Anwar Ibrahim, Nik Aziz

KOTA BHARU - PR perlu mempunyai pemimpin yang boleh menyatukan semua pihak sebagaimana dilakukan ketika era kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Timbalan Presiden Pasma, Muhammad Hussin berkata, PR masih boleh dikekalkan namun dengan syarat sikap penyatuan wujud dalam diri kepimpinan yang bakal mewarisi aura hampir sama dengan dua tokoh tersebut.

“Kalau kita hendak menyatukan orang, kita mesti ada sikap penyatuan. Kalau ada ciri-ciri itu, kepimpinan pakatan boleh dikekalkan tetapi jika kita tidak mempunyai pemimpin seperti itu, PR  hanya muafakat di bibir sahaja, tidak muafaqah,” katanya semasa berucap pada Bual Bicara Politik Semasa: Hala Tuju PR Pasca Anwar & TGNA di sini semalam.