TERKINI :

Friday, February 27, 2015

Tanda-tanda presiden nak tergolek semakin dekat..!

Tanda Tergolek Makin Dekat...

Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara dijangka akan berhimpun untuk menyatakan solidariti kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada 8 Mac depan, iaitu sehari sebelum majlis pembukaan Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong.

Menurut Ketua Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee, seramai 170 daripada 191 Ketua Bahagian sudah menyatakan kesediaan untuk hadir dan ia bertujuan untuk membuktikan kepada pembangkang dan juga pihak luar bahawa mereka sentiasa menyokong Najib.

Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Najib masih mempunyai sokongan yang kuat, jadi mereka perlu berhenti menyerang BN, katanya lagi.

Jika mengikut logik dan hukum akal, adanya perhimpunan solidariti ini tidak lain menunjukkan bahawa kedudukan Najib sedang atau semakin goyang sekarang ini.

Hanya pokok yang sudah hendak tumbang saja perlu diletakkan penongkat atau sokongan, manakala pokok yang masih kukuh biasanya tidak memerlukan apa-apa bantuan untuk terus tegak berdiri.

Begitulah juga sebenarnya kedudukan Najib sekarang. Apabila sudah ada usaha mengadakan perhimpunan mempertahankan kedudukannya, bermakna makin goyanglah kerusi yang didudukinya itu.

Lihat saja di zaman Pak Lah dulu, berbagai perhimpunan atau gerakan telah diadakan untuk menyatakan sokongan dan mempertahankan kedudukannya, namun akhirnya tergolek juga.

Bahkan lagi banyak pernyataan sokongan dizahirkan, ia secara tidak langsung menandakan semakin terhakisnya sokongan yang diterima.

Akhirnya, sama ada pokok akan tumbang kerana asakan yang makin kuat atau kayu yang menjadi penongkat atau sokongan itu akan patah disebabkan tidak mampu lagi menjadi penahan yang kukuh.

Yang penting sebenarnya ialah apakah pokok yang mahu dipertahankan itu masih kuat atau sudah menghampiri tarikh matinya. Jika pokok itu cukup kuat, ia bukan saja tidak memerlukan penongkat, bahkan dedalu hinggap pun tidak menjejaskan hayatnya.

Sebab itu, usaha mengumpulkan ketua-ketua bahagian menyokong atau menyatakan solidariti kepada Najib bukan saja membuang masa, malah juga sia-sia.

Selain ianya mengesahkan kedudukan Najib makin bergoyang, umum juga tahu bahawa ini adalah perhimpunan "cari makan" semata-mata. Semua orang tahu, ketua bahagian adalah mereka yang berkepentingan dengan Perdana Menteri dari segi jawatan, kedudukan, projek dan sumber rezeki.

Sudah tentu mereka ini sanggup berbuat saja untuk mempertahankan kenikmatan yang sedang dikecapi sekarang. Tetapi adakah ketua-ketua bahagian ini benar-benar mewakili naluri dan isi hati seluruh ahli UMNO yang berjumlah 3.4 juta orang itu?

Lebih dari itu, adakah juga ketua-ketua bahagian ini mampu memastikan undi dalam pilihanraya nanti benar-benar memihak kepada BN?

Adakah Mahathir akan tiba-tiba berhenti menyerang Najib kerana solidariti 170 ketua bahagian itu?

Begitu juga, apakah rating sokongan Najib yang kian merudum sehingga 44 peratus berbanding 48 peratus sebelum ini dapat ditingkatkan semula?

Secara umumnya juga, penolakan terhadap Najib merangkumi banyak isu dan masalah -dalam parti dan luar parti, dalam kerajaan dan luar kerajaan serta seribu satu macam lainnya yang tidak mungkin mampu ditangani dengan sekadar menghimpunkan seramai 170 ketua bahagian saja.

Tetapi seperti pokok tadi, bila mula diletakkan penongkat atau sokongan, biasanya ia adalah tanda tidak lagi kuat akar umbinya atau sudah hendak tumbang menyembah bumi.

Pokok yang sudah diletakkan penongkat juga jarang dapat bertahan lama berbanding pokok-pokok lain yang tidak diletakkan apa-apa kayu penyokong.

Tiada apa-apa yang perlu dilakukan, selain meraikan 8 Mac ini sebagai tanda awal tergoleknya Najib makin dekat...(SH 27/02/2015)

Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'

Ustaz Ahmad Awang

ULASAN Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah.

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini.

Kerana semestinya golongan ulama’ yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing.

Di mana hasilnya?

Sewajarnya golongan ulama’ akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saf, bukan sebaliknya.

Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik sudah pasti berasa hampa dan kecewa.

Bukan sekadar tidak memenuhi harapan bahawa Pakatan dapat dikukuhkan dan ditunjukkan jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dan bermakna, malah diungkitkan pula permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan kemungkinan tergadainya prinsip Islam dengan penyertaan PAS dalam Pakatan.

