TERKINI :

Wednesday, March 4, 2015

Masalah dalaman: Seronok kalau pemimpin 'berpuasa'

USTAZ IDRIS AHMAD | 04 Mac 2015.

Catatan Dhuha

Seronok juga ya, kalau semua yang bertaraf pemimpin 'berpuasa' daripada meluahkan perasaan mengenai masalah dalaman parti di media sosial, wartawan dan bercakap di khalayak ramai.

Kesian kepada orang bawah dan penyokong yang ikhlas, menghabiskan tenaga, wang ringgit sehingga ada yang dinafikan bantuan kerana kuat PAS.

Mereka tidak tahu bergaduh sesama sendiri. Mereka sertai PAS kerana hendak Islam didaulatkan. Memang masing-masing ada hujah dan penyokong.

Semua mesti berjiwa besar dan tawaduk.

Saya yakin semua sayang kepada jamaah. Tetapi jika kita tidak menghentikan tabiat ini, yang ruginya PAS. - HARAKAHDAILY 4/3/2015

Lama tak dapat cerita bab ADUN kena tangkap pertahankan hak rakyat yang dianiaya

Tiga ADUN ditahan semasa kekecohan di Kg Gatco

Tiga orang ADUN pembangkang ditangkap di Bahau, Negeri Sembilan pagi ini selepas mereka membantu penduduk tempatan di Kampung Gatco untuk menghalang penebangan pokok di ladang getah mereka.

Mereka ialah ADUN DAP Bahau, Chew Seh Yong dan ADUN DAP Senawang, P Gunasekaren dan ADUN PKR Port Dickson, M Ravi.

Ketika dihubungi, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, yang juga ahli Parlimen Rasah, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa rakan-rakannya telah ditangkap.

Lebih 200 penduduk kampung di kawasan yang dipertikaikan itu di Kampung Gatco, telah berkumpul sejak malam tadi dalam usaha untuk menghalang penebangan pokok di ladang getah mereka.

Bagaimanapun, seorang penduduk yang hadir memberitahu Malaysiakini bahawa kira-kira 130 anggota polis dan anggota RELA, berusaha untuk meleraikan penduduk sejak awal pagi ini.

"Pihak polis telah menangkap kira-kira 30 orang," kata C Ram Babu kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Ram berkata penduduk kampung telah meminta Thamarai Holdings Sdn Bhd, yang telah membeli tanah yang dipertikaikan itu, untuk menangguhkan penebangan tersebut sementara menunggu keputusan mahkamah pada 26 Mac tetapi tidak berjaya.

"Kontraktor masuk untuk menebang pokok getah kita," katanya.

Tanah yang terbabit dalam pertikaian itu, seluas kira-kira 4,700 ekar, telah dipajakkan kepada The Great Alonioners Trading Corporation Berhad (Gatco) pada tahun 1977 oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan (SEDC).

Gatco ditubuhkan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang bagi tujuan skim pembangunan tanah untuk ahli-ahlinya.

Peneroka sekarang telah membayar RM7,600 sebagai deposit untuk menjelaskan plot tanah yang diperuntukkan sebagai sebahagian daripada skim pembangunan itu.

Bagaimanapun, skim ini akhirnya gagal dan tanah yang telah dicaj kepada dua institusi kewangan.

Walaupun Gatco telah dibubarkan, pelikuidasi tidak menjual tanah itu sehingga 2006 di mana satu perjanjian jual beli telah dimeterai antara Gatco dan Thamarai Holdings Sdn Bhd.

Seramai 140 peneroka telah menyaman Gatco dan Tamarai berhubung jualan tersebut dan kes itu masih belum selesai di Mahkamah Persekutuan.

Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia mengistiharkan harta mereka, amacam BN ada berani kaa..??

'Kami boleh isytihar harta tapi ia tak akan bantu PM'

 
Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka, tetapi menegaskan bahawa ia tidak akan mengalih perhatian daripada soal kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini ekoran cabaran  Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee terhadap pemimpin Pakatan supaya berbuat demikian bagi membuktikan mereka bersih dan bukannya hanya mensasarkan Najib.

