TERKINI :

Monday, March 16, 2015

Kerajaan jawab pasaipa depa beli jet baru

Isu jet: JPM jawab dakwaan Rafizi

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama

Nurul Izzah ditahan kerana ucapan di Parlimen, kata peguam

OLEH YASMIN RAMLAN

Peguam PKR R Sivarasa berkata Nurul Izzah Anwar hari ini ditahan mengikut Akta Hasutan berdasarkan ucapannya di Parlimen dan bukannya perhimpunan #KitaLawan.

Menurut ahli Parlimen Subang itu, pihak polis tidak akan menahan reman anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Kalau ikutkan siasatan dijalankan atas Akta Hasutan berdasarkan ucapan di Parlimen.

"Jadi kita tidak tahu siapa bos itu tetapi itulah kedudukan sekarang. Itulah maklumatnya," katanya.

Katanya Nurul Izzah ada juga membuat keterangan berkenaan perhimpunan #KitaLawan, namun beliau ditahan kerana ucapannya di Parlimen.

Beliau juga mengulas mengenai imuniti ahli Parlimen dengan berkata pendirian sebagai ahli Parlimen perlu ada kekebalan untuk apa yang diperkatakan di Dewan Rakyat.

"Jangan cakap lagi negara kita negara demokrasi.

"Jadi pasukan dari pada Bukit Aman yg diketuai oleh ASP Muniandy sekarang menahan Nurul Izzah yang sekarang ini berada di tingkat 9 dan mereka sekarang ini dalam proses mendokumentasikan kenyataan. Jadi saya minta semua penyokong sabar. Kita tunggulah tindakan mereka," katanya.

Terdahulu, ahli Parlimen Lembah Pantai itu diarahkan memberikan keterangan di balai polis berkenaan.

Menerusi akaun Twitternya @n_izzah, Nurul Izzah berkata: "ASP Muniandy memaklumkan saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bkt Aman."

Nurul Izzah pada jam 2.30 petang tadi memberitahu pemberita polis memberikan notis kepadanya untuk memberi keterangan berkaitan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Apa yang mengejutkan ialah kehadiran ASP Muniandy serta 2 kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediaman ayahanda saya di Segambut," katanya. – 16 Mac, 2015. MI

Sultan Kelantan sokong Hudud dilaksanakan

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Perkara tersebut dinyatakan baginda ketika bertitah dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Kelantan ke-13.

"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-Allah," titah baginda.

Kerajaan negeri Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan DUN, Rabu ini.

Persidangan DUN Kelantan bermula hari ini hingga Khamis selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.

Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.

Mahathir 'berkerat rotan berpatah arang' dengan Najib

JIKA dibandingkan dengan semua serangan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak selama ini, intipati yang terkandung dalam tulisan di blognya semalam bertajuk "1MDB" adalah yang paling tepat kepada sasarannya.

Beliau tidak saja membangkitkan pelbagai perkara yang menjadi kecurigaan ramai mengenai syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi dan dibebani hutang itu, malah juga membangkitkan mengenai kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang diperkatakan ramai berkawan rapat dengan Jho Low, individu paling dicurigai dalam segala masalah berkaitan 1MDB.

Bagi mereka yang mengikuti siri serangan dan kecaman Mahathir, terutama sejak beliau menarik balik sokongannya daripada Najib, inilah pertama kali sasaran kritikannya ditujukan kepada ahli keluarga Najib.

Sebelum ini, Mahathir hanya menumpukan serangannya kepada pelbagai aspek kelemahan kepimpinan Najib semata-mata dan beliau tidak pernah menyentuh sesiapa selainnya walaupun perkara mengenai isteri dan anak tiri Perdana Menteri itu sudah menjadi percakapan umum yang kian merata di mana-mana.

Dengan membangkitkan mengenai 1MDB tetapi dalam masa yang sama mengaitkannya dengan kekayaan anak tiri Najib serta harta peninggalan Tun Razak, serangan Mahathir ini jika difahami tidak lain ialah ditujukan kepada Rosmah Mansor yang sudah sekian lama dianggap beban paling berat kepada Najib, Umno dan kerajaan.