Secara umum ia merupakan usul yang sama seperti usul multaqa ulama’ yang dianjurkan dua tahun lepas yang meminta tahalluf siyaasi (kerjasama politik) ‘dikaji semula’.

Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa ‘kajian semula’ itu bermaksud “kaji semula ke arah memperbaiki dan mempekukuhkan lagi”!

Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya? Tidakkah hasil kajian itu patut dikemukakan dalam Multaqa II, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana perbalahan yang dihadapi dewasa ini?

Sudah pasti cadangan-cadangan dari Multaqa Ulama II ke arah pengurusan perbalahan dan penyelesaiannya amat sangat dialu-alukan. Malangnya, cadangan sedemikian rupa tidak sama sekali dikemukakan. Sebaliknya diulang kembali kekhuatiran dan ketakutan yang sama.

Begitu juga hampa dan kecewa pastinya ahli PAS yang sedang melihat perbalahan dalaman yang semakin meruncing.

Pecahkan atau kukuhkan Pakatan?

Multaqa ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi.

Ia seolah-olah mengesahkan tuduhan-tuduhan liar bahawa ada pihak yang membawa fahaman sekular liberal dalam PAS, adanya usaha menjatuhkan presiden dan sebagainya.

Sedangkan itu semua pertuduhan yang bersifat rambang. Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah dibuat “tabayyun” dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman?

Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan Pakatan atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ia dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat multaqa menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program-program liqa’, neqad, ijtima’dan multaqa itu sendiri tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama’ yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama’, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.

Bahagian kedua diterbitkan esok: Ulama bukan tiket dapat pujian, dokongan

AHMAD AWANG seorang tokoh ulama PAS yang disegani. Selain berpengalaman sebagai ahli akademik dan birokrat agama dalam kerajaan, beliau pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun.

Penjara Anwar, bolehkah BN dan Umno ‘PAS’ berjaya PRU14?

Oleh Nur Jazlan

http://www.antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/anwar_bersalah_ap_edit.jpg
Esok menjadi penentu sama ada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengakhiri karier politiknya yang berliku daripada seorang aktivis pelajar menjadi pemimpin nombor 2 kerajaan sebelum bertukar menjadi pemimpin nombor 1 pembangkang apabila Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman terhadap kes liwat 2.

Sama ada keputusan kes berkenaan akan memberi impak besar terhadap perubahan politik Malaysia atau tidak, ia hanya akan dapat diputuskan 3 tahun lagi apabila Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 diadakan.

Namun segenap lapisan rakyat Malaysia pasti bersetuju suhu politik negara sejak PRU13 sentiasa berada pada tahap mendidih dan ketika ini, tiada satu parti politik yang boleh mendabik dada mereka tiada sebarang masalah sama ada di peringkat dalaman atau dalam perkongsian kuasa bersama rakan-rakan dalam blok mereka.

Tidak kira Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno dengan 13 parti komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak atau PR yang dibentuk sebelum PRU12 6 tahun lalu berteraskan PAS-DAP-PKR dengan konsep 'setuju untuk tidak bersetuju' terhadap perjuangan mereka, semuanya berdepan dengan masalah.

Memang benar, tiada parti politik yang boleh sentiasa stabil tetapi apa yang berlaku di Malaysia pada waktu ini, amat menarik memandangkan kita sudah akan memasuki separuh masa kedua dalam perjalanan menghadapi PRU14 selewat-lewatnya pada 2018.

Belanja Set Rambut Rosmah Bersmaan 678 kilo Beras Cap Rambutan

Oleh Mummy Rokiah 

 http://www.e-marketkhas.com/5445-thickbox/best-field-rambutan-5-10kg.jpg
Harga beras Cap Rambutan ialah sebanyak RM3.54 sekilo. Harga mengubah warna rambut Rosmah Mansor ialah RM1,200 sekali warna.(Kak Rose) Kalau sebulan dua kali warna ini bermakna jumlahnya ialah RM2,400.

Dengan RM2,400 orang kampong atau penoreh yang sedang menghadapi kejatuhan harga getah boleh membeli 678 kilo beras boleh makan nasi selama 678 hari jika mereka hanya memakan nasi sehari sekilo.

Dalam kisah lain tindak tanduk anak tiri Najib di New York yang sebenarnya telah mencemarkan nama baik Tun Razak. (Anak pinak Tun Razak pertahan nama baik bapa mereka.)
http://mummyrokiah.blogspot.com

Rakyat rugi jika BN tak bertanding Chempaka

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/07/kuala-besut-bendera-spr.jpg
BN berura-ura (dan disahkan dengan kenyataan Najib Razak 25 Feb) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Chempaka, ekoran pemergian Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jika ia benar-benar berlaku maka ini bukanlah kali pertama BN tidak sertai pilihanraya kecil, sekalipun rekod pencapaian BN dalam mana-mana PRK sering memihak kepada mereka.