Secara peribadi, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, beliau tidak ada masalah berbuat demikian dan begitu juga dengan pemimpin Pakatan yang lain.

“Kami perlu membawa perkara itu (ke mesyuarat kepimpinan) bagi mendapatkan satu konsensus,” tambahnya.

Rafizi berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu di mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR dan majlis kepimpinan Pakatan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk  Mahfuz Omar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia untuk mengisytiharkan hartanya.

Selain itu, beliau mahu Parlimen membuat keperluan bagi semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka.

Harga ubat naik, bala GST dan TPPA?

 
Saya tegaskan sekali lagi bahawa beberapa harga ubat telah meningkat antara 20% hingga 50% pada 2014 dan dijangka bakal naik mendadak pada tahun ini - kenaikan yang belum lagi mengambil kira kesan pengenalan GST dan perjanjian TPP nanti.

Media semalam melaporkan hasil sebuah kajian daripada Universiti New South Wales menunjukkan bahawa harga ubat-ubatan akan meningkat selepas perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani oleh negara yang terlibat.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Latihan Penyelidikan dan Penilaian Ekuiti Kesihatan Universiti tersebut mendapati bahawa perjanjian tersebut akan memberikan kuasa kepada syarikat-syarikat farmaseutikal untuk memperbaharui paten ubat-ubatan secara berterusan dan menghentikan saingan daripada ubatan generik.

Laporan itu juga menjelaskan bahawa Amerika Syarikat sedang cuba untuk menghalang syarikat ubatan generik daripada menggunakan data klinikal dari syarikat-syarikat farmaseutikal untuk kelulusan pemasaran, selain daripada perlindungan sepanjang 8 tahun untuk data klinikal, dan 12 tahun untuk ubatan biolijikal dan vaksin.

Bekas setiausaha agung bimbang budaya ulama PAS tidak boleh ditegur

Ramai yang bimbang dengan budaya perbezaan pandangan dalam PAS dengan puak tidak sehaluan saling menegur dengan cara tidak beradab. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015.
Ramai yang bimbang dengan budaya perbezaan pandangan dalam PAS dengan puak tidak sehaluan saling menegur dengan cara tidak beradab. – Gambar fail oleh The Malaysian Insider, 4 Mac, 2015.

Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”.

"Ada kawan menegur, kumpulan profesional kena beradab dalam menegur ulama, dan ada yang berkata, ulama juga kena beradab dalam menegur profesional," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu yang menyedihkan ialah, kumpulan ulama kelihatan seperti tidak boleh dikritik tetapi pada masa sama, mereka bebas mengkritik kumpulan yang bukan ulama.

FB sudah jadi medium untuk pimpinan PAS menyelesaikan masalah sekarang ini

PAKAT DUDUK SEMEJA DAN BINCANG TAK BOLEH KAH?

Adakah fb merupakan ruangan org bijak dalam PAS menggunakannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sekarang ini...

MSU nak tegor SU AGUNG guna FB
USTAZ nak tegur PROFESIONAL guna FB
PROFESIONAL nak ajak GENG USTAZ wacana, forom guna FB
SU AGUNG nak habaq dan teguq PIMPINAN guna FB

Apa dah berlaku dengan hangpa semua nie... tak reti nak bermesyuarat kaa yang gila guna FB nie...

Bila hangpa guna FB kami ada modai bantai hangpa jadi jika takmau kami bantai hangpa pandai2lah selesaikan masalah dalam rumah hangpa tu secara dalam rumah baru org tak tau...

AnakKedah007
SUMBER >> KLIK SINI

Rupa-rupanya Ustaz Kazim nie ada Jab. Mufti tolak dia masuk kat negeri jajahan mereka..

Aduhai Kazim oh Kazim.... Tak laku jugak hang kat Perlis Darul Sunah rupa-rupanya....

