TERKINI :

Thursday, February 26, 2015

Zul Nordin Berniat Jahat, Biadab - Yusmadi Yusoff

PETALING JAYA: Zulkifli Nordin dilihat berniat jahat dan bersikap biadab apabila mempertikaikan intipati dokumen permohonan pengampunan yang difailkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong pada saat akhir, Selasa lalu.

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, pendirian konsisten Zulkifli berhubung isu ini jelas menampakkan beliau ada motif tersembunyi terhadap keluarga Anwar.

"Pada peringkat ini, permohonan tersebut baharu diusulkan dan belum lagi diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya lihat beliau seolah-olah ada niat tidak baik terhadap keluarga Anwar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Malah, Pengerusi Yayasan Rights itu turut menyifatkan tindakan Zulkifli sebagai penghinaan terhadap institusi Diraja.

Rosmah Mula Menyusahkan Semua Orang

Shahbudin Husin,

http://beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Gambar-Rosmah-Mansor-Mengundi.jpg
Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor akan mengadakan majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung mereka, Nooryana Najwa pada penghujung Mac depan.

Beberapa majlis sudah diatur iaitu untuk tetamu diraja, jemputan luar negara, pemimpin kerajaan, korporat, pemimpin dan ahli UMNO serta pengundi di Pekan.

Tetapi kira-kira sebulan sebelum majlis itu berlangsung, perbualan ramai mengenai kekayaan dan sumber kewangan Perdana Menteri semakin menjadi perbualan, bukan saja dalam negara bahkan sudah merebak seantero dunia.

Ia tidak lagi mengenai kos cat rambut (sebagaimana yang disebut oleh Rosmah walaupun istilah yang sebenarnya ialah mewarnakan rambut) atau upah menempah baju, pemilikan barang kemas, beg tangan atau pembelian hartanah mewah di AS, tetapi kini turut berjangkit kepada isu harta peninggalan Almarhum Tun Razak, bekas Perdana Menteri kedua yang juga merupakan bapa kepada Najib.

'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' jadi kenyataan

http://4.bp.blogspot.com/_VuxvN2xqa-c/TSr3vjTpyqI/AAAAAAAAD_A/7920HAT-gNI/s1600/1.jpg
KUALA LUMPUR: Pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Umno BN tidak akan meletakkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka membuktikan kekuatan BN di era kepimpinan beliau sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tindakan ini sekaligus membuktikan kata-kata keramat Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini.

Katanya, selepas pemergian Tok Guru, Umno BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau  iaitu 'Islam dan bukan kebangsaan' adalah benar. 

"Sekalipun tanpa penyertaan Umno BN dalam PRK, isu negara yang melibatkan Presiden Umno secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap memerlukan tindak balas menyakinkan dari Perdana Menteri Malaysia.

Terkini BAB Kes lembu "KAK JAT" - Pengerusi NFCorp gagal batal dua pertuduhan pecah amanah RM49.7 juta

Pengerusi NFCorp gagal batal dua pertuduhan pecah amanah RM49.7 juta
Published: 26 February 2015 12:33 PM

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail (gambar, kiri) hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Azman berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan Mahkamah Agung yang memutuskan tiada jalan pintas dalam sesuatu kes.

Oleh itu, katanya dalam kes ini, ia perlu menjalani perbicaraan penuh.

"Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf pada peringkat ini. Oleh itu, rayuan ditolak dan kes dihantar ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan penuh," katanya.

Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Al-Firdaus Shahrul, yang mewakili Salleh, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Mempertikai Petisyen Rayuan Anwar Samalah Seperti Menolak Kehadiran Agong

Ramai benar yang tidak senang dan gelabah bila Anwar Ibrahim akhirnya memutuskan untuk mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong atas hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya.

Kenapa marah dengan Anwar yang berbuat demikian sedangkan ia adalah peruntukan yang dibenarkan dan menjadi sebahagian amalan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan?

Dua Ahli MT UMNO, Fuad Zarkashi dan Irmohizam Ibrahim seperti meroyan dan meraban tidak tentu arah apabila keluarga Anwar membuat kejutan di saat-saat akhir dengan mengemukakan petisyen itu petang semalam.

Fuad dilaporkan berkata, Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya hanya pesalah yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup saja yang memohon petisyen pengampunan.

Katanya, jika diampunkan oleh Agong, ia akan menjadi duluan yang buruk bagi pesalah rogol dan liwat yang lain.

Beliau lalu berfantasi, "bayangkan selepas ini ramai pesalah rogol dan liwat akan memohon pengampunan daripada Agong."

Rakaman: Mohd Sabu hanya beri kenyataan pada JK khas

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada beliau sekiranya diminta berbuat demikian.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan akhbar berhubung isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain media perdana.

