TERKINI :

Saturday, March 14, 2015

PAS dan kepimpinan ulama

Oleh Mujahid Yusof Rawa

Walaupun kepimpinan ulama wujud dalam PAS sejak awal 1980-an, perdebatannya masih berterusan khususnya menjelang pemilihan parti. Isu kepimpinan ulama menjadi sandaran kepada pihak tertentu untuk membuktikan kesetiaan kepada perjuangan parti.

Kepada yang mengkritik dan mempertikaikan kepimpinan ulama harganya amat tinggi malah boleh menjejaskan peluang untuk menang dalam pemilihan parti nanti. Persoalan sebenar yang harus ditanya ialah, apakah sebenarnya isu di sebalik kepimpinan ulama ini?

Nama dan sejarah

Nama kepimpinan ulama itu sendiri merujuk kepada wujudnya kuasa dalam parti yang diberi nama Majlis Syura Ulama (MSU) yang diwujudkan untuk memastikan dasar Islam PAS tidak diselewengkan kepimpinan eksekutif khususnya pengalaman PAS melalui pemusatan kuasa yang tinggi kepada presiden semasa kepimpinan Tan Sri Muhammad Asri Muda.

Tidak dapat dinafikan juga pengaruh konsep wilayatul faqih yang dianjurkan Imam Khomeini melalui kemenangan Revolusi Iran turut mempengaruhi lahirnya Majlis Syura Ulama. PAS yang baru keluar daripada kemelut pasca Asri memerlukan penjenamaan baru maka lahirlah nama "kepimpinan ulama" bagi menghimpun semula kekuatan, malah ia menggelar dirinya "PAS Baharu" ketika itu.

Nama kepimpinan ulama ialah kerana adanya MSU di mana keahliannya adalah khusus kepada golongan ulama yang berpendidikan formal agama. Ahli MSU dilantik dan bukan melalui pemilihan terbuka seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti manakala mursyidul am akan dipilih antara ahli syura untuk memimpin MSU.

Eksekutif parti

Roh perlembagaan parti menetapkan kuasa eksekutif sebagai penggerak dan pelaksana dasar parti serta mengurus pentadbiran harian parti. Syarat dan keahlian juga jelas malah tiada kriteria latar belakang pendidikan tertentu yang ditetapkan untuk menjadi anggota eksekutif sehinggalah ke jawatan presiden. Presiden dan seluruh anggota eksekutif parti dipilih muktamar dan tiada syarat khusus mereka mesti daripada kalangan ulama untuk dicalonkan.

Kebebasan memilih calon presiden dan ahli eksekutif lainnya berasaskan pilihan perwakilan dan bukan atas syarat ulama. Kalaupun ulama sebagai presiden terpilih maka ia adalah atas pilihan muktamar bukan kerana kedudukan "ulama"nya. Fahaman dan asas ini penting sebab potensi bakal kepimpinan boleh digilap daripada pelbagai latar belakang dan tidaklah terbatas untuk kelompok tertentu saja.

Jawatan presiden

Sementara saya bersetuju ahli eksekutif parti mestilah berbagai latar belakang namun saya kurang bersetuju untuk mengehadkan jawatan presiden mahupun timbalannya hanya kepada kelompok ulama. Apatah lagi dikhususkan ciri seperti "faqih" dan "mujtahid" sehingga kita tidak dapat membezakan antara keperluan bidang tugas utama Majlis Syura Ulama dan jawatankuasa eksekutif parti.

Presiden sebagai ketua kepada ahli jawatankuasa eksekutif parti dan sekali gus pemimpin semua ahli PAS tertumpu kepada bidang tugas pengurusan, membuat strategi dan melaksanakan taktikal parti serta terlibat dalam perhubungan awam membawa imej parti dalam dan luar negara.

Bagi menjalankan tugas ini kebolehan dan keupayaan presiden lebih terletak kepada kepakaran pengurusan organisasi parti, memahami disiplin strategi dan taktikal serta mempunyai kadar dan tahap perhubungan awam yang tinggi.

