TERKINI :

Saturday, March 7, 2015

#KitaLawan sampai mesej kepada badan pengampunan

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah himpunan #KitaLawan menjadi salah satu saluran tidak formal untuk menyampaikan mesej kepada pihak Yang diPertuan Agong.

Malah beliau turut melahirkan keyakinan bahawa himpunan #KitaLawan yang berlangsung hari ini tidak akan memberi kesan kepada proses pengampunan yang masih belum mendapat kata putus.

"Ini adalah untuk rakyat berikan sokongan. Tiada apa-apa yang bercanggah kerana ini adalah hak rakyat untuk menyuarakan sesuatu yang kita mohon ke bawah duli Tuanku Yang Dipertua Agong untuk melihat bahawa inilah hasrat rakyat," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Sebelum ini, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengemukakan petisyen pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap sabitan kesalahan kes liwat II Ketua Pembangkang itu.

Mengulas lanjut, mengenai tindakan siri jelajah program penerangan kes tersebut, Wan Azizah mendakwa langkah itu terpaksa dibuat ekoran rakyat tidak percaya.

"Kita lihat kerajaan terpaksa membawa Tan Sri Shafee untuk membuat 'roadshow'. Maksudnya, rakyat tak percaya.

"Ini adalah suara rakyat. Kita mahu bersoladiriti dengan Anwar Ibrahim...demokrasi. Kita ada caranya untuk rakyat berhimpun dan di bawah Perlembagaan, ia dibenarkan," katanya.

1MDB: Kanser tahap empat, kabinet pula bersekongkol

KUALA LUMPUR: Pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1 Malaysia Development Berhad (1 MDB) membuktikan bahawa sememangnya 1MDB ini dilanda masalah keraguan integritinya.

"Arahan ini dibuat hanya setelah kita digemparkan dengan pendedahan oleh Sarawak Report bahawa wujudnya penipuan dalam urusniaga 1MDB," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan.

Katanya, yang menghairankan kita, pada masa sama PM mendakwa kabinet telah berpuas hati dengan penjelasan oleh 1MDB dan Deloitte serta berkeyakinan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku dalam 1MDB.

Tambahnya, dalam keadaan 1MDB mengalami kanser di tahap empat ini, kabinet pula ikut bersekongkol dengan Perdana Menteri.

Sepatutnya, kata beliau ahli kabinet bertindak dengan berani menegur PM berkaitan 1 MDB ini demi menyelamatkan wang negara dan sistem kewangan negara daripada terus menanggung beban hutang yang mencecah RM 43 Billion.

Mahfuz berkata, pihak 1MDB hanya tahu menafikan tuduhan yang dilemparkan yang dikatakan berunsur politik dan spekulasi tidak berasas yang mempunyai potensi menjejaskan ekonomi, namun pada hakikatnya kegagalan menguruskan 1 MDB itulah yang akan membawa bencana kepada ekonomi negara ini.

Ini, ujar beliau terbukti apabila syarikat pelaburan nasional, cetusan PM Najib ini telah mengalami kerugian pada tahun lalu dan hampir-hampir gagal membayar hutangnya sehingga melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia.

Bahkan, kata Mahfuz lagi laporan daripada Reuters menyatakan bahawa 1MDB mungkin dibubarkan dalam pelan pembayaran balik hutang-hutangnya.

"Jadi, apa lagi yang hendak dibanggakan dengan 1MDB ini, tindakan kerajaan BN mempertahankannya lagi tidak ubah ibarat 'memikul biawak hidup'," ujarnya yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS. - HARAKAHDAILY 6/3/2015

Banner superimpose HADI UNDUR HADI bertebaran di alam maya

Nampaknya ada pihak mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan pihak dalam pakatan rakyat.

Ketua Pemuda Pas sudah memaklumkan kepada TMI berkenaan gambar tersebut.

Pengajaran dakwaan hadis palsu oleh mufti Perlis

– Maszlee Malik

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/05/DSC_1054.jpg
Terdapat beberapa pengajaran daripada isu dakwaan hadis palsu oleh pendakwah Datuk Mohamad Kazim Elias yang ditimbulkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza iaitu:

1. Dalam pentadbiran kerajaan negeri Perlis, ada pihak tidak amanah dan tidak menyokong mufti negeri. Pihak inilah yang membocorkan surat yang sepatutnya sulit dan rahsia. Akhirnya kerana sikap khianat ini, dua pihak yang sepatutnya dapat berbincang di luar radar media, kini dilihat bertelagah di ruang awam.

Pihak pengkhianat dan tidak beretika ini perlu dikenakan tindakan tata tertib dan jika perlu dibuang daripada jawatannya di atas tindakan tidak profesional dan mala fide beliau atau mereka.

Menteri besar Perlis perlu bersikap tegas dan profesional.

2. Pengajaran untuk para asatizah (harap jangan gunakan istilah ulama) selebriti perlu lebih cermat dan berhati-hati di dalam ucapan mereka. Tiada salahnya mereka melakukan lebih banyak homework. Jika perlu menghadiri kelas-kelas yg lebih khusus untuk mempertingkatkan ilmu agama mereka.