Cukai dan 'ULAMA CUKAI'...!!!

oleh MUFTI PERLIS 
Dr MAZA

http://i.ytimg.com/vi/rfJSZ94u6ME/maxresdefault.jpg 

Pada Jun 2008 semasa saya menjadi Mufti Perlis kali pertama, saya menulis sebuah artikel berjudul AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN. Artikel turut disiarkan oleh Akbar Utusan Malaysia pada masa itu. Artikel ini merujuk kepada isu harga minyak melambung naik pada zaman itu. Pihak kerajaan berkempen agar rakyat berjimat cermat dan ‘mengubah gaya hidup’. Golongan agama juga digunakan untuk berkempen. Kenaikan harga minyak secara mendadak yang dilakukan oleh pihak kerajaan ketika itu amat membebankan lapisan masyarakat yang berpendapatan rendah. Berikut beberapa potongan dari artikel berkenaan;

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Najib PM ‘boros’ beli jet peribadi baru lagi..ini yang ke 6 milik Kerajaan Malaysia

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2015/03/newjet1.jpg
KUALA LUMPUR 16 MAC : Sikap ‘boros’ Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.

Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.

“Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia (seperti di dalam gambar yang disertakan membuktikan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB,” kata Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.

Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.

Cara hendak bezakan produk Milo asli dan tiruan?

 KUALA LUMPUR: Milo Malaysia mengeluarkan satu gambar untuk membantu pengguna membezakan pek produk Milo yang asli dengan yang tiruan.

Gambar yang dikongsi melalui akaun rasmi Milo Malaysia dan turut dikongsi di akaun Facebook Nestle menampilkan dua bungkusan Milo.

“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” kata syarikat itu.

Memetik laporan Sinar Harian, pada Jumaat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut.

Tidak sehaluan dengan Hadi, 17 AJK PAS Kawasan Batu bermufarakah dari kepimpinan PAS Pusat


GOMBAK: 17 daripada 25 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Kawasan Batu mengambil keputusan drastik dengan bermufarakah dari kepimpinan PAS yang ada sekarang.

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan sikap kepimpinan PAS Pusat khususnya presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, Abdul Hadi gagal bertindak menangani isu-isu dalaman sehingga tercetusnya krisis yang berlarutan dalam parti.

"Krisis yang sudah menjadi rahsia umum ini, merupakan krisis paling teruk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1982 selepas Presiden PAS ketika itu, Datuk Mohd Asri Muda dijatuhkan, kira-kira 30 tahun yang lalu," katanya pada sidang media dii Madrasah Tarbiah, di sini, hari ini.

'Umno sokong hudud bukan petanda k'jaan perpaduan'

 
Persetujuan Umno Kelantan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri PAS bagi meluluskan enakmen hudud, bukan petanda pembentukan sebuah kerajaan perpaduan.

Ketika menegaskan demikian, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa rakan-rakan Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - supaya tidak membiarkan isu itu memecahkan gabungan itu.

Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

"Namun jangan pula bila Umno menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda Umno akan bergabung dengan PAS.

"Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong," tulis Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim memberi contoh mengenai pendirian yang senada antara pemimpin Pakatan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu 1MDB.

Umno-BN terus tipu orang Melayu

Oleh RAYUSA

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/03/01/08/22/perhimpunan%20perpaduan%20melayu.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
SEJAK mendengar berita Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu (MPPM) akan diadakan saya sudah menyangka ia adalah acara anjuran ataupun ada kaitan dengan dan mendapat sokongan/tajaan kerajaan Umno-BN.

Apabila program yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, 28 Februari lalu itu dihadiri oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak yang turut berucap berdegar-degar, sangkaan saya memang tepat.

Hebahan atau promosi MPPM itu juga disiarkan menerusi rancangan bual bicara televisyen milik Media Prima Berhad yang dimaklumi adalah media kerajaan Umno-BN.

Semasa berucap dalam MPPM, Najib menggariskan tujuh amanat sebagai rujukan kepada orang Melayu bagi menjamin mereka terus maju dalam abad ke-21. Antaranya termasuklah keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berilmu dan mengukuhkan ekonomi mereka.

Perkara lain yang ditekankan oleh Najib ialah keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni, dan memelihara institusi keluarga.

Apa sudah jadi dengan 'karisma' Presiden PAS, adakah aura semakin pudar?

Hadi dapat pencalonan pertama, dengan kelebihan 6 undi sahaja
Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam petang ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Mac, 2015.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam petang ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Mac, 2015.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam petang ini.

Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu.

Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang.

Sebelum ini, PAS Kota Baru mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala PAS Kota Tinggi mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan itu.

PAS kawasan Parit Sulong dan Batu Sapi yang juga selesai mengadakan mesyuarat agung dipercayai akan mencalonkan nama selain Hadi sebagai presiden.

Apakah Najib, Seperti Selalu, Hanya Mampu Diam Dan Bisu Juga?

Shahbudin Husin,

Jika dibandingkan dengan semua serangan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak selama ini, intipati yang terkandung dalam tulisan di blognya semalam bertajuk "1MDB" adalah yang paling tepat kepada sasarannya.

