TERKINI :

Saturday, February 28, 2015

Kesian...Tak Habis-Habis Najib Kena Tolak!!

Ketika majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah ditolak (disenggol) dengan kuat oleh isterinya, Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi viral di media-media sosial.

Rosmah dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga Perdana Menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu kenamaan daripada seluruh dunia itu.

Tetapi dalam minggu lalu, Najib terus menerima tolakan yang berterusan lagi. Ketika harta peninggalan Tun Razak cuba dikaitkan dengan perbelanjaan mewah keluarga Najib, terutama melibatkan isterinya Rosmah dan anak tirinya Reza Aziz, keempat-empat adik Najib tampil dengan kenyataan bersama menolak tanggapan sedemikian.

Mereka menyatakan, Tun Razak terkenal sebagai pemimpin yang berintergriti tinggi serta berjimat cermat sepanjang kehidupannya dan spekulasi mengenai harta peninggalan bapa mereka yang dikaitkan dengan kemewahan adalah tidak wajar sama sekali.

Setelah ditolak (disenggol) oleh isterinya, Najib ditolak pula oleh keempat-empat adik-beradiknya.

Pada Rabu lalu pula, mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3 bilion lagi kepada 1MDB berikutan ramai ahli kabinet tidak bersetuju dengannya.

Jika berita ini benar dan ia juga belum dinafikan lagi oleh kerajaan sehingga kini, ia juga bermaksud penolakan sebahagian menteri-menteri kabinet terhadap Najib sendiri.

Ini kerana 1MDB adalah syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib dan menjadi anak emasnya selama ini. Syarikat itu diletakkan dibawah Kementerian Kewangan di mana Najib juga adalah Menteri Kewangan, selain sebagai Perdana Menteri.

Penolakan ini sebenarnya amat memalukan Najib kerana beliau seolah-olah sudah ditolak dan tidak dipercayai lagi oleh menteri-menteri kabinet yang dilantiknya sendiri.

Jika di negara lain atau Najib seorang pemimpin yang bermaruah dan berintergriti, episod penolakan oleh ahli-ahli kabinet ini seharusnya menyebabkan beliau berasa malu untuk terus mengempuki kerusi Perdana Menteri yang didudukinya sekarang.

Semalam pula, kajian oleh Merdeka Center mendapati penolakan rakyat semakin tinggi terhadap kepimpinan Najib dengan hanya tinggal 44 peratus saja lagi berbanding 48 peratus sebelum ini.

Setelah ditolak (disenggol) isteri, ditolak oleh adik-beradik dan ditolak oleh menteri-menteri kabinet, Najib juga ditolak oleh majoriti rakyat yang makin tidak berselera dengan kepimpinannya.

Maknanya, dalam waktu terdekat ini sudah ada empat kes penolakan diterimanya.

Jika mengikut kepercayaan orang Cina pula, angka 4 bermakna "mati". Dalam episod kena tolak ini, Najib telah disasar tiga kali dengan angka 4 iaitu oleh empat adik-adik beradiknya, penolakan rakyat yang menjadikan sokongannya hanya tinggal 44 peratus dan empat kes penolakan dalam waktu terdekat ini.

Seorang rakan Cina berkata, ia dengan itu bermaksud "mati-mati" atau akan "mati" dengan perlahan-lahan.

Kesian Najib...tak habis-habis kena tolak. Mungkinkah "matinya" juga sudah semakin hampir? (SH 27/02/2015)

Harga baru untuk minyak esok....

Harga RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen

Harga minyak RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Ekoran itu, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

“Harga baru ini akan berkuatkuasa bagi bulan Mac 201,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Saman saya dulu sebelum ugut orang lain, Rafizi cabar Najib


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli cabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyamannya dulu sebelum ambil tindakan undang-undang terhadap Harakahdaily berhubung laporan mengaitkan 1MDB dengan keluarga perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari, 2015.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli cabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyamannya dulu sebelum ambil tindakan undang-undang terhadap Harakahdaily berhubung laporan mengaitkan 1MDB dengan keluarga perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Februari, 2015.

Susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakahdaily berhubung laporan yang mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan keluarganya, Rafizi Ramli hari ini mencabar perdana menteri menyaman beliau terlebih dulu.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau terkejut membaca laporan media yang Najib sekali lagi mengugut memfailkan saman, kali ini terhadap lidah rasmi PAS iaitu Harakah.

"Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini.

"Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain.

"Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

'Tangan tersembunyi mahu guling progresif dalam PAS'

 
Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut membabitkan "kuasa ketiga".

Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar".

Beliau tidak menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.

Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS.

PJ PAS Selangor nie bodek tahap jakun nak bagitau hangpa..!!....

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/05/iskandar-samad-pink-01.jpg

Pesuruhjaya Pas Selangor kata jawatan tertinggi parti mesti diisi oleh ulamak justeru mahu Presiden tetap disandang oleh seorang bergelar ulamak.

Bodek tahap jakun ni....

Pesuruhjaya Pas Selangor ni dia faham tak jawatan tertinggi Pas ialah Mursyidul Am yg WAJIB ulamak!!! Jd tak payah riuh la dah mmg Mursyidul Am tu wajib ulamak!!!

