TERKINI :

Sunday, March 1, 2015

Dr Dzulkefly Ahmad ajak Ustaz-Ustaz haraki berwacana, berbahas, berdebat....

Dr Dzulkefly Ahmad

Salam.. Sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan kebobrokan tadbir-urus kewangan dan ekonomi negara, seumapama isu 1-MDB, FGV, Hutang negara dan kejatuhan nilai RM, ada pulak 'ustaz2 haraki' yg giat 'menyerang' kami dan nak perjatuh kami.

Telah kami katakan cukuplah...tapinampaknya jadi macam budak..lagi ditegah lagi menjadi2..kerja2 ini hanya memberi peluru kepada seteru-lawan politik kita.

Berpada2 sahabat2ku...kami bukanlah jahil sangat tentang Islam dan disiplin ilmunya....kerana PAS sejak berzaman khasnya era Al-Marhum Ust Fadzil Noor telah 'mengustazkan' kami..ada diantara kami yang telah mendapat 'Tarbiyah Haraki' sejak zaman student lagi.....

Saya juga telah mendapat izin TG Presiden dan Mesyuarat PAS Pusat untuk mengadakan 'wacana-bahas-debat'... pilih 'setting' yang 'tuan2 lebih selesa...untuk semua tuduhan tuan2 yang kami ini 'sesat, songsang, 'liberal' atau pengamal liberalsime agama' dapat kita wacana, bahas atau debatkan secara mendalam dan tuntas..mungkin secara tertutup....kalau cara itu lebih wajar.

Harap jangan dihampakan.....dengan segala rendah hati saya memohon.

AlLahu Musta'an!

Selepas 70 tahun, kuasa veto masih relevan?

Oleh Hamri Ibrahim

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/11/Isu-Syria-Turki-utusan-PBB-ke-Istanbul-685x320.jpg

Tindakan China dan Rusia menggunakan kuasa veto mereka pada 22 Mei, 2014 bagi menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Security Council - UNSC) bagi membawa Syria ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah yang dilakukan pihak kerajaan pimpinan President Bashar Al-Assad mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat dunia khususnya kepada 13 negara anggota yang menyokong draf resolusi berkenaan.

Perkara ini juga turut mencetuskan kemarahan negara-negara anggota tetap UNSC seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Duta UK di PBB, Mark Lyall Grant dalam kenyataannya menyifatkan tindakan China dan Rusia ini amat memalukan kerana menyekat usaha membawa keadilan kepada rakyat Syria. Duta AS di PBB, Samantha Power turut senada dengan Grant mengenai masa depan rakyat Syria.

Situasi yang berlaku kepada Syria ini merupakan sebahagian kecil daripada rentetan peristiwa dan drama yang dimainkan negara-negara kuasa veto sejak mula ditubuhkan pada 24 Oktober, 1945 beberapa bulan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua (WWII), kira-kira 70 tahun yang lalu.

Kata jual minyak ikut harga dunia, nie tengok macam ikut kepala otak pimpinan BN jee..??

oleh AnakKedah007



01/01/2015 > USD52.00 harga minyak Malaysia RM1.90 Seliter
01/02/2015 > USD45.00 harga minyak Malaysia RM1.70 Seliter
01/03/2015 > USD49.00 harga minyak Malaysia RM1.95 Seliter

Formula camna nie..???

SUMBER

PAS juga bertanggungjawab dakwah kepada bukan Islam

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | 01 Mac 2015.

BAGAN SERAI: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, menjadi tanggungjawab kepada pimpinan, ahli serta seluruh pendukung perjuangan PAS untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah bersama parti itu.

Katanya, PAS bukan sahaja membawa agenda politik dalam perjuangannya sebaliknya yang lebih besar adalah agenda dakwah kepada masyarakat di negara ini.

Katanya, PAS bertanggungjawab untuk berdakwah kepada kelompok orang bukan Islam untuk memperkenalkan apa itu Islam yang sebenar hingga mereka terbuka hati untuk kembali kepada Islam.

PAS juga, jelasnya memegang tanggungjawab untuk menyedarkan umat Islam itu sendiri yang jahil kesan daripada serangan pemikiran yang dilakukan oleh penjajah.

Apa dikecoh gesa presiden undur?

 
  Pemuda PAS Kota Bharu ingin melahirkan rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam PAS menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini.

Cara kita menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan.

Jika ada ahli yang menyarankan mana-mana pimpinan parti mengundurkan diri maka ahli ini dikatakan telah melakukan dosa besar, tidak wala' kepada pimpinan.

Dalam soal ini, Pemuda PAS Kota Bharu ingin mengimbau kembali tindakan yang telah dibuat oleh almarhum Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz (kiri), ketika PAS berkemelut pada tahun 1982 dahulu.

Dalam laporan bertajuk "Nik Aziz akui krisis dengan Asri: Masalah dalam pilihan raya umum lalu", Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan tindakan Datuk Asri melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon PAS Kelantan dan cara pemilihan calon PAS dalam pilihan raya umum 1982.

Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkritik presiden PAS pada waktu itu, Datuk Asri, dalam akhbar Berita Harian pada 6 Julai 1982.

