TERKINI :

Sunday, February 15, 2015

Siaran Langsung Ceramah Isu-Isu Semasa sempena Lawatan AJK Harian PAS Pusat ke Pahang



http://2.bp.blogspot.com/-DDOpiLy0SEY/VNLuS4VVyzI/AAAAAAAAZz0/cQ0Y59KLxDc/s1600/331.gif

Mamat Doktor yang hina #TGNA akhirnya mohon maaf, namun dia salahkan Mufti Perlis pulak..!!!

Selepas Dikritik Hebat, Doktor Akhirnya Minta Maaf Kerana Sindir Kematian TGNA Namun Salahkan Maza.

Maza pula yang kena.

Tah hapa-hapa la doktor neh. Aku syak la. Syak saja. Tatau la betul ke tak betul. Hasil pemerhatian aku menerusi wall di doktor Abdul Rahman Abdul Kadir, dia memang kerjanya jenis sindir Ustaz Asri. Bukan satu, tapi berkali-kali postingnya sindir Ustaz Asri. Macam-macam sindiran dan label diberikan kepada ustaz tersebut atas macam-macam alasan bahkan kalau ko baca alasan-alasan dia perghhhhh.. dalil agama sana sini mana pernah lekang. Memang alim nak mampos. Terasa plak aku. Almaklumla. Aku neh kan memang.. jahat orangnya. Terserlah luar dalam. Takde menyamar dan lakon lakon lagi dah. Dah confirm sahih terbukti. Aku nak berlakon alim pun tak guna.

KAH KAH KAH

Dan ini pula. Posting yang meminta maaf secara terbuka selepas dikritik teruk akibat menyindir dan mempersendakan kematian dan ketokohan tuan guru Nik Aziz. Katanya. Taken out of context.

Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG

Mohd Sayuti Omar, 

SUSUPAN PETANG

http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-pas-umno-nasharudin-mat-isa.jpg
Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.

Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.

Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

SADA sedut duit rakyat Kedah atas nama "Caj Pelarasan Deposit"

Caj Pelarasan Deposit bebankan pengguna

Caj Pelarasan Deposit bebankan pengguna
ALOR SETAR - Tindakan Syarikat Air Darul Aman (Sada) mengenakan caj Pelarasan Deposit kepada penduduk di sekitar daerah ini mengundang rasa kurang senang orang ramai apabila ada antara mereka terpaksa membayar antara RM 30 hingga RM 110.

Caj tambahan melalui bil air bulan Februari itu menyebabkan penduduk terpaksa membayar lebih RM 100.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung yang menyifatkan perkara itu sebagai tidak relevan.

“Kita minta pihak Sada perjelaskan kepada orang ramai kenapa mereka kenakan caj tersebut. Kita pun nak tahu apakah tujuan caj itu kerana ada segelintir penduduk tidak mampu membayarnya kerana terlalu tinggi,” katanya semalam.

Menurutnya, pihak Sada perlu menjelaskan perkara itu secepat mungkin ataupun mengkaji semula pelaksanaan tersebut.

UMNO Jangan Cepat Mimpi Kerjasama, Pas Tak Mungkin Khianati Nik Aziz

oleh Shahbudin Husin

http://img.astroawani.com/2015-02/41423804355_freesize.jpg
UMNO nampaknya terdesak benar mahu berbaik dan bekerjasama dengan Pas. Perginya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara untuk tempoh lima tahun dan meninggal dunianya Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat cuba dijadikan batu loncatan ke arah mencapai tujuan itu.

UMNO ketika ini sedar kedudukannya sedang merudum. Pemenjaraan Anwar menjadikan semakin meluas golongan yang menyimpan simpati dalam diam.

Oleh itu, UMNO merasakan hanya menjalinkan kerjasama dengan Pas saja dapat memberi harapan kepada masa depannya, sekaligus juga menjadikan PR terus tempang.

