TERKINI :

Wednesday, February 25, 2015

BN mengesahkan mereka 'penakut' untuk bertanding di DUN CHEMPAKA

BN sah tidak bertanding di Chempaka
Astro Awani

KUALA LUMPUR: UMNO mengesahkan kedudukan dengan tidak meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan pada 22 Mac depan.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dipengerusikannya pada malam Rabu.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menetapkan tarikh penamaan calon pada 10 Mac manakala pengundian awal akan diadakan pada 18 Mac.

Pada pilihan raya umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mengalahkan calon UMNO, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.

Ulamsk Pas nasihat siap keluaq ayat babi, setan...hebat hebat...

Ulama Pas hanya beri nasihat bukan mencela
NIZAM ZAIN25 Februari 2015

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan ulama pernah mencela atau memaki mana-mana pihak dengan gelaran buruk sebaliknya ia berupa nasihat untuk memulihkan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan bagaimanapun menegaskan teguran yang dibuat ulama itu kadang-kala perlu ketegasan, sesuai dengan keadaan dan keperluan.

"Kadang-kala nasihat itu kedengaran keras, sesuai dengan kesilapan yang dilakukan, bukan teguran dibuat dalam lembut sahaja.

"Kalau kita tengok kaedah al-Quran sendiri, ada kalanya ALLAH menegur dengan lembut, ada masnya ALLAH menegur dengan bahasa yang keras.

"Dalam Surah Al-Haq ALLAH sebut celakalah kedua belah tangan Abu Lahab dan dia sendiri celaka, jadi ALLAH sendiri menggunakan perkataan yang keras dalam keadaan tertentu sesuai dengan kesalahan yang dilakukan itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad semalam yang sudah hilang hormat terhadap ulama Pas yang didakwa memaki sesama jemaah Islam itu pada Multaqa Ulama ke-2 di Serdang, baru-baru ini.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama Pas baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama.

Turut menjadi sasaran, segelintir pemimpin Pas Pusat yang didakwa bersekongkol dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Bersalam bagai nak rak dengan PM & TPM, tapi sekupang pun tak dapat lagi bantuan banjir

Banjir: Kelantan belum terima bantuan pusat

ASLANI M | 25 Februari 2015.

KOTA BHARU: Biar pun sudah dua bulan banjir besar berlalu, namun kerajaan negeri sehingga kini belum menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan pusat bagi membantu mangsa banjir.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, belum ada bantuan secara khusus yang diberi kepada kerajaan Kelantan.

“Cuma bantuan secara umum diisytihar melalui Majlis Keselamatan Negara. Kita berada dalam jawatankuasa pasca banjir bersama.

“Kerajaan negeri hanya menyelaras. Kelantan hanya mampu membina 600 unit rumah kekal dan selebihnya dibina kerajaan pusat dengan segala keupayaan yang ada pada mereka,” katanya di sini.

Menurutnya kerajaan negeri akan menyediakan tanah bagi membolehkan kerajaan pusat membantu mangsa-mangsa banjir yang belum ada lot sendiri.

Kata beliau juga kerajaan negeri akan membina 600 unit, di mana separuh daripada jumlah itu dibina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Beliau berkata, sebanyak RM12 juta diperlukan bagi membina 300 unit rumah kekal, dananya diperolehi daripada Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan.

Selain itu terdapat juga aku janji NGO-NGO yang mahu membina rumah mangsa-mangsa banjir.

Model rumah kekal mangsa banjir ditetapkan kerajaan negeri mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 828 kaki persegi. Harganya antara RM40,000 hingga RM45,000 sebuah.

Kerajaan persekutuan pula difahamkan merancang membina rumah dua tingkat seluas 660 kaki persegi dengan harga RM48,000.

Sehingga sekarang kerajaan negeri sedang menyiapkan 18 unit rumah kekal di Kampung Kolam Emas Gua Musang.

Selain itu 10 unit di Desa Rakyat, Berangan Mek Nab, Machang sudah disiapkan. Sebanyak 52 unit lagi akan dibina di situ.

Penyerahan kunci sembilan unit rumah kekal di Berangan Mek Nab diadakan 20 Febuari lepas. Di Gua Musang sebanyak tiga unit rumah kekal juga sudah siap.

