TERKINI :

Wednesday, March 25, 2015

Mukhriz kata Kelantan belum sedia nak buat hudud

Kelantan belum sedia laksana hudud, kata Mukhriz

Kedah berpendapat Kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS masih belum bersedia untuk menguat kuasa serta melaksanakan hukum Hudud.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri Kedah mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta menganalisis terlebih dahulu tentang apa yang berlaku di negeri Pantai Timur itu.

"Tak nampak lagi Kelantan bersedia untuk melaksanakan (hukum Hudud), sebab itu kita (Kedah) ambil pendirian tunggu dan lihat. Kita pantau apa yang dilalui Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri Kedah di Alor Setar.

Katanya, proses kelulusan bagi pelaksanaan hukum Hudud sebenarnya masih panjang dan mengambil masa yang lama kerana selepas melalui Dewan Undangan Negeri Kelantan, ia masih perlu menempuh beberapa proses lagi di Parlimen.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud, untuk dilaksanakan ke atas orang Islam di negeri itu.

Ditanya sama ada kerajaan negeri menyokong tindakan Kelantan meluluskan hukum Hudud, Mukhriz berkata, ia adalah isu dalaman Kelantan yang melibatkan hak dan keputusan mereka sendiri.

"Kita terima hakikat bahawa mereka berhak membuat pilihan sendiri. Jika ini hasrat dan kehendak rakyat Kelantan, siapalah kita untuk menafi hak mereka," kata beliau.

Kerajaan negeri Kedah menurutnya, akan membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat Kedah dan tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku di Kelantan atau mencampuri urusan di negeri Pantai Timur itu.

Sementara itu, beliau berkata 155 keluarga yang terlibat dengan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Bandar Baharu telah bersetuju untuk berpindah ke kawasan penempatan baharu yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Ini membolehkan projek RTB bernilai RM80 juta itu diteruskan, kata Mukhriz.

Terdapat 3 RTB di Kedah ketika ini iaitu di Bandar Baharu, Alor Setar dan Pendang. – Bernama, 25 Mac, 2015.

Jet: Henti boros melampau, hidup rakyat derita

KETIKA hanya berbaki seminggu sahaja lagi sebelum GST berkuatkuasa sepenuhnya di seluruh negara pada 1 April 2015, beberapa minggu yang lalu negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Rafizi Ramli di Dewan Rakyat akan pemborosan melampau yang dilakukan pihak kerajaan berkaitan pembelian jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pembelian ini berlaku pada saat rakyat menderita akibat kenaikan kos sara hidup yang melampau dan nilai mata wang ringgit yang semakin jatuh, pihak kerajaan sewajarnya tidak terus menerus mengamalkan pemborosan dalam mengurus kewangan negara.

Kos pembelian jet peribadi serta kos penyelenggaraan yang menelan belanja hampir setengah billion ringgit bukanlah satu langkah kewangan yang bijak.

Dengan wang sebanyak itu, masih terlalu banyak kepentingan rakyat dan negara yang perlu diutamakan seperti menyelesaikan hutang negara yang meningkat sehingga lebih RM700 bilion ketika ini.

Biar Cikgu Ishak mati dalam PAS

Oleh SUbky Latif


CIKGU Ishak Surin yang usianya mencecah 80-an mengetuai 16 orang lagi ahli jawatankuasa PAS Kawasan Batu, mufarakah kepada pimpinan PAS Pusat dan meletak jawatan.

Saya tidak bercadang untuk menyalahkannya tetapi lebih selesa mengiranya telah bertindak silap dan setiap yang silap itu bukan tidak boleh dibetulkan dan memang ia boleh dan patut dibetulkan.

Yang lemah dan silap itu bukan sifat Cikgu Ishak dan rakan-rakannya, bahkan semua orang dalam PAS dan di luar PAS ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Jika kesalahan murtad, Islam beri tempoh untuk bertaubat, maka maaf-memaafkan itu adalah sifat mulia dan terpuji bagi orang Islam, apa lagi bagi penyokong PAS yang ditubuhkan untuk menjunjung tinggi kalimatullah.

Saya amat gembira kira Cikgu Ishak berani mengaku kelemahan dan berani juga memaafkan kesilapan orang, dan demikian juga PAS mesti berani memaafkannya dan mengaku sebagai makhluk manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan kesalahan.