Berikut kenyataan ringkas beliau.

Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain media perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masalah dalaman parti, sekiranya diminta.

Berkenaan kedudukan saya dalam parti, saya serahkan kepada muktamar serta kebijaksanaan perwakilan.

Berkenaan tindakan saya keatas TV3, Utusan Malaysia serta lain-lain media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin.

HARAKAHDAILY 26/2/2015

Aktres Zahida diarah bayar RM150,000 kepada bekas pemandunya

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa aktres Zahida Mohamed Rafiq memfitnah bekas pemandunya Noor Azman Azemi.

Mahkamah itu juga mengarahkan pelakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' itu, membayar RM150,000 sebagai pampasan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Hue Siew Kheng yang juga menolak tuntutan balas Zahida dan justifikasi pembelaannya.

Selain itu, hakim turut mengarahkan Zahida membayar kos RM40,000. Hakim Hue berkata kenyataan Zahida dalam akhbar Harian Metro mempunyai unsur fitnah.

Noor Azman memfailkan tuntutan pada 2013 yang mendakwa aktres jelita secara salah dan mempunyai niat jahat mengeluarkan kenyataan dalam laporan yang disiarkan dalam akhbar itu.

Noor Azman mendakwa bahawa Zahida didakwa menuduhnya melarikan sejumlah wang yang diberikan kepadanya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank artis tersebut.

Dakwaan Caliph Busker bahawa kutipan merosot bila ada demontrasi di nafi oleh Genji Busker

Genji Buskers: Kutipan bertambah waktu demo

Kumpulan penyanyi jalanan, Genji Buskers mengakui jumlah kutipan wang diterima daripada pengunjung bertambah sewaktu demonstrasi jalanan berlangsung khususnya depan pusat membeli belah Sogo.

Vokalisnya Mustam Mustapa berkata sebelum ini mereka beberapa kali mengadakan persembahan depan pusat membeli-belah itu ketika demonstrasi berlangsung dan mendapat jumlah kutipan yang lebih berbanding hari biasa.

"Saya telah melalui beberapa episod perhimpunan aman sebelum ini termasuk yang tidak aman.

"Bila berlaku himpunan aman sebenarnya, ia impak yang bagus (pendapatan meningkat). Saya juga pernah lalui benda yang sama, waktu ada kereta polis terbalik, waktu itu saya busking," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini Astro Awani melaporkan kumpulan Caliph Buskers mempertikaikan perhimpunan 'Kita Lawan' yang dianggotai aktivis Adam Adli sebagai mengganggu periuk nasi pemuzik jalanan.

Pada Sabtu lalu perhimpunan 'Kita Lawan' bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di Sogo yang menyaksikan aktivis Adam Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa ditahan.

Mereka ditahan bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan itu berkaitan dengan Akta Himpunan Aman 2012 bagaimanpun dibebaskan keesokkan harinya.

Menurut Mustam lagi, ketika perhimpunan itu berlangsung Sabtu lalu, Caliph Buskers tidak berada di situ kerana mengikut stesen radio Hot FM ke Port Dickson.

Dapat kaw kaw

"Saya pun tak tahu dia bercakap bagi pihak siapa," katanya yang sudah lima tahun menjadi penyanyi jalanan.

"Yang perform di Sogo pada hari itu adalah kumpulan Sentuhan Buskers, mereka dapat kaw kaw (banyak) income (pendapatan) pada hari itu, saya tahu kerana ada yang beritahu. Separuh dari beg mereka penuh duit," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau khuatir ada pihak yang berada di belakang Caliph Buskers sehingga mereka berani mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan usia kumpulan insan istimewa cacat penglihatan itu masih baru.

Sementara itu, seorang lagi penyanyi jalanan Nik Jidan turut mengakui pendapatannya meningkat ketika demonstrasi berlaku namun sekiranya sudah disembur dengan gas pemedih mata beliau tidak dapat meneruskan nyayian.

"Makin banyak dapat pendapatan ketika berdemonstrasi, namun tidak tentu juga kalau FRU sudah sembur kita tidak juga dapat perform," katanya.

PAS Demo bantah SADA kenakan caj pelarasan deposit air

KUALA NERANG - Pemuda Pas Kedah dan penduduk di kawasan Padang Terap mengadakan bantahan ke atas tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) yang mengenakan caj pelarasan deposit air sebanyak RM50 hingga RM70 di pejabat Sada daerah Padang Terap, semalam.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, penduduk kecewa kerana perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan caj dikenakan. Malah katanya, pengguna tidak dimaklumkan lebih awal berhubung caj pelarasan deposit berkenaan.

"Penduduk di Padang Terap terutamanya sering menerima bekalan air yang tidak sempurna. Kini Sada pula menuntut caj pelarasan deposit.

