TERKINI :

Wednesday, March 11, 2015

Hanipa ulangi cabar Shafee debat kes Anwar

Ahli parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin sekali lagi mengulangi cabarannya untuk berdebat dengan peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanipa, yang juga seorang peguam, mengulangi cabaran itu dalam Dewan Rakyat sewaktu perbahasan semalam.

"Ya, saya bersedia untuk berdebat dengan Shafee atau sesiapa sahaja, termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

"Ia boleh berlaku (gandingan antara) saya dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dengan Shafee dan Khairy.

"Kita boleh berdebat di mana sahaja termasuk di RTM," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Baguih punya akal MP UMNO, menteri dia suruh istihar harta mai dia tak payah sebab mp biasa katanya

MP Umno: Menteri Kabinet pun kena isytihar harta

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin berpandangan Menteri Kabinet juga perlu mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Jelasnya, dengan cara tersebut rakyat akan lebih yakin dengan menteri sekali gus dapat memperlihatkan sisi jujur dan amanah perilaku menteri yang dipertanggungjawabkan mentadbir negara.

“Seharusnya begitulah (isytihar harta),” katanya ringkas kepada Sinar Online.

Sementara ditanya bagaimana pula dengan dirinya, Bung berkata beliau bukanlah seorang menteri dan berpandangan beliau tidak perlu berbuat demikian.

“Saya bukan menteri, hanya ahli parlimen biasa,” katanya.

Rafizi semalam dalam satu sidang media mendedahkan bahawa beliau memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM11,171, di samping mendapat faedah sebanyak RM4,000 sebulan daripada simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera.

Di samping mendapat RM3,000 sebulan sebagai perunding korporat, beliau juga mengisytiharkan mempunyai aset sebanyak RM1.56 juta dan hutang RM395,937.

Hutang naik mendadak, kini RM740 bilion

 
Hutang luar negara Malaysia meningkat mendadak sebanyak tiga kali ganda kepada RM740 bilion dalam suku ketiga tahun lepas daripada RM196 bilion pada akhir tahun sebelumnya.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), Kementerian Kewangan berkata kenaikan tinggi itu akibat "takrifan baru" hutang luar negara.

Kementerian juga berkata dua pertiga tambahan hutang itu akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara.

Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenaikan harga ubat-ubatan akan membebankan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2015.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenaikan harga ubat-ubatan akan membebankan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2015.

Terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.

"Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi'," katanya pada sidang media di Serdang, hari ini.

"Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya.

Bekas perdana menteri yang lantang itu berkata demikian mengulas kenyataan tidak semua ubat-ubatan, termasuk yang penting, akan dikecualikan daripada GST.

Haron Din dilantik mursyidul am Pas

Majlis Syura PAS pada Ahad lepas sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am parti yang baharu bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis itu, yang terdiri daripada 15 anggota mewakili pelbagai pihak, membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Mereka turut melantik pemangku ketua Dewan Ulama PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob sebagai timbalan mursyidul am PAS.

Penolong setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dicapai berdasarkan perlembagaan PAS yang memberi kuasa kepada seluruh anggota Majlis Syura melantik individu paling layak mengetuai mereka sebagai mursyidul am.

"Berdasarkan perlembagaan parti, Majlis Syura akan menentukan jawatan itu (mursyidul am dan timbalan) setiap lima tahun," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Jawatan mursyidul am PAS kosong berikutan penyandangnya, Nik Aziz, yang juga bekas menteri besar Kelantan meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Allahyarham Nik Aziz menyandang jawatan mursyidul am sejak 1995.

- Bernama

PAS bukan hak milik keluarga, PAS merupakan parti politik...!!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


TITM kata, biarlah orang tak setuju dengan ayah kita, tapi anak-anak janganlah begitu.

Mungkin maksud beliau, presiden Pas sekarang adalah ayah kepada ahli Pas.

Pas bukan keluarga. Pas parti. Dalam keluarga memang anak tak boleh melawan ayah, berdosa. Anak tetap anak. Dia tidak boleh ambil alih tempat ayah.

Dalam parti, lawan ketua bukan salah. Ahli boleh ambil tempat ketua bahkan boleh gulingkan ketua. Anak tak boleh gulingkan ayah.

Datuk Asri pernah digulingkan. Salahkah?

Tolonglah. Jangan urus Pas macam urus keluarga. Uruslah Pas macam parti politik.

SUMBER >> KLIK SINI

Kasih Fadzil Noor kepada ahli PAS

A Shukur Harun


Merenung situasi di dalam PAS sekarang ini, yang tentunya setiap orang mempunyai tanggapan sendiri mengenai punca krisis yang berlaku ini, saya - mungkin juga sahabat lain - terkenang kembali beberapa pesan dan nasihat bekas Presiden PAS, allahyarham Fadzil Mohd Noor.

