TERKINI :

Saturday, March 21, 2015

Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan, kata penganalisis

OLEH ANISAH SHUKRY

Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi.

Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.

"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.

"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.

"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.

"Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit.

"Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim.

Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN).

"Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu.

"Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal.

Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan.

Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang.

DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan “dikhianati” PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu.

PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR. – 21 Mac, 2015.

Berkemungkinankah Kerajaan Selangor akan runtuh di sebabkan HUDUD KELANTAN?

Selangor belum goyah selagi DAP belum buat keputusan, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kedudukan Pakatan Rakyat belum goyah selagi DAP belum membuat keputusan tentang ketidaksetujuan mereka dengan PAS membentangkan rang undang-undang hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kedudukan Pakatan Rakyat belum goyah selagi DAP belum membuat keputusan tentang ketidaksetujuan mereka dengan PAS membentangkan rang undang-undang hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015.

Menteri Besar Selangor menolak dakwaan yang kerajaan negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu kini berada dalam kedudukan goyah berikutan kemungkinan DAP meninggalkan PR kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Mohamed Azmin Ali berkata, selagi DAP belum membuat keputusan rasmi mengenai pendiriannya berhubung perkara itu, PR akan tetap komited mempertahankan hubungan yang dibina antara 3 parti sejak selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.

"Ia (kerajaan Selangor goyah) tidak timbul, keputusan tidak dibuat lagi, DAP akan mesyuarat hari Isnin," katanya mengulas mengenai kemungkinan PR akan berpecah selepas DAP menyatakan pendiriannya Isnin ini berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis.

Kata Azmin, meskipun parti dalam PR berbeza pendapat, terutamanya berhubung pelaksanaan hukum hudud itu, beliau berharap semua pihak berpegang kepada proses permuafakatan.

"Hasrat kita, PR mesti dipertahankan. Kita mesti memegang prinsip bersama yang dipersetujui. Kekuatan PR dibentuk sejak PRU ke-12 berasaskan dasar dan program bersama," kata timbalan presiden PKR itu. Read More >>


Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau gesa semua ahli parlimen Islam wajib sokong hudud


Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Islam disarankan supaya bersetuju dengan pembentangan rang undang-undang hudud apabila dibentangkan kelak atas dasar kesedaran, keinsafan serta yakin bahawa ia adalah sejajar yang disyariatkan dalam agama Islam sendiri.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin berkata, undang-undang itu perlu ditubuhkan bukan atas kepentingan politik sempit pihak tertentu sebaliknya benar-benar tulus serta ikhlas.

"Tidak ada istilah hudud Umno atau hudud Pas sebaliknya hudud ini adalah dari ALLAH. Kita wajib bersetuju selagi ia dilihat atas dasar kebenaran, keinsafan serta tanpa prejudis kerana ia adalah undang-undang daripada ALLAH.

"Pelaksanaannya juga dapat menyatupadukan umat Islam jika ia dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh keinsafan serta dijangka akan mengubah sosio masyarakat secara keseluruhan. Jadi, ketepikan agenda sempit politik dalam hal ini," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai hasrat Dun Kelantan membentangkan enakmen berkaitan hudud itu di Parlimen nanti.

Beliau berkata, pihak berwajib perlu memberi tumpuan untuk memberi penerangan yang jelas kepada semua pihak supaya yakin dan faham bahawa undang-undang ini adalah peraturan yang terbaik untuk mencegah perbuatan jenayah. Read More>>

PKR gesa Kerajaan BN jelaskan adakah akan merestui perbahasan RUU Persendirian jika dibawa ke parlimen

Hudud Pas

SHAH ALAM - PKR tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.

Dalam kenyataan bersama tujuh pimpinan tertinggi parti itu, mesyuarat biro politik memutuskan PKR tidak boleh menyokong RUU Persendirian itu atas dua faktor utama iaitu, tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, ia menjadi cadangan 'unilateral' selain bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; timbalannya, Azmin Ali; naib presiden, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli ; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, selain tidak memaklumkan dalam mesyuarat 18 Mac lalu, mereka menolak kerana prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.

"Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan. Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau BN pun yang membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan RUU Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"PKR menggesa kerajaan Umno-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui RUU Persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen," katanya.

Phahrolrazi lepas jawatan dalam PAS, tumpu kepada PasMa

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi melepaskan semua jawatannya dalam PAS dan menjadi ahli biasa bagi membolehkan beliau bergerak bebas tanpa melanggar sebarang sekatan dari PAS.