Nasib badan laa Kazim Jab. Mufti Negeri yang tolak hang tu..bukan Parti politik yang nama Umno atau Pas....

PAS bagaikan lalang mengikut arus angin


Mencari Hakiki

 

Pendirian dan musuh pas semakin samar. sekiranya berlaku perpecahan dalam pas..

1. pucuk pimpianan pas harus dipersalahkan. tidak pandai mengemudi, ahli-ahli dan rakan persepakatan dalam barisan alternatif. pucuk pimpinan pas dilihat dalam banyak isu membuat kenyataan terbuka sebelum duduk semeja yang boleh mengguris perasaan ahli-ahli dan rakan persepakatan. apabila ramai antara rakan seperjuangan tidak berpuas hati terbentuklah PASMA. masih juga pucuk pimpinan tidak mengambil langkah bijak untuk duduk semeja mencari jalan terbaik sebagai satu keluarga sebaliknya menyerang dan munuduh pembelot,jebon,barua dan sebangainya secara terbuka.

2. inilah masa terbaik untuk pihak lawan turut menjadi batu api. ramai blogger upahan umno sudah menjadi seperti ahli pas menyemarakkan lagi isu kerajaan perpaduan(UG). isu hudud terlebih di gembar gemburkan. saya sebagai penyokong pas dari dulu sangat menyokong hudud tapi pada saya dalam situasi sekarang untuk apa membicarakan soal hukuman sebelum dapat menuding jari pada pesalah. banyak ketidakadilan dalam undang2 dan penyalahgunaan kuasa serta kezaliman. pas tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Rombakan PKR Kedah tawan Kedah

ALOR SETAR - Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah melakukan rombakan hampir 100 peratus jawatankuasa parti itu bagi meneruskan legasi menghadapi PRU14.

Mesyuarat berhubung pelantikan itu diadakan di Pejabat PKR Kedah, di sini, pada 13 Februari lalu.

Difahamkan, ketua-ketua cabang baharu yang memenangi pemilihan lalu turut dilantik memegang jawatan di peringkat negeri.

Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail berkata, rombakan besar-besaran itu dibuat bagi membolehkan muka baharu dan lama bersama memimpin parti.

“Kali ini kita ketengahkan pasukan yang lebih kuat untuk menghadapi cabaran PRU14.

“Kebanyakannya adalah merupakan muka baru dan golongan muda, tetapi beberapa pemimpin lama masih kekal cuma bertukar jawatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jerat UMNO semakin mengena & PAS umpama ingin tenggelamkan kapal sendiri


Saya merupakan seorang pengokong tegar PAS dulu, kini dan mungkin tak selamanya. saya amat terkilan dgn apa yg melanda pakatan kebelakangan ini. bertelagah sesama sendiri. andainya pas berpecah dari pakatan sudah pastinya amat merugikan pas berbanding pkr dan dap.

1. Pas akan berpecah 2 setengahnya menyokong PASMA. Kelantan yg dah lama dipegang pas juga mungkin jatuh ketangan BN.

2. pas sebuah parti yg lama tapi masih lemah untuk berhadapan BN. tengok dulu terengganu dan kedah juga perak. seharusnya lebih matang.mengapa masuk campur lebih2 isu selangor?

3. apakah yang diperjuangkan pas dan siapakan musuh politik pas sebenarnya? saya sudah mulai keliru.

berapa peratuskah islamnya negara malaysia sekarang? apakah bangsa dan agama lain benar2 mengenali islam sebenar?

pada saya dap masih sgt menghormati islam cuma tidak dapat menerima sesuatu yg baru kerana diluar pemahaman mereka.

Guling presiden: Bukan budaya dalam Pas


 Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi  
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi

KAJANG - Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menyifatkan cubaan mahu menggulingkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah budaya yang diamalkan Pas.

“Ini bukan budaya dalam Pas. Isu menggulingkan pimpinan tidak pernah berlaku. Apa yang disebutkan (guling Abdul Hadi) sekarang adalah perkara luar biasa.