Saya sokong GST kerana…

Oleh MUSRINI MUSTAPHA

http://2.bp.blogspot.com/-lS6SDWv5OKk/U2cD4wX3OgI/AAAAAAABm7s/mN4JnN8Tdrg/s1600/gst+kantin.jpg
SAYA sokong 100 peratus GST dilaksanakan. Hal ini kerana, Tun Mahathir kata jika GST dilaksanakan Umno-BN akan tumbang dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Maklumlah, sudah berbuih mulut menerangkan kepada rakan-rakan bahawa GST akan membebankan rakyat, bukan menguntungkan seperti yang sering dipropagandakan di media massa.

Jika itulah yang boleh menjadi sebab rakyat sedar tentang sifat korup pemimpin sekarang, maka silalah laksanakan GST. Hal ini kerana manusia tidak akan sedar akan sesuatu keburukan atau mala petaka itu sehinggalah tertimpa atas diri mereka.

Keputusan PRU12 pada 2008 yang menyebabkan dominasi Umno-BN dipecahkan buat pertama kali disebabkan sebahagian besar rakyat menyuarakan rasa tidak puas hatinya melalui kertas undi.

Ketika itu Umno-BN begitu angkuh melaksanakan pelbagai dasar yang menyusahkan rakyat. Mereka berasa rakyat tidak boleh berbuat apa-apa setelah menang besar dalam PRU11 pada tahun 2004.

Oleh itu, tidak mustahil perkara yang sama boleh berulang. Jangan pandang rendah kepada rakyat dan kuasa undi mereka! –

PR : Jalan damai masih terbuka

Oleh Abd Shukur Harun

http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-PAKATAN-00.jpg
WALAUPUN pelbagai pihak melihat bahawa krisis dalam Pakatan Rakyat, terutama antara DAP dan PAS kini semakin parah, tetapi masih ramai juga yang melihat bahawa masih wujud sikap rasional di kalangan pimpinan Pakatan, khususnya PAS, terutama di peringkat tinggi.

Sikap rasional mereka ini boleh membantu mengendurkan ketegangan dalam Pakatan, justeru krisis ini jika berlarutan hanya menguntungkan Umno/BN.

Ini bermakna masih ada harapan perdamaian di kalangan Pakatan Rakyat, sesuatu yang sangat diharapkan oleh rakyat yang menyokong Pakatan dalam dua pilihan raya umum yang lalu menyebabkan Pakatan beroleh kemenangan besar.

Di kalangan pimpinan PAS sendiri, betapapun marahnya mereka kepada DAP, hingga tidak ada suara yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat, suatu sikap yang sangat matang hasil pengalaman politik mereka yang begitu lama.

Kalau adapun suara-suara dalam PAS sendiri yang mahukan PAS keluar dari Pakatan, maka itu hanya suara terpencil dan sangat minoriti sifatnya, yang didorong oleh bacaan politik yang sangat naïf.

Kenyataan daripada Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, Naib Presiden, Salahuden Ayub, Ketua Pemuda, Suhaizan Kayat dan lain-lain menggambarkan jiwa besar dan sikap optimis mereka bahawa betapapun parahnya krisis dalam Pakatan Rakyat, namun masih ada harapan untuk berdamai.

Mungkinkah Alwi Meraung Pula Selepas Ini?

Shahbudin Husin, 


Mengikut laporan sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Perdana Menteri, Najib Razak akan membuat pengumuman rasmi mengenai pendirian BN berhubung perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya, pengumuman rasmi akan dibuat selewat-lewatnya Selasa ini.

Bagaimanapun Tengku Adnan juga memberi bayangan, "saya tidak kata kami menentang hudud. Hukum tetap hukum. Tetapi seperti diketahui, hukum hudud mesti mengikut Perlembagaan negara".

Berdasarkan kenyataan Ku Nan ini, semua orang barangkali sudah boleh membayangkan apakah pendirian yang bakal diumumkan Najib nanti. Ia tidak lain menunjukkan Najib akan sekali lagi menolak perlaksanaan hukum hudud itu dan Ahli Parlimen UMNO akan diarahkan agar tidak menyokong usul persendirian yang bakal dibawa oleh Pas nanti.