BN pernah pulaukan PRK Penanti tahun 2009 yang diadakan ekoran peletakan jawatan ADUNnya yang juga selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Alasan yang diberikan kerana PRK itu tidak perlu diadakan kerana ia hanya untuk menyelesai masalah dalaman PKR. Tidak wajar rakyat diheret sama dan PRK hanya menghabiskan wang rakyat. Itu hujah BN.

KeADILan sekali lagi mengheret rakyat menyelesaikan masalah dalaman mereka apabila ADUN Kajang meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (kemudiannya bertukar tangan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail) sebagai calon. Berdasarkan prinsip yang dipegang pada PRK Penanti, BN sepatutnya tidak sertai PRK Kajang tetapi fatwa politik BN boleh berubah ikut selera mereka. Calon MCA yang mewakili BN kalah di tangan Presiden KeADILan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

Alasan tangguh kes Mat Sabu tak munasabah - Hanipa

 http://4.bp.blogspot.com/-BIKCVEQSznc/T9YS45isuhI/AAAAAAAA1jA/zc0hd8c6-Q8/s400/sabu.jpg
BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 27 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes berkenaan kerana saksi terakhir, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim tidak dapat hadir untuk memberi keterangan.

Katanya mahkamah mempunyai kuasa penuh untuk memerintahkan mana-mana saksi yang tidak hadir ditangkap. Bagaimanapun, mahkamah akur kuasa yang ada hendaklah digunakan secara berhemah.

"Berdasarkan kepada pertimbangan yang diambil kira dan faktor kes kepentingan awam di mana kes ini mendapat liputan meluas media, saya membenarkan penangguhan yang dimohon.

"Saya sendiri berpendapat keterangan daripada seorang pakar sejarah dapat membantu mahkamah membuat keputusan yang mantap dalam kes ini," katanya pada perbicaraan kes itu di sini hari ini.

Bolehkan Hj Hadi memegang 2 jawatan iaitu PRESIDEN & MURSYIDUL AM

ASSALAAMUALAIKUM.




Ada terbaca status facebook Ketua Pemuda PAS Kelantan berkaitan cadangan Tuan Guru Dato' Seri Presiden PAS menjadi Mursyidul Am PAS.

Ketua Pemuda PAS Kelantan bersetuju Tuan Guru Dato' Seri Presiden diangkat menjadi Mursyidul Am tetapi dalam masa yang sama Tuan Guru Dato' Seri Presiden kekal sebagai Presiden. Beliau merujuk kepada sejarah bahawa suatu ketika dahulu Almarhum Tuan Guru Hj Yusuf Rawa pernah menjadi Mursyidul Am dan Presiden dalam masa yang sama.

Aku nak sebutkan begini, Perlembagaan tidak menghalang seorang Presiden juga dilantik memegang jawatan Mursyidul Am. Tidak dihalang, tidak dilarang di dalam Perlembagaan. Walau bagaimana pun dari segi moralnya ia sesuatu yang tidak baik sebagai contoh kepada masyarakat.

Persoalan akan timbul adakah sudah tidak ada orang lain yang layak menjadi Mursyidul Am dan/atau Presiden? Kenapa semua jawatan hendak dikumpulkan kepada seorang individu? Tidakkah PAS mempunyai ramai pemimpin berwibawa, berkaliber, berilmu, amanah dan berketerampilan?

Ada Kumpulan cuba perkenal cara baru untuk kenali wakil rakyat anda

Kumpulan Kuasa rancang bantu rakyat kenali kecenderungan politik ahli Parlimen, teliti pendirian individu berhubung isu tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.
Kumpulan Kuasa rancang bantu rakyat kenali kecenderungan politik ahli Parlimen, teliti pendirian individu berhubung isu tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.

Bolehkah anda bergantung kepada ahli Parlimen untuk mengundi sesuatu yang penting bagi anda, contohnya untuk meluluskan pelaksanaan hukum Islam di negara ini atau cukai baru kepada pengguna?

Satu kumpulan menamakan diri mereka Kuasa, merancang membantu rakyat mengenali kecenderungan politik ahli Parlimen, sebaik ia selesai menjalankan satu kajian baru tahun ini yang meneliti pendirian individu setiap ahli Parlimen Malaysia berhubung isu tertentu.

Kajian tersebut bertujuan menggubal satu peta kedudukan politik bagi setiap 165 ahli Parlimen di Semenanjung, yang diharap akan memaklumkan pengundi berkenaan wakil rakyat yang mereka undi, kata Ketua Eksekutif Kuasa, Praba Ganesan.

