TERKINI :

Thursday, March 19, 2015

Disebalik kisah OKZ13 dalam kes "TRAJEDI KUALA KANGSAR", dimana penghasut..???

Nak Beli Kereta Cukai Mahal, Nak Guna Bas Tambang Naik, Nak Bayar Bil Kena Cukai.


Apa nak jadi dengan diri kita neh. Serba serbi menghimpit kewangan yang kita tak seberapa pun.

Hari ini ada 2 berita yang mengesahkan bagaimana GST akan membebankan rakyat Malaysia. Ini realiti kehidupan. Bukan macam iklan-iklan bodoh di kaca tv tue.

Yang pertama tambang pengangkutan awam bagi beberapa kategori seperti bas ekpress dan teksi akan dinaikkan sehingga mencapai kadar 67% banyaknya.

Kenaikan akan bermula pada 1 April 2015. 

Kenaikan ini dikatakan tiada kaitan dengan GST. Sebaliknya berpunca dari kos penyelenggaraan dan insurans yang semakin meningkat.

Kenaikan yang sama juga akan berlaku ke atas setiap tambang bas ekpress. Kenaikan itu pula akan mencapai hingga ke tahap 22.6% tingginya.

Pada awalnya berita melaporkan tambang bas ekpress akan dinaikkan pada 1 April 2015. Namun entah macam mana SPAD tukar keputusan dengan 'meminda' tarikh kenaikan pada 15 Mei 2015. Aku rasa dorang sedar yang rakyat sedang menganalisa tindakan mereka.

Kau kata GST tidak akan mempengaruhi pengangkutan awam. Tetapi tambang itu juga la yang naik selaras dengan pengenalan GST. Kau tak perlu mengaku. Tetapi rakyat ada akal untuk menilai.

Sessi Soal Jawab bersama Peguam PAS Sdr. ZULHAZMI berkenaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan

SOALAN DAN JAWAPAN YANG DI COPY PASTE DI FB BELIAU... TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAN DAN MAKLUMAT YANG DIBERIKAN.. SEMOGA IA MENJADI SALAH SATU SUMBER PENGETAHUAN BERKENAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.

SOALAN PERTAMA BERMULA DARI BAWAH...


PKR nak siasat adunnya sebab sokong usul Pindaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan

Sokong hudud: PKR siasat Adunnya
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

KUALA LUMPUR - PKR akan menyiasat sama ada benar Adun tunggalnya di Kelantan, Mohamad Roslan Puteh mematuhi arahan parti agar tidak berada atau memberi sokongan terhadap pembentangan usul Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Dun Kelantan, hari ini.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, PKR sebelum ini telah mengarahkan Mohamad Roslan agar tidak menyertai atau berada pada sesi pembentangan usul hudud yang diluluskan hari ini.

"Arahan sudah dikeluarkan agar Adun kami di sana (Dun Kelantan) tidak berada atau menyertai sesi pembentangan usul Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah.

"Bagaimanapun kita akan siasat sama ada benar beliau berada di sana atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen, hari ini.

Sementara  itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook tetap dengan pendirian tidak menyokong serta mengecam tindakan Pas yang melanggar konsensus nasional Pakatan Rakyat dengan meluluskan hukum hudud di Kelantan hari ini.

"Kita (Pakatan Rakyat) akan bermesyuarat Isnin ini untuk menentukan proses tindakan lanjut," katanya.

Hari ini, Dun Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015. Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Kesemua 12 anggota dewan daripada BN turut menyokong rang undang-undang itu.

Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada Pas dan seorang Adun Guchil dari PKR, Mohamad Roslan Puteh.

Ku Li sokong pindaan hukum hudud Kelantan

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan sokongannya terhadap pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Tengku Razaleigh menyifatkan rang undang-undang itu sebagai baik dan berharap ia dapat dilaksanakan mengikut syariat Islam yang sebenar.   

"Perkara ini sudah lama dihasratkan kerajaan negeri Kelantan dan semalam baru dibentangkan pindaan sahaja... baguslah. Tinggal lagi pelaksanaan mengikut hukum ALLAH," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 2 di sini, hari ini.   

