TERKINI :

Tuesday, March 3, 2015

Datuk Ahmad Yaakob & Ustaz Nik Amar sila ambil perhatian,Kelantan paling teruk jaga hutan.

 http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2014/12/TRP-M2-banjir-600x360.jpg
Seorang penyelidik lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM) hari ini mendakwa Kelantan dikenal pasti sebagai negeri paling teruk dalam penjagaan hutan di Malaysia.

Meor Razak Meor Abdul Rahman mendakwa keluasan hutan simpan kekal yang ditebang untuk dijadikan hutan ladang di negeri itu adalah terbesar di negara ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan negeri itu, sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam hutan simpan kekal di jajahan Kelantan Selatan meliputi jajahan kecil Gua Musang dan Lojing.

"Jadi bagaimana Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) boleh menyatakan pemberian lesen dibekukan pada 2006 apabila masih ada lesen diluluskan pada tahun lepas?" katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Forum Media Khazanah Alam Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)-Institut Akhbar Malaysia (MPI) 2015 di Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi Baraikan Tembelang BN

Rafizi Baraikan Tembelang BN. PKR hari ini mendakwa peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Ambank Group Berhad (AMMB) Ashok Ramamurthy pada Januari ada kaitan dengan syarikat pelaburan negara yang kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, pada sidang media hari ini mendakwa peletakan jawatan berkenaan dikatakan berpunca daripada pinjaman RM2 bilion yang diberikan kepada dana pelaburan strategik projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia.

Memetik maklumat daripada pemberi maklumat, beliau mendakwa Ashok meletak jawatan pada 21 Januari selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan audit pematuhan terhadap gergasi perbankan itu dijalankan dan menemui beberapa “perkara yang tidak kena” berkaitan pinjaman itu.

Masih "RELEVAN" kah kepimpinan Ulamak PAS???

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUKTAMAR_PEMUDA_PAS_170914_TMINAZIRSUFARI_08.jpg
Keadaan perkembangan politik dalam parti PAS kini seolah-olah sama dengan keadaan yang berlaku kepada Muhammadiyah di Indonesia dalam tahun-tahun 1960an. Terdapat suatu keadaan di mana rakyat merasakan bahawa pertubuhan Muhammadiyah lebih memerlukan intelektual Islam yang berlatar-belakangkan pendidikan Barat (dan fasih berbahasa Belanda) berbanding dengan golongan ulama yang semata-mata berasaskan pendidikan Islam dan hanya tahu berbahasa Arab.

Walaupun pada awal penubuhannya golongan agama berpendidikan timur tengah yang menonjol dalam kepimpinan Muhammadiyah tetapi dengan perkembangan zaman, rakyat sudah merasakan bahawa kepimpinan ulama sudah tidak begitu relevan lagi. Ini tidak bermakna bahawa golongan agama hilang peranan mereka dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam. Golongan ini masih berperanan begitu besar. Hanya dalam bidang politik dan pentadbiran dirasakan bahawa golongan berpendidikan Barat (Belanda) dapat melakukannya dengan berkesan.

Cerita dana datuk rugikan Najib

Laporan akhbar berhubung pembiayaan pendidikan Datuk Seri Najib Razak oleh datuknya, pengasas bersama pusat peranginan Genting, didakwa tidak menguntungkan perdana menteri.

Berita di Utusan Malaysia dan Berita Harian semalam turut dipertikaikan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, dengan menyifatkan pendedahan itu boleh mencemar imej Datuk Sri Najib Abdul Razak.

Laporan itu dipercayai sebahagian cubaan pihak kerajaan membetulkan tanggapan tentang kekayaan Najib yang dipertikaikan sejak ia menjadi isu dalam laporan The New York Times.

"Adakah perlu Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal (datuknya) Tan Sri Mohamad Noah Omar membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?" kata Kadir dalam blognya hari ini.

"Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih?"

Akhbar milik Umno itu melaporkan semua anak Tun Razak Hussein dibiayai oleh Mohamed Noah dan perdana menteri kedua tidak pernah menggunakan dana awam.

Laporan ini sebahagian kenyataan Najib yang menegaskan bapanya seorang yang amanah dan berprinsip. Selain bersifat sederhana, bapanya juga tidak pernah dikaitkan dengan rasuah, tegas perdana menteri lagi.

Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) itu menambah:

"Apakah semua (kenyataan) ini ciri-ciri sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi atau, lebih teruk daripada itu ia berupa petanda bahawa perdana menteri sedang kehilangan jalan cerita?"

Bahaya Apabila PM Hilang Jalan Cerita

A Kadir Jasin

PEMBAHAS “berasiam” dalam komen kepada tampalan bertajuk “A Cabinet Snub For 1MDB?” antara lain, berkata:

“Nampaknya telah disebut secara jelas siapa yang membiayai pengajian anak-anak almarhumTun Abdul Razak. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan bahawa arwah Tan Sri Mohamed Noah (Beirut) sebagai datuk (sebelah ibu) kepada merekalah yang menanggung semuanya. Disebut juga kaitannya dengan mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Genting.

Beliau menambah: “....telah beberapa kali juga jasa baik DAKJ dipohon untuk mengulas mengenai yayasan berkenaan sebelum isu pewarisan ini menjadi hangat. Sebagai orang lama yang terlibat dalam kewartawanan DAKJ pasti mempunyai maklumat lebih banyak mengenai yayasan berkenaan. Dedah fakta takkan nak kena saman kot. Kalau saman pun gerenti yang kena saman tidak kalah. Boleh kan.”