"Meter air yang tidak berfungsi juga turut dikenakan caj. Hal ini nyata membebankan penduduk," katanya.

Dalam pada itu, bantahan awal dikemukakan melalui edaran risalah kepada orang ramai di pasar hari dan ia mendapat sambutan dari kalangan penduduk di kawasan itu. "Kebanyakan mereka kecewa dengan tindakan itu dan kenaikan caj langsung tidak munasabah.

“Kami mendesak Timbalan Menteri Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Exco Air Kedah, Datuk Badrol Hisham Hashim menyelesaikan masalah ini segera. Malah penduduk kecewa kerana semasa PRU lalu pihak berkenaan berjanji akan memulihkan masalah air tetapi sekarang caj pula dikenakan kepada mereka,” katanya.

Turut hadir dalam bantahan itu, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah; Yang Dipertua Pas Kawasan, Azam Aziz; Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samad dan Presiden Panglima, Sulaiman Ibrahim.

Dr Mahathir 'laris' di Mesir

PETALING JAYA - "Cuba tuan-tuan bayangkan Tun Mahathir Mohammad menjadi bahan kempen di Kaherah, (Mesir)," demikian petikan syarahan perdana bekas Pengarah UMcedel, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berjudul 'Merentasi Sempadan yang Melewati Zaman: Timur Tengah, Islam dan Masyarakat Melayu'.

Mohammad Redzuan berkata demikian merujuk kepada hasil dapatannya mengenai persepsi orang Timur Tengah mengenai Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohammad Redzuan berkata, perkara itu berlaku pada tahun 2004 di mana satu kumpulan pro demokrasi di Mesir bernama Kifayah telah diasaskan bagi mendesak Husni Mobarak meletak jawatan.

"Dalam kempen tersebut apa yang menariknya kumpulan ini menjadikan Tun Mahathir yang meletak jawatan setelah 22 tahun memerintah sebagai contoh.

"Ini menunjukkan betapa beliau dianggap menjadi satu contoh yang terbaik (positif)," katanya ketika menyampaikan syarahan perdananya di Universiti Malaya, hari ini.

Mengulas lanjut, dalam nada bergurau beliau berkata adalah tidak mustahil Dr Mahathir menang kalau bertanding di Mesir.

"Sebab itulah saya pernah bergurau dengan Datuk Mansor pada ketika itu Dr Mahathir kalah bertanding untuk bahagian beliau... kalau dia bertanding di Kaherah mungkin menang," katanya sambil disambut gelak tawa peserta.

Dalam pada itu, katanya aspek positif lain yang dipandang masyarakat Timur Tengah terhadap orang Malaysia adalah dari segi ketertiban menunaikan haji.

"Selain itu, aspek positif keterlibatan jemaah haji turut dipandang mereka.

"... di samping penerimaan ribuan tenaga mahir orang kita di sektor kewangan dan kejuruteraan di pasaran Timur Tengah... kerana mereka menganggap tahap profesional kita setanding barat," katanya.

Isu hudud: Pimpinan PAS Kelantan diminta jangan lupa amanat TGNA

– Rosli Allani Abdul Kadir

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/hudud%20PAS.jpg
Dewan Pemuda PAS Kota Bharu merasa bimbang dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di dalam PAS khususnya kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat selepas pemergian ke rahmatullah Almarhum Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jika kita masih ingat, pada 9 September 2014 lalu, Tuan Guru pernah menyebut: "Kita tiga parti yang berpakat melawan Umno. PAS adalah kakak yang tua, sudah ada dari 1951 lagi. Orang PAS ada pengalaman yang begitu banyak sebelum orang lain."

Selaku abang sulung di dalam PR, PAS sudah sepatutnya menerima penghormatan dari parti-parti yang lebih muda usianya, iaitu PKR dan DAP. Jika ada perkara yang PKR dan DAP tidak bersetuju maka sepatutnya perkara ini hendaklah dibincangkan secara tertutup.

Selaku abang sulung juga di dalam PR, pimpinan PAS juga seharusnya perlu lebih bijaksana mengawal emosi. Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat adik-adik kita, yang perlu dilayan kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat mereka sahaja.

Sebab itulah Dewan Pemuda PAS Kota Baharu terperanjat dengan reaksi keras Penolong Setiausaha Agung PAS yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, ke atas kenyataan Gobind Singh Deo mengenai isu perlaksanaan hudud di Kelantan.

Kata Takiyuddin di muka depan akhbar Sinar Harian dan akhbar-akhbar lain hari ini, "PR bukan kepunyaan DAP. Kita (PR) juga tak ada ketua utama. Kalau tidak setuju (dengan perlaksanaan hudud di Kelantan), DAP boleh keluar. Kenapa nak suruh kita (PAS) keluar?"