Bermula dengan pujian dan sanjungan sebahagian besar pemimpin UMNO sebaik tersebarnya berita kematian Nik Aziz sehinggalah pengkebumiannya sedangkan Tok Guru inilah yang dikata dan dicerca macam-macam semasa hidupnya, UMNO meneruskan lagi pengiktirafannya dengan kemungkinan tidak meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Cempaka pula.

DUN Cempaka sejak sekian lama diwakili oleh Nik Aziz dan berikutan kematiannya, pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempih 60 hari.

ANAK MUDA AKAN TERUS MENGENANG SENTUHAN TARBIYAH TUAN GURU NIK ABD AZIZ

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

15 FEB 20105

Dewan Pemuda PAS Kedah masih merasai kehilangan ulama’ besar yang juga merupakan murabbi merentas kaum dan sempadan politik Datuk bentara Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang telah kembali menemui penciptanya pada jam 9.40 malam 12 Feb yang lalu.

Ruh beliau yang dijemput pada maam Jumaat amat mengharukan pemuda PAS Kedah kerana sememangnya husnul khatimah adalah yang didambakan oleh Tuan Guru Mursyidul Am kami ini.

Allayarham Tuan Guru sebenarnya adalah ikon dan tokoh besar dalam PAS dalam memberi sentuhan dakwah yang signifikan kepada segmen remaja, anak muda dan belia sejak beliau kembali ke tanahair selepas merantau panjang mencari ilmu di bumi India dan Mesir.

Tuan Guru walaupun sejak zaman belianya lebih gemar berwatakan ulama’, zuhud dan berpakaian sunnah, namun ia bukan halangan untuk Allayarham membuka pintu dakwah kepada golongan remaja dan belia.

Mungkinkah sebab ini menyebabkan 'team Mahathir' marah kepada Najib

BN pernah tawar Anwar jawatan TPM jika tinggal Pakatan, kata Nurul Izzah
OLEH LOOI SUE-CHERN

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap semasa kempen ‘March 2 Freedom’ di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 15 Februari, 2015.
Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap semasa kempen ‘March 2 Freedom’ di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam. – Gambar The Malaysian Insider 

Barisan Nasional (BN) pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) yang memenangi 52% undi popular pada 2013, kata anaknya malam tadi.

Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memberitahu satu ceramah di Pulau Pinang yang tawaran itu dibuat semasa rundingan pendamaian pasca pilihan raya.

"Dia disuruh mengabaikan sekutu PKR, PAS dan DAP; menerima tawaran itu, membentuk kerajaan... 'que sera sera' (apa yang terjadi, akan terjadi), kita bergembira bersama-sama.

"Apa keputusan beliau? Beliau menolak tawaran itu sama sekali kerana ia berkaitan hidup dan mati perjuangan kami. Sebagai sebuah gabungan, kita hanya boleh bekerja bersama-sama selagi kita berpegang kepada prinsip," katanya pada ceramah di tapak ekspo Seberang Jaya di Permatang Pauh, kawasan Parlimen Anwar.

Ambil tindakan bomoh khurafat


Ibrahim memulakan 'ritual membunuh hantu raya' di hadapan Penjara Sungai Buloh dengan mengangkat dua biji kelapa.  
Ibrahim memulakan 'ritual membunuh hantu raya' di hadapan Penjara Sungai Buloh dengan mengangkat dua biji kelapa.
SHAH ALAM – Perbuatan 'Raja Bomoh Malaysia', Ibrahim Mat Zin menggunakan kayu golf kononnya untuk menghalau hantu raya yang dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurut Harussani, perbuatan Ibrahim itu sama sekali tiada kaitan dengan perubatan Islam.

“Itu hanya perbuatan bomoh, perbuatan khurafat, tetapi dia (Ibrahim) gunakan ayat al-Quran untuk kelirukan orang ramai,” kata Harussani kepada Sinar Harian, semalam.

