TERKINI :

Sunday, March 15, 2015

Untuk PRU14 Mukhriz dah start dah, manakala Mahfuz apa cerita pun tak tau!!

Persediaan hadapi PRU14 perlu bermula sekarang, Mukhriz

Persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 perlu bermula daripada sekarang dan menjadi fokus setiap anggota jentera parti negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata jentera parti tidak seharusnya menunggu saat akhir, justeru katanya setiap aktiviti di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu dipergiatkan serta merta bagi mengetahui setiap permasalahan rakyat mengikut sesuatu kawasan.

Menteri Besar Kedah itu turut mencadangkan agar setiap bahagian dan cawangan parti memberi penerangan dan melakukan perbincangan dalam bentuk kumpulan kecil.

Khalayak lebih mengenali kita, sekali gus boleh mematahkan dakyah yang dilontar pihak tidak bertanggunjawab, itu satunya cara atasi tohmahan yang disebar melalui media sosial," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Kedah hari ini.

Mukhriz turut menegur sikap sesetengah anggota parti yang sudah mula membincangkan mengenai pemilihan parti, sedangkan tarikh sebenar belum diketahui."Kita langsung tidak tahu tarikh pemilihan, tetapi mereka sudah ada gerakan mengambil kedudukan untuk mengukuhkan kempen mereka dalam parti.

Saya fikir ini tidak produktif dan tidak membantu kita ketika menghadapi pilihan raya umum."Saya cadangkan kita tidak perlu fikirkan sangat hal itu, akan ada masanya kita fokus terhadapnya, bukan sekarang. Lebihkan tumpuan kepada menyediakan diri menghadapi pilihan raya umum," katanya.

Mengenai hubungan antara Umno negeri dengan pucuk pimpinan Umno pusat, beliau menegaskan tidak ada sebarang masalah dan perselisihan berlaku, seperti diceritakan sesetengah pihak tidak bertanggunjawab.

"Kami sangat baik dan mesra, apa saja masalah Umno tahu macam mana nak selesaikan. Jangan bimbang mengenainya," kata beliau.Katanya ia jelas dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Konvensyen Umno Kedah semalam, sekali gus menunjukkan hubungan baik dan mesra dengan Presiden Umno itu. – Bernama, 15 Mac, 2015.

PAS Shah Alam mahu status quo

Walaupun menjadi kawasan yang lantang terhadap kepimpinan tertinggi PAS, mesyuarat agung tahunan PAS Shah Alam hari ini membuat keputusan mengekalkan status quo.

Selepas undi, PAS kawasan itu mencalon mengekalkan lima penyandang untuk mempertahankan lima jawatan teratas, iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Jawatan itu kini masing-masing disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, Mohamad Sabu sebagai timbalannya dan tiga naib presiden, iaitu Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk jawatan presiden, terdapat beberapa nama dicadangkan tetapi selepas pengundian, ia memihak kepada Hadi.

Pemimpin kanan kawasan itu ketika dihubungi enggan menyatakan siapa yang ditimbulkan untuk menggantikan Hadi.

Pesawat terhempas ketika latihan LIMA'15

Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi, hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Langkawi berkata nahas berlaku pukul 2.04 petang ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berlanggar di udara dan terbabas.

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.

Nasib kedua-dua juruterbang masih belum diketahui.

Seorang saksi, Husin Ahmad, 25, berkata beliau ternampak juruterbang sempat menyelamatkan diri menggunakan payung terjun.

"Saya sedang makan, tiba-tiba ternampak kedua-dua pesawat itu berlanggar sesama sendiri di bahagian ekor menyebabkan ia berasap sebelum terhempas.

"Saya juga nampak seorang juruterbang sempat terjun menggunakan payung terjun," katanya.

Seorang lagi saksi Zairi Halim, 35, berkata dia sedang makan tengah hari sebelum anaknya berlari balik ke rumah dan memberitahu ada jet terhempas berdekatan kawasan rumah mereka.

Sementara itu, seorang lagi saksi berkata pesawat Jupiter milik Indonesia yang terhempas di Kedawang itu turut mengakibatkan sebuah rumah penduduk tempatan terbakar.