Pada pandangan Dewan Pemuda PAS Kota Baharu, kenyataan sebegini tidak mencerminkan kematangan seorang pemimpin tinggi PAS dan sebenarnya tidak melambangkan hasrat keseluruhan ahli peringkat akar umbi PAS di Kota Bharu khususnya.

Pertamanya, Kota Baharu adalah satu kawasan yang unik di Kelantan kerana ia mempunyai pengundi bukan Melayu yang agak besar jumlahnya, dan sekiranya PAS hilang kepercayaan dari pengundi bukan Melayu, maka besar kemungkinan PAS boleh hilang beberapa kerusi di sini.

Keduanya, sebagaimana disebutkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, di muka tiga akhbar Sinar Harian hari ini, kenyataan Gobind, yang bukan pun pimpinan utama DAP, ini hanyalah pandangan peribadi beliau dan bukannya mewakili pandangan rasmi DAP.

Ketiganya, mengikut fahaman Dewan Pemuda PAS Kota Baharu, kenyataan Gobind ini tidak mengandungi ayat menyuruh PAS keluar dari PR jika berkeras mahu melaksanakan hudud.

Apa yang disebut beliau ialah PAS tidak lagi akan dilihat sebagai sebahagian daripada PR jika ia membentangkan rang undang-undang hudud di dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 18 Mac 2015 kerana rang undang-undang ini tidak disokong PR dan kerana ia bertentangan dengan persetujuan Mesyuarat Majlis Presiden PR lalu yang memutuskan supaya perbincangan lanjut ke atasnya perlu dibuat sebelum apa-apa langkah susulan dibuat.

Keempatnya, jika pun kenyataan Gobind ini mewakili pandangan rasmi DAP, kenyataan balas pimpinan PAS berupa "Kalau tidak setuju (dengan perlaksanaan hudud di Kelantan), DAP boleh keluar" bukanlah satu kenyataan yang berhikmah.

Ini adalah kerana ia jauh bertentangan dengan amanat Almarhum Mursyidul Am yang sering menyebut mengenai keperluan untuk menyeru ke jalan Tuhan dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan untuk berbahas dengan mereka dengan cara yang lebih baik (Surah al-Nahl: 125).

Kenyataan ini boleh memberikan gambaran tidak tepat mengenai PAS kepada pengundi bukan Melayu, seolah-olah PAS sebuah parti politik yang angkuh dan bongkak serta tidak memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu untuk mencapai kejayaan walhal di Kelantan sendiri Almarhum Mursyidul Am sejak tahun 1985 lagi mendekatkan PAS dengan mereka.

Lebih-lebih lagi apabila Setiausaha Agung PAS, Mustafa, di muka tiga akhbar Sinar Harian hari ini, menyebut "mana-mana pemimpin PR tidak boleh sewenang-wenangnya membangkitkan isu mengenai PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang itu" yang mana ingatan kepada pemimpin DAP ini sudah tentu turut terpakai kepada pemimpin PAS sama.

Persoalan mengenai kedudukan PAS atau DAP di dalam PR ini tidak seharusnya ditimbulkan mana-mana pemimpin di peringkat negeri, sebaliknya ia hanya wajar diperkatakan pemimpin tertinggi parti di peringkat pusat sahaja, itu pun dengan tertakluk kepada ketetapan-ketetapan Muktamar-Muktamar Tahunan PAS lalu yang meminta supaya PR diperkukuhkan.

Dewan Pemuda PAS Kota Baharu ingin mencadangkan, sementara pemimpin di peringkat negeri, khususnya pemimpin kerajaan Kelantan, berhak untuk memperkatakan mengenai cadangan perlaksanaan hudud di Kelantan, kenyataan sebegini seharusnya terhenti setakat cadangan perlaksanaan hudud di Kelantan sahaja dan apa-apa kenyataan mengenai kedudukan PAS atau DAP di dalam PR perlu diserahkan untuk diperkatakan pemimpin tertinggi parti di peringkat pusat sahaja bagi menjamin keharmonian hubungan sesama parti.

Dewan Pemuda PAS Kota Baharu juga berharap agar agenda murni perlaksanaan hudud di Kelantan ini dapat diteruskan dengan program penjelasan yang lebih baik khususnya kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS dan rakan rakan Pakatan Rakyat serystidak dicampur-adukkan dengan sebarang agenda peribadi mana-mana pemimpin. – 25 Februari, 2015.

* Dr Rosli Allani Abdul Kadir merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/isu-hudud-pimpinan-pas-kelantan-diminta-jangan-lupa-amanat-tgna-rosli-allan#sthash.aNwc9Ndj.dpuf




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...