TERKINI :

Friday, February 20, 2015

Selatan Thailand: Wilayah Melayu Yang Hilang

WILAYAH Satun, Trang, Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla cukup sinonim dengan orang Islam di Thailand. Kesemua wilayah ini, kecuali Trang dan Pattani bersempadanan dengan Malaysia. Walaupun majoriti penduduk di wilayah-wilayah ini adalah orang Melayu-Islam, tetapi wilayah-wilayah ini bukan lagi sebahagian daripada negara kita.

Apakah benar apa yang dikatakan bahawa wilayah selatan Thailand adalah wilayah Melayu yang hilang?

Sejarah Awal

Negeri Kedah yang wujud pada hari ini merupakan sisa tinggalan daripada wilayah kerajaan Melayu yang terbentang luas di kawasan utara Semenanjung Melayu yang meliputi wilayah-wilayah selatan Thailand. Menurut sumber catatan sejarah, kerajaan Langkasuka adalah kerajaan Melayu terawal yang pernah wujud di Semenanjung Melayu. Ia wujud pada kurun ketiga dengan mempunyai pusat kekuasaan di Kedah yang kemundiannya dipindahkan ke Pattani.

Kerajaan Kedah Tua kemudiannya muncul pada kurun keenam dan berkuasa ke atas laluan kapal pedagang di kawasan utara Semenanjung Melayu. Kehebatan Kerajaan Kedah Tua ini dapat dilihat daripada tinggalan arkeologi candi-candi di Lembah Bujang yang masih wujud sehingga hari ini.

Nik Abdul Aziz Di Mata Bekas Setiausaha Politik

 
BUKAN mudah untuk menulis mengenai kisah di sebalik tabir atau untold story mengenai figura politik hebat seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lebih-lebih lagi apabila pengalaman peribadi penulis bersama arwah amatlah terbatas jika dibandingkan dengan orang-orang yang berada dekat dengan Nik Abdul Aziz ketika hayatnya.

Kini, hampir seminggu Nik Abdul Aziz atau lebih senang dipanggil Tok Guru meninggalkan kita, cerita mengenai tokoh ini masih terus diperkatakan.

Nik Abdul Aziz meninggal dunia pada 12 Februari lalu kira-kira pukul 9.40 malam di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan akibat kanser prostat.

Seperti kebanyakan penyokong atau pengikut setianya, penulis juga cukup berminat untuk mengetahui siapa sebenarnya Nik Abdul Aziz dari kaca mata orang yang cukup rapat dengan arwah.

Peluang berinteraksi dengan bekas Setiausaha Politiknya, Anual Bakri Haron amat bermakna, terutamanya tatkala mengimbas kembali perjalanan hidup tokoh politik dan agamawan yang cukup disegani itu.

Janji Najib untuk melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, benar ke bohong?

oleh Aspan Alias

http://www.straitstimes.com/sites/straitstimes.com/files/fnolive17e.jpg
Sekarang isu Anwar pernah di tawarkan menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Najib dengan tambahan 4 kerusi kabinet bagi membentuk kerajaan camporan atau apa-apa yang hendak dinamakan kerajaan itu jika ia benar-benar terjadi. Nurul Izzah, Naib Presiden PKR telah membuka isu ini di Permatang Pauh minggu lepas dan ia mendapat reaksi yang agak panas terutamanya dari pemimpin senior UMNO. Di antara yang menyangkal perjanjian rahsia ini ialah Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Jemaah Kabinet yang termuda dalam kerajaan Malaysia itu.

Dimana Nurul tahu tentang perjanjian rahsia itu, tentulah ia diberitahu oleh bapanya mungkin sewaktu makan atau wakrtu sarapan pagi kerana mereka adalah dalam satu keluarga. Lagi pula itu adalah rahsia diantara bapa dengan seorang anaknya dan bukannya dengan pemimpin atau ahli-ahli partinya. Tentulah bapa akan memberikan anaknya segala apa yang beliau lakukan samada secara terangan atau secara gelapnya.

Tetapi di antara Najib dengan Khairy atau pemimpin UMNO tertinggi yang lain, ia tidak seperti perhubungan di antara Anwar dan Nurul. Khairy bukan ahli keluarganya dan tentulah banyak yang Najib lakukan tidak akan diberitahu kepada pemimpin UMNO terutamanya Ahli-Ahli Jemaah Kabinetnya.

TMJ katakan dalam FAM ada pihak yang berkepentingan peribadi serta mengejar modal politik

TMJ lepaskan jawatan penasihat Presiden FAM

TMJ
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

"Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

"Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM," katanya seperti dipetik dalam JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata, beliau mengimpikan negara mempunyai badan pentadbir bola sepak yang dikendalikan oleh golongan berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bola sepak sekali gus bukannya ditadbir oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik satu masa nanti.

Zaman AZIZAN dulu hangpa kata kat dia, mai MUKHRIZ pun 2x5 jaa.. "TAIK BALAK" juga..

Hutan Simpan Kekal digondol

Hutan Simpan Kekal digondol
Hutan Simpan Kekal digondol
PADANG TERAP - Pemilik tanah di Mukim Batang Tunggang Kiri, dekat sini sekali lagi dikejutkan dengan pencerobohan pihak tertentu ke atas tanah mereka hingga beberapa bukit di kawasan itu telah mula digondolkan.

