TERKINI :

Tuesday, February 17, 2015

Mungkin Najib bukan PM MALAYSIA untuk penggal akan datang!!

Sekarang ni imej Najib di peringkat antarabangsa dah macam sampah.

Maka, Mahathir ada sebab utk mengtongsampahkan Najib atas alasan kalau Najib kekal PM maka UMNO/BN akan kalah teruk.

Semua janji Najib sudah pun selamat dia mungkir.

Apa lagi ada pada Najib untuk rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan mereka sebagai PM?

Janji beliau pun tak boleh dipakai.

Kalaulah Najib tidak memenjarakan Anwar, kurang2 ada orang yang berani melawan Mahathir.

Sekarang tiada siapa yang akan menyokong Najib lagi.

Najib sudah hilang kredibiliti untuk terus memegang tampuk PM Malaysia.

Maka, mudahnya Mahathir membuang Najib dan menggantikan beliau dgn Muhyiddin Yassin.

Kesian Najib baru sahaja masuk perangkap Mahathir.

Bayangkan kalau Anwar di dalam penjara kelak waktu PRU depan.

Orang2 Melayu yang pro UMNO mungkin akan duduk di rumah kerana simpati kepada Anwar.

Maka  kalau Najib diganti oleh Muhyiddin, pengundi2 UMNO ini akan kurang rasa bersalah dan akan keluar mengundi kerana kezaliman ke atas Anwar itu akan diletak di bahu Najib dan bukan Muhyiddin.

Sebenarnya selepas pemenjaraan Anwar, Najib sudah tiada apa2 nilai lagi pada UMNO. Malahan, nilai Najib adalah sangat negatif kepada UMNO.

TULANG BESI

PR ambil sikap terbuka isu Pasma

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
17 Februari 2015

KUALA LUMPUR - PR sentiasa mengambil sikap yang terbuka dalam mendengar hujah daripada semua pihak termasuk berkaitan isu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika ditemui hari ini berkata, sikap itu bagi mengelak dituduh mendukung mana-mana perjuangan seseorang atau dua individu.

"Pandangan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar A. Samad memohon supaya perkara ini diberikan perhatian.

"Tapi kita di PR sentiasa mengambil sikap yang terbuka. Kita akan mendengar semua pihak yang menerima dasar perjuangan PR.

"Bukan soal kita mendukung perjuangan satu atau dua individu tetapi secara kolektifnya kita menerima prinsip bahawa mana-mana pihak atau organisasi yang mendukung perjuangan PR ," katanya ketika ditemui media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Iskandar menasihatkan pimpinan PR di Selangor agar tidak terlibat dengan mana-mana program anjuran Pasma memandangkan kerjasama perikatan itu di negeri itu dalam keadaan baik.

Azmin akui memahami maksud kenyataan yang dikeluarkan Iskandar semalam yang menyebut supaya isu Pasma itu diselesaikan oleh Pas secara dalaman.

"Kita perlu dengar dan 'engage' dengan mereka supaya kita mengambil sikap yang lebih inklusif bukan sebagai sebuah kelab yang eksklusif dan menolak pihak-pihak yang lain.

"Sementara kita memahami kenyataan tersebut dan juga kita tidak mahu mencampuri urusan dalaman Pas, tetapi sikap yang diambil oleh PR selama ini ialah mendengar, engage dan temu tembung dengan semua pihak yang mendukung dasar PR," katanya.

Kenyataan terbaru Pas Selangor itu dilihat selepas nama Pasma kembali hangat diperkatakan dikaitkan dengan gerakan mahu menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bagaimanapun berkata, sudah lali dengan tuduhan itu, dan menganggapnya sebagai isu yang sengaja diperbesarkan untuk menarik perhatian umum menjelang pemilihan parti yang dijangka pada penghujung tahun ini.

'Kenapa larang sertai PasMa, bukan Umno?

Zulaikha Zulkifli & Anne Muhammad

PAS Selangor melangkaui bidang kuasanya apabila meminta anggota parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak terlibat dalam program Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata NGO itu.

Presiden PasMA Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata PAS sepatutnya melarang anggotanya terlibat dengan Umno dan bukannya NGO itu.

"Kenapa PAS tak keluarkan larangan supaya jangan sertai program Umno?

"Tak ada larangan pun tak boleh sertai program Umno, sedangkan Umno musuh utama.

"Tapi ada larangan buat PasMa. Ini perkara yang pelik," katanya pada sidang media di Shah Alam pagi ini.

PAS Selangor semalam dilaporkan menggesa anggota PKR dan DAP di negeri itu mengelak terlibat dalam aktiviti PasMa.

PAS sebelum ini mengeluarkan arahan supaya anggotanya tidak menyertai PasMA, NGO lantang yang digerakkan oleh anggota PAS.

Dalam kenyataan semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Ab Samad berkata, sebarang hubungan bersama PasMa akan mengeruhkan hubungan Pakatan Rakyat di Selangor.
 
Sementara itu, bercakap mengenai enakmen hukuman hudud yang bakal dibentangkan di Kelantan, Phahrolrazi berkata sehingga kini perkara itu tidak mencapai kata sepakat di dalam Pakatan.  
 
"Hudud ini perkara yang lama dibawa oleh PAS. Cuma dalam sistem demokrasi, mana-mana yang nak laksana mesti dilulus oleh Parlimen.  
 