Al-Quwwah dan al-Amanah

Ibnu Taimiyah (meninggal dunia 728H) dalam menetapkan kriteria keupayaan kepimpinan meletakkan konsep al-Quwwah dan al-Amanah sebagai kriteria utama dengan meletakkan seorang yang terbaik dalam bidang utama tugas dipikul. Dalam bukunya Al Siyasah al-Syari'yah fi maslahah al Ra'yi wa al Ra'iyah menyebut:

"Hendak dipastikan orang terbaik, baik pada setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah.” (Al Qasas 26).

Tambah Ibnu Taimiyah lagi:"Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. Al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan. Al-Quwwah dalam kehakiman manusia memerlukan ilmu keadilan dan kemampuan melaksanakan hukum. Al-Amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan kepada Allah, tidak menjual ayat Allah dengan harga murah dan tidak takut kepada manusia".

Jawatan presiden dalam parti politik Islam adalah bidang tugas pengurusan organisasi, ketajaman strategi dan kebolehan mengurus perhubungan awam serta pantas dan licik bersaing dalam pentas politik yang diceburi. Presiden parti juga perlu mempunyai visi dan misi memerintah negara dengan situasi yang ada dalam negara tersebut. Ringkasnya jawatan presiden adalah ekspresi kepada keperibadian pengurusan, ahli strategis dan mempunyai ciri seorang negarawan. Paling penting meyakini dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Terserah kepada perwakilan

Namun demikian perwakilan mempunyai hak dan pilihan untuk menentukan arah tuju parti dengan membuat pilihan mereka sendiri. Mereka juga harus bijak memahami situasi PAS yang sudah melewati batas kaum dan agama dalam membawa misi politik Islam. PAS hari ini bukan saja untuk ahli PAS tetapi ramai yang menaruh harapan PAS membawa perubahan jadi ahli PAS bukan saja memilih kepimpinan untuk dirinya tetapi juga kepada orang ramai dalam muktamar akan datang.

Namun jikalau perwakilan PAS mahukan seorang yang "mujtahid" dan "faqih" mereka harus faham siapakah yang dikatakan "mujtahid" dan "faqih" menurut piawaian yang ditentukan syariat Islam bukan daripada piawaian mulut mereka yang mempermudah syarat "faqih" dan "mujtahid".

Apabila RAFIZI seirama dengan TUN MAHATHIR...

Rafizi: Ya Mahathir, BN akan hilang undi

Pandangan Tun Dr Mahathir bahawa kontroversi sekitar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan kekalahan BN dalam pilihan raya, dipersetujui pengkritik lantang syarikat itu Rafizi Ramli.

"Saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibawa oleh Tun Mahathir berhubung 1MDB.

"Malah, kami biasanya membicarakan perkara yang sama. "Saya bersetuju dengan penulisan Tun Mahathir bahawa isu 1MDB ini akan membuatkan BN hilang undi dalam PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," kata Rafizi (kiri) merujuk kepada tulisan di blog Mahathir semalam.

Menurut Rafizi lagi, tulisan Mahathir itu juga menunjukkan bahawa penjelasan demi penjelasan yang dibuat kerajaan dan 1MDB diragui oleh orang ramai.

"Ia menunjukkan minat yang mendalam oleh rakyat Malaysia mengenai perkembangan 1MDB ini.

"Maklumat yang sampai setakat ini juga telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga mereka mencari-cari maklumat mengenai 1MDB.

"Itu bermakna penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri sekarang mengenai 1MDB ditolak oleh rakyat," kata Rafizi lagi.

Mahathir dalam tulisannya semalam menggesa agar siasatan forensik dan bukannya audit semata-mata, dilakukan ke atas syarikat pelaburan negara itu.

Usul kecam presiden Majlis Peguam gagal : 161 Sokong 1194 Menentang

Usul untuk mengecam Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dalam perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu oleh sekumpulan peguam 100 peguam, yang digelar G100, gagal.

