Persatuan doktor bantah dasar DS  
Dr Samigan (empat, kiri ) menyerahkan memorandum bantahan penolakan dasar DS kepada Awaludin, semalam.

SEREMBAN - Persatuan Doktor Islam Malaysia Negeri Sembilan dan Gabungan Doktor-doktor Umum Negeri Sembilan, menolak pelaksanaan Dasar Pengasingan Preskripsi dan Dispensi Ubat-Ubatan (DS) dan Rang Undang-Undang Farmasi.

Presidennya, Doktor Samigan Selamat berkata, dasar dicadangkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan itu tidak wajar dan ditolak berdasarkan beberapa fakta utama.

Katanya, sistem klinik swasta sebagai pusat sehenti mendapatkan rawatan dan ubat adalah terjamin kewujudannya mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFSA 2006).

“Malah sistem klinik swasta untuk mendapatkan rawatan serta ubat-ubat diakui Badan Kesihatan Dunia (WHO) adalah yang terbaik, serta memudahkan rakyat. Oleh itu, mengapa perlu tukar kepada sistem yang belum tentu keberkesanannya.