Yg tak wajib ulamak ialah Presiden. Klu Presiden dianggap tertinggi, Mursyidul Am nak letak mana??

Presiden ialah pemimpin eksekutif di peringkat pusat. Klu Presiden mesti ulamak, kenapa Pesuruhjaya Pas Negeri spt Selangor tak wajib ulamak sedangkan Pesuruhjaya Pas Negeri ialah jawatan tertinggi di peringkat negeri???

Sirul persulit komplot pembunuhan Altantuya

Oleh Subky Latif

http://mk-cdn.mkini.net/862/f56d7d0dd92b91f219629b23283562cd.jpg
PEMIKIRAN polis dilihat tak sekata tentang perkembangan baru berhubung dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu berikutan Sirul Azhar Umar, seorang daripada dua yang dijatuhi hukum bunuh membunuhnya melepaskan diri ke Australia.

Sirul yang lari itu dikatakan mahu memberi cerita tambahan atas kes itu. Dipercayai boleh melengkapkan rahsia pembunuhan. Semua menyangka kisah pembunuhan itu belum terdedah sepenuhnya sekalipun mahkamah lama membicarakan kes itu.

Apa cerita yang Sirul simpan menyebabkan kerabat polis tidak sekata. Bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan berpendapat, patut dibuka semula kertas penyiasatan. KPN sekarang kata tak perlu, memadai dipantau saja.

Gara-gara Sirul terlepas daripada kerajaan dan polis Malaysia, kes pembunuhan Altantuya jadi tidak selesai lagi.

Percanggahan pandangan antara pemimpin polis sekalipun Musa bukan polis lagi tetapi dia adalah pemimpin polis dulu. Jika polis berbeza pendapat tentang sesuatu dalam kes bunuh itu, maka apa lagilah orang bukan polis yang memerhatikan perkara itu sejak awal yang mengesyaki banyak perkara yang belum terbongkar.

PAS mungkin menjadi sebuah parti ‘kera sumbang’ dan cita-cita hudud itu hanyalah angan-angan

PAS oh PAS – Huzaifah Ahmad Yamani


Tatkala genderang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013 dipalu, PAS bukan main bersemangat mendendangkan lagu ‘Putrajaya’. Kala itu, PAS mahu ‘menghijaukan’ Putrajaya, dan demi merealisasikan hasrat itu, PAS bergandingan penuh erat dan ‘kasih-sayang’ dengan sekutunya, PKR dan DAP. Ini realiti, bukan ilusi. Sejarah PRU13 dan PRU12 mencoret sejarah kerjasama itu.

Masa berlalu. PAS dan gandingan sekutunya mulai berselisih pandangan. DAP dengan idea demokratik tulennya, mahu mengembalikan kuasa rakyat termasuklah idea Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. PAS pula kekal dengan agenda utamanya menegakkan undang-undang Islam atau hudud. PKR, pastilah memperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan elemen yang membelakangkan Anwar seperti keengganan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turun jawatan, fatal akibatnya. PKR dan Anwar ibarat isu dan kulit.

Mutakhir ini, sengketa PAS – DAP nampaknya paling ketara. Masing-masing memberikan amaran dan gertakan. Ibarat budak-budak kecil yang berkelahi, masing-masing saling menjelir lidah. Masih belum sampai tahap bergomol dan berguling di atas tanah. Tapi, tidak nampak mana-mana pihak mahu berundur atau mengalah. Walhal, dua-dua pihak, PAS atau DAP parti ‘otai’ di Malaysia. Otai sepatutnya menjadikan mereka berdua lebih bijaksana.

‘Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan’

Ustaz Ahmad Awang


ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa’, neqad, ijtima’ dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.

IMDB: Kabinet tolak Najib cadang suntik RM3 bilion?

KUALA LUMPUR: Keputusan Kabinet menolak permohonan cadangan menyuntik RM3 bilion tunai untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggambarkan kerajaan sudah hilang kepercayaan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkembangan ini merupakan satu implikasi politik yang serius terhadap Perdana Menteri itu.

"Saya tidak menolak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin akan membuat tekanan terhadap Najib berikutan keputusan ini.

"Paling serius adalah kepincangan kewangan di dalam 1MDB sudah mula diketahui oleh kabinet Najib," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau juga, penolakan cadangan ini menunjukkan suatu yang serius sedang berlaku dalam Kabinet Najib.

Isunya Nak Cari GANTI, bukan nak GULING Presiden PAS

nukilan Sysss..!!



Ini yang sebenarnya! Takde sapa yg nak guling Hj Hadi. Cuma mahu dia jd Mursyidul Am. Itu je. Tapi nak buat camne. Mcm di ckp sblum ni. Ada 2 GOLONGAN yg beriya2 sgt pertahan Hj Hadi sbg Presiden ni;
1. Golongan Yg Berkepentingan
2. Golongan Taksub Bodoh
OK push stop.... 
 

Perhimpun Perpaduan Melayu satu retorik

Mohd Sayuti Omar,  

BACA SABTU                                                                                 

Malam ini akan berlangsung Perhimpunan Perpaduan Melayu yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) hasil gabungan 248 buah Ngo Melayu.

