Monday, March 2, 2015
Saman Perdana Menteri Tidak Lagi Ditakuti, Tapi Dinanti-Nanti
Mustafa: Hadi boleh menang, Mat Sabu dicabar
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa bertanding, pada pemilihan parti itu Jun ini.
Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.
"Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden," katanya kepada pemberita selepas majlis kutipan dana pasca banjir di Kota Bharu hari ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majis tersebut yang turut dihadiri ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.
Mengenai jawatan timbalan presiden PAS yang disandang Mohamad Sabu, Mustafa berkata jawatan itu dijangka akan berlaku pertandingan.
Mustafa berkata Mohamad Sabu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi.
Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai presiden PAS tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.
"Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Abdul Hadi). Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik di kalangan kita.
"Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (presiden) mesti orang yang menguasai Islam dari segi ilmunya, bahasa Arab, berwibawa dan mampu mentadbir," katanya.
- Bernama
Siapa agaknya 'barua' PAS itu wahai Nik Abduh..?

Janji anda bayar CUKAI LHDN, anda hutang dengan bank kad kredit itu anda punya pasal..
Adakah Kerajaan sedang berbohong dengan rakyat dalam bab GST..??
Ahli syorkan kedua pihak yang bertembung dalam PAS supaya duduk semeja..!!

Qazaf terhadap Shafee, adakah JAIS nak main silap mata?
Aduhhh.. Burung Terbang Pun Boleh Jatuh Mendengarnya apabila Umno sembang bab Melayu..!!!


Arwah Ustaz Fadzil Noor pulun tambah ahli, mai hangpa duk pulun halau ahli
Diampunkan atau tidak, Anwar tetap tidak bersalah, kata pengundi
Amankah Sg Petani, ada kejadian tembak sampai mati malam tadi..!!

'Apa yang kecoh sangat gesa presiden PAS undur?'

Ketuanya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, jika perwakilan mahukan apa sahaja jawatan parti ditandingi maka biarlah pertandingan ini berlaku secara sihat dan terbuka kerana bila demokrasi itu sihat, maka parti kita juga akan lebih kuat.
“Kami juga berpendirian, usaha mana-mana pihak untuk menandingi mana-mana jawatan parti yang halal di sisi perlembagaan parti perlulah dihormati dan tidak segera dilabelkan sebagai usaha untuk menggulingkan mana-mana pemimpin yang dikira sebagai kesalahan.
“Malah kami ingin melahirkan rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam Pas menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini,
"Cara kita menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah Pas adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan,” katanya kepada Sinar Harian.