Siapa layak jadi pengganti Najib?

oleh Mohd Sayuti Omar,

RENCANA AHAD                                                                                              

Walaupun kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri masih kelihatan tidak terganggu dan beliau masih menjalani urusan kerja harian seperti biasa, tetapi dalam minda pemerhati politik sudah terbata-bata dengan beberapa wajah dan nama-nama yang akan menggantikan beliau sebagai PM.

Najib sudah sedar yang dia tidak diperlukan.
Semakin dekat dengan tarikh matinya (sebenarnya tarikh akan dimatikan), makin rancak pula orang membicarakan soal siapa paling layak mengganti Najib. Kepala pemerhati dan pimpinan politik termasuk dalam Umno juga sudah sendak dengan persoalan siapa yang akan menjadi PM ke-7. Bahkan sudah ada wakil rakyat Umno mengimpikan kedudukan masing-masing apabila berlaku tampuk pimpinan nanti.

Kerja-kerja syirik dan tahayul menemui bomoh juga telah dilakukan oleh sesetengah orang dalam Umno untuk mengetahui ramalan bomoh siapakah yang bertuah untuk menerajui kerusi nombor satu Malaysia itu. Seorang broker bomoh di Jawa memberi tahu sudah ada dua tiga kumpulan datang menemui Pak Kiyai di Wonosobo, Jawa Timur bertanyakan hal itu. Lebih teruk lagi sudah ada yang bertapa di kuburan Wali Songo untuk bertawasul dengan walik bagi mengetahui bila tarikh Najib akan mundur.

Ada golongan ‘barua’ dalam PAS, kata Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata dakwaan wujud golongan pemisah dalam PAS akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2015.
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata dakwaan wujud golongan pemisah dalam PAS akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2015.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa wujud kelompok yang dilabelkan "barua" di kalangan ahli PAS, lapor Sinar Harian hari ini.

Katanya, ketaatan kelompok "barua" itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepada parti Islam itu sendiri.

Kenyataan itu dibuat berikutan kelompok yang bukan sahaja berusaha memecahbelahkan PAS, malah cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Makkah.

Qazaf: Kenyataan Jamil Khir mengelirukan, kata Abim

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berhubung tindakan pendedahan terbuka Tan Sri Muhammad Shafee mengenai kes liwat amat mengelirukan.

"Abim berpandangan bahawa kenyataan ini amat mengelirukan masyarakat dan memerlukan penjelasan lanjut tetapi ia juga berlawanan dengan pandangan fuqaha khususnya ulama muktabar bermazhab Shafie," ujar Presiden Abim, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Laporan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Qazaf) yang tidak meliputi kesalahan liwat seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Jamil Khir dan tindakan pendedahan terbuka Tan Sri Muhammad Shafee adalah dirujuk.

ABIM berpandangan bahawa kenyataan ini amat mengelirukan masyarakat dan memerlukan penjelasan lanjut tetapi ia juga berlawanan dengan pandangan fuqaha’ khususnya ulama muktabar bermazhab Shafi’i.

Pandangan Syarak: Dalam menakrifkan qazaf Imam Nawawi daripada Mazhab Shafi’i menyatakan bahawa qazaf ialah tuduhan zina (ke atas seseorang) untuk menghinanya. Manakala Ibn Humam seorang ulama’ dari mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang). Ibn Arafah pula berpandangan bahwa qazaf ialah seseorang mukallaf menuduh orang merdeka, berakhlak baik, Muslim yang baligh atau kanak-kanak melakukan zina atau menafikan keturunannya yang sah.

Dari pandangan-pandangan ini dapat kita simpulkan qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina, atau menafikan keturunannya yang sah.

Para ulama’ menyamakan liwat dengan zinaantaranya dalam Mazhab Shafi’i. yang menyatakan liwat dikenakan hukuman had (hudud). Ibn Quddamahdaripada Mazhab Hambali pula berpendapat bahawa pesetubuhan dubur adalah sama dengan persetubuhan di faraj iaitu zina. Mazhab Maliki mengikut pendapat al-Dasuqi menyatakan bahawa liwat jenayah zina mengikut syarak dan dikenakan hukuman had ke atasnya.

Hanya Abu Hanifah yang berpandangan bahwa liwat tidak diwajibkan hukuman had ke atas kedua-dua pelaku liwat dan penerimanya, lelaki atau perempuan, sekali pun hukumnya adalah haram. Ini disandarkan kepada hujah bahawa zina haram hukumnya kerana persetubuhan di faraj, tetapi bagi peliwat, yang berlaku bukan zina, ia adalah liwat.

Berdasarkan penjelasan tersebut, majoriti fuqaha’ daripada 4 mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama sahaja dengan zina, kerana perbuatan liwat berlakunya kemasukan kemaluan dan berlakunya kepuasan seperti zina, maka ia sama dengan hukum zina.