"Saya menjadi ahli biasa sekarang selepas 33 tahun memegang jawatan dalam PAS," kata Phahrolrazi, yang mula aktif dalam PAS sejak 1982, kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga memaklumkan tidak akan menjadi perwakilan dalam muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor pada Jun ini.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat menasihatkan agar semua pemimpin PAS tidak terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa, badan bukan kerajaan (NGO) yang pro-Pakatan Rakyat (PR) itu.

Semalam, Phahrolrazi memberikan ucapan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah buat kali terakhir dalam mesyuarat agung kawasan itu yang dirasmikan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

"Saya yakin tugas sebagai presiden PasMa sekarang semakin banyak ekoran perkembangan yang berlaku dalam PAS dan PR," katanya berikutan hubungan yang semakin tegang antara PAS dan sekutunya dalam PR - DAP dan PKR.

PasMa sejak penubuhannya tahun lepas menegaskan akan menjadi pelobi utama agar PAS kekal bersama Pakatan Rakyat.

Ekoran pembentangan Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Rabu, hubungan PAS dengan sekutunya semakin tegang.

DAP akan bermesyuarat Isnin ini bagi menentukan kedudukan hubungannya dengan parti Islam itu.

Dalam mesyuarat agung Kuala Kedah semalam, jawatan Phahrolrazi diambil alih timbalan beliau Datuk Amirudin Hamzah tanpa sebarang pertandingan.

Bagi jawatan timbalan yang dipertua pula, ia dimenangi Nasir Mustafa yang mengalahkan Fauzi Husin manakala naib yang dipertua dimenangi tanpa bertanding oleh Umar Saad. – 21 Mac, 2015.

Umno sudah warning sama itu MCA & GERAKAN jangan campur bab Hudud

Ismail nasihat Gerakan, MCA tak masuk campur

 
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati MCA dan Gerakan supaya tidak mencampuri hal ehwal agama Islam susulan pindaan enakmen hudud di Kelantan, kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan mereka.

Beliau juga tidak mahu berdebat dari segi undang-undang selepas Gerakan yang memfailkan saman pemula berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) kerana mungkin mereka ada alasan dan hujah tersendiri, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itu, Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan asas berkata pihaknya melihat perkara itu dari aspek moral.

"Hukum hudud ini tiada kaitan langsung dengan mereka sebab pelaksanaannya untuk orang Islam. Apa kaitan hukum hudud ini dengan mereka kerana isu tersebut tidak memberi sebarang kesan bila dilaksanakan kelak.

Inikah Balasan Najib Terhadap PAS?


Apakah Najib akan sekat RUU hudud?

Rang undang-undang hudud menjadi salah satu isu panas yang dibangkitkan semasa pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan pemimpin parti komponen BN di Parlimen semalam.

Para pemimpin terbabit telah mencapai kata sepakat bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Najib juga mengakui kata sepakat itu bahawa hudud akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata seorang pemimpin parti komponen BN kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, kata sepakat semata-mata masih mempunyai banyak ruang untuk pentafsiran seperti yang dilihat dalam perjanjian Pakatan Rakyat yang berkecai selepas PAS tetap mahu melaksanakan hukum jenayah syariah itu.

Umno tersilap kira, Pakatan masih hidup

TIMMY SAY

UMUM mengetahui Pas memperjuangkan hudud, DAP membantah hudud dan Umno pula tidak pernah mahu melaksanakannya di mana-mana negeri yang ditadbir mereka setelah hampir 60 tahun menjadi kerajaan Malaysia.

Masalah terbesar Pakatan sudah selesai. Hudud yang Pakatan setuju untuk tidak bersetuju tidak lagi dibenamkan. Duri di antara Pas dan DAP kini sudah dicabut.

Seperti mana biasa, pengeluaran duri akan menyebabkan sedikit sebanyak ada pihak yang terluka.

Kini duri ini berada di antara MCA, Gerakan dan Umno kerana Umno tiba-tiba menyokong hudud. Biarlah pula BN pening dengannya.

Pakatan sudah memikul isu ini terlalu lama. DAP pun sudah mengamuk sebegitu lama. Semua tahu DAP tidak setuju.

Tapi tak ramai yang tahu MCA dan Gerakan berani untuk tidak bersetuju dengan Umno. Apakah MCA dan Gerakan berani melanggar Umno sebagaimana DAP menekan Pas? Kita tunggu dan lihat.