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembentangan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, semalam.

Dun Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu apabila mendapat sokongan daripada kesemua 44 ahli dewan.

Undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak. - Bernama

Pasma pertahan Pas Kelantan bentang enakmen hudud

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

ALOR SETAR – Pakatan pembangkang diminta memberi ruang kepada Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pelaksanaan hukum hudud merupakan perjuangan Pas sejak sekian lama, maka parti itu perlu diberi peluang berbuat demikian.

“Pas tiada pilihan selain melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia merupakan antara perjuangan utama Pas.
“Bagaimanapun, Pas Kelantan perlu beri penerangan kepada rakan komponen PR mengenai pelaksanaan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas tiada masalah untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana ia merupakan urusan kerajaan negeri.

“Kita perlu bagi ruang kepada Pas untuk gunakan hak demokrasi dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Tapi saya sedih sebab pelaksanaan itu tidak dapat persetujuan bersama antara Pas Kelantan dan DAP yang mungkin boleh menyebabkan PR berpecah,” katanya.

Phahrolrazi berkata, bagi menyelamatkan situasi tegang itu, Pas Kelantan perlu membentangkan enakmen tersebut menerusi Majlis Pimpinan PR.

Pemimpin DAP sebelum ini menentang keras pelaksanaan hukum hudud kerana mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dalam persidangan Dun Kelantan yang menyentuh mengenai  hukum hudud, qisas dan ta’zir.

Beliau berkata, rang undang-undang itu hanya terpakai kepada orang Islam yang mukalaf iaitu sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya.

Pas Kuala Kedah ada teloq dak?


Kemarin Selasa 17 March 2015, seusai keluar dari hotel sebelumnya mendapat rawatan susulan bulanan jantung di HSB AS dan bertemu dengan anak yang belajar di Insaniah (kuliyyah perubatan - katanya bulan Jun ini InshaALLAH akan berpindah sepenuhnya ke Kampus Indok KUIN di Kuala Ketil hasil sepenggal kerajaan PR-PAS perentah Kedah selepas PRU12 dahulu).

Saya, isteri yang setia menemani saya selama ini untuk mendapat rawatan temujanji dan rawatan tergempar tak kira masa dan waktu dimana-mana berada. Anak kecilku melalui umminya mengatakan yang tokea Radix Fried Chicken itu adalah kawan lama abah. Namanya Haji Ismail Ahmad (mantan pengurus LPP). Mantan KDP PAS Perlis dan bertanding PRU mewakili PAS. Ketika beliau bertanding abah balik khusus dari Kelantan untuk membantu Haji Ismail yang bertanding di Kadun Pauh. Mantan KDP PAS Perlis sebelumnya adalah Haji Bahari Haji Ali yang memanggil khusus untuk membantu Haji Ismail.

Atas kehendak anak kecilku kami melangkah masuk ke Radix FC dan terus kekaunter, menanyakan adakah kedai ini masih milek Haji Ismail HPA. Pekerjanya mengiakan masih milek Haji Ismail dengan pengurusan baru. Sambil menunjuk kepada Ustaz Yusri (betulkan kalau salah) sedang berdiri mengadap pemimpin PAS KKK yang aku mengenali mereka dan sebaliknya. Kami tidak berbincang banyak tentang politik semasa PAS. Tetapi sebelum berpisah saya lontarkan kalimat kepada mereka, dan mereka bingkas respon, "ANA NAK TENGOK HAMPA ADA TELOQ KA DAK?". Hakikatnya mereka arif dengan kalimat itu, dan mereka hazam dan khatam kalimat tersebut, saya menyakininya.

Kenapa Izzah ditahan, KPN kena jawab

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu menjelaskan soal penahanan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR, Isnin lalu.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpandangan, Khalid sepatutnya menjelaskan bagaimana Nurul Izzah boleh hilang imuniti sebagai seorang ahli Parlimen yang berucap di dalam Dewan Rakyat.