Lebih-lebih lagi mengingat Muktamar Tahunan PAS ke-61 akan berlangsung Jun depan, maka ingatan dan nasihat tokoh besar ini semakin segar, bahkan air mata mengalir mengenangkan pesannya itu, ketika PAS dilanda krisis sama sendiri, seoah-olah tiada damainya.

Bayangkan jika allahyarham masih ada hayatnya dan menyaksikan krisis dalaman yang berlaku ini, betapa remuk hatinya dan tentunya mengambil langkah segera mencari punca masaah dan menyelesaikannya.

Ini kerana allahyarham sangat menitikberatkan perpaduan jemaah dan sangat mengasihi semua ahli PAS. Dengarlah apa katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Kali Terakhir di Muktamar Tahunan PAS:

"Kalau dapat saya hendak meneruskan lagi ucapan saya di depan hadirin/hadirat ini kerana saya sangat sayangkan ahli PAS semuanya dan saya enggan berpisah dengan anda semua. Tetapi saya terpaksa menamatkan juga ucapan ini."

Maklumat tersirat kenyataan Muhyiddin berkenaan 1MDB yang mengejutkan Najib

Oleh Timmy Say

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/11/23/main_018_2311a_24p2_zuliantie_1.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebegitu tegas dan jelas mengenai sikap sepatutnya yang ada pada kerajaan terhadap 1Malaysian Development Berhad (1MDB) mengejutkan ramai, termasuk Umno dan bosnya Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Muhyiddin yang selama ini berdiam diri membuka mulutnya sehari selepas Najib mengarahkan ketua audit negara menyiasat 1MDB.

Dalam kenyataannya, Muhyiddin menyarankan “lembaga pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urus niaga 1MDB”.

Untuk makluman, Najib bukan salah seorang ahli lembaga pengarah 1MDB. Najib hanya pengerusi barisan penasihat 1MDB.

Beliau dibantu 9 ahli lain termasuk bekas Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassim selaku penasihat khas, Pengerusi Abu Dhabi Executive Affairs Authority Khaldoon Khalifa Al Mubarak, bekas Menteri Kewangan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Fahami masej Pas Kota Bharu kenapa tidak cadang Hadi

http://1.bp.blogspot.com/-oy994bCJrSg/T-MgH5BlDiI/AAAAAAAAGbY/RfIVXI4LkSQ/s1600/Tuan-Ibrahim-Tuan-Man.jpg

RIMAS MALAM                                                                              

Tidak sampai 12 jam Pas Kota Bharu membuat cadangan agar Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi calon untuk mencabar jawatan presiden yang dipegang oleh Abdul Hadi Awang, bekas Adun Jengka itu telah membuat kenyataan menolak cadangan Pas Kota Bharu itu.

Penolakan awal itu mungkin bagi mengelakan pencalonan beliau itu menjadi viral di media baru. Selain itu juga untuk menyatakan kesetiaan kepada presiden sekarang ini. Sambil menolak pencalonan itu sempat juga Tuan Ibrahim berkempen untuk mengukuhkan kepimpinan ulama, specialnya Abdul Hadi.

Katanya pencalonan itu sesuatu yang mengejutkan yang tidak membina keutuhan parti. Sebenarnya ia bukan mengejutkan, dan pencalonan itu adalah untuk membuka demokrasi. Orang seperti Tuan Ibrahim sahaja menganggap demikian.

Bagi saya tindakan Tuan Ibrahim itu sedikit terlebih dan teperasaan apabila dia merasakan Pas Kota Bharu "ikhlas" mencadangkannya. Saya tidak fikir kalau Tuan Ibrahim menjadi pilihan Pas Kota Bharu untuk mengganti Abdul Hadi Awang. Kerana apakah bezanya beliau dengan Abdul Hadi. Kalau ditukar Tuan Ibrahim dengan Abdul Hadi, seperti menukar capar dengan terompah sahaja.

Penerangan 1MDB Najib kepada Ketua Bhgn UMNO, Barangkali Mereka Ini Murid Yang Terlalu Pintar...

Shahbudin Husin,


Masih ramai yang bercakap tentang Himpunan Solidariti menyokong Najib Razak berkaitan 1MDB yang dihadiri oleh seramai 153 Ketua UMNO Bahagian pada Ahad lalu.

Selain ketidakhadiran beberapa Ketua Bahagian termasuk Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir serta ramai yang lain dan mengapa Perdana Menteri menggunakan pintu belakang yang terus menjadi bualan, hasil pertemuan itu yang mengatakan mereka berpuas hati dengan penjelasan mengenai 1MDB juga menjadi topik perbualan yang berterusan.

Pada mulanya tiada yang berasa hairan atau terkejut bila dilaporkan bahawa semua Ketua Bahagian yang hadir berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam pertemuan itu.

Rata-rata mengatakan oleh kerana tujuan pertemuan itu ialah untuk menyatakan sokongan kepada Najib itu, maka kenyataan yang mengatakan mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan adalah sesuatu yang wajar dan normal.

