TERKINI :

Wednesday, February 11, 2015

Prestasi terburuk Presiden Petronas cabaran Zulkiflee

HARAKAHDAILY | 11 Februari 2015.


KUALA LUMPUR: Prestasi terburuk Presiden Petronas kini, adalah cabaran besar kepada Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin untuk mengembalikan Petronas kepada kegemilangan.

Sehubungan itu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengucapkan tahniah di atas pelantikan Zulkiflee sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas berkuatkuasa 1 April ini.

"Berita perlantikan ini nampaknya telah diterima dengan baik oleh warga Petronas, para pemain industri dan pelabur khususnya apabila prestasi saham nasional dan saham Petronas sendiri telah mencatatkan kenaikan yang mendadak kelmarin," ujar Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Nizam Mahshar dalam satu kenyataan.

Katanya, Zulkiflee sebagai orang lama dalam Petronas sememangnya memiliki kelayakan, pengalaman dan jatidiri untuk memimpin syarikat gergasi ini dan beliau semestinya sudah masak dengan keperluan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memacu Petronas.

I will never surrender..!!! Perjuangan Anwar Ibrahim tidak ada titik nokhtahnya....

PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM TIDAK ADA TITIK NOKTAHNYA

http://www.mole.my/sites/default/files/images/WTE_1854.storyimage.jpg
Gadis belasan tahun yang bernama Malala pernah menyatakan, ‘you can shoot my body but not my dream’. Beliau merupakan manusia bertuah dar Pakistan yang sudah ‘mati’ dan hidup semula. Beliau telah ditembak dari jarak dekat dari sekpumpulan pelampau agama yang menentang pendidikan dikalangan anak perempuan. Dengan izin Allah beliau telah dapat diselamatkan oleh para doktor dari Birmingham apabilau beliau dibawa ke sana. Dan ketika ditemuramah oleh Christiana Amanpour beliau telah melafazkan kata-kata hikmat itu.

Dan mungkin begitu jugalah perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang tidak akan berjumpa dengan titik noktahnya selagai hayat dikandung badan. Perjuangannya adalah ibarat seperti dian yang tidak kunjung padam yang akan sentiasa menerangi alam perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan di bumi bertuah ini. Walaupun jasadnya dipenjarakan, namun idealisme yang diperjuangkannya akan terus menjalar dan meresapi sanubari rakyat yang mahu meneruskan perjuangan beliau yang belum selesai. Slogan ‘ the consciense of the majority’ yang masih terngiang-ngiang di telinga para mahasiswa University Malaya tahun 1970an akan terus berkumandang untuk memantak telinga para anak muda awal Kurun ke 21, walaupun Anwar Ibrahim terpenjara. Idealisme perjuangannya akan terus menyala seperti menyalanya matahari pagi yang menerangi alam Malaysia ini.

Kakitangan Bernama TV berdemo tuntut gaji

Seramai kira-kira 20 kakitangan Bernama TV mengadakan perhimpunan aman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur  semalam bagi menuntut bayaran tunggakan gaji dari majikan mereka.
 
Para peserta tersebut antara lainnya membawa kain rentang dengan slogan “Mana Shabery”, merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) .
 
Sebahagian daripada saham Bernama TV dipegang oleh agensi berita nasional Bernama, yang terletak bawah bidang kuasa menteri tersebut.
 
Seramai kira-kira 140 kakitangan diarah bercuti kerana Bernama TV tidak mampu menanggung bayaran gaji mereka.
 
Gaji terakhir yang diterima adalah pada 24 Disember.
 
Bernama TV dimiliki oleh Bernama TV Synergy Bhd, dengan pegangan 33 peratus oleh Bernama. Selebihnya dimiliki oleh pemegang saham swasta.
 
Para peserta itu turut membangkitkan isu sama yang dihadapi oleh pekerja separuh masa di stesen penyiar nasional, RTM.
 

PR hilang 'jurumudi' selepas ketiadaan Anwar


anwar

KOTA BHARU - Hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan pakatan pembangkang itu kehilangan 'jurumudi' untuk mengemudi haluannya selepas ini.
  
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Muhamad Ali Embi berkata, pakatan pembangkang perlu berusaha mencari seorang tokoh dalam kalangan mereka yang boleh menjadi simbol titik penyatuan ketika pakatan itu dilihat kian rapuh selepas krisis antara Pas dan DAP berhubung isu hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.
  
"Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah bukanlah lagi wadah untuk mengambil peranan Anwar sebagai penyatu kerana Pas tentu akan menolaknya selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) sendiri sebelum ini telah menolak dan mengkritik keras Wan Azizah dalam isu menteri besar Selangor.
  
"Apatah lagi faktor usia beliau (Wan Azizah) yang semakin lanjut dan masyarakat sudah cemuh dengan isu sama. Ini terbukti daripada kehadiran yang berkurang di kalangan penyokong PKR di perkarangan mahkamah hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  

Anwar Bayar Kegagalan Kita, 5 Tahun Ansuran di Penjara

Tulisan Terbuka
10 Februari 2015

Hari ini 10 Februari, hari yang sebak. Perasaan ini tidak mampu disembunyikan, ia dapat dilihat di mana-mana. Saya tidak hairan jika sehari ini keadaan tenang seribu bahasa, kerana esok masih ada dan masih mampu berbisa, kerana lusa masih utuh untuk perlawanan seterusnya.

Ketika tulisan ini digarap, kartunis zunar sedang berada di lokap. Beliau diberkas sebelum sempat melahirkan kartun-kartun sinikal yang baru. Dalam kepala saya terbayang 5 ekor kanggaroo menjadi teras lukisan beliau barangkali. Saya klasifikasi penangkapan kartunis Zunar ini satu tindakan 'prevention' sebelum satu serangan bom berlaku di PWTC contohnya. Jangan serius sangat, saya hanya menyindir.

Sungguh cekap dan efisyen sekali pihak polis raja di Malaysia, walaupun Zunar ditangkap bukan kerana kartunnya, tapi hanya kerana secebis tulisan di twitter. Malah twitter menjadi ruangan paling selamat ketika ini kerana IGP sendiri yang buat rondaan berkala. Tidakkah IGP mahu meronda di ruangan facebook pula? Rasanya ramai lagi 'penjenayah' media sosial masih bebas melampias konklusi yang merentap institusi kehakiman.

Kedah kena Caj baharu korek pasir pertengahan tahun ini


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Datuk Badrol Hisham Hashim (tengah) ketika sidang media bersama Delegasi Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu, Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar (kanan) pada majlis Lawatan Bermaklumat dan Perbincangan khas Delegasi Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu ke Lembaga Sumber Air Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.  - Foto Bernama  
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Datuk Badrol Hisham Hashim (tengah) ketika sidang media bersama Delegasi Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu, Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar (kanan) pada majlis Lawatan Bermaklumat dan Perbincangan khas Delegasi Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu ke Lembaga Sumber Air Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Kadar baharu caj deposit yang dikenakan terhadap pengusaha pasir di Kedah akan diputuskan selewat-selewatnya pertengahan tahun ini, kata Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Datuk Badrol Hisham Hashim.
 
Katanya, pemilik premis dan operator aktiviti pengorekkan pasir perlu menghadiri kursus Ahad ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan aktiviti pengorekan pasir di negeri ini.
 
"Kursus itu akan memperhalusi garis panduan dan pandangan pihak kerajaan tentang operasi pengorekkan pasir di Kedah," katanya kepada pemberita hari ini selepas menerima lawatan rombongan kakitangan Jabatan Bekalan Air negeri Terengganu ke Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) di sini hari ini.
 
Menurutnya, pada masa ini caj deposit yang dikenakan terhadap operator masih berpandukan kepada kadar lama dan ia dikatakan tidak lagi relevan dengan keadaaan semasa.
 

Awas.. Kedah sedang catat peningkatan kes demam denggi


Gambar hiasan  

ALOR SETAR - Kedah mencatat peningkatan 40 peratus kes demam denggi atau 125 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 7 Februari lepas berbanding 89 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lepas. 
    
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail bagaimanapun berkata, setakat ini tiada kes kematian akibat demam denggi direkodkan.
    
Katanya sembilan daerah yang menunjukkan peningkatan ialah Kubang Pasu mencatatkan peningkatan 225 peratus iaitu daripada empat kes bagi tempoh Januari hingga 7 Februari tahun lepas kepada 13 kes bagi tempoh sama tahun ini.
    
Kedua tertinggi ialah Kota Setar yang mencatatkan peningkatan 136 peratus dengan 26 kes berbanding 11 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
 
"Bagi tempoh yang sama tahun ini, Kulim mencatatkan 29 kes diikuti Baling (10 kes), Padang Terap dan Yan masing-masing sembilan kes, Sik (tiga kes) dan Bandar Baharu (dua kes)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.    
    

Catatan Ikhwanul Muslimin apabila ANWAR di penjara





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...