Harussani turut meminta Majlis Agama Negeri Selangor melihat peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengambil tindakan terhadap perbuatan khurafat Ibrahim itu.

Ibrahim dalam satu video yang mula tersebar di internet kelmarin, dilihat kembali melakukan ritual luar biasanya, kali ini menggunakan kayu golf untuk menghalau hantu raya di Penjara Sungai Buloh.

Isu Dr Hatta Ramli - Jika tak puas hati dalam sila adu ke Jawatankuasa Disiplin

Kenyataan Akhbar
15/2/2015





Awalnya saya kurang berminat untuk terlibat dalam isu yang melibatkan Saudara Dr Hatta Ramli. Bagi saya, ia adalah lebih kepada salah faham.


Tetapi di saat kita masih bersedih dengan kehilangan Tok Guru kesayangan kita, kita dikejutkan dengan insiden pembakaran kereta Saudara Dr Hatta Ramli yang berlaku sehari selepas pemergian Tok Guru. Saya berasakan perlu mencatatkan sesuatu.

Saudara Dr Hatta adalah seorang pejuang yang tahan uji yang telah berkorban untuk parti sehingga akhirnya beliau dianugerahkan kepada kami di Kuala Krai sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal berturut-turut 2008 & 2013.

Pengundi Kuala Krai memberi undi kepada beliau kerana beliau mewakili Pas walaupun warga Kuala Krai tidak mengenali beliau.

Semenjak beliau di Kuala Krai, tidak pernah pun beliau menyatakan dalam majlis terbuka atau majlis tertutup untuk berkempen supaya Pas Kuala Krai dapat mendokong perjuangan beliau untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.

Tok Guru: Masa hidup media sekat, setelah pergi baru puji

 
SEJAK bermulanya berita Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pulang ke rahmatullah tersebar, seluruh Malaysia bahkan ummat Islam sedunia turut merasai akan kesedihan atas pemergian tokoh terulung ulama yang disayangi lagi dihormati oleh segenap lapangan masyarakat.

Media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar turut memberi liputan khas berkenaan Almarhum Tuan Guru.

Begitulah penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru semasa hayat sehinggalah ke majlis pengebumian. Kesemua pihak menyebut keindahan akhlak, kebaikan, dan jasa yang telah ditabur oleh Almarhum.

Namun, yang agak menghairankan kita ialah kerana suatu ketika dahulu pihak media yang samalah sering menyekat, memutar-belit dan memburukkan Almarhum khususnya ketika bergelar Menteri Besar Negeri Kelantan yang dipilih secara sah melalui jalan demokrasi.

“Dr Mahathir, anda yang cipta kebusukan dalam tempoh 22 tahun menjadi Perdana Menteri”

oleh LIM KIT SIANG

Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan bahawa saya bukan seorang komunis, namun beliau menggelar saya sebagai seorang “autoritarian”.

Saya tidak pasti hendak berterimakasih atau tidak kepada Mahathir kerana membersihkan nama saya daripada tuduhan ‘komunis’ yang masih dilemparkan kepada saya oleh tentera siber UMNO bersama-sama pembohongan lain, termasuk sebagai dalang rusuhan kaum13 Mei 1969.

Mahathir mungkin mahu membersihkan namanya sendiri, kerana tentu beliau akan dilihat amat bodoh kerana membiarkan seorang ‘komunis’ bergerak bebas di Parlimen selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan 15 tahun sebagai Menteri Dalam Negeri.

Jika saya seorang ‘komunis’, maka bererti Mahathir telah gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak mengetahuinya.

Saya bagaimanapun tertarik dengan tuduhan beliau bahawa saya seorang “autoritarian” dan mahu anak saya, Guan Eng, menggantikan saya.

Najib didesak isytihar harta, jelaskan kekayaan melampau keluarganya


02.03.12-INterview-tony pua-roketkini (5)
PETALING JAYA, 12 FEB: Kekayaan melampau keluarga Perdana Menteri Najib Tun Razak seperti yang didedahkan New York Times wajib dijelaskan dengan pengisytiharan harta, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua.

