Mustafa Ali
SHAH ALAM - Kenyataan Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo yang mendakwa Pas akan terkeluar daripada PR sekiranya membentangkan rang undang-undang pindaan hudud adalah kerana beliau tidak faham isu hudud.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Gobind juga seolah-olah tidak tahu hujung pangkal perkara yang dibangkitkannya.

“Dia tidak faham, dia pertama kali masuk mesyuarat tempoh hari (pada 8 Februari lalu) untuk mewakili DAP, sedangkan isu hudud ini telah lama kita bangkitkan.

“Saya yakin kenyataan itu dibuat berdasarkan pandangan peribadi dan bukannya mewakili DAP,” katanya.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, mana-mana pemimpin PR tidak boleh sewenang-wenangnya membangkitkan isu mengenai Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang itu.