“Kita berharap rumah kekal kepada mangsa-mangsa banjir dapat disiapkan menjelang sambutan Ramadan kira-kira tiga bulan lagi,” katanya.

Berdasar kepada bancian terdapat 2,600 rumah penduduk di Kuala Krai, Gua Musang dan Machang rosak sama sekali akibat bah besar akhir tahun lepas. - HARAKAHDAILY 25/2/2015

Rambut Rosmah tarik perhatian global

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, sekali lagi menjadi perhatian dunia, kali ini berkaitan perbelanjaan dandanan rambutnya.

Laporan agensi berita AFP berkaitan kos dandanan rambut RM1,200 itu disiarkan kembali oleh tabloid Britain The Daily Mail, The Straits Times (Singapura) dan South China Morning Post (Hong Kong).

Agensi berita antarabangsa itu menyebut bahawa Rosmah, yang "sering diperolok-olok ekoran cita rasa mewah", mendapat kritikan baru susulan kenyataannya pada Isnin.

Kebanyakan kritikan daripada rakyat Malaysia itu dipetik daripada media sosial.

Portal isu serantau Asian Correspondent (United Kingdom) dan Today Online (Singapura) juga melaporkan bagaimana komen itu memberi masalah kepada Rosmah.

Rosmah dalam majlis taklimat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada isteri-isteri menteri dan timbalan menteri kelmarin mengeluh tentang perkhidmatan rumah ke rumah yang semakin mahal.

Sebagai contoh, beliau membangkitkan pengalamannya dikenakan bayaran RM500 untuk membuat baju kurung dan RM1,200 untuk dandanan rambut.

Rosmah sudah berulang kali menjadi sasaran kritikan selepas dikaitkan dengan kehidupan mewah.

Baru-baru ini The New York Times melaporkan ia mempunyai dokumen menunjukkan pembelian barang kemas jutaan dolar yang dikaitkan dengan Rosmah.

MP PAS TEMERLOH : DAP boleh pergi bila-bila masa

Pemimpin PAS dan DAP terus balas membalas dalam isu cadangan pelaksanaan hudud di Kelantan, menyebabkan hubungan dalam Pakatan Rakyat terus dilambung ombak.

Terkini isu itu disemarakkan lagi dengan kenyataan ulama parti Islam itu Nasrudin Hassan yang berkata DAP bila-bila masa sahaja meninggalkan PAS seperti sebelum ini.

“DAP pernah meninggalkan PAS semasa era Barisan Alternatif (BA) kerana tidak bersetuju dengan kanun jenayah syariah (hudud) yang diperjuangkan oleh PAS,” kata anggota jawatankuasa pusat PAS itu.

“Kenapa hari ini DAP perlu mengugut PAS sedang bila-bila masa DAP boleh berangkat pergi, namun mengharap PAS berhenti berjuang ke arah melaksanakan syariat Allah SWT, maka ia bagai menanti sang keli tumbuh sisik.”

Menulis di Facebook, Nasrudin semalam berkata siapa pun tokoh digunakan parti itu untuk “mengherdik dan mengugut”, PAS tidak akan berganjak daripada dasar dan prinsip perjuangannya.

Sebelum Pakatan, PAS, DAP dan PKR (ketika itu Parti Keadilan Nasional), Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung sebagai BA pada 1999.

Gabungan itu hanya bertahan hampir tiga tahun akibat perbezaan pendapat PAS dan DAP dalam isu-isu dasar berkaitan agama Islam.

Tidak mengapa menuduh orang melakukan liwat tanpa saksi ....dimana keadilan perundangan Islam?

http://3.bp.blogspot.com/-tG2gK04gvgE/VOybR8prs6I/AAAAAAAAlcU/jK0nROi4t0g/s1600/24defa87d414ed002608714279b5fccd.jpg
Anwar Ibrahim pernah berusaha membawa kes tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk didakwa mengikut qazaf ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah membenarkan bantahan awal untuk membatal permohonan Anwar tersebut. 

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf. Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari 2010. Baca seterusnya di sini . Kali ini pula, dia suruh pihak yang mahu membuat tuduhan jenayah qazaf supaya kaji dulu. 