Memandangkan mereka berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, tentunya ramai yang beranggapan bahawa banyak soalan telah dikemukan dalam pertemuan itu. Biasanya natijah berpuas hati itu hanya muncul setelah semua soalan atau keraguan mengenai 1MDB mendapat penjelasan yang meyakinkan daripada Najib.

Rakaman TV AL HIJRAH | Pentas Dakwah | S.S Dr.M Asri & Ust Kazim : Carik-carik Bulu Ayam



SUMBER : KLIK SINI

Petisyen Anwar ke Rumah Putih muncul semula

 

Tetiba hari ini muncul semula PETISYEN dalam laman web amerika  WHITE HOUSE tuu.. semalam masa layan TV3 bukan main depa ulas bab nie... siap kata tandatangan guna robot sebabtu kena remove dari laman web tersebut... tetiba bila bangun pagi nie tup tup dah dapat 105,957 dan yang menandatangani petisyen tersebut...

Nasib hangpa la labu....nah sapa nak sain lagi petisyen tersebut sila KLIK SINI

Cerita Semalam :

Pas bukan tak pernah berpecah


Pas
Bahagian 1

Dalam 64 tahun usianya, Pas sudah banyak kali dilanda konflik. Meskipun demikian, parti itu terus kekal wujud hingga hari ini.

Pada peringkat awal penubuhannya, pengasas Pas, Haji Ahmad Fuad Hassan sendiri keluar meninggalkan parti apabila mesyuarat agung khas untuk membuat keputusan sama ada Pas akan menyertai National Convention yang dianjurkan Tunku Abdul Rahman ataupun National Conference yang dibawa oleh Datuk Onn Jaafar, tidak berpihak kepadanya.

Ahli Pas membuat keputusan untuk bersama dengan Tunku sedangkan Haji Ahmad Fuad sendiri lebih cenderung kepada Datuk Onn. Beliau meninggalkan Pas sama seperti Datuk Onn meninggalkan Umno yang diasaskannya.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Pas bawah pimpinan Datuk Asri Muda menyertai Perikatan selepas mendapat persetujuan dalam satu mesyuarat agung khas dengan majoriti kecil. Keputusan itu turut membawa pengunduran beberapa tokoh lama Pas yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Pinjaman peribadi: Ramai terpedaya kerana nafsu


duit 
"MACAM tak cukup untuk pinjam RM5,000. Isteri encik kerja? Berapa gaji isteri? Apa kata kami tawarkan pinjaman bersama.

"Kami kenakan faedah 10 peratus sebulan. Setuju?
  
"Bagi saya kad ATM suami isteri. Kalau encik nak meminjam, ini adalah syarat kami. Tulis no pin kad kamu.
  
"Tandatangan baucar kosong. Ini baucar kami nak keluarkan duit. Ini RM4,500 setelah ditolak RM500 untuk proses, setem, peguam dan angkat sumpah."
  
Meskipun dialog ini adalah sedutan video yang dihasilkan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) tetapi ia antara modus operandi (MO) segelintir syarikat pemberi pinjaman wang berlesen.
  
Menurut Yang Dipertua PKP, Samsudin Mohamad Fauzi, video ini dihasilkan selepas membuat pemerhatian dan intipan ke atas 50 syarikat pemberi pinjaman wang berlesen.
  
Samsudin berkata, MO syarikat pemberi pinjaman itu ternyata menipu dan menganiaya pengguna.
  
Bagaimanapun, di sebalik paparan dan peringatan, masih ramai yang tidak mengetahui hak mereka apabila berurusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan pihak tersebut kerana dibelenggu nafsu untuk mendapatkan pinjaman mudah.
   

Syabas Dr Asri, Ustaz Kazim!


Syabas Dr Asri, Ustaz Kazim!

SHAH ALAM - "Saya telefon (Mufti Perlis, Datuk) Dr Asri Zainul Abidin untuk menemukan beliau dengan Datuk Kazim Elias dalam satu pentas, beliau dengan pantas terus bersetuju."
 
Demikian antara 'imbasan kembali' bibit pertemuan semula Kazim dan Asri selepas dilaporkan berlaku pergeseran sebelum ini sepertimana yang 'dicuit' oleh moderator program Pentas Dakwah, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi siaran TV Al-Hijrah yang berlangsung malam ini.
 
Jelas Asyraf, 'sapaan' itu diibaratkan sebagai satu teladan yang sangat baik.
 
"Ini satu suri teladan apabila pertelagahan boleh terus berdamai, inilah pengajaran yang baik," katanya.
 
Sementara itu, Asri ketika ditanya mengenai perkara tersebut, berkata: "...sebagai seorang Muslim, kita perlu melihat kepada penyelesian berdasarkan anjuran agama kita (Islam) kerana panduan Islamlah yang dapat meleraikan segala kekusutan.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...