TERKINI :

Tuesday, March 17, 2015

Mahfuz : Isu hudud Kelantan - hormati proses demokrasi

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Hormati Proses Demokrasi

1. PAS menegaskan bahawa pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati oleh semua pihak. Ia bukanlah perkara baru dan merupakan sebahagian daripada perjuangan PAS buat sekian lama.

2. Tidaklah timbul isu ‘Unity Government’ sekiranya ada ADUN UMNO yang menyokong pindaan enakmen tersebut kerana itu adalah hak ahli dewan untuk menyokong dan membantah sesuatu perkara. Sepertimana di Parlimen, tidaklah menjadi perkara yang aneh apabila ada ketikanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut menyokong usul dan pindaan yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. Adakah ini bermakna PR sudah ‘berUG’ dengan BN..? Politik yang matang adalah meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bukannya sempadan politik kepartian yang tidak berkesudahan.

3. PAS tidak pernah memaksa DAP untuk menyokong pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan tetapi PAS berharap sekurang-kurangnya DAP menghormati proses demokrasi yang sedang dilaksanakan. Aspirasi dan kehendak rakyat yang telah memberikan amanah kepada PAS untuk mentadbir Negeri Kelantan sejak tahun 1990 sehingga genap 25 tahun pada 2015 ini perlulah juga dihormati. Apatah lagi, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan itu hanya melibatkan orang Islam sahaja maka amatlah tidak wajar DAP melatah pula dalam hal ini. Sepertimana PAS boleh berlapang dada terhadap hal prinsip dan dasar perjuangan DAP, maka sebegitulah yang sepatutnya dipraktikkan oleh DAP kepada PAS.

YB DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat/Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

Kenapa Nurul Izzah sahaja yang kena bukannya Ismail Sabri & Mashitah

Nurul Izzah: Kenapa tidak pada Ismail, Mashitah - Abim

HARAKAHDAILY | 17 Mac 2015.

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam penahanan Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan 1948 yang tersasar dari landasan keadilan dan adalah pencabulan keterlaluan terhadap proses demokrasi di Malaysia.

Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata penahanan sedemikian menggambarkan bahawa Nurul Izzah adalah seorang penjenayah yang berbahaya, berkemungkinan untuk melarikan diri dan tidak bertanggungjawab.

"Langkah beliau yang secara berani menyahut notis panggilan ke Balai Polis Dang Wangi berkaitan himpunan Kita Lawan langsung tidak dihargai pihak polis," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ia sekaligus menggambarkan kerakusan dan sikap angkuh pihak berkuasa terhadap seorang yang secara jelas memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

Katanya, persoalan layanan yang berbeza-beza di bawah akta yang sama juga amat memalukan.

"Kenapa langkah yang serupa tidak dibuat kepada YB Datuk Ismail Sabri dan Datuk Dr Mashitah Ibrahim?" tanya beliau.

Katanya, kenyataan mereka yang dibuat di luar parlimen, tanpa sebarang rakaman tidak perlu direman berbanding dengan kenyataan Nurul Izzah yang dibuat di dalam Parlimen dan dirakam melalui hansard Parlimen.

"Adakah ia terlalu rumit sehingga memerlukan tempoh reman ditambah?" soalnya lagi.

Justeru, ujar beliau ruang bersuara di Parlimen harus dihormati dan dibezakan dengan ucapan awam atau kenyataan di luar Parlimen.

Menurutnya, Parlimen adalah medan seorang wakil rakyat menyatakan sikap dan pendirian berprinsip mewakili rakyat yang memilihnya.

"Jika perkara-perkara berkaitan institusi dalam negara tidak boleh disentuh walaupun di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara, maka timbul persoalan, di manakah perkara ini boleh diutarakan sedangkan Dewan Rakyat adalah satu korum yang sah dan mempunyai legitimasi tersendiri, dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

Sehubungan itu, Abim menggesa agar pihak polis melepaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dari tahanan reman berpilih yang amat memalukan.

"Tindakan 'pendek akal' ini adalah satu provokatif yang boleh membuatkan rakyat semakin muak dan sekaligus serik untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Elemen-elemen provokatif seumpama ini harus dielakkan bagi memastikan keamanan Malaysia terpelihara," ujarnya. - HARAKAHDAILY 17/3/2015

Najib dedah pasaipa kerajaan tak isytihar darurat masa banjir besar tempohari

Ada sebab kerajaan tidak isytihar darurat

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mengisytiharkan darurat ketika banjir besar melibatkan beberapa negeri tahun lepas kerana tidak mahu dipertanggungjawab sepenuhnya terhadap implikasi bencana itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini berkata, kerajaan Pusat dan negeri harus bertanggungjawab membaiki, membaik pulih serta meningkatkan lagi infrastruktur di negeri yang terlibat dengan banjir besar tersebut.

