari 2015, hutang 1MDB kepada bank-bank tempatan adalah RM5.037 bilion.

Merupakan 12 peratus daripada jumlah hutang 1MDB, ia membayangkan bahawa ia bukan satu risiko sistemik kepada sistem perbankan Malaysia.

Sebelum itu, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (kanan) telah berkata bahawa ujian tekanan menunjukkan 1MDB tidak akan menjejaskan ekonomi.

Kastam Kota Bharu Memalukan Kastam Kelana Jaya Dan PDRM.



Ketua Polis Negara kata tindakan rakyat yang datang membawa 106 soalan ke Kastam Kelana Jaya ialah satu tindakan pencerobohan. KPN hairan dengan apa yang dikehendaki oleh kumpulan berkenaan. Dan media melaporkan bahawa dipercayai tindakan tersebut didalangi pihak2 tertentu yang mahu membantah pelaksanaan GST pada 1 April ini.

Nak aku kata bodoh kang. Aku pula ke dalam. Almaklumla. KPN kau neh ahti tisu. Pantang kena kritik. Sedap2 aje dorang akan alihkan kritikan kepada tuduhan dan penghinaan. Dah macam tuhan pula aku tengok. Serba serbi sempurna la kononnya.

Untuk rekod. Kenapa 106 soalan di bawa kepada KASTAM ialah kerana KASTAM ialah agensi yang melaksana GST.

Setiap kali kau tengok iklan, kau akan nampak iklan tue cakap jika ada pertanyaan sila rujuk kastam. Jadi kepada kastam la kumpulan itu pergi. Apa yang hairan pula? Kastam siap buka kaunter pertanyaan tentang GST lagi. Sebab tue orang ramai2 datang tanya. Lepas tue KPN kau nak rasa hairan. Aku la yang patut hairan dengan KPN sebenarnya. Macam mana kau boleh memiliki jawatan tinggi2 tanpa akal fikiran? Orang datang ramai2 tanya tanda semangat kesatuan bagi mematahkan hujah2 KASTAM jika didapati KASTAM cuba menipu atau memanipulasi persoalan.

Apasal menteri enggan jawab isu 1MDB..??

Menteri enggan jawab, DAP dakwa Putrajaya cuba tutup skandal 1MDB



DAP berkata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 'takut' menjawab soalan Parlimen mengenai wang AS$700 juta melibatkan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mac, 2015.
DAP berkata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 'takut' menjawab soalan Parlimen mengenai wang AS$700 juta melibatkan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mac, 2015.

Keengganan menteri menjawab soalan penting berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi di Parlimen merupakan bukti jelas Putrajaya cuba menutupnya dan melambatkan kejatuhannya, kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dianggapnya "takut" menjawab soalan itu menunjukkan kerajaan mahu menyembunyikan perkara itu dan tidak serius menangani isu rasuah.

Pua berkata Husni sepatutnya boleh menjawab isu itu tanpa menyentuh sama ada wujud sebarang kesalahan jenayah atau tidak.

"Ucapan kami (wakil rakyat Pakatan Rakyat) di Parlimen memohon pengesahan sama ada 1MDB ada memindahkan AS$700 juta ke dalam akaun bank Switzerland syarikat Good Star Limited dan kenapa ia berbuat demikian.

"Menteri boleh sahaja jawab soalan berhubung fakta itu tanpa menyentuh isu sama ada sebarang jenayah dilakukan atau tidak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mursyidul Am PAS yang baru anggap sudah putus dengan DAP

Haron Din anggap PAS dan DAP putus

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat melampau dan memberi isyarat yang hubungan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkecai.

Haron dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut mengecam DAP kerana menggunakan istilah "pengkhianat" ke atas presiden PAS itu, dan berkata ia tidak patut dikeluarkan rakan sekutu dalam PR sendiri.

Menurutnya, orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

“Adakah pada saat seperti ini ketika kita semua mahu perbaiki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu?

"Memutuskan hubungan dengan presiden mengisyaratkan kepada PR akan berpecah," katanya kepada akhbar milik Umno itu semalam.

Haron mendakwa, yang nyata, bukan PAS memulakan masalah keretakan di dalam PR.

"Tidak fahamkah DAP yang presiden ialah sebahagian dalam parti, dan parti merupakan sebahagian presiden. Jadi, mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan presiden, nak berhubung dengan siapa?

“Parti di bawah arahan presiden. Amat pelik tindakan DAP itu. Kita nampak isyaratnya ialah ke arah itu (berpecah).

"Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” tambah beliau.

Haron dilaporkan turut mempersoalkan kewajaran tindakan DAP itu yang seperti mahu mengajar PAS dan mengarahkan parti itu menukar presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang. – 26 Mac, 2015.

DAP usah beri musuh peluru, tepuk tangan PR gaduh


PR

1. DAP jangan cuba menusukkan jarum beracun memecah-belah kesatuan Pas menerusi kaedah "pecah dan perintah" apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden Pas tetapi tidak dengan Pas.

2. DAP jangan memisahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada Pas sedangkan Pas diketuai dan dipandu oleh Presiden sebagai ketua parti. Keputusan Presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015).

3. Benarlah kata Setiausaha Agung Pas, DatukMustafa Ali tindakan DAP itu adalah kebudak-budakan.

4. Benar juga penegasan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bahawa memutuskan hubungan dengan Presiden Pas bererti memutuskan hubungan dengan Pas. Read More >>

Beri penerangan mendalam tentang hudud


hudud

ROMPIN – Sebelum undang-undang hudud digunapakai di mana-mana negeri atau Malaysia, penerangan secara mendalam mengenai undang-undang Islam tersebut perlu diberikan kepada rakyat secara terbuka melalui media perdana.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly, berkata, sokongan daripada semua pihak terhadap hudud sangat dialu-alukan bagaimanapun rakyat perlu dididik agar tahu mengenainya.

"Media perdana adalah medium terbaik untuk memberi penerangan tentang pelaksanaan hudud di negeri atau negara ini sebagaimana penerangan yang sama dalam bentuk iklan digunakan untuk mempromosikan GST.

"Selebriti televisyen digunakan dalam usaha mempengaruhi rakyat supaya menerima pelaksanaan GST dan kerajaan juga sepatutnya boleh menggunakan kaedah sedemikian dalam isu hudud ini supaya rakyat faham agar tidak timbul salah faham berkaitan hudud," katanya ketika sidang media di Markas Pas Kampung Sepakat, Kuala Rompin, malam kelmarin.Read More>>





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...