Usaha itu hanya disokong oleh 161 peguam berbanding jumlah besar 1,194 yang menentangnya.

Usul itu bertujuan menggesa Leong menarik balik kenyataannya dan meminta maaf berhubung ulasannya terhadap sabitan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbahasan usul itu mengambil masa kira-kira 2 jam, termasuk penjelasan Leong sendiri.

Seorang peguam yang enggan namanya disebut berkata Leong tegas enggan memohon maaf.

“Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap salah faham pengkritiknya.

“Kenyataannya tidak pernah menyerang kehakiman seperti apa difikirkan oleh G100,” katanya.

AGM Majlis Peguam berlangsung tertutup dan hanya untuk peguam sahaja.

Kira-kira 100 peguam pada 21 Februari mendesak Leong menarik balik kenyataan dan memohon maaf terbuka berhubung sabitan kes Liwat II.

Rungutan ahli-ahli berkenaan berhubung kenyataan Leong bertarikh 11 Februari, sehari selepas Anwar disabitkan.

Leong, dalam kenyataan itu berkata Anwar "dianiaya" dan bukannya "didakwa".

GST: PAS Kedah cabar k'jaan negeri nyata pendirian


KUALA LUMPUR: PAS Kedah menyokong penuh kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan memberi kesan tidak baik terhadap rakyat Malaysia di mana rakyat tidak menyokong tindakan tersebut.

"PAS Kedah kekal dengan pendirian bahawa cadangan pelaksanaan GST mulai 1 April 2015 ini hendaklah dibatalkan atau sekurang-kurangnya ditangguhkan," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mencabar Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir supaya menyatakan pendirian rasmi kerajaan negeri terhadap pelaksanaan GST tersebut.

"Adakah Menteri Besar bersetuju atau membantah sikap yang diambil oleh Tun Dr Mahathir berhubung pelaksanaan GST?" soal beliau.

Katanya, jika Kerajaan Negeri Kedah berdiam diri, bermakna mereka bersetuju dengan GST dan menyanggah pendirian Mahathir.

Justeru, kata beliau Mukhriz hendaklah segera mengeluarkan kenyataan tegas bagi pihak kerajaan negeri berhubung isu GST supaya rakyat tidak terkeliru. - HARAKAHDAILY 14/3/2015

Apabila pegawai JASA UMNO bercakap bab GST dengan RAFIZI

Rafizi: GST sukar ditarik balik jika sudah dilaksana

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, cukai barang dan perkhidmatan (GST) sukar ditarik balik sekiranya sudah dilaksanakan kerana melibatkan kos yang tinggi.

Namun, katanya, sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14,  kadar GST akan disifarkan.

“Satu cara hapuskan GST dan pada masa yang sama mengekalkan sistem perakaunan dengan memastikan kadar standard 6 peratus dijadikan kosong peratus, jadi semua tidak ada cukai.

“(Jika) Pakatan rakyat menang nanti, yang penting rakyat tidak membayar cukai. GST terus dilaksanakan tapi kadar dikosongkan, kosong bermakna tidak ada GST,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini untuk mendapat penjelasan mengenai ceramahnya di forum GST malam tadi.

Forum bertajuk 'GST Sejauh Manakah‎ Pelaksanaannya Menyelesaikan Krisis Ekonomi' berlangsung di Universiti Malaya.

Seorang lagi panel ialah anggota Panel Pemikir Jasa, Lokman Noor Adam.

Rafizi turut menambah, pakatan boleh meletakkan cukai terendah berbanding cadangan enam peratus sekarang, kepada satu atau dua peratus, bergantung dengan kadar pendapatan rakyat.

Katanya, cara terbaik untuk mengimbangi cukai terbabit selain daripada menutup ketirisan adalah dengan mencukai golongan kaya raya melalui Cukai keuntungan modal (CGT), dan membezakan cukai golongan berpendapatan tinggi dan yang rendah.