“KPN kena jawablah. Sebab dalam kes ini, ahli Parlimen hilang imuniti jadi, dia perlu jelaskan.

“Jadi, sekarang ini seolah-olah macam ahli Parlimen tidak ada imuniti dan ini akan melemahkan semangat pengamalan demokrasi. Kita minta KPN jawablah,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Nurul Izzah ditahan satu malam di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur susulan kenyataannya pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu yang turut menyentuh sistem kehakiman negara di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Azmi Hassan, semua ahli Parlimen perlu faham bahawa imuniti berhujah dalam Dewan Rakyat tetap mempunyai had.

“Ya, imuniti di Parlimen itu ada had. Secara mudahnya, apabila ahli Parlimen itu mengkritik keputusan mahkamah, itu yang dikatakan menghina mahkamah. Imuniti itu secara automatiknya akan hilang. Tidak perlu digunakan Akta Hasutan seumpamanya.

“Mereka kena faham, (imuniti) itu ada hadnya dan kena faham kenapa imuniti itu diberi. Imuniti itu diberi untuk beri penerangan kepada rakyat tentang perkara yang tidak menyentuh keputusan mahkamah yang sudah berlaku.

Jadi, itu secara automatiknya imuniti tersebut hilang dan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau yakin Nurul Izzah tahu punca dirinya ditahan polis, kelmarin.

“Sepatutnya tidak (dibangkitkan soal imuniti). Nurul Izzah pun tahu kenapa (ditahan) beliau dikatakan mengutarakan ucapan yang sedemikian rupa...kerana (imuniti itu) ada hadnya,” katanya.

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di bawah Seksyen 36(8) menyebut ahli Parlimen dalam perbahasan mereka adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau ahli Majlis Pasukan Bersenjata.

Sementara itu. Perkara 63 (4) Perlembagaan Persekutuan mengetepikan peruntukan di bawah Perkara 63 (2) berhubung kekebalan ahli Parlimen, membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah melakukan jenayah di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Artikel 10 (4) Perlembagaan Persekutuan atau sebarang kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Facebooker yang pertahankan presiden Pas mula memfitnah calon presiden Husam Musa

Sejak bila jadi halal buat fitnah nie.. Malang sungguh presiden Pas skrg ini apabila di kelilingi oleh golongan pentaksub sampai sanggup beradu domba sesama sendiri...

Hudud boleh dilaksana tanpa pindaan Perlembagaan, hanya pinda AKTA 355

Hudud boleh dilaksana tanpa pindaan Perlembagaan, kata timbalan MB Kelantan
PAS Kelantan percaya mereka akan terima sokongan cukup dengan majoriti mudah untuk laksana hudud di negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mac, 2015.
PAS Kelantan percaya mereka akan terima sokongan cukup dengan majoriti mudah untuk laksana hudud di negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mac, 2015.

PAS Kelantan percaya mereka mempunyai cukup sokongan di Parlimen dan hanya memerlukan majoriti mudah untuk melaksanakan hudud di negeri berkenaan dengan meminda akta berhubung mahkamah syariah dan bukannya Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Rancangan meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan membentangkan undang-undang persendirian hanya memerlukan sokongan 112 undi daripada 222 ahli Parlimen, mengetepikan cakap-cakap sebelum ini PAS tidak mempunyai cukup sokongan untuk melaksanakan hudud kerana perlu meminda Perlembagaan.

Meminda Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 juga tidak seharusnya mendatangkan masalah selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) diluluskan semalam, kata Amar.

"Rang Undang-Undang itu nanti hanya hendak pinda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Akta ini hanya memerlukan majoriti mudah, 112 orang saja. Bukan kita nak pinda Perlembagaan.

"Kita hanya perlukan majoriti mudah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sultan Johor: Elaun RM27,000 tak memadai

 
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berkata, baginda tidak boleh bergantung dengan elaun sebanyak RM27,000 semata-mata dan perlu menyertai bidang perniagaan.

"Biar saya berterus terang, kita (amalkan) raja berperlembagaan. Saya perlu menyara hidup, sama seperti orang lain.

