TERKINI :

Sunday, March 8, 2015

Laporan: Nama 'PM' diguna pintas Bank Negara

Hartawan Low Taek Jho didakwa menggunakan nama “PM” untuk memintas Bank Negara dalam pinjaman AS$1 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diberikan pada Petrosaudi lima tahun lalu, lapor Sarawak Report.

Laman pembocor maklumat itu semalam mendedahkan komunikasi e-mel yang menunjukkan Low memberitahu bos Petrosaudi bahawa pinjaman itu tidak harus diisytiharkan kepada Bank Negara kerana boleh menyebabkan “kelewatan yang tidak perlu”.

Laporan itu sebahagian daripada dakwaan pendedahan berkaitan 1MDB oleh Sarawak Report semalam.

Berdasarkan e-mel itu, lapor laman itu, Low memberitahu pengarah PetroSaudi Patrick Mahony, bahawa “PM” menandatangani pinjaman itu dan kebenaran Bank Negara tidak perlu.

1MDB dan Ops Licin SPRM

Oleh Tok Perak

http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2015/02/1mdb-feat-650x400.jpg
BANYAK sangat soksek-soksek mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang oleh pihak pembangkang dianggap sebagai salah satu skandal terbesar pernah dialami oleh Malaysia.

Walaupun tidak disiarkan media arus perdana, butiran dan perincian terhadap apa yang dikatakan penyelewengan melibatkan berbilion RM oleh syarikat milik Kementerian Kewangan itu menjadi bahan panas di blog dan media sosial setiap hari.

Malah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun dari semasa ke semasa menyuarakan pandangan negatif terhadap syarikat milik kerajaan yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Tentu sekali orang ramai berasa bimbang dengan angka-angka mega yang dikatakan telah disonglap sehingga mendatangkan risiko tinggi terhadap negara. Orang ramai diberi gambaran bahawa wang rakyat telah diseleweng dan boleh membawa negara ke arah muflis.

Maka arahan Najib supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB, amat dialu-alukan. Laporan Ketua Audit Negara itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Seperti yang dikatakan Najib, juru audit Deloitte telah mengesahkan tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB. Kita tunggu apa hasil semakan Ketua Audit Negara, dan apa pula penemuan PAC.

UG kerjasama dengan Umno : Benarkah profesional PAS cair identiti?

http://www.suarapakatandaily.com/images/stories/umno-dan-pas-565x376.gif
Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, PAS akan cair identitinya sekiranya tersalah langkah.

"Parti Istiqlal dilihat telah meninggalkan banyak dasar-dasar Islam apabila membiarkan pelbagai dasar bercanggah dengan Islam menjadi sebahagian dasar negara Maghribi terutamanya di era kompromi dengan parti sosialis membentuk kerajaan bersama dari tahun 1992 hingga 2007," katanya dalam program perkhemahan Mukhayyam Tarbawi anjuran Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Hulu Langat yang disiarkan dalam laman sosial Facebook Dewan Ulama parti itu.

Ungkapan berkomproni dengan parti sosialis ini mungkin boleh menjelaskan kepada rakyat siapakah yang menjadi dalang di sebalik ucapan Presiden Hadi kebelakangan ini, bahawa PAS adalah parti yang lain daripada lain. PAS tidak sama dengan PKR, Umno dan DAP.

Fahaman sempit

PAS pada era bekas Presiden Fadzil Noor tidak pernah membandingkan parti itu dengan lain-lain parti. Malah PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, NGO mahu pun pertubuhan politik demi perjuangan menumbangkan BN.

Fahaman sempit muncul sejak puak Unity Government (UG) diberi jawatan tinggi dalam PAS. Mereka mengasak Hadi dan mengepung beberapa ulama utama agar tidak lagi mengikut rentak perjuangan golongan profesional PAS.