Kajian mereka itu bagaimanapun menerima kritikan daripada pemimpin atasan Barisan Nasional Perak yang mempertikaikan hasil satu kajian berbeza dibuat kumpulan itu sebelum ini berkenaan wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Penang - Apa masalahnya tak ada diskaun 5%, memang macam tu pun undang2 dia..!!

Tiada diskaun lot Bumiputera amalan biasa

GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menjelaskan ketiadaan pemberian diskaun sebanyak lima peratus bagi pembelian lot Bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik di negeri ini adalah amalan biasa kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata, ketiadaan pemberian diskaun itu diamalkan sejak dahulu lagi dan turut dipraktikkan di semua negeri.

"Memang ini adalah amalan biasa, tiada diskaun itu selama ini. Jadi surat-surat yang dirujuk oleh media kepada Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah memang jelas dinyatakan tiada pemberian diskaun lima peratus itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebab saya MEMBANTAH penguatkuasaan CUKAI GST pada 1 April 2015

BismillahirRahmanirRahim

YAB Dato Seri Najib b Razak,Perdana Menteri Malaysia.

PETISYEN MEMBANTAH 6% CUKAI BARANGAN & PERKHIDMATAN (CUKAI GST) 1 APRIL 2015

http://3.bp.blogspot.com/-xPaKSeDQjvQ/VDU0PdVnFoI/AAAAAAABx8U/I_F1VNIAN3Y/s1600/Protes%2BGST%2B-IMG_2360.JPG 

Saya sebagai rakyat Malaysia dengan kebebasan bersuara seperti yang dijamin dalam perkara 10 Perlembagaan Persekutuan membantah 6% CUKAI BARANGAN & PERKHIDMATAN (GST) yang dijadualkan dikuatkuasa mulai 1 April 2015.

Saya menggesa kerajaan supaya membatalkan penguatkuasaan CUKAI GST.

Berikut adalah sebab-sebab utama saya membantah Cukai GST :

1. Cukai Progresif lebih sesuai untuk masyarakat Malaysia: Cukai yang progresif mengenakan cukai kepada golongan kaya dan kaum korporat tetapi mengecualikan golongan pendapatan rendah dari dicukai. Cukai sebegini adalah lebih sesuai oleh sebab ia membantu golongan miskin, berbanding dengan cukai regresif GST yang akan mengenakan cukai kepada semua lapisan masyarakat. Cukai GST membebankan masyarakat secara menyeluruh, yang kaya dan yang berpendapatan rendah

Untung la jadi orang ternama dalam negara, nak kena tangkap sini lari pie jadi warganegara tempat lain..!!

Paul Phua warganegara Montenegro

 
EKSKLUSIF Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan fail rasmi di Montenegro, Paul Phua, secara teknikalnya, bukan lagi warganegara Malaysia.

Bukti baru berkaitan dengan rangkaian perniagaan Phua di Montenegro dan hubungan dengan pegawai tinggi kerajaan di negeri Balkan itu, menunjukkan dia telah menjadi warganegara Montenegro.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membenarkan dua kerakyatan, dan sesiapa yang menerima kewarganegaraan negara lain, secara otomatik, hilang kerakyatan Malaysia.

Menurut laporan siasatan oleh portal berita popular Montenegro, Vijesti, Phua telah diberikan kewarganegaraan Montenegro selepas dicadangkan secara peribadi kepada Perdana Menteri di negara ini, Milo Đjukanović.

Ketua Pemuda PAS "cari pasal" pie mengadap GOBIND DEO..!!

BismillahirRahmanirRahim

Akhirnya satu Langkah yang baik telah dilakukan oleh KP PAS.......

Tahniah Dewan Pemuda PAS Malaysia, sedia duduk berbincang dengan kepala sejuk dan hati tenang dengan WR. Gobind Deo.

Bukannya tunjuk jaguh dengan halau orang tu berambus....bila asyik dok halau sampai bila orang nak faham... lanie pie bagi salam dan tanya di APA KHABAR..!!

Nama aja USTAZ sekoq-sekoq tapi kelaku macam JEBON... manusia yg hangpa panggil JEBON pulak dok buat politik budiman...

 
 

Tiada siapa boleh persoal keputusan Agong

Tiada siapa berhak mempersoalkan keputusan yang akan dibuat Yang di-Pertuan Agong berhubung petisyen pengampunan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata sama ada keputusan yang akan dibuat kelak memihak ketua pembangkang itu atau tidak, semua pihak perlu menghormatinya.

"Institusi raja dibenarkan Perlembagaan untuk mendengar dan membuat keputusan berkaitan petisyen pengampunan yang dibuat oleh seseorang individu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicaranya tersendiri.

"Apabila keputusan dibuat, mana-mana pihak tidak boleh persoalkannya. Adalah tidak adil untuk dipertikaikan," katanya kepada Bernama hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...