getah

KUALA LUMPUR - "Kementerian Peladangan dan Komoditi, Kementerian  Pertanian  dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kemajuan  Luar Bandar perlu duduk semeja bagi membantu meringankan beban penoreh getah sekarang".

Demikian permintaan Datuk Abdul Azeez (BN - Baling) ketika membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kehidupan penoreh getah sekarang berada di paras kemiskinan apabila harga getah menjunam sehingga RM2.00 sekilo dan perlu diberi perhatian sekarang.

"Tiga kementerian perlu ikhtiar untuk bantu mereka, duduk semeja bincang cara untuk mudahkan mereka.