Chalet masih ditegah beroperasi  
Yong Kong (kanan) memeriksa kualiti air kolam sebuah chalet di Yan, semalam.

YAN - Sebuah chalet, di sini, yang menjadi kontroversi berikutan kematian seorang kanak-kanak perempuan dipercayai akibat jangkitan kencing tikus Disember lalu masih belum dibenarkan beroperasi.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, keputusan itu dibuat kerana pihak pengurusan chalet belum mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa berkaitan.

“Selepas kejadian kencing tikus yang didakwa berlaku di chalet ini, maka operasinya terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

“Kita ada terima permohonan untuk beroperasi semula bulan lalu tetapi masih dalam proses pertimbangan,” katanya kepada media selepas melawat bersama agensi berkaitan ke sebuah chalet persendirian di sini, semalam.