“Pasma sendiri tidak terlibat dan tidak campur tangan di dalam pergolakan yang berlaku dalam Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas mengenai wujudnya pihak yang mahu menggulingkan Abdul Hadi selain dakwaan wujud dua kumpulan dalam Pas.

“Pasma menyokong gabungan PR dan tidak menyokong individu dalam sesuatu parti politik seperti DAP, PKR dan Pas. Apa jua masalah dalaman, ia adalah urusan parti masing-masing.

Alor Setar : Adik Nurul Farhana perlu RM60,000 segera bagi kos pembedahan jantung berlubang


Perlu RM60,000 segera  
Nurul Farhana memerlukan dana RM60,000 bagi kos pembedahan jantung berlubang.

ALOR SETAR - Seorang bayi mengidap penyakit jantung berlubang berusia dua bulan memerlukan dana kewangan RM60,000 dalam tempoh tiga minggu.

Ibunya, Shaliza Shaari, 39, berkata, dia dimaklumkan doktor pada 25 Februari lalu bahawa anak perempuannya, Nurul Farhana, boleh menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang.

“Doktor berpesan bahawa mereka sudah boleh melakukan pembedahan untuk anak ketiga saya dalam tempoh tiga minggu dari tarikh temu janji, jikalau wang mencukupi.

“Namun, saya buntu memikirkan kaedah mengumpulkan sejumlah wang diperlukan kerana hanya bekerja sebagai pembantu stesen minyak berdekatan rumah sahaja,” katanya.

Melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Alor Mengkudu, Sinar Harian sempat menyelami penderitaan Nurul Farhana akibat masalah jantung berlubang itu.

Penyebar berita palsu hidap penyakit hati

Dr Nazil Nuhairi Ismail  
Dr Nazil
 
ALOR SETAR - Penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa di ‘Facebook’, ‘WhatsApp’ dan aplikasi lain dipercayai berkait rapat dengan masalah penyakit hati manusia.

Presiden Persatuan Profesional Muda Islam Malaysia (Promis), Dr Nazil Nuhairi Ismail berkata, isu penyebaran bahan berunsurkan fitnah itu tiada kaitan dengan tahap intelektual seseorang individu.

“Lagi sensasi dan panas berita, lagi hati manusia suka dan minat mahu sebarkan kerana nafsu manusia puas dapat berkongsi berita yang buruk.

“Memang perangai dan hati manusia suka kepada sesuatu yang buruk, adu domba dan fitnah,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai penyebaran viral kononnya gambar seorang kanak-kanak perempuan dengan kemalangan ngeri di Gurun, Jumaat lalu.

Nazil berkata, tiada cara lain mengubah perbuatan itu melainkan perlu mendidik hati dengan 'antibiotik' agama.

Jangan biar Pusat Khidmat Adun sunyi sepi - Mukhriz

Datuk Mukhriz Tun Mahathir LANGKAWI - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mahu Pusat Khidmat Rakyat Adun di Kedah melaksanakan kaedah inovatif bagi menarik kehadiran rakyat.

Beliau berkata, kaedah itu termasuk menyediakan ruang yang membolehkan rakyat menyampaikan masalah mereka dan memahami dasar kerajaan dalam suasana selesa.
 
"Kita tak mahu pusat khidmat sunyi sepi, orang tak mai (tidak datang) dan orang tak tau (tidak tahu) kat mana. YB (Yang Berhormat Wakil Rakyat) pun tak ada di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Adun Kuah.
  
Beliau memuji perkhidmatan yang terdapat di pusat itu.
  
Selain ruang pejabat, pusat itu juga menyediakan kemudahan teknologi maklumat serta ruang santai 'YB Corner' yang turut menyediakan ruang niaga makanan, katanya.
  
"Ini merupakan pendekatan yang begitu inovatif sekali yang menepati citarasa pengundi zaman sekarang," ujarnya. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...