Perpaduan Umno-PAS: Mampukah ulama PAS bersihkan penyelewengan Umno?

http://www.suarapakatandaily.com/images/stories/RU7/umno.jpg
Komen pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi melalui akaun Facebooknya mencadangkan PAS dan Umno bergabung melaksanakan hudud mencerminkan kehendak politik terkini puak ulama Unity Government (UG) dalam parti itu.

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.

Sebahagian ulama UG yang selama ini didakwa berunding di belakang tabir dengan Umno demi mewujudkan kerajaan perpaduan kini telah semakin berani melontarkan idea secara terbuka. Sekali gus menyerlahkan betapa pentingnya kewujudkan PasMa yang mahu mengekalkan hubungan ahli PAS dan Pakatan Rakyat.

Mampukah demonstrasi jalan raya gulingkan perdana menteri??

Amin Iskandar

Slogan ‘bebas Anwar’ dilaungkan dan ‘undur Najib’ yang merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut bergema semasa perarakan mega #KitaLawan di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2015.
Slogan ‘bebas Anwar’ dilaungkan dan ‘undur Najib’ yang merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut bergema semasa perarakan mega #KitaLawan di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mac, 2015.

Di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, demonstrasi jalan raya pernah menggulingkan presiden dan perdana menteri, termasuk juga kediktatoran.

Di Malaysia kita masih belum ada sejarah seperti ini walaupun mempunyai sejarah demonstrasi jalan raya termasuk sebelum negara merdeka.

Semalam ribuan manusia membanjiri jalan raya di Kuala Lumpur berdemonstrasi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan lima tahun di atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Walaupun pihak polis mengumumkan perhimpunan semalam sebagai haram, pihak penganjur tetap meneruskannya dan jumlah kehadiran agak besar.

Slogan “bebas Anwar” dilaungkan dan “undur Najib”, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut bergema.

Hadirin berbilang kaum dan disedari kali ini kurangnya kehadiran daripada parti Islam PAS. Mungkin kerana tiadanya arahan rasmi dan keretakan hubungan di antara parti Pakatan Rakyat (PR).

PAS Kota Baru hampir pasti namakan calon untuk cabar Hadi

Yang dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berucap di mesyuarat agung hari ini. Cita-cita PAS untuk mencalonkan nama lain selain daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden mendapat laluan mudah apabila mesyuarat agung hari ini menyerahkan kuasa itu kepada jawatankuasa yang baru terpilih. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mac, 2015.
Yang dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berucap di mesyuarat agung hari ini. Cita-cita PAS untuk mencalonkan nama lain selain daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden mendapat laluan mudah apabila mesyuarat agung hari ini menyerahkan kuasa itu kepada jawatankuasa yang baru terpilih. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mac, 2015.

Cita-cita PAS Kota Baru untuk mencalonkan nama lain selain daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden mendapat laluan mudah apabila mesyuarat agung hari ini menyerahkan kuasa itu kepada jawatankuasa yang baru terpilih.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah diumumkan kekal sebagai yang dipertua PAS Kota Baru di samping mendapat timbalannya yang baru iaitu Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang kedua-duanya menang tanpa bertanding.

Datuk Anuar Tan Abdullah juga kekal sebagai naib yang dipertua PAS kawasan apabila lawan masing-masing menarik diri.

Datuk Takiyudin Hassan, bekas timbalan yang dipertua PAS Kota Baru, menarik diri daripada bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan kali ini.

Lebih dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan yang terpilih hari ini juga adalah pasukan kepada Rahim.

Kota Baru adalah kawasan PAS yang pertama mengadakan mesyuarat agungnya menjelang Muktamar ke 61 pada Jun ini yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan.

Berikutan Saman Terhadap Tony Pua, Apakah Jeritan "Hidup Najib" Akan Lebih Bergema Pada 8 Mac Nanti?

oleh Shahbudin Husin,


Sesiapa pun dapat merasakan kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sudah mulai "goyang" ketika ini. Serangan dan penolakan terhadapnya bukan lagi sekadar mainan media atau cakap-cakap di kedai kopi saja, malah sudah menular menjadi denyut nadi dan kehendak majoriti rakyat.

