TERKINI :

Monday, March 23, 2015

'DAP mahu cerai PAS, angau kekasih baru?'


Gerakan, pihak pertama yang mengulas idea tokoh DAP Lim Kit Siang berkaitan cadangan kerajaan campuran baru selepas pindaan enakmen hudud diluluskan Kelantan, mengumpamakan hubungan dalam Pakatan Rakyat seperti percintaan sepasang kekasih.

Pakatan – yang dibentuk sebelum pilihan raya umum 2008 – berusia tujuh tahun dan mungkin kini "menggatal untuk mencari kekasih baru", kata Pengerusi Biro Undang-undang dan Hak Asasi Gerakan Baljit Singh.

"Adakah DAP mahu menceraikan PAS dan sedang mencari teman wanita baru?" sindir Baljit (kiri).

Baljit berkata ahli politik daripada kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang, bukan hanya perlu bekerja tetapi harus "bekerja bersama-sama" demi kebaikan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, sejak 2008, kebanyakan kegiatan berpolitik dilakukan demi kelangsungan politik masing-masing. Read More>>

Mahfuz: Kenapa Umno diam pada Gerakan?


PAS kesal dengan tindakan Umno yang didakwanya berdiam diri terhadap tindakan Gerakan mencabar pindaan enakmen hudud yang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Rabu lalu.

"Rakan Umno dalam BN telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi memohon deklarasi pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

"Apa yang dikesalkan ialah Umno masih berdiam diri dan tidak pula menegur parti rakan komponennya itu," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata tindakan itu dilihat seperti Umno merestui perbuatannya.

"Hal ini akan membuatkan sokongan yang diberikan oleh 12 orang ADUN Umno di dalam Sidang DUN Kelantan itu bersifat politik kerana Umno takut akan terus ditolak oleh rakyat Kelantan jika mereka menolak Enakmen Kanun Jenayah Syariah II tersebut," katanya.

Sebelum ini Gerakan memfailkan saman pemula mencabar pindaan enakmen hudud yang dibentangkan di DUN Kelantan kerana menganggap sebagai bercanggah dengan perlembagaan.

Manakala pemimpin MCA, Gan Peng Sieu berkata mereka mesti memutuskan hubungan dengan Umno jika parti itu menyokong langkah Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Bagaimanapun, minggu lalu ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menasihati MCA dan Gerakan supaya tidak mencampuri urusan agama Islam yang menurutnya tiada kaitan dengan mereka.

MESYUARAT CEC DAP malam nie akan tentukan nasib PR & PAS

Mesyuarat CEC DAP tentukan nasib Pas malam ini

KUALA LUMPUR - Hala tuju kerjasama politik antara DAP dan Pas hanya akan diketahui selepas dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, malam ini.

Demikian kata penasihatnya, Lim Kit Siang sambil menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada kepimpinan tertinggi DAP sama ada mengkaji semula kerjasama politik atau mengambil tindakan tegas di atas pengkhianat Pas dalam isu hudud.

"Kita harap PR akan kekal seperti sedia ada, apa yang berlaku sebelum ini, ia perlu diselesaikan segera.

"Isu itu (tindakan terhadap Pas) akan diputuskan dalam mesyuarat CEC DAP, malam ini," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang sewajarnya dikenakan terhadap Pas apabila presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengemukakan surat usul Rang Undang-undang Persendirian (RUU) kepada setiausaha Dewan Rakyat tanpa pengetahuan Majlis Pimpinan PR, pada 18 Mac lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke hari ini yang mendakwa tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari dan 12 Mac lalu.

Menurut Anthony, mengikut keputusan mesyuarat itu, sebarang pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dan Usul Persendirian hendaklah dibentangkan kepada Majlis Pimpinan PR untuk dibincangkan.

Hudud : Mat Yaakub yang boleh jawab persoalan nie, sebab dia yang pie mesyuarat tu..!!!!

Mat Yaakub, sila sahkan benar atau bohong berita ini.... Aku mendapat maklumat gred A1 bahawa Majlis Raja-Raja baru-baru ini tlh bersidang yang dipengerusikan oleh Tuanku Sultan Perak Dr Raja Nazrin. Dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja tersebut, Kerajaan Persekutuan telah membentangkan suatu kertas kerja berkaitan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah atau ramai dok sebut "hudud". 