Tony dalam kenyataannya hari ini mempersoalkan kekayaan luar biasa keluarga terdekat Najib yang menurutnya tidak masuk akal dengan gaji Perdana Menteri yang tidak sampai 500,000 setahun.

“Pendedahan (oleh NYT, 8 Februari) telah membangkitkan kekayaan luar biasa keluarga terdekat Najib sehingga menimbulkan persoalan bagaimana kekayaan itu telah dikumpul.

“Laporan itu membangkitkan beberapa keping foto yang menunjukkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor membimbit sekurang-kurangnya sembilan beg Birkin berlainan yang biasanya berharga antara RM32,000 dan RM530,000 setiap satu,” ujar Tony.

Ada rakyat Kedah berpendapatan RM5 sehari

Mohd Monier

https://nazzcollection.files.wordpress.com/2010/04/scan0005.jpg
On the way balik dari melawat anak di MRSM Baling tadi tiba2 dlm keta dapat call daripada satu no yg tak dikenali, sorang makcik, cakap loghat Baling nak cakap dgn Mansor ka apa nama.

Saya kata silap number ini, dia tanya siapa ni, saya kata ini MUNIK (nama panggilan org2 kg saya di Baling).

Dia kata:

"Ooo MUNIK ka, minta maaf Mak Da silap tekan number"

Mak Da mana?

"Mak Da kawan arwah mak Munik masa arwah duk di kampung dulu. Muda-muda dulu Mak Da duk buat bendang tepi rumah mak mu"

BN tak perlu letak calon tanding Dun Chempaka


Mustapa
KOTA BHARU - Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan melalui pandangan peribadinya, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dun Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mustapa berkata, sebagai pimpinan negeri, beliau mahu lebih fokus terhadap bantuan pacsa banjir terhadap mangsa-mangsa yang kehilangan kediaman dan harta benda dalam banjir Disember lalu.

"Buat masa ini saya, belum membuat perbincangan dengan Umno Bahagian Pengkalan Chepa namun segala keputusan akan ditentukan selepas perjumpaan nanti.

"Lagipun masih terlalu awal dan tidak sesuai untuk kita bincangkan hal ini memandangkan Nik Aziz baru sahaja meninggal dunia kelmarin.

Mangsa letupan bom: ‘Siapa nak baiki rumah kami’

http://3.bp.blogspot.com/-ymv0MkhErA0/VJuumJ1dUQI/AAAAAAAAEno/DrkRgve5jUQ/s1600/ohmedia-gergaji-mortar-meletup-gurun-4.jpg
GURUN - Penduduk Taman Ria Mesra II di sini yang rumah mereka rosak teruk akibat letupan bom, menyoal pihak mana yang perlu bertanggungjawab membaiki rumah mereka.

Wakil penduduk, Khairul Anuar Ahmad berkata, akibat letupan itu, 16 buah rumah mereka rosak teruk dan tidak lagi boleh diduduki manakala 45 lagi mengalami kerosakan kecil.

"Sejak kejadian itu, banyak pihak tampil menabur janji untuk membaik pulih rumah kami, namun perkara itu tidak mempunyai sebarang hitam putih menyebabkan kami sering tertanya-tanya," katanya.

Beliau berharap satu pertemuan dapat diadakan dengan pihak bertanggungjawab.

Dalam kejadian pada 24 Disember itu, empat orang turut terbunuh termasuk seorang anggota tentera yang bertugas di kem berhampiran.

Pesanan terakhir Nik Aziz


Nik Aziz Nik Mat
 “AYAH nak walaupun dia tutup mata, hudud kena buat juga di Kelantan,” kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
..... itulah antara amanat terakhir yang disampaikan Allahyarham kepada anak sulungnya sebelum beliau meninggal dunia Khamis lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...