Akan tetapi, DAP jangan pula terlebih marah. Umno mengambil risiko tertentu menyokong hudud yang diperjuangkan Pas adalah untuk melihat Pakatan pecah.

Mengapa Umno beranggapan hudud boleh memecahkan Pakatan? Semua ini kerana DAP yang terlalu berkeras dalam isu hudud sehingga timbul persepsi bahawa menghalang hudud adalah jauh lebih penting daripada melangkah masuk ke Putrajaya.

Sebenarnya waktu inilah Pakatan kena eratkan hubungan. Pas dan DAP sudahpun menghantar mesej yang jelas kepada rakyat mengenai pendirian mereka. Di dalam Pakatan, Pas dan DAP, sama kuasa, tiada siapa yang tunduk pada siapa.

Dengan janji hudud tertunai di Kelantan, perbezaan terbesar antara Pas, DAP dan PKR sudah hilang. Yang tinggal antara mereka ialah persamaan yang teramat luas medannya.

Dengan agenda hudud yang sudah selesai, Pas kini lebih ringan bagasinya untuk bergerak bersama rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat.

Percayalah, selesainya isu hudud, semangat Pas yang ada sekarang ini adalah seperti semangat parti ini sebelum berlakunya Langkah Kajang.

Kini bola di kaki DAP dan Pas: Apakah mereka ingin melihat Umno ditumbangkan? Mereka perlu membuat keputusan sama ada ini adalah cita-cita tertinggi mengatasi perkara lain. Jika ya, Pakatan Rakyat perlu kekal.

Ramai menuduh Pas lebih mementingkan cita-cita menjayakan hudud daripada ke Putrajaya. Tapi, situasi ini sudah menjadi terbalik.

Jika Pakatan pecah, siapa pula yang lebih mementingkan cita-cita menghalang hudud daripada hasrat ke Putrajaya?

Soalan ini sudah boleh ditanya sebegitu rupa kerana Umno kini juga menyokong hudud.

Ini bermakna MCA dan DAP dalam situasi yang sama. MCA tidak boleh lagi terus menekan DAP dalam isu hudud kerana Umno juga menyokongnya. Isu politik yang DAP takut digunakan MCA untuk menyerang mereka juga telah hilang.

Kalau BN tak pecah, mengapa PR harus pecah? Dalam isu hudud, Umno tersilap kira kerana Pakatan masih hidup pada hari ini.

Cuma, apakah DAP akan menyebabkan Umno terbetul kira? Sama-sama kita tunggu Isnin ini.

Sg.Petani : Dok pie buang bayi depan rumah pulak....

Tinggal bayi lelaki depan rumah

SUNGAI PETANI – Orang ramai dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki ditinggalkan depan rumah seorang penduduk dan turut diselitkan dengan sepucuk surat di sebuah kampung di Merbok, awal pagi semalam.

Difahamkan, bayi terbabit yang lengkap berpakaian diletakkan dalam sebuah kotak dan ditinggalkan bersama dengan kelambu, sepertimana yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam yang memaklumkan perkara itu.

"Bagaimanapun, kita tidak dapat memastikan sama ada surat yang disebarkan menerusi aplikasi itu adalah sahih atau sebaliknya, siasatan akan dilakukan," katanya kepada Sinar Harian.

Khalil berkata, bayi itu dipercayai berusia seminggu berdasarkan kesan tanggal tali pusat yang masih baru.

"Kejadian disedari awal pagi tadi (semalam) ketika umat Islam sibuk mahu mengerjakan solat Subuh apabila bayi ditinggalkan di hadapan sebuah rumah penduduk di kampung terbabit.

"Berdasarkan pemerhatian, bayi lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut," katanya.

Khalil berkata, pihaknya akan menunggu laporan perubatan sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembangan lain, katanya, berhubung kes penemuan mayat bayi yang ditemui dalam tin biskut di sebuah bangunan asrama semalam, ibu kepada bayi itu kini dilaporkan sihat.

"Kita masih menyiasat perkara itu dan wanita itu bagaimanapun masih dirawat di HSAH untuk tindakan lanjut," katanya.

Hadi: PAS masih bersama Pakatan hingga kini

 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sehingga kini PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat dan tindakan menentang yang diterima berhubung rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) adalah perkara biasa dalam amalan demokrasi.
  
"Kerjasama dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan dasar parti. Kami tidak menyentuh agama dan hak mereka, jadi mereka juga tidak sepatutnya menyentuh agama kita.
  