Kebakaran itu kemudiannya dipadamkan anggota bomba.

Pameran LIMA'15 yang dijadual berlangsung bermula 17 hingga 21 Mac ini akan menyaksikan lima pasukan, termasuk AU-TNI, membuat pertunjukan akrobatik.

- Bernama

Najib mai rasmi YAYASAN PEMBANGUNAN PONDOK MALAYSIA di KUIN

Najib rasmi PKP Kuin

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menerajui kajian dan penyelidikan institusi pondok di Nusantara apabila menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP), yang mula beroperasi 1 Mac lalu.

Rektornya, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, PKP diwujudkan untuk menjalankan kajian lebih meluas terhadap institusi pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia dan luar negara bagi menambah khazanah ilmu dan pengetahuan.

Mohd Yusof berkata demikian ketika majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Kuin dengan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Najib, yang juga penaung YPPM turut merasmikan pusat kajian itu secara simbolik dengan menandatangani sebuah plak.

Pada majlis itu, Kuin diwakili Mohd Yusof manakala YPPM diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dilantik sebagai Pengarah PKP yang pertama.

Berdasarkan MoU itu, Kuin akan menyediakan kepakaran dan kakitangan yang diperlukan untuk program yang dijalankan, termasuk kemudahan penyelidikan dan bantuan berbentuk fizikal seperti perpustakaan, dewan serta sokongan logistik.

Manakala YPPM akan menyediakan kepakaran dan bantuan berbentuk fizikal termasuk logistik dan jaringan.

Adakah Mahathir akan disingkir dari UMNO sekali lagi?

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kedah pada Sabtu bahawa UMNO mampu mengekalkan kuasa jika 'jemuan-jemuan' (watak jahat) tidak berada dalam parti merupakan serangan balas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kata DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata, nama yang terlintas di fikiran sebaik Najib berkata demikian ialah, bekas Presiden UMNO, Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

"Najib telah memilih Kedah untuk melakukan serangan, berucap di hadapan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, apabila semua orang yang ada di konvensyen itu dan di luar tahu bahawa yang dimaksudkan "jemuan jemuan", yang diselar oleh Najib adalah tidak lain daripada bapa Mukhriz, Tun Mahathir.

"Apakah Perdana Menteri dan Presiden UMNO paling lama berkhidmat disenaraikan sebagai "watak-watak jahat yang tidak dimahukan dalam UMNO" oleh Najib?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Najib dengan jelas membalas kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini, dengan menegaskan UMNO mampu untuk kekal berkuasa jika 'watak jahat' tidak berada dalam UMNO.

"Adakah Najib cuba untuk mengusir Mahathir dari UMNO, yang akan menjadi satu isu lain untuk Mahathir - berada di luar UMNO tiga kali, dua kali dipecat daripada UMNO dan sekali keluar dengan sendiri," katanya lagi.

Kit Siang turut mempersoalkan kenyataan Najib dalam ucapannya yang menegaskan beliau tidak akan melindungi apa-apa kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.

Katanya, kes melibatkan pembunuhan Altantuya, pembunuhan Teoh Beng Hock dan kenyataan berunsur perkauman yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan kes yang tidak diadili dengan sewajarnya.

"Bagaimana Najib boleh terangkan mengenai kegagalan untuk memastikan bahawa orang yang zalim menghadapi tindakan di bawah undang-undang dalam tiga keadaan tersebut?" katanya.

Benarkah rakyat Kelantan mahu ekonomi, bukan hudud

Rakyat Kelantan mahu ekonomi, bukan hudud
OLEH JULIA YEOW, Malaysian Insider

Ketika kerajaan negeri Kelantan bersedia membahaskan pindaan kepada undang-undang Syariah pada Rabu ini, bagi membuka jalan kepada pengenalan semula hudud, tumpuan kini kembali tertumpu kepada negeri Melayu yang konservatif ini.

Kelantan hampir secara eksklusifnya diperintah PAS, parti Islam yang beberapa kali cuba – kali terakhir pada 1993 – melaksanakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.