Tambahnya lagi, pengisytiharan darurat hanya akan memberi implikasi kepada syarikat tuntutan insurans.

"Kerajaan tidak mahu isytihar darurat baru-baru ini kerana kerajaan mahu ini (pasca banjir) sebagai tanggungjawab bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Kerajaan tidak mahu diletakkan dalam situasi bahawa ini tanggungjawab penuh kerajaan Pusat semata-mata" katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

Bercakap mengenai usaha kerajaan Pusat dalam pasca banjir, Najib berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta untuk membaik pulih negeri terlibat banjir dan menghadapi banjir pada masa akan datang.

"Ini termasuk caruman tambahan seperti baik pulih pusat pemindahan mangsa banjir. Jika pusat pemindahan tersebut sebuah sekolah, kita akan bina asrama dan bilik air tambahan untuk keselesaan mangsa banjir.

"Kita juga akan buat perancangan pemindahan pencawang elektrik ke kawasan yang lebih tinggi demi keselamatan dan kemudahan orang ramai, serta tempat pendaratan helikopter," katanya lagi.

Bekas Menteri Kewangan, Ku Li cadang GST ditangguhkan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mencadangkan supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

Berucap ketika sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li berkata, GST akan menjadi tambahan beban untuk rakyat yang kini sudah terlalu banyak dibebani hutang susulan kemerosotan ekonomi negara.

"Di atas perkiraan inilah saya cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

"Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.

"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon, tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.

Bekas presiden parti Semangat 46 itu berkata, kerajaan bertindak tidak adil jika menyalurkan bebanan hutang kepada rakyat tanpa sebarang sebab munasabah.

"Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil.

"Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini," katanya lagi.

Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu juga melahirkan kebimbangannya yerhadap penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu.

"Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman," katanya.

"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan," jelas beliau.

Nurul Izzah di bebaskan

KPN salah guna kuasa tahan saya, kata Nurul Izzah

Sebaik saja dibebaskan, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menyalahgunakan kuasa apabila menahannya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau mempunyai imuniti untuk menyuarakan pandangannya semasa di Dewan Rakyat.

"Saya rasa ia jelas penahanan saya adalah penyalahgunaan kuasa daripada KPN dan saya menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab.

semalaman di dalam lokap dengan jaminan polis, kata peguamnya R Sivarasa.

Sivarasa berkata, sebelum tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ahli Parlimen Lembah Pantai itu dibawa ke rumahnya untuk mencari dokumen berkaitan ucapannya di Parlimen Selasa lepas.

"Kami rasa ia tindakan yang salah di sisi undang-undang," kata Sivarasa yang juga merupakan ahli Parlimen Subang kepada pemberita.

Beliau berkata tindakan tersebut akan menjejaskan hak ahli Parlimen lain dan kebebasan hak bersuara.

"Jaminan ini bertahan selama sebulan sehingga 16 April dan mereka akan memaklumkan saya kemudian. Jadi tiada isu lagi. Saya tidak pernah meninggalkan negara tanpa sebab yang munasabah jadi bagi saya, kami bertanggungjawab dan tiada sebab untuk melarikan diri," katanya.

Di mana jaminan k'jaan dana 1MDB RM5.7b?

MP DAP hari ini meminta kerajaan mendedahkan di mana letaknya dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM5.7bilion yang telah diperoleh melalui bon yang dijamin oleh kerajaan Malaysia, kira-kira dua tahun selepas wang itu diperolehi.

Kerajaan semalam mengakui bahawa pihaknya bertanggungjawab untuk USD3 bilion (RM11 bilion) bon yang telah diperolehi oleh 1MDB pada 2012 dan 2013, jika 1MDB tidak dapat membayar hutang menggunakan asetnya.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini menjelaskan bahawa sewaktu AS$1.44 bilion (RM5.3bilion) telah digunakan oleh 1MDB untuk membayar semula lain-lain hutang mereka dan untuk tujuan modal, sebanyak AS$1.56 billion (RM 5.7 billion) masih belum dikira.

Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat, tanya Dr Asri

HARAKAHDAILY | 16 Mac 2015.


KUALA LUMPUR: "Saya kadang kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto," tulis Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah itu dinamakan berjiwa rakyat.

