TERKINI :

Friday, February 13, 2015

"Kehilangan Nik Aziz ibarat terpadamnya satu kerdipan bintang" - Anwar Ibrahim.

 https://gerbanginformasi.files.wordpress.com/2008/08/610x1.jpg
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat umpama terpadamnya satu kerdipan bintang.

Dalam satu kenyataan yang ditulis dari Penjara Sg Buloh, beliau turut meluahkan rasa sedih dengan pemergian tersebut serta terharu dengan keperihatinan Nik Abdul Aziz kepada diri dan keluarganya selama ini.

"Kehilangan beliau ibarat terpadamnya satu 'kerdipan/kerlipan' bintang kerana dia seorang tokoh alim negara.

"Kebangkitan rakyat diperlukan demi masa depan Malaysia yang terjamin daripada kezaliman, insyaAllah. Jangan titiskan air mata, terus berjuang," katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84 tahun, meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Wartawan ‘musuhi’ TGNA bercucuran air mata tulis berita

Oleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM: Sekalipun terkenal sebagai pemimpin pembangkang tegas melawan Umno BN, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa meramahi pengamal media termasuk dari media arus perdana yang cenderung pro-BN.

Pada satu temu bual, bekas wartawan Berita Harian, Hafizan Taib mengakui berasa kekok berdepan tokoh agama itu tetapi bertukar selesa apabila Allahyarham begitu ramah menjawab soalan.

zz“Segala soalan dijawab dengan tenang dan teratur meskipun beliau diasak dengan pelbagai soalan sukar ketika itu,” katanya yang kini bertugas di Selangor Kini.

zPertemuan itu berlangsung pada program bersama Pertubuhan Seruan Islam di Ipoh, Perak sekitar 2003 atau 2004

Sikap itu berbeza dengan segelintir pemimpin pembangkang yang mudah memusuhi wartawan organisasi media yang dilihat condong kepada idelogi bertentangan.

‘Semua orang sayang Tok Guru’ - Datin Tuan Sabariah


http://cdn.theborneopost.com/newsimages/A0131174850.jpg
kenangan sewaktu bersama arwah
KOTA BHARU - "Semua orang sayang Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), sebab itu ramai yang datang hari ini," kata isteri Mursyidul Am Pas, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Sejurus berkata demikian, Tuan Sabariah tidak dapat menahan sedih dan mengesat air matanya. 

Biarpun sedih, beliau kemudiannya tersenyum semula sebaik sahaja memandang beberapa tetamu yang berada di sisinya termasuk Exco Kebajikan dan Wanita Kelantan, Mumtaz Md Nawi. Dalam keadaan terharu, beliau berkata, kesemua ahli keluarganya sempat menemui arwah sebaik sahaja tiba di rumah di Pulau Melaka, di sini, malam semalam. 

"Saya sentiasa ada di sisi arwah sebelum dia pergi. Sempat jumpa. Anak cucu pun sempat berhimpun. "Semua sempat balik jumpa Tok Guru dan kami reda dengan semuanya," katanya lagi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam. 

Perginya seorang tokoh yang sukar dicari ganti

oleh Aspan Alias

Semasa sedang berehat malam semalam, saya diberitahu oleh ramai, ratusan jumlahnya SMS yang Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (TGNA) telah tiada lagi dan telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 84 tahun. TGNA sememangnya telah menghadapi keuzuran sejak akhir-akhir ini tetapi pemergiannya buat selama-lamanya itu membuatkan saya dan tentu ramai lagi merasakan kehilangan seorang yang sepanjang hayatnya berjuang dalam politik tanahair tanpa jemu.

TGNA adalah seorang yang tidak ada siapa yang tidak mengenalinya kerana beliau merupakan seorang pemimpin ‘spiritual’ parti PAS yang telah merintasi batasan persempadan negara dan namanya dikenali diseluruh dunia bukan sahaja dikalangan negara Islam malahan dikalangan negara dan pemimpin bukan Islam di merata negara.

Kita tidak perlu menyentuh apa sumbangan beliau terhadap negara dan Islam, kerana itu sudah menjadi pengetahuan awam. Tetapi apa yang jangan dilupakan tentang diri TGNA ini ialah sifat kesederhanaan hidup beliau walaupun beliau merupakan seorang pemimpin besar malahan menjadi idola besar kepada ramai rakyat negara ini tanpa mengira parti dan politiknya.

‘Budak suruhan’ sebak pemergian Tok Guru Nik Aziz

Oleh: AFIX REDZUAN

http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2015/02/husam.jpg
KOTA BHARU, 13 FEB: Pemergian Allahyarham Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kesan mendalam kepada bekas Exco Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa.

Sejurus pengebumian selesai, air mata berjujuran mengalir di pipi Husam sambil bersandar di sebatang pokok kerana tidak mampu menahan sebak atas pemergian Nik Aziz yang selama ini dianggap sebagai seorang bapa, guru dan kawan.

Dengan nada hiba dan sayu, Husam mengakui tenang apabila insan yang digelar ‘Tok Guru Nik Aziz’ pergi dalam keadaan yang sangat indah dan mengharapkan pengakhiran hayat beliau juga seperti idolanya itu.

“Malam tadi saya ada di rumah beliau saat Tok Guru Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir. Walaupun kami sudah tidak berbual sejak sebulan dua lalu tetapi daripada kerdipan mata dan cara memandang, saya faham kasih dia kepada saya juga kasih saya kepada dia.

Nik Aziz: Perginya seorang pemimpin dan ulama dihormati


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bukan sahaja terkenal sebagai seorang pemimpin dan tokoh ulama yang dihormati oleh pelbagai pihak, malah merupakan seorang pemimpin yang amat sederhana kehidupannya.

Bekas menteri besar Kelantan selama 22 tahun itu adalah juga merupakan pemimpin PAS yang mampu menyatukan parti-parti pembangkang – PAS, PKR dan DAP.

Nik Abdul Aziz, yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah, meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Pulau Melaka, di Kota Baru, pada pukul 9.40 malam tadi.

Beliau berusia 84 tahun.

Walaupun dilihat tegas dalam mempertahankan kesucian Islam, allahyarham juga memperlihatkan sikap toleransi terhadap kaum lain.

Malah membenarkan semua etnik di Kelantan bebas mengamalkan budaya dan agama masing-masing, serta mengisytiharkan sekitar Jalan Kebun Sultan di negeri itu sebagai 'China Town' berikutan kawasan itu sejak abad ke-17 merupakan kawasan tumpuan masyarakat peniaga Cina.

Jenazah Nik Aziz selamat dikebumikan

Kota Bharu: Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi, sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ayahandanya Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun yang lalu.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang juga Mursyidul Am PAS disolatkan di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi.

Ribuan masyarakat dari seluruh negara memenuhi perkarangan rumahnya sejak malam tadi.

Turut hadir memberi perhormatan terakhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi negara.

Nik Aziz, sosok kecil yang besar jiwanya

Pertama kali saya bertemu dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1995.

Beliau seorang yang kecil sosok tubuhnya.

Kali terakhir saya lihatnya pada 18 Disember tahun lalu, dalam hujan lebat, petanda banjir akan melanda Kelantan.

Ketika itu kesihatannya sudah merosot dan terpaksa membawa beg kencing bersamanya. Keadaan itu buatkan saya segan untuk bertemu dengan beliau.

Saya hanya renung allahyarham daripada luar rumah, dalam gelap, walaupun saya dibawa ke situ oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan sendiri.

Walaupun uzur, tatap matanya sentiasa tajam.

Siaran Langsung dari Masjid Pulau Melaka








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...