Hakikat yang ia merupakan agenda PAS sejak awal bagaimanapun tidak membuatkan menjadikannya topik membosankan bagi negara dan isu hudud masih menarik perdebatan.

ini – mengalihkan fokus mereka daripada hudud kepada isu keperluan asas.

"Semua perbincangan dan kekecohan tentang hudud ini hanya orang luar Kelantan yang kisah," kata Gan Jun Qi, 30, yang memiliki kedai kopi yang popular di Kota Baru.

"Ia bukan sesuatu yang orang sini fikir atau bualkan. Kami lebih kisahkan ekonomi, harga barang yang meningkat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan bagaimana hidup kami akan terjejas disebabkan semua ini."

Sementara keadaan pasca banjir di Kota Baru kini semakin pulih, masih dapat dilihat tinggalan banjir Disember lepas di jalanan, seperti kesan air lumpur di dinding rumah dan kedai serta bekalan makanan yang berkurangan termasuk ikan dan sayur.

"Kesan banjir kali ini melibatkan semua orang," kata Rosnita Nordin, pesara kakitangan awam yang sedang membeli belah di pagi minggu di pasar Kota Baru.

"Harga ikan naik sebab nelayan kita ramai yang kehilangan bot dan tempat tinggal. Masih tidak pasti akan datang apa yang akan jadi," katanya.

Pembangunan ekonomi dan infrastruktur, atau ketiadaan pembangunan itu, selama ini menjadi faktor utama yang menjadi perbalahan dalam pemerintahan PAS di negeri itu.

Parti itu mengumumkan peruntukan sebanyak RM281.61 juta bulan lepas untuk pembangunan 2015, jumlah yang dilihat orang ramai sangat kecil dalam keadaan kemiskinan infrastruktur sedia ada di negeri tersebut. – 15 Mac, 2015.

Awas !! Ada sindiket menjual MILO TIRUAN di pasaran..!!

KPDNKK rampas produk Milo tiruan

KPDNKK rampas produk Milo tiruan
KPDNKK berjaya rampas produk Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 di Seremban, semalam


SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil Nestle di Taman Mulia itu, terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah tersebut.

"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik. Read More>>

Apa Sudah Jadi NAJIB, Pembangkang & Mahathir seiring menyerang beliau ketika ini

Kritikan Tun M bukti rakyat tolak Najib

Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiasat polis membuktikan bahawa penjelasan  kerajaan mengenainya telah ditolak rakyat.
 
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menegaskan pendirian Dr Mahathir itu semalam jelas menunjukkan maklumat yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menimbulkan keresahan rakyat.
 
"Saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibawa oleh Dr Mahathir berhubung 1MDB, malah, kami biasanya membicarakan perkara yang sama.
 
"Bezanya beliau BN dan saya PR, tetapi kesepakatan mengenai 1MDB ini menunjukkan isu 1MDB adalah isu besar yang melangkaui perbezaan politik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Read More>>

TUDM beri persembahan terbaik di Lima'15


LIMA'15
LANGKAWI - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah bersiap sedia untuk memberi persembahan terbaik yang mempunyai lebih nilai tambah pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15) yang akan bermula, Selasa ini.
    
Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad berkata, beberapa acara baharu dan pesawat baharu akan dipamerkan dalam edisi Lima' 15 kali ini, iaitu sesuatu yang berbeza berbanding pameran sebelum ini.
     
"Selain daripada persembahan aerobatik yang sentiasa menjadi kemestian di mana-mana persembahan udara, akan terdapat juga pameran statik yang menampilkan teknologi penerbangan terkini seperti dalam sistem trafik udara, radar dan UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) yang boleh menambah nilai kepada penglibatan kita (dalam Lima) tahun ini," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan latihan akhir pertunjukan udara Lima'15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, hari ini. Read More>>

Alor Setar bakal jadi bandar dalam taman


Alor Setar bakal jadi bandar dalam taman
Kelopak bunga tekoma gugur dalam longkang di Jalan Raja.


ALOR SETAR - Bandaraya Alor Setar bakal muncul sebagai bandar dalam taman ataupun bandaraya bunga dalam tempoh terdekat antara lima sehingga 10 tahun nanti.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, kewujudan bunga tekoma atau dikenali sebagai sakura Kedah mendapat sambutan ramai.