"Apa yang penting adalah kami mengemukakan (rang undang-undang hudud) itu secara demokratik melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan melakukan pembentangan kepada umum dalam seminar yang melibatkan semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di Marang hari ini.
    

Hudud: 'Kalau agama lain bebas, kenapa agama Islam tak bebas?' - Abdul Hadi

MARANG: PAS akan tetap meneruskan pelaksanaan hudud di Kelantan dan menegaskan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) di negeri itu adalah mengikut saluran demokrasi yang sah di Malaysia.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bantahan beberapa pihak serta kalangan parti dalam Pakatan Rakyat adalah tindakan biasa dan wajar diselesaikan dengan dengan cara berhemah.

Menurutnya, undang-undang berkenaan tidak bercanggah dengan kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini.

"Kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat (adalah) kerjasama yang tidak melibatkan dasar-dasar parti. Kita tak sentuh dalam perkara agama mereka (kerana) itu hak mereka. Mereka juga tidak perlu menyentuh hal-hal dalam agama kita sendiri dan perlembagaan sendiri memberi ruang.

"Islam adalah agama Persekutuan. Kalau agama lain bebas, kenapa agama Islam tak bebas?" ujar Abdul Hadi selepas merasmikan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ketiga yang diadakan di Marang, Terengganu membabitkan wakil gerakan Islam dan parti politik Islam dari 41 buah negara.

Menurutnya, langkah kerajaan negeri Kelantan meluluskan pindaan rang undang-undang berkenaan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam tidak memudaratkan mana-mana pihak.

Beliau berkata, mereka yang menentang dengan membuta tuli perlu mengkaji secara ilmiah bagi menghapuskan tanggapan serta persepsi negatif.

"Itu satu mesej yang perlu kita sampaikan kepada mereka. Sepatutnya kalau mereka boleh belajar tentang komunisme, kapitalisme dan pragmatisme, mereka boleh belajar tentang Islam.

"Kita bukan nak paksa masuk Islam. Kita pun belajar juga agama mereka. Kita belajar perbandingan agama," tambah beliau.

SPAD buat 'Putrajaya' tunggul kayu sebab tak maklum nak naikkan tambang

SPAD tak bincang dengan Putrajaya naikkan tambang, kata timbalan menteri
OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Timbalan Menteri Pengangkutan Dauk Aziz Kaprawi berkata SPAD tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan kementerian berkenaan berhubung isu kenaikan tambang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Mac, 2015.
Timbalan Menteri Pengangkutan Dauk Aziz Kaprawi berkata SPAD tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan kementerian berkenaan berhubung isu kenaikan tambang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Mac, 2015.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digesa supaya mengkaji semula kenaikan harga tambang pengangkutan awam memandangkan kenaikan sebanyak 20% hingga 67% itu adalah tinggi, kata Datuk Aziz Kaprawi.

Timbalan menteri pengangkutan itu berkata, SPAD sepatutnya mengadakan perbincangan bersama dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mendapat satu keputusan yang terbaik.

"Kenaikan harga tambang yang diumumkan oleh SPAD, perlu mendapat pandangan dari semua pihak, bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna.

"Saya memandang serius perkara ini, dan berharap ia dikaji semula memandangkan kenaikan sebanyak 20% hingga 67% itu adalah tinggi," katanya hari ini.

Aziz berkata, SPAD tidak seharusnya membebankan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka.

Pendirian KEADILAN mengenai Hukum Hudud & Pindaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan






KENYATAAN MEDIA:


PINDAAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II DILULUSKAN DI DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN

KEADILAN mengikuti dengan dekat perkembangan sehingga lulusnya pindaan-pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini. Sejak cadangan pindaan ini timbul lebih setahun lalu, KEADILAN telah duduk berbincang dengan pimpinan PAS dan Kerajaan Kelantan serta pimpinan DAP untuk mencari jalan terbaik kepada isu ini.

Biro Politik KEADILAN telah bermesyuarat pada 17 Mac 2015 dan membincangkan dengan khusus pindaan-pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Muafakat Pakatan Rakyat

KEADILAN terikat dan menghormati keputusan bersama mengenai pelaksanaan hudud yang dicapai di dalam Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 seperti berikut:

1. Pelaksanaan hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat

2. Walau bagaimana pun, parti-parti Pakatan Rakyat menghormati bahawa pelaksanaan hudud telah menjadi dasar perjuangan PAS dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 dibentangkan sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak munasabah bagi PAS menggugurkan pelaksanaan hudud daripada agendanya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...