Intellectual humility ataupun bersikap tawaduk di dalam menimba ilmu adalah kata kuncinya. Memandangkan mereka memikul tanggungjawab berat di atas bahu masing-masing untuk menyedarkan masyarakat serta meningkatkan kesedaran beragama, eloklah mereka juga menjadi contoh di dalam bersikap tawaduk dan bermotivasi tinggi dalam menambahkan ilmu dan kepakaran.

Ustaz Ahmad Jailani: Ulama Yang Allah Sifatkan Seperti Anjing



Cadangan Formula Mantapkan PAS : Hj Hadi kekal Presiden, Husam diangkat Timb. Presiden

Formula mantapkan Pas jadi kapal yang kuat

KHUTBAH                                                                                                           

Hendaklah saya bercakap secubit saja di hari Jumaat nan mulia ini fasal parti agama Pas yang keadaanya kini agak panas sedikit kini. Wap yang bergelora dalam parti itu bukan sahaja kerana parti itu akan mengadakan pemilihan dalam muktamar pada Jun nanti, tetapi ekoran perkembangan sekitarnya menghangatkan keadaan, dan ada persoalan yang menyimpulkan tebal dalam kepala.

Abdul Hadi menanti sendukan nasi daripada Husam.
Pertembungan penyokong dua pihak dalam parti itu masih berterusan. Ibarat kumpulan kertuk dan rebana, para pemain kedua-dua kumpulan sedang giat memperkemaskan rebana dan kertuk masing-masing. Belira atau lidah kertuk perlu dirisik halus dan licin untuk menghasilkan suara yang mersik dan nyaring memanah kalahkan suara kertuk lawan.

Begitu juga ikatan dan tali taut rebana perlu diterikkan agar belulang tegang dan bila dipalu ia mengeluarkan bunyi gemuruh bergema jauh mengambusi bunyi rebana lawan.

Masing-masing puak sedang berlatih, mengiramakan rebana atau kertuk masing-masing biar ia unik dan pelik untuk menarik hati orang ramai dan pengadil. Acara lobi atau pun perang sarang juga diadakan oleh penyokong kedua-dua puak itu.  Dalam permainan tradisional itu aksi atau pun aktiviti inilah menyegarkan budaya itu yang ada kalanya juga membawa kepada perbalahan sampai bengkak bengkik dan menitiskan darah ke bumi pertiwi.

Demikian suasana dan kegiatan ini tampaknya terbawa-bawa di sekitar Pas, hangat dan satu segi meriah menandakan Pas parti yang besar dan matang.

Ia ditambah hangat dengan beberapa insiden yang berlaku membabitkan ahli dan pemimpin parti agama itu. Kejadian cubaan hendak membakar kereta Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli dan juga serangan dan tumbukan ke atas Ahli Jawatankuasa Pas Dr Dzulkifli Ahmad, adalah dua kejadian yang memanaskan keadaan dan dikesali.

Syukur Alhamdulillah...Lans Koperal Zakiah Aleip yang diculik di Pulau Mabul dibebaskan hari ini

http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/03/Konstabel-Zakia.jpg 
 
SANDAKAN: Anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika melakukan rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas, dibebaskan hari ini, demikian diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Zakiah, yang baru tiba di Sandakan pagi ini dari Selatan Filipina, dengan menaiki bot.

"Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan usaha berterusan kerajaan melalui perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli-ahli keluarga, maka usaha membebaskan beliau telah berhasil.

"Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang telah berusaha sedaya upaya sehingga memastikan pembebasan Zakiah," katanya.

Shafee tambah perasa bab 'cubit putung' sedangkan dalam mahkamah tak ada pun cerita bab nie...

Tak ada cubit puting, Shafee 'sedapkan' keterangan

 
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah nampaknya telah "menyedapkan lagi" keterangan secara tertutup yang diberikan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ceramah pertamanya dalam siri jelajahnya pad 17 Februari, seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas ketua pembangkang itu, Shafee yang dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan pendakwan kes itu, berkata: “Anwar mencubit-cubit dia punya puting”.

Shafee menceritakan perkara itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian liwat tersebut, kepada hadirin di ceramahnya di Kelana Jaya, yang telah disiarkan secara langsung.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, yang mempertahankan hak peguam itu menceritakan kes itu kepada orang awam.

Saman Najib pemangkin bongkar lebih banyak skandal 1MDB

 Tony Pua menegaskan saman dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadapnya lebih menguatkan semangat untuk menyiasat dan mendedahkan lebih banyak rasuah, salah guna kuasa dan tidak kompeten 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2015.
Tony Pua menegaskan saman dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadapnya lebih menguatkan semangat untuk menyiasat dan mendedahkan lebih banyak rasuah, salah guna kuasa dan tidak kompeten 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mac, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak silap besar jika saman fitnah yang difailkan merupakan langkah menghentikan kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata, saman itu sebenarnya lebih menguatkan semangatnya untuk menyiasat dan mendedahkan lebih banyak rasuah, salah guna kuasa dan tidak kompeten 1MDB kerana mengetahui dirinya berada di pihak benar.