"PAS masih kekal dalam Pakatan dan mereka perlu dapatkan konsensus dalam pimpinan Pakatan dulu. Itu yang perlu dilepasi PAS, iaitu yakinkan pimpinan PKR dan DAP," katanya.  
 
Azmin: Sikap Pakatan mendengar

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas isu PasMa berkata pihaknya sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap pandangan semua pihak yang menerima dasar perjuangan Pakatan.

"Kita juga tidak mahu mencampuri urusan dalaman oleh PAS.

"Tetapi sikap Pakatan selama ini adalah mendengar, menjalinkan hubungan, dan istilah saya gunakan temu-tembung semua pihak," katanya kepada pemberita di mahkamah Kuala Lumpur.

Siapakah yang akan mengisi kekosongan jawatan MURSYIDUL AM PAS..???

KEKOSONGAN.

https://ahmadfadhli.files.wordpress.com/2008/06/pas.jpg
13 Februari 2015, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS telah meninggalkan kita. Dengan pemergian Almarhum Tok Guru, telah menyebabkan kekosongan jawatan tertinggi di dalam PAS iaitu Mursyidul Am.

Jawatan Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi di dalam PAS. Jawatan Mursyidul Am ini bukan calang-calang jawatan. Mursyidul Am ialah ketua Majlis Syura Ulamak PAS iaitu sebuah institusi tertinggi di dalam PAS yang mempunyai kuasa muktamad.

Mursyidul Am adalah lantikan oleh ahli-ahli Majlis Syura Ulamak daripada kalangan ahli Majlis Syura Ulamak sendiri. Seluruh Ahli Majlis Syura Ulamak akan bermesyuarat memilih salah seorang di antara mereka sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am. Hal ini disebutkan di dalam Fasal 8 (6) Perlembagaan PAS.

Jawatan Mursyidul Am tidak sama seperti Presiden, apabila Mursyidul Am tiada, di dalam hal sekarang, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah meninggal maka jawatan Mursyidul Am itu kosong dan tidak boleh dipangku oleh Timbalannya. Ini berbeza dengan jawatan Presiden, jika Presiden tiada samada berhenti atau diberhentikan maka dengan sendirinya Timbalan Presiden akan memangku tugas Presiden. Ini disebutkan di dalam Fasal 25 (8) Perlembagaan PAS.

Setelah Niatnya Dicurigai, Tetapkah UMNO Tidak Mahu Bertanding di Dun Chempaka?

oleh Shahbudin Husin,

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/march/27/umno0810.jpg
Beberapa pemimpin UMNO seakan bersetuju parti itu tidak perlu meletakkan calon di Dun Chempaka yang terpaksa diadakan pilihanraya kecil berikutan kematian Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Alasan yang diberi ialah kerana banjir baru saja melanda negeri itu dan memerlukan UMNO dan Pas terus bekerjasama membantu rakyat dalam pelbagai program bantuan yang sudah diatur.

Alasan lain ialah kononnya sebagai penghormatan kepada Nik Aziz yang baru meninggal dunia. Baru disedari rupanya oleh kebanyakan pemimpin UMNO melalui reaksi mereka bahawa Nik Aziz adalah pemimpin agama yang hebat, banyak menyumbang kepada Islam dan mencorakkan sebahagian politik negara itu.

Maka itu, kata ramai pemimpin UMNO, sebagai suatu penghormatan, tiada keperluan meletakkan calon di Dun Chempaka yang merupakan "kerusi kebal" bagi Nik Aziz sejak puluhan tahun dulu.

Nik Aziz pernah kongsi syair bahasa Arab - Datuk Amiruddin Hamzah


Nik Aziz pernah kongsi syair bahasa Arab
ALOR SETAR - Terngiang suara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalunkan syair bahasa Arab, ketika kali terakhir mengunjungi Allahyarham di pejabatnya, dua bulan lalu.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah begitu sayu terkenangkan bait-bait indah syair itu yang antara pesanannya, supaya menghargai kesihatan dan berbuat kebaikan ketika masih sihat.

“Ketika itu, saya bersama rakan. Selesai perbincangan, arwah meminta diri untuk pulang ke rumah kerana kurang sihat. Kesihatannya ketika itu kurang memuaskan. Ketika berjalan ke arah kereta, tiba-tiba arwah berpatah balik semata-mata mahu berkongsi keindahan syair itu,” katanya.

Menurutnya, Allahyarham mahu berkongsi syair yang dipelajarinya itu ketika menuntut di luar negara, dan terus mengalunkan syair itu.

Nor 'Azura dilantik Penasihat Undang-Undang Kedah


Nor 'Azura dilantik Penasihat Undang-Undang Kedah
ALOR SETAR - Ketua Bahagian Perundangan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Nor 'Azura Mohamed Zohdi dilantik  Penasihat Undang-undang Negeri yang baharu menggantikan Datuk Azmi Ariffin.

Kekosongan jawatan Pegawai Kewangan Negeri pula diisi Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Bakar Din menggantikan Datuk Khazali Din.

Penyerahan watikah pelantikan kedua-duanya disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini, hari ini.

Nor 'Azura, 45, sebelum ini pernah memegang jawatan penting di beberapa kementerian.

Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam persekutuan di Kementerian Tenaga, Telekom  dan Pos, seterusnya diterima sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sebelum ditukar ke ibu pejabat Jabatan Peguam Negara.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...