Difahamkan tujuan tanah yang diceroboh pihak berkenaan itu untuk memajukan tanah hutan sebagai ladang kelapa sawit dengan membersihkan dan membuat teres di kawasan berkenaan.

Pemilik tanah, Senapi Said, 65, berkata, pihak berkenaan telah mula menceroboh tanah di kawasan Hutan Simpanan Kekal Koh Moi itu sejak tiga bulan lalu dengan membawa jentolak membersihkan kawasan yang didakwa adalah milik mereka.

Menurutnya, pihak berkenaan bukan sahaja telah membersihkan Hutan Simpanan Kekal yang dimiliki kerajaan negeri tetapi turut menolak dusun dan kebun getah hak pemilik tanah yang sudah mengusahakannya dengan memiliki status Hak Milik Sementara (HMS).

"Ramai kawan saya dah hilang dusun dan ladang getah yang mereka usahakan lebih 20 tahun serta bergadai nyawa berdepan binatang buas. Kini selepas tanah diusahakan dan dapat hak milik, ada pula yang datang nafikan hak kami.

Bakar jerami perlu ikut peraturan, jika tidak denda maksimun RM500,000 atau lima tahun penjara


Bakar jerami perlu ikut peraturan
JITRA - Setiap kali selepas musim menuai padi, pesawah khususnya di kawasan Kubang Pasu, di sini, akan membakar petak sawah mereka bagi melupuskan jerami padi.

Keadaan itu dilihat memberi impak kepada pencemaran udara kerana asap yang dihasilkan melalui pembakaran terbuka berkenaan.

Bagaimanapun, bagi mereka, proses membakar jerami itu merupakan satu proses biasa yang dilakukan sebagai langkah untuk memastikan tanah sawah mereka kekal subur.

Pesawah, Md Nor Hamzah, 59, berkata, proses pembakaran jerami itu merupakan perkara wajib yang dilakukan oleh mereka untuk memastikan bakteria yang terdapat pada tanah sawah mereka mati.

Menurutnya, selain itu sisa pembakaran iaitu abu jerami akan bersifat sebagai baja organik untuk kesuburan tanah tersebut.

“Ini juga sebagai langkah persediaan kita untuk musim penanaman seterusnya, dengan membakar jerami, ia mengurangkan sampah yang berada dalam petak sawah.

“Sekiranya dibiarkan, jerami padi akan menyebabkan tanah masam yang boleh menggalakkan kehadiran serangga perosak tanaman,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

PRK Chempaka: Pelaburan Umno pecahkan PR

SUHAIZAN KAIAT | 20 Februari 2015.

http://2.bp.blogspot.com/-YM6mBnNPXGk/VOQk06hydTI/AAAAAAAAjHo/z1Xn36sl61o/s1600/DUN%2BCEMPAKA.jpg
TOK Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kita sayangi telah meninggalkan kita semua pada khamis malam Jumaat 12 Februari 2015 yang lepas dengan ilmu dan pejuangan PAS yang perlu diteruskan.

Dengan kuasa dan pengaruh yang dimiliki, Almarhum telah menaikkan imej PAS di mata masyarakat muslim dan non-muslim. Walaupun beliau seorang tokoh pemimpin Islam, tetapi tetap dihormati oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Semasa hayatnya, Beliau mengajar setiap Jumaat di Dewan Prof Dzulkifli Muhammad Kota Baharu. Kupasan terhadap ilmu-ilmu agama sangat segar. Setiap kali berjumpa ada sahaja ilmu baru yang kita peroleh.

Umno sebagai parti saingan kepada PAS tidak memberi peluang kepada beliau mentadbir Kelantan dengan selesa. Pelbagai tekanan dibuat bahkan bagaikan anak tiri yang dibiarkan melarat malah dihina oleh media arus perdana.

Pendedahan Sirul: dah ada yang terasa pedasnya

SHAHBUDIN HUSIN | 20 Februari 2015.

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/v/t1.0-9/p180x540/10420183_928557377168775_1243857994790074366_n.jpg?oh=48bff17946a3b8506c9cf9a6bcc953a2&oe=558F38F9&__gda__=1431802313_84ee3a823736c34b7855334cd9cd8b65
PERKARA yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang ketika ini ialah bilakah Sirul Azhar Umar, salah seorang pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang kini berada dalam tahanan di Australia, mahu mendedahkan cerita sebenar mengenai pembunuhan itu.

Sejak kelibatnya tidak muncul ketika hukuman dijatuhkan dan kemudian didapati sudah melarikan diri ke negara kangaroo itu untuk mengelak hukuman mati keatasnya, ramai yang menjangkakan beliau pasti akan melakukan kejutan suatu hari nanti.

Beliau dipercayai memang sengaja melarikan diri kerana menganggap tiada keadilan dalam hukuman yang diterimanya dan memilih Australia sebagai tempat pelariannya ialah kerana negara itu tidak menguatkuasakan hukuman mati serta menolak ekstradisi pesalah yang disabitkan dengan hukuman tersebut.

Mendedahkan kebenaran dan siapa yang mengarahkannya dalam kes pembunuhan Altantuya dianggap pilihan terbaik baginya untuk membersihkan namanya.

Berada di pusat tahanan Imigresen Australia sekarang, Sirul melalui temu bual telefon dengan Malaysiakini, padanya mulanya hanya mengatakan beliau sedang menimbang dengan serius mahu mendedahkan cerita sebenar mengenai pembunuhan yang dianggap misteri itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...