Maka dlm perbincangan tersebut ada diutarakan berkaitan pemindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965. Apa hasil mesyuarat? Dikhabarkan bahawa mesyuarat memutuskan menolak kertas cadangan tersebut atas sebab2 tertentu yg tak perlu dihebahkan kpd awam. Justeru aku menyimpulkan bahawa Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 tidak akan dipinda oleh Kerajaan Persekutuan atau jika Presiden PAS membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) ke Parlimen untuk memohon pindaan Akta 355 tersebut, maka Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong dan meluluskan. 

DAP perlu lebih bersabar

Oleh Omar Mohamed


Idea yang dikemukakan LKS untuk membentuk pakatan baharu memaparkan sikap "longgar" beliau terhadap Pakatan Rakyat dalam mempertahankan ruh perlembagaan Malaysia sedia ada.

Bagi saya, Idea itu tidak membantu Malaysia ke arah sebuah negara bermaruah dan berintegriti. Penyakit lama yang ada dalam Barisan Nasional akan kekal dan berulang dengan pakatan baharu itu.

Ketakutan beliau terhadap kehilangan sokongan membawanya kepada idea pakatan tersebut yang hanya mengulangi pembentukan BN wajah baharu dengan skala lebih besar dan tiada jaminan kesempurnaan mengikut acuan dan cita-cita PR.

Apa yang beliau perlu lakukan pada perkiraan saya ialah hilangkan kebimbangan beliau terhadap usaha kerajaan Kelantan. Lebih tenang dan respon dengan melihat jauh ke hadapan. Jauhkan emosi dan kegopohan.

Kemudian beliau boleh mempengaruhi pimpinan DAP pusat agar menangguhkan sebarang keputusan berkaitan kerjasama dalam PR sehingga Umno memberikan pendirian rasmi.

Wahai PAS...Fahami luahan ahli, jangan hanya tuding jari

Oleh Mohd Syafiq Abd Aziz


Sekali lagi PAS dikejutkan dengan kenyataan pimpinan PAS Kawasan Batu yang bertindak untuk meletakkan jawatan secara berkumpulan. Apa sudah jadi pada pucuk pimpinan sehinggakan PAS Kawasan Batu membuat tindakan yang digelar "Mufarakah"?

Tak sampai 24 jam juga peristiwa yang berlaku terhadap PAS Kawasan Batu disambut Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik yang menafikan tindakan PAS Batu itu suatu tindakan yang bernas. Sekali lagi pertanyaan yang timbul adalah "apa sudah jadi"?

Saya selaku ahli parti merasakan, perkara ini sudah di tahap yang kritikal atau merbahaya. Sesuatu tindakan perlu dilakukan dengan segera agar perkara ini tidak berulang dan hanya mati atau berhenti setakat ini sahaja.

Setiap perkara yang berlaku dan masalah yang ditimbulkan ahli perlu diberi perhatian yang serius pucuk pimpinan tertinggi parti. Jika benar tindakan meletakkan jawatan yang dilakukan pucuk pimpinan PAS Kawasan Batu itu suatu tindakan yang kurang bijak, sekurang-kurangnya pimpinan PAS Batu tidak bertindak keluar PAS.

Apa hukumnya antara Hudud dan ponteng parlimen dan tidak menjalankan tugas sebagai pemimpin?



Hari ini kecoh perihal hukum hudud.

Teringat pada tahun 2012, saya berdiskusi secara 'online' dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila beliau menyatakan bahawa hukum hudud akan merugikan orang melayu/orang Islam.

Perbincangan kami lebih menjurus kepada auntentiknya hudud di sisi Islam - melalui perbahasan memastikan kesohihan hadith - dan perlaksanaannya.

Saya sehingga hari ini tegas menyatakan bahawa hukum hudud ini ialah sebuah mekanisme yang Allah SWT gariskan untuk kebaikan manusia.

Namun ianya hanya akan memberikan kebaikan jika ia dilaksanakan dengan adil dan saksama sebagaimana ajaran Allah SWT.

Hukum hudud bukan kayu magik. Jalankan hudud, terus sifar jenayah. Jalankan hudud, terus negara makmur. Bukan begitu. Hudud adalah pelengkap kepada sebuah pentadbiran. Namun jika pentadbiran itu sendiri korup, pendidikan dan kebajikan rakyat tidak dijaga, maka amalkan hukum hudud pun takkan membawa apa-apa kelebihan. Bahkan, hukum hudud akan menjadi perisai pemerintah zalim, dan cemeti kepada marhaen.