'Tak adil'

“Awak kerja biasa tapi bayar cukai sama macam orang kaya, jadi itu tidak adil kan,” katanya.

Ketepi ‘jemuan’, ‘tukang kipas’ dalam Umno, kata Najib

 Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata parti mampu terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya semua yang berperangai buruk tidak wujud dalam parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata parti mampu terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya semua yang berperangai buruk tidak wujud dalam parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Mac, 2015.

Perdana menteri hari ini meminta anggota Umno mengetepikan “jemuan” dan “tukang kipas” dalam parti yang sering mengadudombakan antara satu sama lain sehingga menggugat perpaduan di kalangan anggota.

Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno, berkata Umno berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya “jemuan-jemuan” (berperangai buruk) ini tiada dalam parti.

"Jemuan ini lebih teruk daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka yang mengadudombakan antara sesama kita, sehinggakan perselisihan kita diperbesar-besarkan, sehingga menggugat perpaduan dalam parti.

Jangan dedah kelemahan HADI aja, dedah aja kesemua PIMPINAN PAS yang lemah dan gagal..!!

Dedah kelemahan Hadi elak PAS terus rosak
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

http://www.rakyatnews.my/images/october/rakyatnews_pimpinan-pas-pusat.jpg
Sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti, kata Mohamed Hanipa Maidin.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata, pimpinan perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

“Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah,” kata ahli Parlimen Sepang itu pada sebuah forum bertajuk “Ke mana PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz”, anjuran portal Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

“Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya.”

Hanipa berkata apa yang berlaku kepada Hadi kini mirip sebagaimana yang digambarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menerajui kerajaan.

Katanya, Dr Mahathir pernah menceritakan segala apa yang dilakukannya dianggap betul kerana tiada siapa yang berani menegur.

Nik Amar sedia tanding Timb. Presiden jika ada kawasan hendak calonkan dia

Nik Amar sedia tanding jawatan nombor dua

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bakal mempertimbangkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas jika dicalonkan.

Namun begitu, menurutnya, ia terpulang kepada perwakilan untuk menentukannya memandangkan setakat ini Pas Kawasan Kota Bharu sahaja yang sudah adakan mesyuarat, minggu lalu.

“Setakat ini tidak ada lagi (pencalonan), terlalu awal untuk mengulas perkara ini,” katanya kepada media di JKR10, di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Pas Pusat yang turut dihadiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan kepimpinan pusat serta negeri parti Islam itu.

Pas gesa fatwa GST disemak semula

SHAH ALAM - Pas menggesa agar fatwa keharusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan disemak semula.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, GST tidak menepati tiga syarat harus dalam Islam.

Menurutnya, syarat pertama cukai dibenarkan adalah negara dalam keadaan terdesak dan benar-benar memerlukan.

"Semakan belanjawan negara menunjukkan kerajaan ada sumber lain yang boleh dioptimumkan bagi menambah hasil pendapatan dan jelas kerajaan tidak terdesak," katanya.

Menurutnya, keperluan mendesak itu harus berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan.

"Realitinya, kerajaan masih boros dalam berbelanja sehingga negara mengalami defisit 18 tahun berturut-turut.

"Semakan Laporan Audit Negara, dianggarkan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion ketirisan pengurusan perbelanjaan tiap tahun," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu. Dr Mohd Khairuddin berkata, syarat ketiga adalah cukai berkenaan hanya perlu dikenakan kepada golongan mampu.

"GST dikenakan berasaskan perbelanjaan dan perkhidmatan bukannya berasaskan pendapatan menyebabkan rakyat yang tidak ada lebihan pendapatan boleh guna terpaksa membayarnya," katanya.

Menurutnya, contoh yang paling mudah rakyat yang mengeluarkan wang menggunakan kad bank ATM berbeza (Meps) dikenakan caj 6 sen GST selain RM1 caj perkhidmatan Meps.