Sebagaimana sebelum ini Najib pernah menyatakan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini serta berpegang kepada tafsiran maqasid syariah, beliau dijangka akan mengulangi pendirian yang sama dalam kenyataan yang bakal dikeluarkannya nanti.

Menteri bohong, mai kot mana 24jamnya.. Mashitah 9 hari, Ismail Sabri seminggu..!!

Menteri kata 24 jam, fakta pula sebaliknya

Menteri dalam negeri mengatakan bahawa siasatan awal dan rakaman kenyataan dua pemimpin Umno -  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah Ibrahim - disiapkan dalam tempoh 24 jam, tetapi fakta dan kronologi kes itu menunjukkan sebaliknya.
Ia sebaliknya mengambil masa kira-kira seminggu sebelum Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, disoal siasat oleh polis berhubung gesaannya supaya memboikot peniaga Cina.
Begitu juga, dengan kes Mashitah berhubung dakwaannya bahawa beberapa orang Cina di Kedah telah membakar helaian al-Quran, di mana beliau hanya disoal siasat oleh polis sembilan hari selepas DAP membuat laporan polis terhadapnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen semalam bahawa tidak timbul keperluan untuk menangkap mereka kerana siasatan awal dan rakaman kenyataan mereka disiapkan dalam tempoh 24 jam dari tempoh aduan dibuat.

Nizar - Hormati kepercayaan agama masing-masing

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/nizar-jamaluddin_tmi.jpg
IPOH: Seluruh masyarakat perlu menghormati kepercayaan agama masing-masing, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.Menurutnya, setiap penganut agama mempunyai kepercayaan mereka tersendiri, begitu juga umat Islam yang berpegang kepada seluruh ajarannya.

Katanya, penganut agama lain tidak boleh menafikan tanggungjawab seluruh umat Islam melaksanakan segala perintah Allah termasuklah dalam melaksanakan hukuman jenayah syariah termasuklah hukum hudud.

Jelas Mohammad Nizar, begitu juga umat Islam yang tidak boleh menghalang penganut agama lain untuk menjalankan kepercayaan mereka.

“Menghalang orang Islam melaksanakan hukum hudud sama seperti mengarahkan Hindu makan daging lembu.

“Seperti juga menyuruh orang Kristian tidak menyembah Jesus Christ dan menafikan kesucian Holy Trinity,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Meja Bulat bersama media bukan Islam berhubung isu Enakmen Jenayah Syariah (2) 1993 Kelantan, dekat Ipoh 8 Mac lalu.

Hudud - Empat Pilihan Untuk Pas...!!!!

Shahbudin Husin, 

http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2015/03/hudud_M-600x350-600x320.jpg
Kedegilan Pas untuk meneruskan agenda hudud mereka akhirnya meletakkan parti itu di kedudukan paling sukar ketika ini. Jika sebelum ini tindakan Pas membentangkan pindaan enakmen di Dun Kelantan dan kemudian menghantar notis untuk usul persendirian di Parlimen tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada PR, membuatkan PKR menyatakan tidak akan menyokong usul tersebut, kini giliran DAP pula menyatakan pendiriannya.

Dalam pendirian terbaru yang diputuskan malam tadi, DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Haji Hadi tetapi kekal bersama PR.

Ini bermakna, sementara PKR dan DAP kekal dalam PR, masa depan Pas dalam gabungan itu terpulang kepada parti itu menentukannya.

Jika Pas meneruskan juga mahu membentangkan usul persendirian di Parlimen, PKR dan DAP tidak akan memberikan sokongan terhadapnya. Pas hanya boleh berpuas hati dengan sokongan 21 Ahli Parlimennya sahaja.

Dalam masa yang sama, dua pemimpin kerajaan iaitu Nancy Shukri dan Nazri Aziz pula menegaskan, undang-undang hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Majlis Raja-raja tolak pindaan laksana hudud, kata sumber

 Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika pindaan enakmen syariah diluluskan. Sumber berkata Majlis Raja-raja tidak bersetuju pindaan itu, menyebabkan rang undang-undang itu mungkin gagal. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika pindaan enakmen syariah diluluskan. Sumber berkata Majlis Raja-raja tidak bersetuju pindaan itu, menyebabkan rang undang-undang itu mungkin gagal. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mac, 2015.

Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.

1AZAM - Satu lagi projek yang GAGAL di bawah Kjaan BN...

1Azam gagal, peserta tidak layak terima bantuan, kata PAC

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

http://mk-cdn.mkini.net/770/f7a96fd159ae6858ce78b5f87016c4e4.jpg

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menyifatkan projek membasmi kemiskinan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 1Azam, gagal dan mempunyai banyak kelemahan, termasuk memilih peserta yang tidak layak menerima bantuan.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, projek berkenaan dijalankan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta melanggar peraturan perolehan yang ditetapkan.

"Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pemilihan peserta 1Azam yang tidak melalui E-Kasih, bukan kumpulan sasar.

"Juga, justifikasi pembelian barangan tidak dibuat dan peserta tidak mempunyai komitmen dengan peralatan yang dibekalkan, serta peserta 1Azam yang tidak dapat dikesan," kata Nur Jazlan pada satu sidang media di Parlimen hari ini.

Islam bukan pengancam kedamaian

masjid
Islam cintakan kedamaian. - Gambar hiasan.

PATTANI - THAILAND. Islam bukan pengancam terhadap kedamaian dan keselamatan, kata Ketua Majlis Privi kepada Raja Bhumibol Adulyadej, Jen Surayud Chulanont.
    
Oleh yang demikian, semua pihak perlu mengamalkan konsep kesederhanaan (wasatiyyah) untuk membawa masyarakat ke arah kedamaian, kata beliau ketika merasmikan Persidangan Pengajian Islam Antarabangsa ke-3, semalam.
    
Persidangan bertajuk 'Nilai-Nilai Islam Dalam Dunia Yang Semakin Berubah' itu diadakan di Prince of Songkla University, Kampus Pattani (PSU Pattani)  selama tiga hari, anjuran Kolej Pengajian Islam, PSU Pattani dan dihadiri 500 peserta dari 25 negara.
    
"Kita boleh bina kefahaman tentang konsep wasatiyyah pada era perubahan termasuk hak asasi manusia kumpulan minoriti dalam masyarakat," kata beliau.
    
Ini semua perlukan kerjasama antara institusi pendidikan, intelektual, ahli akademik serta badan bukan kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang dialami dalam masyarakat kini, ujar Surayud.
    
Beliau berharap persidangan kali ini akan membentangkan perbahasan dan mengambil pengalaman tentang penerapan nilai Islam yang diamalkan masyarakat Islam dan bukan Islam yang berbeza di seluruh dunia untuk mewujudkan kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dalam masyarakat berbilang kaum.
    
Persidangan kali ini adalah susulan daripada dua persidangan sebelum ini iaitu pada 2010 yang bertajuk 'Peranan Pengajian Islam dalam Pascaglobalisasi' dan kedua pada 2013, 'Pengajian Islam Dalam Dunia Yang Semakin Berubah: Cabaran dan Peluang'. - Bernama

Tidur siang mampu tingkatkan daya ingatan



Tidur -
Gambar hiasan


TIDUR pada waktu siang selama 45 minit hingga satu jam boleh meningkatkan lima kali ganda daya ingatan, menurut satu kajian.

Dalam kajian tersebut, 41 pelajar diajar 90 perkataan dan 120 pasangan perkataan yang tidak berkaitan.

Separuh daripada mereka dibenarkan untuk tidur sebentar selepas itu.
 
Keputusan kajian mendapati pelajar yang tidur sebentar mampu untuk mengingat lebih banyak perkataan daripada pelajar yang tidak tidur.

Penyelia kajian, Profesor Axel Mecklinger berkata, tidur sebentar pada waktu siang di pejabat atau di sekolah mampu untuk meningkatkan kejayaan dalam pembelajaran

"Sesiapa yang berada di dalam persekitaran pembelajaran, perlu berfikir secara serius tentang kesan-kesan positif tidur sebentar pada waktu siang.

"Tidur sebentar dapat menghasilkan peningkatan lima kali ganda dalam meningkatkan daya ingatan maklumat," katanya dipetik Metro.uk

Kajian ini di muatkan dalam jurnal Pembelajaran Neurobiologi dan Ingatan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...