Tuduhan liwat ke atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafi’I dan Imam Ahmad sama dengan tuduhan zina (Qazaf) kerana mereka berpendapat bahawa liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia sebagai pelaku atau penerima perlakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan jika sabit penuduh berniat dalam tuduhannya itu bermaksud yang dituduh melakukan perbuatan Kaum Lut, maka penuduh wajib dikenakan hukuman had, manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa tuduhan liwat termasuk dalam hukuman ta’zir kerana beliau berpendapat bahawa liwat bukannya zina, justeru tuduhan liwat tidak dikira sebagai tuduhan zina.

Untuk penerangan lanjut, ABIM telah pun menerbitkan buku bertajuk: “Bahaya Qazaf” sebagai panduan untuk masyarakat memahami isu ini. Selain itu ‘Resolusi Klinik Hukum Syarak Dan Guaman Syarie, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM yang dikeluarkan pada 18 Ogos 2008’ boleh juga di rujuk yang membawa maksud sama seperti dinyatakan di atas.

Oleh itu sebarang pernyataan di luar mahkamah yang bermaksud bukan untuk perbicaraan maka ia adalah qazaf, jika tidak disertakan dengan 4 orang saksi. Tambahan pula ia dilakukan oleh sebelah pihak sahaja maka ia dengan jelas bermatlamatkan mengaibkan seseorang dan ini merupakan perbuatan yang dicela oleh agama Islam.

Pindaan Enakmen Jenayah Syariah

Oleh itu, ABIM berpandangan Enakmen Jenayah Syariah yang hanya menyatakan perbuatan zina boleh diintepretasikan bahawa ianya termasuk jenayah liwat berdasarkan pandangan fuqaha di atas walaupun tidak secara jelas dimasukkan dalam peruntukan undang-undang berkenaan. Hal ini perlu ditentukan oleh Mahkamah Syariah dan bukannya pertikaian pelbagai pihak di media.

Justeru sebagai tindakan proaktif mengukuhkan peruntukan tersebut, ABIM menyarankan agar definisi zina di bawah Enakmen Jenayah Syariah dan Akta Jenayah Syariah mesti dipinda bagi memenuhi dan menepati maksud hukum syarak. Oleh yang demikian ABIM mencacadangkan:

“Bahagian TAFSIRAN untuk maksud “ZINA” dimasukkan peruntukan termasuk liwat.”

Peruntukan undang-undang jenayah tersebut harus dipinda agar ia benar-benar menepati pandangan para fuqaha’ bagi mendaulatkan hukum Islam ke martabat yang selayaknya dengan memasukkan tuduhan liwat sebagai sebahagian daripada qazaf.

Tambahan pula dengan semangat yang berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap pelaksanaan Hukum Hudud maka sudah tiba masanya untuk pindaan bagi setiap peruntukan dalam perundangan syariah di Malaysia bagi menepati hakikat kewujudannya.

Perbuatan Mengaibkan Moral dan Penceritaan Perilaku Seks Secara Terbuka

Berdasarkan kepada rujukan dalam Al-Quran dan pandangan ulama muktabar Islam bahkan termasuksemua agama lain, perbuatan mededahkan perilaku seks, sumbang di khalayak terbuka adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral bercanggah dengan nilai Islam dan moral masyarakat.

ABIM berpandangan wujud falsafah besar dalam definasi ayat Qazaf dan ayat-ayat lain dalam al-Quran yang mencegah kita berbuat demikian kerana mengaibkan individu dan keluarga.

Justeru ABIM berpandangan majlis penerangan Tan Sri Muhammad Shafee yang menceritakan perilaku seks kes DSAI secara terperinci adalah amat tidak beretika dari sudut profesional guaman dan wujud elemen qazaf atas tindakannya itu.

Oleh itu laporan qazaf yang telah dibuat ke atasnya harus disiasat dengan teliti dan diambil tindakanoleh pihak berwajib. Malah bagi menjaga kesucian Islam pihak berkuasa agama di negeri-negeri sewajarnya tidak membenarkan perbuatan jenayah qazaf sedemikian berleluasa.

Seruan ABIM ini tidak terhad kepada sekitar kes DSAI sahaja malah untuk mana-mana pihak sekalipun merentas parti politik; perbuatan mendedahan seksual mana-mana tokoh-tokoh politik atau individu lain yang berlaku sebelum ini juga adalah tidak bermoral dan boleh membawa kepada jenayah qazaf. - HARAKAHDAILY 28/2/2015

Gurun - Gambar putus kepala tiada kaitan

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan kaitan gambar seorang kanak-kanak perempuan yang tersebar di laman sosial 'WhatsApp' dengan kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Jeniang-Gurun, kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, gambar berkenaan tidak ada kena mengena dengan kemalangan di Gurun.
Menurutnya, berdasarkan gambar itu, tempat dan situasi yang berlaku berbeza.

"Kita percaya gambar membabitkan kanak-kanak itu berlaku di luar negara namun ada yang cuba hebahkan benda tidak benar.

"Gambar diambil anggota JBPM dan gambar tersebar di laman sosial jelas berbeza seperti lokasi kejadian kemalangan petang itu berumput hijau tetapi gambar kanak-kanak berkenaan di jalan tanah merah," katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, semalam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...