Semua kelompok masyarakat sudah semakin terbuka memperkatakan mengenai nasib dan masa depannya serta mulai bertanya, berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?

Ada yang berkata Najib akan "pergi" sebaik majlis perkahwinan anak perempuannya selesai pada 29 Mac ini dan ada juga berani bertaruh pengundurannya akan berlaku sebelum Jun ini.

Isu-isu yang mengelilingi Najib secara umumnya sudah terlalu sarat dan tidak boleh diperbaiki lagi. Ia lebih mungkin menjadikannya tertolak atau tersingkir lebih awal daripada jawatannya, berbanding ditemui jalan penyelesaiannya.

Daripada kesemua isu yang ada sekarang ini, skandal berkaitan 1MDB nampaknya menjadi semakin berat hari demi hari dan dengan pelbagai pihak tidak henti-henti membangkitkannya, ia pastilah juga menjadikan tidur Najib tidak lagi senyenyak dulu.

Cabar presiden: Tidak timbul isu perpecahan



GEORGETOWN - Tidak timbul soal perpecahan jika ada pihak ingin mencabar jawatan presiden pada Muktamar Tahunan ke-61 Pas Pusat Jun depan, tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, ada kemungkinan berlaku pertandingan pada pemilihan kali ini walaupun ada yang menyatakan jawatan presiden yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak perlu dicabar.

Menurut Mujahid secara tradisinya jawatan Presiden Pas memang tidak pernah dicabar selepas zaman bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda yang meletak jawatan pada Oktober 1982.

"Tetapi masa berlalu, ahli (Pas) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana Pas mengamalkan demoraksi," kata Mujahid kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata cabaran untuk jawatan presiden mungkin berlaku kerana ahli mengharapkan pemimpin yang boleh membawa hasrat parti dalam keadaan sekarang.

Barah, sakit jantung 'pembunuh' wanita 40an

PETALING JAYA - Penyakit barah payudara, barah pangkal rahim, penyakit jantung dan diabetes merupakan antara penyakit yang menjadi punca wanita berusia 40 tahun ke atas meninggal dunia di negara ini.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Tropicana Dr J. Thaneemalai berkata ini berikutan kebanyakan wanita kurang kesedaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lebih awal selain menjalani gaya hidup yang tidak sihat.

"Selalunya orang takut (lakukan pemeriksaan) sebab kurang kesedaran. Mereka tidak sangka ada penyakit," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'Kesihatan Wanita Usia 40 Tahun Ke Atas' anjuran Pusat Perubatan Tropicana sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan golongan wanita supaya membuat pemeriksaan tahunan termasuk ujian pap smear dan mamogram supaya dapat mengurangkan risiko penyakit itu.

Sementara itu Pakar Perunding Payudara dan Endokrin hospital sama, Dr Zamzuri Zakaria berkata pada masa kini, 30 hingga 40 peratus wanita berusia 40 hingga 50 tahun menghidap barah payudara.

Menurutnya wanita perlu memastikan sebarang perubahan pada payudara serta membuat pemeriksaan lanjut untuk mengenal pasti sebarang punca.

"Kalau kesan lebih awal, kemungkinan untuk kita hidup lebih lama adalah lebih tinggi," kata Dr Zamzuri.

Mengenai serangan jantung, Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dr Haizal Haron Kamar pula berkata wanita mempunyai jangka hayat yang lebih pendek selepas terkena serangan itu, berbanding lelaki.

Ini berikutan wanita pada kebiasaannya mendapat serangan jantung pada usia lebih tua iaitu selepas putus haid selain mendapat simptom penyakit yang berbeza berbanding lelaki.