"Rata-rata penduduk menyambut baik keindahan panorama bandaraya Alor Setar umpama musim bunga setahun sekali berlaku antara Mac hingga April ini.

"Oleh demikian, pelbagai perancangan dilaksanakan bagi mengindahkan landskap bandar raya ini berdasarkan sambutan berkenaan," katanya.

Antaranya katanya, kerja-kerja pengubahsuaian landskap dilakukan bagi mewujudkan lokasi khas bunga tekoma dikenali sebagai Taman Sakura Malaysia di bandar raya ini.

Menurutnya, dua kawasan berpotensi dikenal pasti sebagai Taman Sakura Malaysia iaitu Taman Awam Peremba dan Taman Jubli Emas, di sini.

"Kira-kira 60 pokok tekoma sudah pun ditanam di Taman Jubli Emas, manakala kerja-kerja menanam 200 pohon sama sedang dalam pembinaan kini.

"Idea mewujudkan lokasi khas berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan riadah sekeluarga dipenuhi bunga sakura Kedah diperoleh melalui respons positif penduduk," katanya.

Malah katanya, mana-mana pihak pemaju dikenakan syarat menanam bunga sakura Kedah mulai tahun ini bagi merealisasikan bandar dalam taman di Kedah.

"Kira-kira 400 pokok tekoma berwarna putih, merah jambu dan kuning sedang berkembang mekar sekitar Alor Setar sejak minggu lepas.

"Untuk, itu, kira-kira 500 pokok tekoma lagi akan ditanam dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menghiasi dan mencantikkan landskap bandaraya Alor Setar," katanya.


Pendang : Seorang maut, 3 cedera kereta langgar bas ekspres

http://1.bp.blogspot.com/-l4foMQyZLqc/T032E1WHN1I/AAAAAAAAAzY/oOyTHPwgWeE/s1600/IMG_4546.JPG

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum dirempuh sebuah bas ekspres dalam kejadian di KM55.2 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara dekat Pendang, awal hari ini.

Kejadian pada pukul 5.15 pagi itu mengakibatkan Wan Mohd Fahili Wan Halim, 32, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan manakala isterinya yang dikenali sebagai Azlinda, 38, serta ibu bapa Wan Mohd Fahili, Wan Halim Wan Abdullah, 60, dan Siti Zaleha Ismail, 56, cedera parah.

Difahamkan empat sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuchai Lama, Kuala Lumpur ke Kodiang bagi menghadiri kenduri kahwin seorang saudara. 

Mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). 

Pemandu bas ekspres, Arzanizuan Hamzah, 39, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan membawa 46 penumpang dari Kuala Lumpur ke Terminal Bas Shahab Perdana, di sini.

Katanya, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian kiri dahi akibat serpihan cermin bas manakala 46 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.  - Bernama

Pas Kota Tinggi calonkan Husam untuk jawatan Presiden

JOHOR BAHRU - Pas kawasan Kota Tinggi hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden sekaligus menyaksikan kerusi yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mendapat tentangan selepas sebelum ini Pas Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan Pas Johor, Onn Jaafar dalam satu kenyataan berkata, Pas Kota Tinggi yang mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 28 pada hari ini sebulat suara memutuskan untuk memberi pencalonan tersebut kepada Naib Presiden Pas itu.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan P156 Taman Hijrah di sini telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Hanipa Maidin.

Turut berlangsung hari ini, mesyuarat Pas Kawasan Parit Sulong yang akan memutuskan calon Presiden Pas selepas mesyuarat pada minggu hadapan.

Perkara itu disahkan Yang Dipertuanya, Khairuddin Abdul Rahim yang memberitahu, pihaknya masih mengharapkan pimpinan yang sedia ada terus menerajui parti berkenaan baik di peringkat pusat mahu pun negeri.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan di peringkat negeri, pihaknya tidak mempengaruhi atau menetapkan sebarang ketetapan untuk perwakilan dari negeri ini mengundi atau mencalonkan sesiapa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...