Sempena himpunan itu juga akan dibaca waad atau ikrar. Ia kemudian akan ditandatangi oleh 57 pemimpin Melayu. Perhimpunan malam ini selain pembacaan ikrar sebagai acara kemuncak ia disusuli dengan solat Maghrib, pembacaan puisi dan pidato oleh perdana menteri.

Kehadiran dianggarkan 30,000 orang. Ikrar atau waad yang akan dibaca malam ini sebagai mengganti waad Melayu 1946. Apakah waad 1946 dulu?

Menyelami tujuan dan maksud perhimpunan itu adalah untuk membangkitkan semangat orang Melayu. Meletakkan orang Melayu diatas paksi seperti mula orang Melayu mengenai jalur perjuangan.

Tetapi sedikit dimusykilkan apabila melihat kepda angka yang dianggarkan hadir itu ia tidak menunjukkan perhimpunan perpaduan Melayu sebenarnya. Jumlah itu tidak mewakili populasi Melayu di negara ini. Orang Melayu yang mewakili 60% (18 juta) penduduk daripada 30 juta penduduk negara ini, seharus kehadirannya yang perlu diusahakan melebihi 1 juta.

Kehadiran hanya 30,000 bermakna kira-kira 0.17 % daripada 18 juta Melayu. Kehadiran itu jauh lebih ramai daripada penonton bola sepak piala Malaysia pertemuan Kelantan dengan Pahang sebanyak 85,000.

Jawatan Suami Ummi Aida, Khairuddin dalam Umno gugur

 
Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang mendapat perhatian selepas membuat aduan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), digugurkan jawatannya dalam Umno.

Berita itu disampaikan oleh rakannya yang menonton rancangan berita di televisyen malam tadi, katanya kepada Malaysiakini.

"(Saya) tidak dimaklumkan langsung. Kawan (saya) kata (berita itu) keluar TV3," katanya.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas beliau didapati telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Surat kepada Khairuddin bulan lalu dilaporkan ditandatangani oleh setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya sama ada pengguguran jawatannya itu berkaitan isu 1MDB, Khairuddin berkata: "Tidak berani hendak buat spekulasi.

Apabila Pengerusi PAC bercakap macam "TAIK"..!!

 
Puak nie semua berlakun ja bila bercakap.... 
tapi yang sedih ada jugak puak-puak pak lebai dok pie menyendeng....

Tahap penerimaan terhadap Najib jatuh kepada 44%

Tahap penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44% pada Januari berbanding 48% pada bulan Oktober 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.

Tahap penerimaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh kepada 44% pada Januari lepas berbanding 48% pada bulan Oktober 2014 kerana ramai yang merasakan kerajaan bergerak ke arah yang salah dan keadaan ekonomi tidak begitu baik, menurut tinjauan pendapat terbaru Merdeka Center .

Pengumpul suara bebas itu berkata, tahap penerimaan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib kekal pada 38% pada bulan Januari, sama seperti tinjauan dilakukan pada Oktober lepas.

Akan tetapi bagi Najib, 46% daripada orang yang ditinjau pada Januari 2015 menolak caranya bekerja.

47% yang ditinjau juga merasakan Malaysia "bergerak ke arah yang salah" sementara 39% mengatakan kerajaan melakukan perkara betul.

Hudud takkan berjaya di Parlimen tanpa majoriti

Rancangan PAS untuk melaksanakan hudud dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.
Rancangan PAS untuk melaksanakan hudud dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.

Rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya, kata penganalisis, kerana parti tersebut tidak mempunyai cukup kerusi menyokongnya, selain halangan sedia ada dari segi prosedur Parlimen.

Mereka berkata, PAS hanya mempunyai 21 kerusi Persekutuan dan sekalipun semua 87 ahli Parlimen Umno, 2 wakil Islam dari DAP dan 16 dari PKR memberi sokongan kepada hudud, undi mereka masih tidak cukup membentuk dua pertiga (148 undi) yang diperlukan daripada 222 kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Saya tak rasa mereka akan berjaya kali ini, peluang mereka kecil, malah di kalangan ahli Parlimen Islam juga, mereka tidak sebulat suara tentang langkah PAS ini," kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.

Tambahan pula, secara konvensionalnya, urusan kerajaan lebih diberi keutamaan bagi diselesaikan terlebih dahulu, walaupun menurut ahli strategi DAP dan ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, jarang sekali urusan kerajaan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum setiap persidangan berakhir.

Polis sahkan identiti mayat ditanam di Tasek Pedu

Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui ditanam di Hutan Simpan Tasek Pedu, Kuala Nerang Isnin lepas adalah warga tempatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mangsa Ong Tiek Beng, 26, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang, meninggal dunia akibat kecederaan di leher.

Isnin lepas sekumpulan pencari madu menjumpai mayat seorang lelaki yang ditanam sedalam dua meter pada kira-kira 7 malam yang menemui kawasan tanah yang baru dikorek dan ditimbus semula dan melaporkan perkara itu kepada polis.

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini petang semalam untuk bedah siasat. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...