"Mungkin mereka dapat pada usia 65 tahun, tetapi lelaki mungkin 50 tahun. Kalau dibandingkan usia 65 dan 50 mendapat serangan jantung, pada kebiasaannya pemulihan adalah kurang berbanding yang lebih muda," katanya.

Beliau berkata simptom berbeza yang dialami wanita misalnya sakit di tangan kiri atau sakit pada rahang, turut menyebabkan mereka tidak menyangka mendapat simptom penyakit jantung.

"Kalau kaum lelaki dapat serangan jantung biasanya di bahagian tengah dada, atas sikit ke kiri dan naik ke atas, berpeluh-peluh, tetapi wanita mungkin bukan simptom macam itu. Apabila lambat ke hospital, kebanyakan otot jantung mereka sudah rosak," katanya. - Bernama

LTDL : Beberapa jalan di Langkawi ditutup

LANGKAWI - Beberapa batang jalan di sini akan ditutup mulai pukul 8 pagi esok bagi memberi laluan kepada peringkat pertama perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015.

Ketua Cawangan Trafik Langkawi ASP Mahadzir Mohamad Salleh berkata penutupan jalan itu bermula dari Simpang Tiga ke Pantai Cenang berhadapan jalan ke Meritus Pelangi Beach Resort and Spa.

"Penutupan ini berkuat kuasa sehingga perlumbaan selesai dan saya memohon kepada pengguna-pengguna jalan raya untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi melicinkan lagi proses perlumbaan ini kelak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya 87 anggota polis trafik termasuk dari Bukit Aman akan turut sama membantu mengawal lalu lintas sepanjang perlumbaan meliputi jarak kira-kira 99.2km.

Laluan perlumbaan ini meliputi Underwater World - Bukit Malut - Pekan Kuah -Bukit Beringin - Simpang Ayer Hangat - Teluk Yu - Harbour Park - Kuala Triang -Ulu Melaka - Underwater World. - Bernama

DO Pendang terima Ijazah Sarjana

KUALA KETIL - Pegawai Daerah Pendang, Abdul Rahman Ismail, 56, hari ini memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang pengajaran al-Quran dari Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada konvokesyen ke-16 kolej berkenaan.

Seramai 87 orang menerima ijazah pada sesi pertama.

Beliau berkata, beliau mengambil keputusan melanjutkan pelajaran bagi menambah pengetahuan.

"Pembelajaran sepanjang waktu, itu yang dituntut lebih-lebih lagi bila pegawai kerajaan. Kita mesti mempunyai pengetahuan yang lebih, kalau tidak susah kita hendak mentadbir," katanya kepada pemberita selepas konvokesyen tersebut.

Bapa kepada empat orang anak ini berkata, cabaran utama yang dihadapinya ialah untuk membahagikan waktu antara kerjaya dan pembelajaran.

"Kadang-kadang kalau berlaku bencana, banjir, kebakaran dan ribut taufan, saya terpaksa juga datang ke kelas," katanya.

Sementara itu bagi penerima anugerah tertinggi Imtiyaz Tuanku Canselor, Nuh Zuleffendi, 29, sama sekali tidak menyangka akan menerima anugerah itu.

Beliau yang dilahirkan di Arkansas, Amerika Syarikat menerima Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam, memegang prinsip sentiasa fokus apabila melakukan sesuatu perkara.

"Masa belajar kita belajar, pada masa sama bila kita tunjuk ajar pada kawan, kita akan lebih mudah faham, selain doa mak dan ayah," katanya yang juga sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Kewangan Islam di International Centre for Education in Islamic Finance (Incief) di Kuala Lumpur.

Konvokesyen turut menyaksikan Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin diterima Ummi Norhasrina Ishak; Anugerah Imtiyaz Yayasan Sultanah Bahiyah oleh Nor Hazlizam Ibrahim manakala Anugerah Imtiyaz Rektor diterima Fadhil Anwar Mohd Sani.

Sejumlah 1,338 pelajar menerima Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...