Beliau tidak saja membangkitkan pelbagai perkara yang menjadi kecurigaan ramai mengenai syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi dan dibebani hutang itu, malah juga membangkitkan mengenai kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang diperkatakan ramai berkawan rapat dengan Jho Low, individu paling dicurigai dalam segala masalah berkaitan 1MDB.

Bagi mereka yang mengikuti siri serangan dan kecaman Mahathir, terutama sejak beliau menarik balik sokongannya daripada Najib, inilah pertama kali sasaran kritikannya ditujukan kepada ahli keluarga Najib.

Sebelum ini, Mahathir hanya menumpukan serangannya kepada pelbagai aspek kelemahan kepimpinan Najib semata-mata dan beliau tidak pernah menyentuh sesiapa selainnya walaupun perkara mengenai isteri dan anak tiri Perdana Menteri itu sudah menjadi percakapan umum yang kian merata di mana-mana.

Selepas selesai PRK DUN CHEMPAKA, Umno kembali lawan Pas

PENGKALAN CHEPA: Biar pun calon bebas mengambil posisi ditinggalkan Umno di Dun Chempaka, namun lawan sebenar PAS selepas pilihan raya kecil nanti ialah Umno dan Barisan Nasional (BN).

Anggota parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau pernah bertembung dengan calon bebas pada pilihan raya umum lepas.

“Calon bebas yang bertanding di Parlimen Pasir Mas ketika itu menggunakan lambang bunga raya. Selepas pilihan raya calon bebas hilang entah ke mana, dan kita hanya berdepan Umno dan BN.

“Sekarang situasi serupa berlaku di Chempaka di mana Umno juga tidak bertanding. Hanya calon bebas yang berdepan dengan PAS sekarang,” katanya pada ceramah di sini semalam.

Pada pilihan raya umum lepas Nik Abduh berdepan dengan calon bebas, Datuk Ibrahim Ali di parlimen Pasir Mas setelah calon BN Che Johan Che Pa tidak menyerah borang pencalonan.

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila tewas dengan majoriti 8,047 undi.

PRK Chempaka pula menyaksikan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berdepan dengan empat calon bebas.

Pilihan raya berkenaan diadakan berikutan kematian bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan Dun berkenaan sejak 1986.

Nik Abduh yang juga anak arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, PAS tetap berdepan dengan Umno sampai bila-bila selagi parti itu meneruskan dasar sekular dan menolak perundangan Islam. –HARAKAHDAILY 15/3/2015

1MDB, Dr M, hudud, DAP, PAS, Pakatan

TIMMY SAY

1Malaysia Development Berhad (1MDB) – kemelut yang sedang melanda Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi satu isu yang membolehkan rakyat menolak Umno-BN selain Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tuduhan rasuah dan salah guna dana awam yang sering dibangkitkan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).

PR perlu terus percaya kepada perjuangan mereka Umno-BN akan tumbang kerana isu rasuah, 1MDB, kos sara hidup, GST dan cukai-cukai baru yang akan diketengahkan jika perbendaharaan negara terus bocor.

Jangan ragu isu yang bakal tenggelamkan Umno-BN. Lebih-lebih lagi, perkara ini disahkan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui tangan dan mulutnya baru-baru ini.

Najib Razak.

Dr Mahathir mungkin hanya berminat hendak melihat Najib mengalami nasib yang sama dengan Pak Lah.

Tapi jangan pandang kecil pada usaha Dr Mahathir, yang sering kali menguntungkan PR.

Ketika beliau berusaha menghalau Pak Lah, BN kehilangan 2/3 majoriti buat kali pertamanya di PRU12, satu perkara yang tidak pernah berlaku lagi di Malaysia ketika itu.

Pada PRU13, bilamana Dr Mahathir mula merungut mengenai Najib, BN kehilangan 7 kerusi lagi kepada PR.

Bayangkan apa yang akan berlaku pada PRU14 dengan soalan serangan Dr Mahathir terhadap kekayaan ahli keluarga Najib?

PR, terutamanya DAP, perlu terus percaya dan percaya betul-betul tanpa sebarang was-was asakan Dr Mahathir dan isu seperti 1MDB, GST dan lain-lain isu penyelewengan yang duit awam seperti Pembinaan PFI yang mempunyai hutang berpuluh bilion dengan KWSP dan SRC International yang mengambil RM4 bilion hutang daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) akan menumbangkan Umno-BN.

DAP perlu yakin dan percaya tiada isu lain yang akan dapat menghalang rakyat Malaysia untuk terus menolak Umno-BN di PRU14 termasuk perbezaan dan perbalahan sekejap-sekejap di antara parti-parti komponen PR, termasuklah isu pilihan raya pihak berkuasa tempat dan hudud.