Menerusi tulisan di facebooknya, beliau menyatakan jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai.

Berikut tulisan penuh beliau dengan tajuk Cukai Dan 'Ulama Cukai'.

Pada Jun 2008 semasa saya menjadi Mufti Perlis kali pertama, saya menulis sebuah artikel berjudul AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN. Artikel turut disiarkan oleh Akbar Utusan Malaysia pada masa itu. Artikel ini merujuk kepada isu harga minyak melambung naik pada zaman itu. Pihak kerajaan berkempen agar rakyat berjimat cermat dan ‘mengubah gaya hidup’. Golongan agama juga digunakan untuk berkempen. Kenaikan harga minyak secara mendadak yang dilakukan oleh pihak kerajaan ketika itu amat membebankan lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah. Berikut beberapa potongan dari artikel berkenaan;

Tiada siapa menentang Kepimpinan Ulamak

A Shukur Harun

 http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/pas25.jpg
Muktamar PAS ke-61 pada Jun ini akan menentukan segalanya, sama ada parti itu mampu melakukan perubahan atau terus menjadi parti yang terbuka.

Ini perlu difikirkan semua pihak, terutamanya perwakilan yang menentukan pemimpin yang akan menerajui PAS pada masa depan. Adakah pemimpin dipilih itu mahu melakukan perubahan dan terus menjadi parti yang terbuka atau mungkin berundur ke belakang dan menjadi tertutup?

Dalam pada itu, orang di luar PAS – terutama dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR dan DAP – akan memerhatikan keputusan muktamar Jun ini, sama ada PAS akan terus mengeratkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau semakin menjauhkan diri.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan, di dalam PAS sudah terbahagi kepada 2 golongan, iaitu golongan konservatif yang tidak bersedia melakukan perubahan dan golongan progresif dan mahukan perubahan.
Ini sangat sahih, berdasarkan kenyataan demi kenyataan dan perlakuan dari 2 pihak yang berseberangan.

Saya tidak bersedia untuk mengatakan, ini pertentangan antara golongan yang dipanggil ulama dengan golongan profesional.

Ini kerana di kalangan ulama ada yang berfikiran terbuka dan mahu menjadikan PAS parti yang terbuka sementara di kalangan profesional, juga ada segelintir darinya yang berfikiran konservatif, tidak terbuka.

Rombongan Ke LIMA Langkawi Bersama "Bakal Perdana Menteri"

Shahbudin Husin, 

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2014/05/najib-dan-hishammuddin.jpg
Kajian oleh Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider baru-baru ini yang mendapati Hishammuddin Hussein sebagai "Perdana Menteri masa depan" yang paling dikehendaki benar-benar membuatkan Naib Presiden UMNO nombor tiga itu berbunga-bunga hatinya.

Walaupun beliau cuba menafikan kajian itu dapat merangsang keghairahannya, malah menganggapnya sebagai percubaan melaga-lagakannya dengan Perdana Menteri, hakikat yang ditunjukkannya adalah sebaliknya.

Beliau kini nampaknya bersungguh-sungguh mahu memastikan kerusi Perdana Menteri dan kediaman di Seri Perdana itu tidak terlepas ke tangan orang lain.

Langkah awal yang diambilnya ialah mengembalikan semula Akbar Khan atau AK kembali berkhidmat dengannya bagi mengetuai jentera politiknya.

AK sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Libaran, Sabah dan kemudian sebagai Setiausaha Politik Hishammuddin ketika di Kementerian Pendidikan. Semua gerakan politik Hishammudin ketika itu diatur dan digerakkan oleh AK.

KPN tipu mengenai penahanan Nurul Izzah, patut letak jawatan, kata peguam


Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama peguamnya R Sivarasa (kanan) bercakap kepada media sebelum ditahan polis, petang semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mac, 2015.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama peguamnya R Sivarasa (kanan) bercakap kepada media sebelum ditahan polis, petang semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Mac, 2015.

Peguam kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menuduh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menipu berhubung penahanan reman ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan mendesaknya meletakkan jawatan.

R Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kenyataan Khalid malam tadi, yang cuba memberi penjelasan berhubung penahanan Nurul Izzah dan terpaksa bermalam di lokap di balai polis Jinjang, semalam adalah berniat jahat dan tidak sah.

“KPN cuba untuk menjustifikasikan penahanan reman Nurul Izzah di lokap Jinjang dengan menyatakan beliau akan dibebaskan sebagai saja keterangan direkodkan.