Beliau menyatakan kesediaan jika dipanggil Jawatankuasa Fatwa bagi pandangan syarak terhadap GST.

Hangpa tengok sat apanama kilang kat Kulim yang tak bagi kakitangan solat nie..!!

Pekerja terpaksa solat bersembunyi

Pekerja terpaksa solat bersembunyi
Haiza sedang ditemu ramah wartawan.


KULIM - Hampir setahun seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di bandar ini yang hanya mahu dikenali Haiza, 28, terpaksa menunaikan solat secara bersembunyi di tempat kerjanya.

Haiza yang juga terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa setelah kematian kedua orang tuanya berkata, sejak dari mula dia memperoleh pekerjaan tersebut pihak syarikat telah memberi peringatan mengenai perkara itu.

Menurutnya, akibat terdesak dan memerlukan wang untuk menanggung perbelanjaan adik-beradiknya dia terpaksa menerima pekerjaan tersebut dan akur akan syarat itu.

"Pada awal saya ditemu duga lagi pihak syarikat telah memberitahu tidak boleh solat di tempat kerja, namun saya terpaksa terima pekerjaan itu kerana keadaan mendesak.

"Saya terpaksa mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga dan lokasi yang dekat dengan tempat tinggal supaya mudah untuk memantau adik-beradik saya.

"Saya memang terkejut dengan syarat tersebut namun seorang staf di bahagian sumber manusia syarikat tersebut sempat berpesan supaya melakukan solat secara sembunyi," katanya kepada Sinar Harian. Read More >>

Kedah catat peningkatan demam denggi


denggi

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 34 peratus kes demam denggi atau 211 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 7 Mac lepas berbanding 157 kes yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail bagaimanapun berkata, setakat ini tiada kes kematian akibat demam denggi direkodkan.

Katanya, terdapat lapan daerah yang menunjukkan peningkatan iaitu Yan yang mencatatkan peningkatan 1,300 peratus iaitu kosong kes bagi tempoh Januari hingga 7 Mac tahun lepas kepada 13 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

Kedua tertinggi ialah Bandar Baharu dan Sik yang masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 400 peratus - Bandar Baharu dengan empat kes berbanding kosong manakala Sik, lima kes berbanding satu kes bagi tempoh sama tahun lepas.

"Bagi tempoh yang sama tahun ini, Kulim mencatatkan 53 kes diikuti Kota Setar (45 kes), Kubang Pasu (23 kes), Baling (17 kes) dan Padang Terap (10 kes)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Norhizan berkata, terdapat dua lokaliti wabak baharu dilaporkan iaitu di Air Hitam, daerah Kubang Pasu dan Taman Kota Nelayan, daerah Kota Setar.

"Sehingga 7 Mac lalu, kumulatif lokaliti wabak yang dicatatkan adalah tujuh lokaliti berbanding dua lokaliti seluruh negeri Kedah bagi tempoh yang sama tahun 2014 dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 250 peratus," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh itu, pihaknya telah melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan demam denggi dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 57,724 premis dan mendapati terdapat 1,194 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

"Kami telah mengeluarkan sebanyak 461 kompaun berjumlah RM 213,500.00 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 56 Notis bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan aedes.

"Aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 secara berkala juga akan diadakan dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas premis yang didapati terdapat pembiakan aedes," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 77,173 premis di seluruh Kedah dan sebanyak 38,435 premis telah diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik.

"Orang ramai perlu menjaga kebersihan persekitaran kawasan perumahan masing-masing dengan memastikan sampah sarap dibuang dengan kaedah yang betul selain perlu memeriksa premis kediaman dan kawasan persekitaran mereka sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu serta memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Paling penting, mereka perlu mengetahui gejala demam denggi seperti demam kuat secara mengejut, sakit kepala, sakit sendi, ruam pada badan dan amaran awal seperti sakit perut, cirit-birit dan muntah berterusan bagi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran," katanya. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...