Terima kasih. Selain “berasiam”, beberapa orang pembahas lain turut menyebut mengenai (Tan Sri) Mohamad Noah Omar. Sebagai jawapan, sila  
 
pertimbangkan hujah dan fakta berikut:

1. Siapa yang membiayai pendidikan Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak bukanlah isunya. Tidak ada siapa pun yang bertanya atau mempersoalkan pembiayaan pendidikan Mohd Najib.

2. Yang menjadi isu dan pertikaian ialah dakwaan mengenai gaya hidup mewah yang dipamerkan oleh Mohd Najib, isterinya (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor dan anak tirinya, Riza Abdul Aziz – anak Rosmah dengan suami pertamanya.

Akhirnya Pemuda UMNO sedar mereka buat kerja tak berfaedah..

Selepas diserang hebat, Pemuda Umno berkata mereka tidak akan lagi memberi penerangan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka, sebaliknya hanya akan mengadakan secara tertutup dan jika ada permintaan.

Sesi penerangan juga akan dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti yang diadakan di Kelana Jaya dan Permatang Pauh bulan lepas, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar.

"Sesi dalaman ini dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Kita tidak namakan 'roadshow' sebab 'roadshow' ini dari negeri ke negeri. Kita tidak mahulah popularkan nama Anwar Ibrahim di luar," kata Jamawi seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Jamawi berkata penerangan secara dalaman ini akan dibuat kepada ahli dan jentera Pemuda Umno.

"Tapi kita buat secara dalaman program penerangan ini untuk memberi kefahaman termasuk kepada ahli dan semua jentera penerangan Pemuda Umno," katanya.

Siapakah Kambing Yang Bakal Dicat Hitam Dalam Isu 1MDB?

Shahbudin Husin, 

http://2.bp.blogspot.com/-oiipUeO2lqY/UWKU0f-LgOI/AAAAAAAAAjI/rzINOhrW_zI/s1600/kambingitem.jpg
Pendedahan demi pendedahan mengenai syarikat pelaburan 1MDB yang kini sudah menjadi tajuk berita antarabangsa semakin menunjukkan kemungkinan ianya bertukar menjadi skandal kewangan terbesar dalam era Najib Razak.

Bermula dengan hutangnya yang tinggi, pelaburan yang diragui dan simpanan di Pulau Cayman yang tidak pasti, 1MDB kini memasuki episod pendedahan bagaimana wangnya didakwa dilarikan untuk kepentingan peribadi.

Selain itu, bagaimana hutang 1MDB berjumlah RM2 bilion daripada dua bank tempatan dikatakan turut dibayar oleh bilionaire terkemuka, Ananda Krishnan dan cubaan pinjaman tambahan RM3 bilion daripada kerajaan juga ditolak kabinet kerana ramai menteri tidak menyetujuinya, menambah-parahkan lagi imej dan persepsi awam terhadap syarikat anak emas Perdana Menteri itu.

Secara langsung ia mengesahkan bahawa kecaman bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengenai syarikat itu ada benarnya. Ramai juga ketika ini yang bersetuju dengan Mahathir bahawa "tiada 1MDB pun tak apa".

Apa Sudah Jadi Dengan PAS???

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Tajuk berita yang menjatuhkan imej PAS. Orang BN tersengih membaca berita ini... Orang atas pagar tertanya, apa sudah jadi dengan PAS...

2) Kalau benar sekalipun ada komplot, pengendali isu atau strategisnya tidak berapa pandai. Atau mungkin sudah hilang sabar sehingga menggunakan strategi hantam sajalah...

3) Atau ini cara lobi terbaru dalam PAS. Daripada pertembungan Ulamak vs Professional, kepada pertembungan Pro TG Hadi vs Komplot Guling Hadi. Itukah warna muktamar kali ini?

4) Apakah akan tercatat sejarah baru dalam muktamar PAS, baling kerusi dan seumpamanya - mencapai maksud PAS ganti UMNO?

5) Sudah ramai golongan bertawaquf dalam PAS. Kalau sudah tidak boleh diselamatkan daripada pertempuran dahsyat, maka bertempurlah. Golongan yang bertawaquf akan bersedia menggalas tugas memacu Parti jika benar-benar menang jadi arang, kalah jadi abu.

Sekian

Adakah Zuhdi nie SB UMNO dalam PAS..???


dari blog AnakKedah007

Siapakah Zuhdi... Adakah beliau Ketua Penerangan puak bertelagah satu lagi yg mana rajin sangat keluaq kenyataan yg kearah perpecahan...bukan kata nak bagi elok....siap ramal pas berpecah selepas muktamar, siap nak jentik jentik, siap halau org buat parti baru....

Awat hang syok ka jika apa yg hg cakap tu berlaku....hang nie memang taik la Zuhdi oi...sampai skrg kami masih ragu ragu akan kerja buat hg dalam pas...payah kami nak percaya mereka yg keja sbgai pensyarah di ukm lepas tu mai jadi pimpinan dalam pas...

kami masih hairan kenapa hg masih keja pensyarah tanpa diambil tindakan oleh university dan kementerian sbb terlibat dgn politik pembangkang...pada kami hg nie ibarat mata mata musuh dalam pas...hang pun naik sehari dua nie jaa...bkn zaman 1998 dulu....

Thah thah hg nie SB....???????





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...