Kenapa tidak batalkan sahaja permohonan Wan Ji Wan Husin sebagaimana yang dilakukan sebelum ini? Mungkin sedang menyediakan skrip untuk alasan yang lebih lucu? Anwat telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari 2010. 

Bukankah sepatutnya pihak menteri telah menyedari apa-apa kelemahan dan melakukan kajian mengenai peruntukan seksyen tersebut dengan menyertakan sekali jenayah liwat. Dimanakah keadilan sistem perundangan Islam sekiranya menuduh orang melakukan liwat tanpa bukti boleh terlepas begitu sahaja? Dan Jamil, janganlah pula nak memperbodohkan orangramai seolah-olah ada yang mahu menuduh qazaf keatas tuduhan mencuri....alahai Jamil!

Pemandu Guan Eng tampil memberi penjelasan isu saman salah parking kereta KM

Pemandu terima saman salah parking kereta menteri

Pemandu terima saman salah parking kereta menteri  
Rozali menunjukkan saman dari MPPP yang diterimanya kerana kesalahan meletakkan kenderaan rasmi Ketua Menteri.
GEORGETOWN - Pemandu khas Ketua Menteri Pulau Pinang tampil menjelaskan berhubung kesalahan kereta rasmi itu diparkir sebelah pili bomba yang menjadi viral dalam media sosial kelmarin.

Rozali Ishak, 54, berkata, ketika kereta itu diparkir, dia berada dalam kenderaan itu kerana semua kotak parkir di hadapan Dewan Perniagaan Cina penuh.

“Pada hari kejadian, saya menghantar Ketua Menteri ke Dewan Perniagaan Cina untuk menghadiri sebuah majlis. Bagaimanapun, semua kotak parkir berdekatan sudah penuh dan saya kemudiannya bergerak ke Lebuh King untuk parkir di sana. Saya akui, memang saya parking di sana tetapi saya tidak tinggalkan kereta di situ, saya berada di dalam kereta untuk menunggu Ketua Menteri.

“Pada waktu itu, saya nampak seseorang mengambil gambar kereta tetapi hanya membiarkan sahaja kerana saya bukannya tinggal kereta itu sebaliknya menunggu di dalam kereta,” katanya kepada media semalam.

Najib boleh nasihat Agong untuk ampunkan Anwar

oleh Mohd Sayuti Omar, 

BUKA RASA                                                                                    

Hari ini agak kalut sedikit keluarga Anwar Ibrahim apabila tempoh dua minggu yang dibenarkan untuk Ketua Pembangkang yang disabitkan kesalahan liwat dan dijatuhi penjara lima tahun bagi membuat petisyan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 14 hari genap hari ini.
Jika salam ini sampai ke hati tentu ada  ada setitik rasa.
Lanjutan itu sekiranya Anwar tidak mengemukakan petisyen menyebabkan kedudukannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh akan terlucut secara automatik seperti mana kehendak perlembagaan negara. Jadi penyerahan petisyen hari ini oleh keluarganya bagi mengelakkan status Anwar sebagai ahli parlimen terlucut.

Isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama anak perempuan keduanya, Nurul Nuha ke Istana Negara lewat petang tadi untuk menyerah petisyen berkenaan. Manakala anak sulungnya Nurul Izzah ke parlimen untuk memberitahu Speaker parlimen mengenai petiysen berkenaan.

Usaha keluarga Anwar itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan bakal Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat itu.

Sebelum ini Anwar dilaporkan tidak akan membuat permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pengampunan atas alasan dia tidak mahu dikatakan bersalah dengan tuduhan itu. Ada tafsiran dibuat dan pemahaman, sekiranya memohon pengampunan bermakna dia mengaku bersalah dan menerima hukuman lima tahun penjara yang dikenakan ke atasnya itu. Kononnya tindakan itu menggambarkan pengakuan bersalah olehnya.