Kes MP LEMBAH PANTAI : Adakah kesucian parlimen telah tercalar

Nampaknya masih ada mereka dalam Umno berfikiran rasional... Sepatutnya setiap Ahli Parlimen dia ada imuniti dan tidak boleh didakwa diluar parlimen...

Walaubagaimana pun beliau tidak bebas dimana J.K Parlimen masih boleh menghukum beliau jika ada perkara salah...

Jadi ikutlah salurannya itu sahaja...jika tak nak ikut bubar sahaja kekebalan yg ada tuu..

LIMA'15 : Enam pesawat Jupiter pulang


Langkawi: Pasukan aerobatik Jupiter One Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) menarik diri daripada menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015 (LIMA '15) yang berlangsung mulai hari ini.

Pegawai Tinggi TNI-AU Marsyal Pertama Indra Yadi berkata, pihaknya terpaksa menarik diri selepas dua pesawatnya jenis Wongbee buatan Korea Selatan terhempas di Kampung Darat Benta Pemandangan Indah dan Kampung Gelam, Mukim Kedawang, di sini, menyebabkan dua rumah mengalami kerosakan teruk.

"Enam pesawat Jupiter pulang hari ini (semalam) bagaimanapun penyertaan syarikat Indonesia dan lain-lain di dalam LIMA'15 masih diteruskan.

"Ia adalah penyertaan pertama pasukan aerobatik Jupiter One Indonesia di Langkawi. Namun, tragedi (terhempas) itu menyebabkan kami terpaksa menarik diri," katanya selepas melawat empat juruterbang Indonesia itu di Hospital Langkawi (HL), di sini, semalam. Read More>>

Awas !! ‘Si warak’ putar alam

Oleh Mohd Hasbi Sidek
hmetroshahalam@hmetro.com.my


Shah Alam: Berselindung di sebalik perwatakan warak di laman sosial Facebook (FB), seorang lelaki menggunakan medium berkenaan untuk memperdayakan orang ramai bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.

Lelaki berasal dari Cheras itu akan menghubungi mangsa untuk mendapatkan belas kasihan berbentuk wang ringgit dengan alasan menyambung pengajian di sebuah pusat pengajian Islam di Jambi, Indonesia.

Malah, lelaki berusia dalam 20-an berkenaan turut menyertakan surat tawaran pengajian daripada institusi berkenaan bagi meyakinkan individu yang cuba diperdaya mengenai 'niat' sebenar dia meminta derma. Read More>>

Polis Kedah : Sting tumpas dua kumpulan kongsi gelap dadah



SUNGAI PETANI - Dua kumpulan kongsi gelap dikenali Geng 04 dan Geng 36, yang aktif mengedar dadah di kawasan Sungai Petani, berjaya ditumpaskan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman bersama-sama polis Kedah dalam serbuan pada Khamis dan Jumaat lepas.

Timbalan Komander II Sting, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata dalam tiga serbuan itu, polis menahan enam suspek iaitu lima lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 53 tahun, termasuk ketua Geng 04.
  
"Serbuan pertama pada 12 Mac lalu, pukul 9.15 malam, kami menahan kereta dinaiki dua lelaki berusia 26 dan 32 tahun, dan merampas dadah jenis heroin seberat 5.4 kilogram, dianggarkan bernilai hampir RM120,000.

"Dua lagi serbuan pada 13 Mac, antara pukul 12.30 pagi hingga pukul 2.30 pagi di Sungai Division, Bukit Selambau dan Taman Seri Wang, Sungai Petani, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini. Read More >>

Kajian Merdeka Center tak halang Pas laksana hudud


Mohd Hatta Mohd Ramli
Mohd Hatta Mohd Ramli


KUALA LUMPUR - Kaji selidik dari Merdeka Center mengenai maklum balas responden berhubung isu hudud tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menghalang Pas Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, kajian tersebut hanya maklum balas logik daripada responden berdasarkan soalan yang diajukan.

"Responden hanya diberikan pilihan sama ada memilih hudud atau pembangunan di Kelantan.

"Saya pasti responden juga tidak bercakap secara menyeluruh mengenai hudud kerana hanya boleh memilih jawapan yang terdapat dalam soalan kaji selidik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Mohd Hatta mengakui pembangunan di Kelantan sedikit perlahan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Saya boleh katakan kerajaan negeri akan melaksanakan kedua-duanya (hudud dan pembangunan)," jelasnya.

Sebelum ini tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Center terhadap 1,008 pengundi mendapati 84 peratus responden berpendapat Kelantan perlu memberi tumpuan kepada pasca pemulihan banjir. Read More >>




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...