Isu hudud di Kelantan sudah berumur 23 tahun. Kalau manusia berumur begitu, dia sudah diberikan hak mengundi di bawah perlembagaan untuk menentukan parti mana yang disokongnya waktu pilihan raya.

Oleh itu, DAP usah jerut leher PR dan PAS dengan isu hudud. Jangan susah hati pasal hudud.

Seluruh rakyat Malaysia tahu DAP menentang hudud. Mereka tahu DAP tak boleh terima hudud atas hujah perlembagaan. Mereka kenal pendirian tegas DAP. Apa yang PAS buat tidak boleh disalahkan pada DAP. Rakyat tahu. Pengundi bukan Islam tahu.

Tapi seperti kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, takkanlah sebab Dr Mahathir menyerang isu 1MDB sebagaimana PR menyerang Najib, kita sudah boleh menganggap Dr Mahathir ini sudah tidak mahu Umno dan ingin bersama PR?

Begitu juga dengan PAS dan DAP. Takkan kerana DAP menentang hudud, PAS tidak mahu lagi bersama PR, dan takkan kerana PAS sayangkan hudud, DAP tidak mahu lagi bersama PR? Tentu bukan, kan?

Seperti yang ditegaskan Ustaz Tuan – yang pasti, PAS dan DAP masih bersama menentang Umno-BN. Bukankah itu sudah cukup?

Ataupun perjuangan menentang hudud ini jauh lebih penting daripada perjuangan membebaskan negara daripada Umno-BN bagi DAP? Harapnya bukan. – 16 Mac, 2015.

Langkawi - Bapa trauma lihat pesawat jatuh atas rumah anak

LANGKAWI - Seorang warga emas dikatakan secara tiba-tiba meracau atau bercakap tidak karuan akibat trauma apabila melihat sebuah pesawat Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ke atas rumah anaknya di Kampung Gelam, Mukim Kedawang, di sini.

Kejadian dikatakan berlaku hanya 10 meter di depannya. Akibat itu Abu Mutalib Said, 70, terpaksa dimasukkan ke Hospital Langkawi kerana mengalami trauma psikologi.

"Mangsa melihat sebahagian pesawat jatuh ke atas rumah dua anaknya dan meletup sebelum terbakar di depan matanya, mengakibatkannya mengalami trauma yang serius," kata Pakar Perunding dan Penasihat Perubatan Kecemasan Lima'15, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah.

Beliau berkata susulan itu mangsa dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan 'critical insiden stress management' (CISM).

"Kami melakukan rawatan CISM termasuk terapi pernafasan bagi mengurangkan tekanan dan mangsa kini sedang tidur dengan tenang tanpa tiada kecederaan fizikal padanya," katanya.

Dua pesawat aerobatik pasukan Jupiter milik AU-TNI terhempas dalam kejadian kira-kira 2.04 petang selepas dipercayai bergesel di udara ketika melalukan latihan sebelum menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di sini.

Sebuah daripadanya dipercayai terhempas ke atas rumah anak mangsa.

Dr Abu Hassan berkata anggota keluarga mangsa yang lain turut ditenangkan serta diberi kaunseling.

"Kita akan tahan mangsa buat sementara di wad untuk mengadakan rawatan lanjut. Apa-apa pun kita bersyukur kerana tiada orang di dalam rumah-rumah tersebut ketika kejadian," katanya. - Bernama

Operasi cari nelayan jatuh dalam laut diteruskan

ALOR SETAR - Operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari sebuah bot nelayan di Perairan Tanjung Jaga, Pulau Bidan dekat Yan diteruskan hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Mohd Firdaus Bukari berkata, pasukan penyelamat menjalankan operasi pencarian sejauh 6.5 batu nautika dari persisiran pantai.

Mohd Firdaus memberitahu, operasi yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi semalam terpaksa dihentikan pada pukul 7 malam berikutan kadar penglihatan pada sebelah malam sangat rendah.

"Kita terpaksa menghentikan operasi semalam dan hari ini operasi telah bermula sekitar pukul 8 pagi tetapi pasukan menyelamat menghadapi kesukaran berikutan keadaan laut bergelora," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian semalam, Azren Lateh, 35, yang berasal dari Jalan Kuala Kedah dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika hendak membaiki papan di bahagian belakang bot yang dinaiki bersama rakan yang lain.

Beliau berkata, operasi mencari mangsa, disertai sembilan anggota bomba, serta lima penyelam dari unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Sungai Petani yang menggunakan dua bot bomba. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...