Bagaimana caranya ENAKMEN JENAYAH SYARIAH di DRAF..???

Pada saya jika nak buat enakmen bab SYARIAH nie tak kiralah anda tu parti mana dan siapa nak bawa..sepatutnya jawatankuasa yg draf enakmen ditubuhkan dan lantik pihak yg kelayakannya di iktiraf dalam negara atau luar negara....

AJK ini pulak akan memangil pakar2 dalam perundangan ISLAM untuk berbincang dan mendraf enakmen ini... antara yang perlu terlibat ialah para MUFTI setiap negeri, para Profesor pengajian ISLAM, pihak berkuasa seperti POLIS, PENJARA, HAKIM2 MAHKAMAH SYARIAH, JPA...

kemudian pakat berbincanglah dan keluarkan satu enakmen yang betul2 mendapat pandangan dan cadangan dari semua pihak....

Selepas siap enakmen ini maka pamerkan dan bentangkan untuk semua rakyat jelata komen, pertikai, setuju tak setuju untuk dilihat akan kecacatan ada atau tidak.... dan jika ada sila perbaiki dan perbetulkan dan sila jawab kemusykilan2 yg wujud supaya tidak timbul isu mempermain2kan hukum Allah.... ini boleh dilakukan dengan memanggil NGO-NGO, Wakil2 Persatuan dan sebagainya...

Kedegilan DAP tidak akan selesaikan isu hudud

Oleh Ng Kee Seng

Bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan sibuk dan sesak pada 18 dan 19 Mac lalu, apabila pindaan undang-undang ke atas enakmen hudud dibentang, dibahas dan diluluskan. Bilik Operasi kerajaan negeri ditukar menjadi pusat media bagi memudahkan kerja kira-kira 100 wartawan, jurugambar dan krew televisyen.

Sama ada pindaan diluluskan sebulat suara, atau dengan undi 44-0 atau pun 43-1, ia bukanlah soal utama. Jelas, berdasarkan perbahasan adun-adun PAS dan Umno, ada sokongan besar terhadap pindaan itu.

Jangan dihiraukan satu-satunya Adun PKR yang tidak menghadiri sidang ketika ia berlangsung. Sama ada beliau menyokong atau berkecuali daripada mengundi juga tidaklah menjadi perkara penting.

Namun, speaker Datuk Abdullah Ya’kub yang tidak berpengalaman patut diberi teguran kerana menyebabkan kekeliruan ketika meluluskan pindaan. Beliau ternyata mengambil kesempatan daripada sokongan kesemua 44 Adun beragama Islam di sanan – 32 daripada PAS, Umno (12) dan PKR (1). Satu kerusi kosong ekoran Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia.

Mengapa marah sangat kat PAS?

Oleh Timmy Say


 http://1.bp.blogspot.com/-Jnbv-Q7X4x0/VNBlJtPcjuI/AAAAAAACh14/y4531EyTWg8/s1600/pas_resize_10.jpg

Tidak dinafikan ramai bukan Islam yang marah kat PAS kerana cuba melaksanakan hudud di Kelantan.Penulis cuba berhujah dengan diri sendiri untuk menilai kontroversi hudud ini daripada nada positif, berdasarkan pandangan politik sendiri.

Cakap-cakap 1: “PAS ini cakap tak serupa bikin. Saya ingat PAS dah tak akan laksana hudud apabila bersama Pakatan Rakyat. Tapi saya silap.”

Hujah balas: Masalah di sini ialah, siapa yang beritahu PAS meninggalkan perjuangan Islamnya dan tidak lagi mengejar cita-cita melaksanakan hudud bila berada di Pakatan Rakyat (PR)? PAS tidak pernah berkata sedemikian.

Malah, pada 2009, isu hudud menjadi kontroversi hangat sehingga PR mencapai persetujuan “setuju untuk tidak bersetuju” dan membolehkan PAS terus memperjuangkan dasar parti secara bersendirian.

Sekarang, dengan peluang yang ada, mereka cuma cuba merealisasikan apa yang diputuskan Jawatankuasa Teknikal Hudud untuk melihat cita-cita mereka terlaksana di Kelantan.