"Saya tidak terbelenggu dengan saman itu kerana mengetahui saya disokong jutaan rakyat Malaysia yang terkejut dengan pembohongan 1MDB.

"Seperti saya, mereka mahukan urus tadbir yang baik, ketelusan dan akauntabiliti perdana menteri dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Pua berkata saman berkenaan muncul ketika 1MDB berdepan krisis besar seperti tidak berupaya membayar hutang RM42 bilion, pendedahan transaksi palsu dan penyelewengan berbilion ringgit dana 1MDB.

"Saya isytiharkan untuk mencabar saman perdana menteri. Pada masa sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam yang menawarkan khidmat secara percuma," katanya.

Pasar Kemboja Pendang kena gempur

20 warga asing berniaga di Pasar Kemboja ditahan

PENDANG - Jabatan Imigresen Kedah hari ini menahan 20 warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk berniaga di Pasar Kemboja di sini.

Timbalan Pengarah Imigresen Kedah, Adlina Nasmi Shaari berkata, menerusi Ops Jaja dari 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu, 16 lelaki dan empat wanita warga asing itu yang ditahan itu terdiri daripada warganegara Kemboja, Indonesia dan Pakistan berumur antara 21-40 tahun.

"Kami telah melakukan serbuan di Pasar Kemboja sebanyak dua kali sebelum ini dan beberapa tangkapan dilakukan. Kali ini anggota kami berpakaian biasa untuk menyamar agar kehadiran pihak berkuasa tidak dikesan mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati warga asing tersebut menjalankan perniagaan menjual pakaian wanita, pakaian terpakai dan perhiasan rumah sejak setahun lepas.

Pihak kami turut menyita barangan jualan warga asing tersebut bernilai RM40,000, katanya.

Adlina berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya. - Bernama

Alor Setar : Tempoh reman bekas suami meroyan disambung

ALOR SETAR – Tempoh tahanan reman lelaki didakwa menculik bekas isterinya dilanjutkan enam hari lagi.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, W Nor Fadzilah W Ibrahim meluluskan lanjutan reman hingga 11 Mac untuk membantu siasatan.

Difahamkan, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Asam Jawa Pulai, Baling pada 26 Februari lalu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Rosniza Fadzil, 30, sedang menunggang motosikal dari rumahnya di Kampung Lengkuas, Bukit Pinang ke Jitra dihimpit sebuah kereta yang dipercayai dipandu oleh bekas suaminya.

Mangsa kemudiannya dipaksa masuk ke dalam kereta terbabit sebelum dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

Bagaimanapun, Rosniza bertindak terjun dari kereta terbabit ketika tiba di Simpang Pinang Jaya, Bukit Pinang.

Akibat tindakan itu, sebuah kenderaan lain yang melalui jalan berkenaan melanggar mangsa kerana tidak sempat mengelak hingga menyebabkan kecederaan parah.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di Taman Siswa, Jitra mengalami pendarahan pada kepala dan patah kaki dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini. Wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas berada di hospital.

Tentu pakat seronok beli PREPAID TOPUP kena GST 6% selepas nie..!!

Bantah kad tambah nilai dikenakan GST


KUALA LUMPUR - Yayasan Persatuan Pengguna Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) berharap syarikat telekomunikasi (Telco) tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pembelian kad tambah nilai dan pek permulaan bagi pengguna perkhidmatan prabayar.

Pengerusinya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, GST sebanyak enam peratus yang akan dilaksanakan 1 April ini dilihat akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan pelajar yang menggunakan telefon bimbit prabayar.

"Lebih 80 peratus pengguna perkhidmatan prabayar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta pelajar sekolah dan penuntut di Institut Pengajian Tinggi.

"Penambahan cukai GST ini sudah sudah pasti akan membebankan mereka," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Justeru, katanya persatuan itu telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam usaha mendapatkan sokongan pengecualian GST terhadap produk tambah nilai dan pek permulaan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad berkata, pihaknya akan mengkaji dakwaan berhubung caj tersembunyi yang dikenakan oleh syarikat telco terhadap mel suara, panggilan yang tidak disambung, mel remeh dan sebagainya.

Menurutnya pihaknya telah menerima lebih 18,000 aduan dalam tempoh setahun daripada pengguna telefon bimbit mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh telco dan kebanyakannya berkaitan dengan masalah caj tersembunyi.

"Sebelum ini kita pernah buat kajian dan mendapati lebih daripada 60 peratus kos atau caj yang dibayar oleh pengguna adalah daripada kos tersembunyi seperti mel suara, penggilan yang tidak disambung dan mel remeh dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, hasil kajian itu akan diserahkan kepada KKMM dan SKMM untuk dibincangan dengan syarikat telco bagi mencari jalan penyelesaian. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...