"Saya tidak boleh bergantung kepada elaun RM27,000 sebulan sahaja. Saya mesti menyara hidup, seperti rakyat Malaysia biasa,” katanya dalam satu wawancara dengan akhbar The Star.

Sultan Ibrahim berkata, penglibatan keluarga diraja Johor bukan perkara baru kerana ini menjadi amalan sejak zaman moyangnya.

"Saya tidak pernah cuba menyembunyikan urusan perniagaan saya dengan menggunakan proksi, seperti dilakukan sesetengah orang. Saya terbuka dan telus,” katanya.

Kanun Jenayah Syariah II hanya untuk orang Islam sahaja, yang GERAKAN, MCA & DAP bantah apa hal..?


Ahmad Yakob  
Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Orang bukan Islam tidak perlu bimbang atau cuba menentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) kerana kanun itu hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini. 

Perkara itu merupakan antara beberapa pindaan yang dibuat dalam rang undang-undang itu yang dibentangkan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob pada persidangan Dun Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini. 

"Berbanding sebelum ini (kanun itu) yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih pemakaian undang-undang itu ke atas mereka," katanya.

Adakah Mas kahwin juga kena GST?


Mas Kahwin
SHAH ALAM -  Lebih kurang dua minggu lagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini, cakap-cakap mengenainya menjadi bualan kerana ramai yang tidak pasti mengenai pelaksanaannya.

Ada yang kata menguntungkan dan ada yang kata sebaliknya.

Kegusaran itu menyebabkan ramai yang tidak ‘duduk diam’, tambah-tambah bila disentuh mengenai pelaksanaan GST dalam bab perkahwinan.

Bagi yang bujang sudah semestinya ‘mulai pening’ kepala kerana mula  fikirkan mengenai bajet perkahwinan selepas GST dilaksanakan.

Namun ada berita gembira buat  mereka yang hendak berkahwin selepas GST dilaksanakan ini kerana GST tidak dikenakan terhadap bayaran mas kahwin.

Gerakan boleh keluar BN


Prof Dr Azmi Hassan 
 Prof Dr Azmi Hassan

SHAH ALAM - Tindakan parti komponen BN, Gerakan yang memfailkan satu saman pemula bagi memohon deklarasi pembatalan Kanun Jenayah Syariah II, hari ini, tidak sepatutnya berlaku.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Azmi Hassan berkata, parti itu sepatutnya mengambil sikap berkecuali selepas Umno menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum itu.

“Sepatutnya tindakan Gerakan (saman hudud) tidak berlaku. Umno telah menyatakan sokongan kepada hudud, Gerakan perlu mengambil sikap berkecuali tanpa menyaman.

“Ini menunjukkan bahawa dalam BN itu sendiri kucar-kacir. Tindakan itu memang tidak sepatutnya berlaku. Paling tidak...berkecuali,” katanya kepada Sinar Online.

Apabila tuala wanita dikenakan GST oleh Kerajaan BN..!!

Tuala wanita kena GST gamat sidang Parlimen

http://images1.imaginity.com/wp-content/uploads/kotex-evolution_3_q85.jpg 

Perbahasan seorang anggota Parlimen yang menyuarakan luahan hati kaum wanita di kawasan beliau yang risau terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi tuala wanita apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kelak, mencuit hati anggota Dewan Rakyat.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mendakwa ramai wanita di kawasan Parlimen beliau keliru dan tertanya-tanya mengenai senarai barangan yang akan dikenakan CBP, apabila dikuatkuasakan pada 1 April nanti.

"Kotex (tuala wanita) pun mau kena caj GST. Wanita kata kepada saya kami tiap-tiap bulan kena caj. Banyak lagi barang kena caj seperti sos tomato, sos cili, pengasah pensil, pensil dan bahan cuci tandas pun kena caj," katanya yang mengundang ketawa anggota Parlimen yang berada di dalam dewan.

Tiong yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mendakwa kini semakin banyak barang keperluan rakyat telah disenaraikan sebagai barangan yang akan dikenakan GST.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...