National Geographic Akan Tayang Dokumentari MH370 Dengan Bukti Baru

National Geographic Akan Tayang Dokumentari MH370 Dengan Bukti Baru Ia Sedang Menuju Ke Antartika Ketika Itu

RANGKAIAN televisyen National Geographic akan menyiarkan satu dokumentari mengenai kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac iaitu hari ulang tahun pertama kehilangan pesawat tersebut dengan bukti terbaru ia sedang dalam perjalanan ke Antartika pada hari berkenaan.

Menurut portal Mirror Online, National Geographic dilapor telah menemubual beberapa pakar penerbangan yang mendakwa MH370 secara dengan sengaja telah di bawa ke Antartika oleh seseorang yang berada di Kokpit.

Bagaimanapun identiti pakar-pakar penerbangan itu tidak didedahkan setakat ini dan akan hanya ditayangkan pada 8 Mac.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing.

Selain daripada teori baharu daripada pakar, siaran televisyen terkenal itu juga akan mendedahkan data satelit bagi menyokong dokumentari berkenaan.

SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda sanggup melacur dalam semak

Sanggup melacur dalam semak

Sanggup melacur dalam semak  
Kawasan semak yang dipercayai sering dijadikan port pelacuran dimusnahkan penguatkuasa dalam operasi semalam.
Sanggup melacur dalam semak  
Dari kiri: Kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda melakukan siasatan terhadap dua perempuan dan seorang lelaki berperwatakan perempuan (dua, kanan).
SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda yang mengaku janda antara yang ditahan di lokasi pelacuran dekat kawasan semak di Taman Kampian, Jalan Sekerat, jam 11 pagi semalam.

Turut ditahan dua wanita dan seorang lelaki yang berperwatakan seperti perempuan di port pelacuran yang hanya dilengkapi dengan khemah serta alatan lain dipercayai untuk aktiviti pelacuran.

Bagaimanapun, hasil soal selidik mendapati wanita berusia 22 tahun itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Pemeriksaan ke sekitar lokasi pula mendapati ia seakan-akan lokasi perkhemahan dalam semak namun dipenuhi alatan kondom digunakan untuk pelacuran.

Anwar masih MP hingga pengampunan dibuat


Anwar Ibrahim  
Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan mahkamah bagi mendengar keputusan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim masih Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga keputusan petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu kepada Yang di-Pertuan Agong, diputuskan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, kelayakan Anwar sebagai ahli Parlimen tidak akan terlucut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan terhadap petisyen pengampunan itu.

"Statusnya (Anwar) sebagai ahli Parlimen akan terjawab selepas lembaga pengampunan membuat keputusannya. Setakat ini kelayakannya sebagai ahli Parlimen tidak akan terlucut," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong akan mempengerusikan prosiding pengampunan itu dengan dinasihati oleh anggota lembaga pengampunan terdiri daripada empat atau lima orang termasuk Peguam Negara.

PAS berperang sesama sendiri menjelang pemilihan parti

 Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2015.
Multaqa Ulama ke-II pada 21 Februari lalu menjadi medan penting menceritakan apa yang berlaku dalam PAS pada ketika ini, di mana golongan ulama PAS menjadikan perhimpunan itu untuk menyerang pihak tidak disenangi mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Februari, 2015. 

Pada waktu dianggap terbaik selepas PAS membantu merampas undi popular dalam pilihan raya lepas daripada Barisan Nasional (BN), parti Islam itu bercakaran sesama sendiri, di antara kumpulan yang mahu terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan yang menentangnya.

Keadaan menjadi semakin buruk dalam satu-satunya parti berteraskan agama di Malaysia itu, apabila serangan siber digunakan di antara kumpulan yang bertentang, ketika PAS berada di persimpangan sama ada mahu terus bersama PR atau bergerak secara bersendirian.

Pergaduhan secara terbuka dalam parti pembangkang terbesar di Malaysia itu menyebabkan ramai pengundi merasakan kepercayaan yang diberikan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dipersiakan.

Peperangan dalaman PAS berlaku menjelang muktamar ke-61 pada Jun ini dianggap para pemerhati sebagai pemilihan parti paling panas selepas Tan Sri Asri Muda dijatuhkan pada 1982.

Pemilihan parti kali ini akan menentukan sama ada PAS akan terus bersama PR yang memenangi 52% undi popular dalam PRU13 lalu atau bakal bersendirian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...