Fitnah memfitnah menjadi asam garam pengamal media sosial PAS sekarang ini, terkini Syed Azman

Syed Azman nafi sabotaj program anjuran PAS


 Dr Syed Azman Syed Ahmad (kanan), yang mempengerusikan biro antarabangsa PAS, menjadi tumpuan serangan ahli PAS selepas dituduh mengkhianat program parti itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mac, 2015.
Dr Syed Azman Syed Ahmad (kanan), yang mempengerusikan biro antarabangsa PAS, menjadi tumpuan serangan ahli PAS selepas dituduh mengkhianat program parti itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mac, 2015.

Selepas membisu beberapa hari ekoran diserang dengan teruk sesetengah ahli PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad melalui biro antarabangsa parti itu menafikan mengkhianati dan mensabotaj ijtimak antarabangsa perpaduan ummah (IAPU) anjuran parti Islam itu.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS, Faiz Mat Nawi hari ini menjelaskan sebaran dan tuduhan melulu itu adalah tidak berasas, berbentuk fitnah jahat serta cuba memecah-belahkan keharmonian dan keutuhan parti.

Syed Azman dikatakan mensabotaj, mengkhianati dan "menghijack" peserta program Ijtimak Alami di Rusila, Terengganu baru-baru ini.

Menurut dakwaan itu, Syed Azman didakwa "menculik" peserta IAPU ke-3 itu dengan membawa ke Kuala Lumpur dan menyertai program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Kurang arif agama jangan komen di media sosial

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati individu atau pihak tertentu, yang kurang arif mengenai agama, agar tidak mengeluarkan komen di laman sosial mereka sehingga menyinggung perasaan pihak lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis tidak mahu perbuatan seumpama itu membawa kepada keadaan tegang dalam aspek ketenteraman awam.

"@PDRM memandang serius komen-komen terhadap agama oleh mereka yang tidak arif mengenainya. PDRM tiada pilihan selain mengambil tindakan terhadap mereka," kata Khalid melalui laman Twitter rasminya.

Baru-baru ini, sebuah klip video bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi' yang berdurasi 1 minit 55 saat menerima banyak kecaman oleh pelbagai pihak di media sosial.

Pengacara dalam video berkenaan turut menerima ugutan rogol dan bunuh. - Bernama

RM65 juta untuk Kedah tingkat keupayaan elektrik

BANDAR BAHARU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM65 juta bagi tempoh 2014 hingga 2015, dalam usaha membantu kerajaan Negeri Kedah mempertingkat dan mengukuhkan pelaburan di negeri.
  
Pengurus Besar Negeri Kedah (Bahagian Pembahagian TNB) Zubir Hashim berkata ia melalui penyediaan infrastruktur dan rangkaian kabel serta pencawang dalam memastikan bekalan elektrik sentiasa berada pada tahap terbaik.
  
"TNB sentiasa mengambil kira perancangan pembangunan oleh kerajaan negeri Kedah dan akan terus meningkat prestasi pembekalan elektrik supaya boleh berdaya saing untuk menarik para pelabur asing ke negeri ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Program Bersama Komuniti di sini hari ini.
  
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Inovasi, Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi Datuk Sabrina Mohd Noor berkata, beliau menyambut baik tindakan TNB yang meluluskan enam unit lampu jalan yang menggunakan tenaga solar di daerah ini.
  
Dua unit lampu jalan itu akan dipasang di sempadan daerah Kulim/Bandar Baharu di jambatan Sungai Punti dan sebuah lagi di persimpangan Kampung Sungai Tengas.
  
Tiga unit lagi akan dipasang di beberapa lokasi yang akan ditetapkan kelak.
  
"Sebanyak 227 unit lampu jalan telah diluluskan melalui Pejabat Daerah Bandar Baharu dalam tempoh terdekat ini kerana pada hakikatnya penduduk di Bandar Baharu memerlukan sekurang-kurangnya lebih 600 unit lampu jalan untuk menerangi jalan-jalan di bandar dan luar bandar daerah ini," katanya. -Bernama

Dun Chempaka kekal milik Pas

KOTA BHARU - Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam PRK yang disifatkan paling tenang dan aman.

Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat kepada 10092 walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU-13) yang lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam  9.05 di Pusat Penjumlahan Undi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa.

Fathan yang juga bekas pensyarah memperoleh 10,899 undi mengatasi empat calon Bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan.

Calon Bebas, Shariff Mahmood memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 51 undi,  Fadzillah Hussin memperoleh 89 undi manakala Aslah Mamat manakala 27 undi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...